22 Dis 2009

Pucuk Pimpinan PR Sokong Pendaftaran Pakyat Rakyat

Pucuk pimpinan Pakatan Rakyat memberi persetujuan jitu kepada usaha mendaftar gagasan itu sebagai sebuah entiti politik.

Ketua Umum, Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada percanggahan pendapat di kalangan pemimpin mengenai perkara itu.

Menurut beliau, butiran terperinci perjalanan Pakatan Rakyat setelah didaftarkan bakal dirumus kemudian.

“Keputusan untuk mendaftar dulu tu memang keputusan bersama, Tuan Guru Ustaz Abdul Hadi Awang dan YB Kit Siang dan lain-lain, cuma yang dia bangkitkan ialah kerana kita setuju daftar kita belum setuju kerangka terperinci dan ini yang dia rasa perlu masa, jadi ada silap faham di sini ada orang mengatakan you formalize base on prelimanary term of reference constitution with not be resolve, so I think no problem with that”, jelas Anwar.

Anwar berkata demikian apabila ditanya oleh wartawan laporan kononnya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tidak ada keperluan mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata gagasan itu akan memberi kerjasama penuh kepada Pendaftar Pertubuhan untuk memastikan gagasan itu dapat didaftarkan secepat mungkin.

“Kita putuskan yang penting dasar Pakatan Rakyat, itu keutamaan kita, pendaftaran yang kita kata pendaftaran Jawatankuasa Sementara (Penaja), pendaftaran cara rasmi parti itu belum, melainkan pendaftar bagi kesempatan kena cepatkan mesyuarat, kalau pendaftar betul-betul nak cepat, pendaftar pertubuhan, saya akan panggil mesyuarat minggu depan”, tegasnya lagi.

Dalam pada itu, Hadi sendiri menafikan beliau membantah langkah mendaftar Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik.

Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri berkata wartawan akhbar Cina telah menyalah tafsir kenyataan Hadi.

“Sebenarnya ada silap faham dari segi orang yang mencatatkan maklumat. Pada dasarnya Tuan Guru Haji Hadi jelas bahawa pendaftaran yang kita katakan pendaftaran Pakaran Rakyat itu masih dalam proses dan sekarang ini berada di ROS. Apa yang dimaksudkan ialah bukan masa untuk setiap parti itu, bergabung menjadi satu parti”, kata Dr Ahmad Samsuri. - NIZAM (TVS)


PKR, DAP, PAS Tidak Akan Tergesa-Gesa Daftar Pakatan Pembangkang

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pakatan pembangkang yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS belum lagi mendaftarkan pakatan itu sebagai sebuah parti politik kerana tidak mahu bertindak secara tergesa-gesa.

Beliau menjelaskan yang penting sekarang adalah untuk mencapai kejayaan dalam matlamat politik dan dapat bekerjasama dengan mengemukakan pandangan masing-masing walaupun wujud perbezaan ideologi.

Abdul Hadi turut menasihatkan penulis blog agar menyampaikan maklumat yang betul kerana mereka memainkan peranan penting dalam menyalurkan berita kepada masyarakat.

"Para penulis blog perlu mencontohi sikap positif media barat kerana mereka merupakan satu bentuk media baru yang banyak membantu menyedarkan masyarakat sehingga memberi kemenangan kepada pakatan pembangkang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Blogger PAS anjuran Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat di Markas Tarbiyyah PAS, Taman Melewar dekat sini hari ini. - BERNAMA



Pendaftaran Pakatan Rakyat di tangan ROS - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 22 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan, apa yang dimaksudkan oleh beliau dalam kenyataannya baru-baru ini adalah Pakatan Rakyat masih belum dapat didaftarkan secara rasmi kerana ia masih dalam proses pertimbangan Pendaftar Pertubuhan atau ROS.

Penjelasan ini diberikan oleh beliau kepada Harakahdaily ekoran kekeliruan yang dibuat oleh media berdasarkan kenyataan beliau sebelum ini.

Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Shamsury Mokhtar berkata, beliau telah diminta menjelaskan perkara ini oleh presiden PAS itu.

"Saya telah dihubungi oleh Tuan Guru Presiden Parti Islam Se Malaysia (PAS) pada hari ini dan telah dimaklumkan oleh Tuan Guru bahawa apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh beliau adalah:

"bahawa penubuhan Parti Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui secara bersama oleh ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat ini belum dapat didaftarkan secara rasmi kerana ianya masih dalam proses pertimbangan kelulusan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS),” katanya.

Ustaz Hadi ketika bercakap kepada media selepas Konvensyen Blogger PAS dilaporkan berkata, tidak perlu terburu-buru untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat.

