22 Dis 2009

Suruh Ariffahmi Letak Jawatan, Dia Pula Yang Letak Jawatan.

Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan mufaraqah (tidak tinggal bersama) dengan isterinya yang juga anak ahli perniagaan.

Hakim Syarie, Mohd Yusof Awang memerintahkan Rosli Allani S Abdull Kadir, 35, yang juga bekas Pembantu Khas Exco Kelantan bersama isterinya, Ilyani Mohd Nor, 30, tinggal berasingan sementara kerana dokumen perkahwinan mereka diragui dipercayai terlibat perkahwinan sindiket.

Plaintif, Mohd Noor Che Man, 58, adalah bapa kandung kepada defendan kedua, Ilyani tidak bersetuju dengan perkahwinan anaknya bersama defendan pertama, Rosli Allani kerana disyaki tidak memenuhi rukun dan syarat perkahwinan yang sah berikutan tata cara perkahwinan dan surat perakuan nikah itu adalah dokumen tidak sah.

Pernyataan tuntutan membatalkan perkahwinan terhadap kedua-dua defendan berkenaan difailkan Peguam Syarie plaintif, Mohd Zaki Zainal Abidin.

Peguam plaintif, Mohd Zaki berkata, plaintif juga tidak bersetuju permintaan defendan pertama supaya perkahwinan dengan defendan kedua dilakukan semula untuk menyelesaikan perkara tersebut di luar mahkamah.

Mohd Noor berkata, anak sulungnya daripada lima beradik itu dikatakan berkahwin pada 26 Disember 2008 di Masjid Subang Airport, Subang Selangor dengan defendan kedua.

“Saya dimaklumkan oleh anak saya perkahwinan sebenar adalah dipercayai pada 7 April tahun ini. Saya kecewa dan terkilan dengan tindakan defendan pertama yang berkahwin tanpa mengikut syarat-syaratnya dan membelakangi saya sebagai walinya kerana kahwin Melayu ada adat.

“Mengikut adat kita hendak berkahwin ni mesti masuk meminang serta datang ke rumah untuk mengenalkan ahli keluarga masing-masing ini pula tidak berlaku,” katanya semalam ketika ditemui di luar mahkamah.

Mohd Noor berkata, dia meragui perkahwinan berkenaan kerana tempat perkahwinan dan dokumen saling bertentangan.

“Saya mengetahui perkahwinan ini kerana mereka dikatakan ingin berkahwin semula dan saya mengambil tindakan kerana ia melibatkan hukum agama dan maruah keluarga.

“Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga mengeluarkan surat menyatakan surat perakuan nikah bagi pasangan berkenaan tidak dikeluarkan dan tidak tercatat dalam buku daftar perkahwinan di Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jawi," katanya.

Mahkamah memerintahkan tarikh perbicaraan pada 26 April 2010. -SH


Pemuda PAS bincang lagi isu Ariffahmi

Pemuda PAS akan membincangkang isu jawatan menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai peneraju Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dalam mesyuaratnya bulan depan.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, kedudukan Abdul Ariffahmi Ab Rahman sebagai ketua pegawai eksekutif PMBK, yang didesak berundur segera, akan dibincangkan dalam mesyuarat bulanan dewan itu.

....................

....................
Isu tersebut dilaporkan akan dibincangkan dalam bermesyuaratnya, termasuk mungkin mengadakan pengundian bagi mendesak pengunduran Abdul Ariffahmi, yang juga exco Pemuda PAS negeri.

Ketua penerangannya Dr Rosli Allani Abd Kadir dilaporkan berkata, pengunduran segera Abdul Ariffahmi sangat penting kerana kontroversi yang membelenggunya boleh menjejaskan PAS.

Bagaimanapun, difahamkan mesyuarat tersebut – yang dilaporkankan berlangsung petang ini – tidak diadakan.

"Selepas keluar di akhbar, tidak ada pun surat jemputan bermesyuarat tiba," kata pengarah pilihan raya Pemuda PAS negeri, Mohd Nuri Mat Yaacob ketika dihubungi Malaysiakini.

Usaha mendapatkan komen Dr Rosli dan ketua Pemuda PAS Kelantan Abd Latif Abd Rahman setakat ini belum berhasil.

Sementara Abdul Arifahmi pula berkata beliau tidak akan tunduk kepada desakan dewan tersebut dan menganggapnya, yang membuat kenyataan terbuka, sebagai tindakan yang "tidak bijak".

Beliau berkata, isu kedudukannya di PMBK tidak perlu dibangkitkan lagi kerana semuanya telah dinyatakan dan hampir selesai.

Tambahnya, kenyataan Pemuda PAS negeri pasti memberi ruang kepada pihak musuh parti itu mengambil kesempatan berhubung konflik dalaman di Kelantan.


TERKINI

Pemimpin kanan Pemuda PAS letak jawatan

Ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan - yang tegas mendesak pengunduran segera menantu Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai peneraju Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) - dijangka meletakkan semua jawatannya dalam parti hari ini.

Dr Rosli Allani Abd Kader, yang dipaksa berpisah dengan isteri keduanya semalam, bagaimanapun tidak berbuat demikian kerana kegagalan mesyuarat Pemuda PAS negeri berhubung peletakan jawatan ketua pegawai eksekutif PMBK, Abdul Ariffahmi Ab Rahman.

Sebaliknya beliau ingin berundur dengan alasan tidak mahu keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu itu menjejaskan imej PAS.

Menurut sumber, beliau juga mahu memberikan isyarat kepada Abdul Ariffahmi, juga seorang exco Pemuda PAS Kelantan, supaya melakukan perkara yang sama.

"Apabila seseorang menjejaskan imej parti, beliau patut berundur," kata sumber dewan itu kepada Malaysiakini pagi ini.

Dr Rosli dijadual mengadakan sidang akhbar pada jam 1 tengah hari ini di sebuah hotel di Kota Bharu bagi mengumumkan hasratnya itu.

Beliau mendapat perintah mufarakah (berpisah sementara) dengan isterinya Ilyana Mohd Noor kerana perkahwinannya pada Disember tahun lalu diragui oleh bapa mertuanya. -MK

Ulasan GB

Kan dah. Suruh sangat Ariffahmi letak jawatan, kini anda pula yang letak jawatan.
Fikir sebelum bertindak.

1 ulasan:

Tuk Kiyai berkata...

Macam ni ke perangai ketua penerangan PAS? Kahwin anak orang senyap-senyap? Memalukan PAS sahaja... Baguslah kalu Rosli letak jawatan...Memalukan orang kelantan jah...