11 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Majoriti BN Cuma 831 Tanpa Undi Pos

Calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad menang pada pilihan kecil DUN Bagan Pinang dengan majoriti tipu 5,435 undi, mengikut analisis seorang blogger, iniyangakurasa.

Mohd. Isa memperoleh 8,013 undi manakala calon Pas, Zulkifly Mohamad Omar memperoleh 2,578 undi.

UNDI POS = 4,604

MAJORITI TIPU = 5,435

MAJORITI TIPU - UNDI POS = 5,435 - 4,604 = 831 undi

Ulasan GB



* Maka sebab itu SPR sedaya upaya mempertahankan undi pos kerana ia menjadi senjata utama mengalahkan Pakatan Rakyat.

Kemenangan besar Pakatan rakyat di Permatang Pasir adalah kerana bilangan undi pos yang kecil iaitu sebanyak 8 undi sahaja dan SPR telah ditegur oleh Najib lantarannya. Najib menyindir SPR dengan berkata "Saya tahu kenapa BN tewas di Permatang Pasir."

Faktor kemenangan Najib di Pekan pada PRU 11 dan 12 setelah hampir kalah di dalam PRU 1999 adalah kerana Undi Pos... jangan lupakan fakta itu.


* Sebenarnya analisis blogger berkenaan tersilap. Tanpa undi pos majoriti BN ialah 2026.

2 ulasan:

Awanama berkata...

Analisis Salah. Tanpa Undi POS, Isa Samad menang lebih 2000 undi.

Cuma yang memeningkannya ialah Undi POS. Majoriti tentera berumur kurang daripada 40 tahun. Mereka ini termasuk dalam kelompok saluran ketiga yang memberikan undi kepada Pakatan Rakyat. Namun dalam pilihanraya ini hampir 95% mengundi BN. Pelik sungguh.

Awanama berkata...

PAS/ PR selepas ini perlu memperjuangkan secara serius apa yang telah dituntut oleh BERSIH tempohari sehingga berjaya sebelum PRU ke-13 menjelma jika tidak amat sukar sekali untuk PR cuba untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang...

Jika sistem itu adil dan telus, menang bermaruah, kalah pun puas hati...