Ekoran itu, sebuah akhbar Cina melaporkan kononnya PAS tidak berminat untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat.

Dengan penjelasan ini bermakna, Ustaz Hadi bermaksud, Pakatan masih belum dapat didaftarkan secara rasmi kerana ia terletak di tangan ROS.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, pendaftaran Pakatan Rakyat mengambil masa sedikit kerana ia hak ROS. -Harakahdaily


Ulasan GB

1) TGHH menyatakan selepas konvensyen di dalam satu sidang media bahawa "tidak perlu terburu-buru untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat", dilaporkan oleh BERNAMA disiarkan oleh kebanyakan akhbar online berbahasa Malaysia dan Inggeris.

2) Daripada kenyataan TGHH, sebuah akhbar Cina melaporkan PAS tidak berminat untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat.

3) TGHH membuat pembetulan melalui Setiausaha Politiknya, apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh beliau adalah:

"bahawa penubuhan Parti Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui secara bersama oleh ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat ini >belum dapat didaftarkan secara rasmi kerana ianya masih dalam proses pertimbangan kelulusan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS).”

4) Di dalam penafian itu di sebut juga "Apa yang dimaksudkan ialah bukan masa untuk setiap parti itu, bergabung menjadi satu parti".

Persoalan pertama, apa perlunya TGHH sewaktu di sidang media menyeluarkan "tidak perlu terburu-buru untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat" sehingga ianya telah membawa maksud "PAS tidak berminat untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat" seperti yang dialporkan oleh sebuah akhbar Cina?

Ini diperkuatkan dengan kenyataan "yang penting sekarang adalah untuk mencapai kejayaan dalam matlamat politik dan dapat bekerjasama dengan mengemukakan pandangan masing-masing "

Ini bererti kenyataan pertama iatu memang ada dikeluarkan, jika tidak bagaimana boleh wujud kenyataan yang kedua.

Persoalan kedua, kenyataan penafian di harakahdaily, "Parti Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui secara bersama oleh ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat ini belum dapat didaftarkan secara rasmi kerana ianya masih dalam proses pertimbangan kelulusan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS)"

Ayat itu terus terpesong dari kenyataan awal yang dikeluarkan semasa sidang media selepas konvensyen blogger.

Persoalan ketiga : Tidak ada mana-mana pun di dalam PR yang "bergabung menjadi satu parti". Jadi penjelasan yang terkahir itu lansung tidak relevan.

Hal ini mengingatkan GB mengenai keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat mengenai tuntutan ahli yang ingin supaya Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Ali diambil tindakan. Yang diumumkan tiba-tiba ialah "mengarahkan Lembaga Tetatertib menyiasat PAS Selangor"!


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inilah pentingnya peranan blogger! Sebelum fitnah merebak, meraka cepat-cepat menegur pimpinan yang ada supaya bertindak segera dalam memperbetulkan kenyataan-kenyatan yang mereka buat yg mungkin pada pandangan rakyat akan menjadi fitnah yg lebih besar lagi!... Mereka mungkin tidak sedar tentang beberapa kerat kenyataan yg boleh menggusarkan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat sekaligus akan memberikan persepsi yg negatif kepada Pakatan Rakyat. Kadang-kadang adalah lebih baik menyiarkan "fitnah yang benar" demi untuk mengelakkan fitnah yang lebih besar lagi... Tak gitu Tok Guru?.. Kalau didiamkan bimbang pula rakyat akan mendapat fahaman yang salah, walaupun kadang-kadang diam itu lebih baik daripada berkata-kata... Lagipun tok guru pernah mengutip sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud "Jihad yang paling afdhal ialah berkata benar" setahu saya ada sambungannya lagi iaitu "... berkata benar dihadapan penguasa/raja yg zalim". Maafkan saya jika hadis yg saya quote ini tidak betul. Kenapa tokguru ambil sekerat je hadis tu? Saya jadi mushkil. Bimbang kalau-kalau tok guru sudah tidak berani untuk berkata benar di hadapan penguasa UMNO/BN, bimbang pula kalau tok guru hanya berani menegur kepada blogger-blogger PAS dan penyokong PAS yang selama ini telah berusaha tanpa mengharapkan apa-apa balasan melainkan keredhaan Allah semata-mata. Alangkah bagusnya jika lahir semula Saiyidina Umar r.a. yang memuliakan orang yg menegur beliau walaupun dengan pedang! Malahan akan memancung kepala orang yang mengampu kerana perbuatan mengampu akan menyebabkan seseorang menjadi riak/ujub serta akan tertolak segala amalannya.