22 Dis 2009

Pemimpin Sunnah Wal Jamaah Tegas Anwar Tidak Bersalah

Pengerusi Kesatuan Ulamak Sedunia Sheikh Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradawi yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah berhubung pertuduhan liwat terhadap beliau.

Beliau turut mendesak agar kes qazaf yang difailkan terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan lebih setahun lalu dipercepatkan dan diselesaikan segera.

Tokoh Maaf Hijrah itu menegaskan Mahkamah Syariah tidak mempunyai alasan untuk melengah-lengahkan keadilan Islam kepada penuduh mahupun yang tertuduh.

Tambahan lagi dengan kesahihan daripada empat orang doktor yang membuktikan tiada kesan luka di bahagian sulit Saiful Bukhari Azlan.

“Dia yakin insyaallah anwar tidak bersalah dan isu ini akan dapat diselesaikan dengan tuntas,” katanya.

Ini dikatakan oleh Sheikh Al-Qardhawi dalam pertemuan dengan Anwar dan beberapa orang pemimpin Islam di Putrajaya Isnin lalu.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Dr Mohammad Nur Manuty yang turut hadir dalam perjumpaan itu memberitahu yusuf sangat yakin Anwar tidak bersalah.

“Syeikh Qardhawi amat menyokon penuh supaya kes ini jangan ditangguh-tangguhkan lagi dan segera diselesaikan mengikut pendekatan syariah, dan diserahkan kepada mahkamah tertinggi, kerana kata qardawi anwar dah mengalami kesengsaraan jiwa, keluarga, politik, beliau dlam keadaan yang diserang oleh pihak-pihak yang tidak bermoral,” katanya.

Sheikh Al-Qaradhawi yang dikurniakan Tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia berpendapat Anwar telah diserang daripada segi peribadi, keluarga dan politik oleh pihak yang tidak bermoral.-ATIQAH YAACOB (TVS)



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mohd Saiful Bukhari Azlan itu adalah bapa kepada sekalian munafik! Sesumpah ni kalau mati tak boleh dikebumi sebagai orang Islam. Elok bagi kat anjing saja!

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum wbt..
Sy ade melihat video di laman sdr gb ni, "Pemimpin Sunnah Wal Jamaah Tegas Anwar Tak Bersalah."

Sy nk mintak pandangan drp sdr gb sendiri berhubung dgn dr.Yusuf Al-Qardhawi ni besalaman dgn perempuan yg bkn muhrim spt ditunjukkan dlm video tu..

sy ni sbnrny xla arif bab agama klu nk dibandingkan dgn sdr dan lbh2 lagi dgn dr yusuf tu..selaku pemimpin islam sunnah..

bkn ke berdosa bersentuhan dgn yg bkn muhrim?sy hrp dpt penjelasan drp pihak gb..sekian

"aku bdk baru blaja,klu salah tlg tunjukkan"

Unknown berkata...

salam anon.

Berjabat dengan tangan bukan muhrim termasuk di dalam bab khilafiah. Berbeza mazhab berbezalah sedikit pandangan di kalangan mazhab berkenaan.

Yusof Al-Qardawi sendiri jika GB tak silap) adalah bermazhab Hanafi. Beliau pernh mengeluarkan fatwa berikut:

1.Harus berjabat tangan ketika tidak disertai dengan syahwah, rasa kenikmatan atau rasa teransang. Ia juga mesti aman daripada fitnah. Jika disertai dengan syahwah dan teransang gelora seks, maka haram hukumnya walaupun dengan mahram (ipar duai, mertua, anak saudara dan lain-lain) atau lelaki remaja yang belum tumbuh janggut)

2.Berjabat tangan hendaklah pada tempat yang perlu sahaja, contohnya: suasana hari raya, ramai sahabat handai, saudara mara yang datang yang kebanyakannya adalah saudaramara samaada melalui nasab atau perkahwinan.

3. Ia pada kadar yang tidak keterlaluan dan berlebihan sebagai langkah berjaga-jaga kerana Rasulullah saw tidak pernah berjabat salam dengan wanita bukan mahram.

4.Lelaki beriman yang menjaga agamanya seharusnya tidak memulakan salam (kepada wanita). Ia bersalaman bila pihak wanita yang memulakan dahulu.

5.Hukum bersalaman dengan wanita ini terhad dan khusus bagi siapa yang memerlukan sahaja.

Kita serahkan kepada mereka yang arif di dalam hal ini.