11 Okt 2009

Era Najib Altantuya : PAS Tumpas, Rasuah Menang Di Bagan Pinang

Seperti yang dijangka, gergasi Barisan Nasional Tan Sri Isa Samad menewaskan calon Pas Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti besar 5,435 undi.

BN meraih 8,013 undi berbanding Pas 2,578 undi, peningkatan sebanyak 1583 undi dari keputusan PRU-12 8 Mac tahun lalu.

Dalam PRU lalu, Allahyarham Azman Mohd Nor menumpas calon Pas Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Peratusan keluar mengundi bagaimanapun tidak mencatatkan peningkatan ketara. Hanya 81.62 peratus bersamaan 11,157 dari 14,912 pengundi berdaftar keluar membuang undi berbanding 81.59 peratus atau 11,579 pengundi dalam PRU lalu.

Pas dijangka menghadapi laluan sukar menewaskan calon popular Isa Samad di kubu kuat BN ini. Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun itu diketahui popular dan Umno mengerahkan seluruh kekuatan jenteranya bagi memastikan kemenangan pertama di Semenanjung tanah air.

Pakatan Rakyat sebelum ini menggesa Suruhanjaya Pilihanraya merombak proses pengundian pos bagi memastikan pengiraan yang telus dan bersih. Undi tentera mencecah [berapa] ribu dan menjadi batu halangan besar kepada gagasan kerajaan alternatif menewaskan calon pemerintah di Bagan Pinang.

Meskipun Bagan Pinang melunaskan kekontangan Umno-BN, pemerhati politik bersetuju kemenangan Isa Samad memudaratkan imej Umno, dan merencat reformasi lanskap politik negara.

Isa Samad pernah digantung keahliannya dari Umno selepas terbukti terbabit rasuah dalam pemilihan Umno 2004. Dari Pakatan Rakyat hingga ke pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa kemenangan Isa adalah kemenangan untuk rasuah dan penyelewengan.

Perdana Menteri Najib Abdul Razak bagaimanapun menepis rekod rasuah Isa Samad, asalkan Umno menang dalam pilihanraya kali ini.

Gerombolan pemuda berbaju Barisan Nasional dan 1Malaysia mengempur markas Pas sebermula kempen menyebabkan beberapa orang petugas cedera.

Pada waktu itu terdapat 40 orang petugas berada di dalam markas.

Keganasan berlanjutan sehingga ke hari penamaan. Sepanjang proses pengundian berlangsung, 2 orang anggota polis mengalami cedera ringan, 3 orang ditahan dan 13 laporan berkenaan dengan kecederaan dilaporkan.

Menurut Ketua Polis Negeri sembilan, Datuk Osman Salleh tujuh kertas siasatan telah dibuka dan ia disiasat di bawah 324 kanun keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan 160 kanun keseksaan kerana mencetuskan pergaduhan.

3 ulasan:

Awanama berkata...

Aku lihat PAS sudah semakin kurang diminati apabila wujudnya 'Geng Perpaduan' dalam PAS dan PAS Selangor seperti Hasan Ali suka sangat hentam sesama anggota Pakatan Rakyat secara terbuka melalui media massa negara...

Aku harap Pimpinan Utama Pakatan Rakyat akan ambil perhatian dan melakukan sesuatu sebelum saham PR akan terus menjunam...

Rakyat sudah mula harapkan PR untuk ambil alih teraju negara, tetapi kelihatan baru jea menang 5 buah negeri dah bukan main hebat asyik bergaduh sesama sendiri dan masing-masing saling tunjuk lagak dan tunjuk pandai. Dalam PR juga kelihatan sesama sendiri ada yang berebut nak jadi MB dan ada juga yang berebut impian nak jadi PM...

Aku suka PAS zaman Allahyarham Dato' Fadzil Noor kerana misi dan visinya jelas apabila bersatu dalam Barisan Alternatif.

anakpahang berkata...

Salam.
Kekalahan adalah perkara biasa bagi PAS tetapi kekalahan dengan majoriti yang begitu besar memerlukan penelititan dalam post mortem PAS nanti.

Malangnya kemenangan besar UMNOBN ini telah melonjakkan nama negara ini negara yang diperintah oleh bapak kepada bapak perasuah...inilah slogan 1MALAYSIA Najib Altantuya...1MALAYSIA MENIPU DIUTAMAKAN RASUAH DIDAHULUKAN...HIDUP MELAYU PERASUAH!

poya berkata...

Aku begitu kecewa sekali dgn kekalahan PAS-PR
dlm Pru Bagan Pinang dgn majoriti yg agak besar.
Tapi sebelum ini pun, aku fikir kalau PAS-PR tewas pun dgn majoriti yg kecil kerana Bagan
Pinang merupakan kubu kuat UMNO-BN. Tapi biarkan
lah kerana pengundi2 disitu telah memilih dan
memerlukan saorang perasuah utk memimpin mereka.
Walaupun begitu aku harapkan kekalahan ini
merupakan satu iktibar buat PR-PAS kerana adat
pertandingan ada kalah menang, yang berlalu itu,
biarlah berlalu, cuma yg penting pemimpim2
peringkat tertinggi PR-PAS,DAP dan PKR kenalah
mencari satu formula baru utk memberi kekuatan
dan semangat baru dlm pilihanraya dimasa2 akan
datang. Aku jugak tidak menolak pandangan saorang
sahabat"Anonymous dlm tulisan diatas dgn wujud
nya 'Geng Perpaduan' dlm PAS dan selalu menghentam sesama sendiri dlm PR dan membuat
kenyataan terbuka kpd media masa arus perdana.
Pada pandangan aku, kalaulah begini kualiti
pemimpin2 PR, asyik bertengkar dan bertikam lidah
dgn perkara2 yg dangkal dan tak sehaluan, bagaimana nak mencari kemenangan dan memimpin
raayat serta negara. Sekiranya tidak puas hati
pulak diantara sesama sendiri, terus buat kenyataan terbuka kpd ahkbar2 milik UMNO dan akan
menjadi heboh seluruh negara. Kesanya lihatlah
sekarang ini. Untok mencari kekuatan dlm pilihan
raya atau mana2 perjuangan pasti kena bersatu
demi perpaduan diantara pemimpin2 PR. Tanpa
bersatu, kemenangan tidak akan tecapai. Lupakan
perkara2 yg remeh temeh dan tumpukan persefahaman
yg kuat dlm PR.