19 Jan 2010

Kenapa Mahfuz Sibuk Sangat Serang Kelantan?

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta kerajaan Kelantan memberikan penjelasan terperinci berhubung tindakannya membeli Bazar Tok Guru bernilai RM23 juta daripada Sensatimur Sdn Bhd ekoran 'masalah teknikal'.

"Kita harap kerajaan negeri akan dapat beri penjelasan kepada rakyat Kelantan secara terperinci bagi mengelak pelbagai spekulasi dan pentafsiran," katanya.

Mahfuz diminta mengulas tindakan kerajaan negeri membeli tingkat bawah Bazar Tok Guru bernilai RM23 juta yang disifatkan sesetengah pihak sebagai tindakan menyelamatkan projek Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Pada 16 Januari lalu, Nik Abdul Aziz dilaporkan mengesahkan pembelian tersebut - yang sedang dibina - daripada Sensatimur, yang menurutnya untuk menjaga kepentingan peniaga.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Mahfuz berkata, jika perlu, maklumat keputusan mesyuarat exco negeri Rabu lalu yang dikatakan dibocorkan kepada seorang penulis blog, dikelaskan semula sebagai tidak tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Saya tidak lihat ia melibatkan unsur-unsur yang mengancam keselamatan. Secara prinsipnya, OSA (dibuat) ini untuk melindungi keselamatan negara," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Maklumat pembelian yang diputuskan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri Rabu lalu didedahkan oleh penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz.

Pembocoran tersebut dipandang serius oleh exco kerajaan tempatan Datuk Takiyuddin Hassan yang meminta Nik Aziz melakukan siasatan kerana keputusan mesyuarat exco tertakluk di bawah OSA.

Manakala Husam yang diketahui umum pernah rapat dengan Syed Azidi, turut menyokong siasatan tersebut bagi mengelak sebarang sangkaan atau perbuatan menuding jari, berhubung perkara itu.

Syed Azidi pula menafikan penglibatan Husam sebagai pemberi maklumat tersebut. -malaysiakini

Ulasan GB

Apa pasal Mahfuz Omar terlalu sibuk bab Kelantan? Bukan sekali tapi dah dua kali Naib Presiden PAS ini mengasak Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz untuk melakukan sesuatu permintaan yang karut. Kali pertama kes Arifahmi.

Sedangkan Mahfuz belum menjawab dan meminta maaf kepada ahli-ahli PAS mengenai ketidak hadirannya di persidangan Parlimen yang menyaksikan tewasnya Pakatan Rakyat di tangan Barisan Nasional di dalam pengundian belah-bagi.

Atau apakah sindrom tak sabar dengan publisiti setelah dihubungi wartawan masih menebal di kalangan pemimpin-pemimpin PAS ini?


Mengapa Mahfuz tak serang negeri-negeri lain yang juga mengunakan OSA bagi melindungi butiran maklumat-maklumat mesyuarat exco?

Biarlah kerajaan Kelantan, TG Nik Aziz dan para exconya memutuskan. Tak perlu ada pimpinan PAS lain lakukan serangan dengan terbuka yang memberikan impak negatif kepada jiwa dan minda TuanGuru yang telah diserang dari segala arah oleh musuh-musuh luar selimut dan dalam selimut.

Munaqasyah yang baru lalu nampaknya tidak berjaya mendisiplinkan Naib-naib Presiden Presiden PAS yang ada yang sesuka hati keluarkan kenyatan-kenyataan yang sifatnya boleh merugikan parti!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

slm gb..saya setuju sepenuhnya dgn hujah gb..mgkn ada kebarangkalian yb mahfuz ni terkena penyakit 'mic maniac'..maklum la..dulu masa pas hanya ada kelantan,yb mahfuz ni jarang diinterview oleh wartawan..skrg slps berjaya ke tampuk yg lbh tinggi nampaknya yb kita ni makin popular..setiap soalan wartawan dijawab dgn tiada panduan..semua yg terlintas difikiran akan dilontarkan..seolah2 pas adalah milik beliau...huhu

mahfidz berkata...

Mahfudz suka timbul kontroversi. ini baru ajk pusat. kalau jadi presiden......?

Tanpa Nama berkata...

Elok Mamat ni beri tumpuan di kawasannya, Pokok Sena tu. Buat apa nak sibuk di tempat lain?