22 Dis 2009

Pas Kena Buat Hisbah Penilaian Terhadap Ahli Parlimen Pas, Adun Dan Exco

Pas perlu buat kajian yang lebih mendalam atau menghisbah seluruh Ahli Parlimen Pas, Adun dan Exco Pas sebelum dan selepas menang pilihanraya pru-12 supaya nampak lebih telus dan bersih sebagai memenuhi dasar Pas yang menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai dasar Pas. Perkara berikut wajib di ambil kira;

1- Sebagai Ahli Parlimen berapa kekayaan yang mereka perolehi sebelum dan selepas menang pilihanraya. Jika jadi kaya selepas menang pilihanraya, daripada sumber mana kekayaan itu datang. Bagaimana mereka dapat perolehi rumah mewah dan kereta mewah sedangkan mereka hanya sebagai Ahli Parlimen sahaja. Jika sebelumnya mereka adalah ahli perniagaan itu boleh diterima tapi jika tidak ada apa-apa perniagaan setelah menang itu mesti disiasat. Jika tidak hanya umpama 'ketam mengajar anaknya berjalan betul'.

2-Sebagai Adun di peringkat negeri tanpa ada sebarang jawatan lain sebelum menang pilihanraya hanya orang biasa tapi tiba-tiba dah menang mampu hidup mewah itu juga boleh dipertikaikan hasil harta yang mereka perolehi. Mampu milik rumah ratusan ribu ringgit, daripada sumber mana mereka perolehi.

3-Begitu juga yang menjawat jawatan Exco sudah tentu ujiannnya lebih besar kerana mereka bertanggungjawab dalam meluluskan satu-satu projek di peringkat negeri. Adakah mereka ikut prosedur atau hanya sekadar meluluskan saja satu-satu projek kerana habuan besar sedang menunggu di belakang pintu. Jangan hanya mengutamakan kontraktor yang pro Umno dan jadi kasihan kepada mereka yang sudah 52 tahun membolot projek kerajaan negeri tapi menyisihkan kontraktor baru yang merupakan penyokong Pakatan Rakyat terutamanya di Selangor dan Kedah.

Kita sering diperdengarkan dengan sejarah Khalifah Abu Bakar As-Siddiq, Khalifah Umar Al-Khatab, Khalifah Osman, Saidina Ali dan Khalifah Umar Abdul Aziz dalam pentadbiran dan pemerintahan yang dijadikan bahan kempen dalam ceramah tapi jika yang sebaliknya terjadi amat malang bagi Pas sebagai sebuah Parti Islam.

Siapakah yang lebih telus dalam tiga parti utama Pakatan Rakyat dalam memerangi rasuah? Adakah Pas, Dap atau PKR. Dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Sabtu lepas ketiga-tiga parti itu istihar jihad perangi rasuah, semoga ianya akan jadi kenyataan dan bukan hanya khayalan semata-mata.

Rakyat yang sudah muak dengan Umno-bn hanya mahukan perubahan dalam pemerintahan negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat bukannya melihat Pakatan Rakyat dan Umno-bn sama saja dalam bab rasuah. -misaimerah

Ulasan GB

MP PAS perlu menunjukkan contoh teladan kepada MP-MP yang lain, terlebih lagi kepada pengundinya dan kepada rakyat seluruhnya.

Itu arahan. Arahan siapa? Arahan dari Allah dan RasulNya.

Firmanullah
"Hai orang-orang yang beriman, penuhilah aqad-aqad itu"
Al-Maidah 1

Sabda Rasulullah s.a.w.

Tidaklah seorang pemimpin yang dituntut oleh Allah supaya memimpin rakyatnya yang ia mati kerana tiba ajalnya padahal ia telah melakukan kecurangan dalam pimpinannya, melainkan Allah mengharamkan syurga baginya.

Cukup kat situ.

Yang kedua, bagi menghadapi pemrintahaan BN era Najib, MP PAS perlu mempunyai tahap kerja yang lebih baik dari kepimpinan Najib. MP PAS perlu bukan sahaja menunujukkan mutu kerja yang terbaik, tetapi juga prestasi yang cemerlang. Rakyat akan membandingkan pencapaian MP PR dengan MP BN. Rakyat kurang mengerti untuk membanding dasar, yang dilihat Najib ada KPI, ada NKRA, ada 1 Malaysia. Kita tidak boleh setiap masa memperkecilkan idea-idea itu jika kita sendiri tidak mampu melahirkan alternatif lain kerana rakyat memandang itu hasil idea Najib yang dijadikan dasar kerajaan pimpinannya walaupun ada diantara idea itu hanya auta belaka. Hanya gempak pada nama tapi isinya tiada.

Rakyat tidak dapat menerima MP-MP yang tahap kerjanya "mediocre". Yang ponteng. Yang hanya pandai berceramah tapi tak pandai bekerja, yang hanya pandai berpakaian segak tetapi rupa-rupanya bebal, yang diharapkan membela mereka, tetapi rupa-rupanya hanya membela perut dan masa depan politiknya sendiri.

Jadi hubaya-hubaya. Kita dipandang dan dinilai dari segala arah.

1 ulasan:

lim berkata...

Salam GB & Selamat Tahun Baru Hijrah .
Yb-Yb PAS perlu mengHisbah dirinya sendiri seperti mana ulasan misaimerah tadi.Ianya teramat penting demi ISLAM yg menjadi dasar PAS.Rugi rasanya bilamana apa yg diharapkan oleh pengundi2 tidak kesampaian.Mungkin dikalangan pengundi2 ada yg lebih layak jadi Yang Berhormat drpd sebahagian yg bergelar Yb sekarang.Maruah Parti Islam (PAS)akan tercemar jika mereka2 yg berstatus Yb lupa tanggungjawabnya dan terikut2/terpengaruh akan perangai Parti lawan, yg ditakuti amat2 sangat sikap Parti lawan sudah berjangkit pada Yb-Yb PAS.Adakah kamu222222222!!!!!! Yang Berhormat @ Yang Berkhidmat.