27 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Demi Survival Politik PAS, Undurlah!

Tok Guru Nik Aziz menyarankan supaya diadakan EGM PAS bagi mencari penyelesaian muktamat bagi masalah dua tiga kerat pemimpin tertinggi PAS yang tak berkesudahan sejak isu UG timbul.

Dua tiga kerat pemimpin ini dianggap bermasalah dan ini memberi tamparan kepada prestasi Pakatan Rakyat. Dalam PRK Manek Urai, PAS menang tapi dengan majoriti yang lebih rendah. Di Bagan Pinang pula, PAS kecundang dengan majoriti yang jauh merosot.

Apa sudah berlaku pada prestasi PAS? Semua yang berlaku ini merupakan petanda tidak baik dan sekiranya trend ini berterusan, bagaimana PAS nak survive dalam PRU 13 nanti? Ini bukan saja membimbangkan para jemaah PAS tapi juga penyokong PAS serta Pakatan Rakyat. Selagi PAS berada dalam Pakatan Rakyat, bermakna survival Pakatan Rakyat juga pasti terjejas.

Kita patut salute kepada Tok Guru Nik Aziz kerana istiqamahnya dalam perjuangan PAS dan selaku orang lama dalam dunia politik terutamanya dalam PAS, beliau mungkin dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan PAS sehingga orang mula menjauhinya terutama golongan bukan-Islam. Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan bagi mengembalikan semula imej PAS.

Persoalannya, apa sudah berlaku dengan imej PAS? Mengapakan wujudnya persepsi yang imej PAS sedang tercalar. Apa atau siapa yang mencalarkan imej PAS sehingga memberi kesan negatif di Bagan Pinang. Yang lebih buruk, kemampuan PAS mula diperlekehkan dan sokongan mula merosot. Takkan nak dibiarkan PAS dalam keadaan sedemikian rupa?? Something must be done, jika tidak parah jadinya.

Sebenarnya, imej PAS mula tercalar apabila isu UG timbul. Walau pun dalam muktamar demi muktamar keputusan telah dicapai, yang PAS menolak sebarang kerjasama politik dengan UMNO, malah PAS menyatakan pendirian akan tetap bersama Pakatan Rakyat serta akan mempereratkan lagi kerjasama dengan rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat mesti mantap untuk menghadapi UBN yang memang terkenal dengan tipu helah mereka.

Namun, ada juga dua tiga kerat pemimpin atasan PAS yang masih terhegeh-hegeh mahu berkahwin dengan UMNO. Lebih malang lagi, ada seorang pemimpin yang juga PJ PAS Selangor yang sering menimbulkan pelbagai isu kontroversi di dalam akhbar tanpa merujuk kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat khususnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, sedangkan dia salah seorang daripada EXCOnya.

Persepsi orang, tindak tanduknya mencurigakan, malah ia dilihat lebih menguntungkan UBN. Yes, dia jugalah salah seorang dalang yang pro-UG di dalam PAS. Setelah UG ditolak, dia menyusahkan pula Pakatan Rakyat dengan isu-isu yang sepatutnya boleh diselesaikan melalui musyawarah sesama rakan-rakan di dalam Pakatan. Lebih memelikkan, dia mengkritik entiti yang dia sebahagian daripada kerajaan yang menubuhkannya iaitu SELCAT. Apa sudah jadi???


Weh.... kalau asyik bertentangan pendapat dan tak boleh jadi team player, maka letaklah jawatan. Itu lebih bermaruah. Jangan pulak menjadi api dalam sekam. Bahaya manusia bernama Hassan Ali ni. Bukan bahaya kepada umum tetapi bahaya kepada survival politik PAS/Pakatan Rakyat.

Dalam keadaan sekarang, BN mula menikmati semula sokongan daripada non-muslim dan juga orang atas pagar. Jika dua tiga kerat pemimpin yang bermasalah ini dibiarkan membuat sesuka hati mereka, maka gelap dan terkuburlah masa depan Pakatan Rakyat. Nasib Pakatan Rakyat pasti akan jadi macam Barisan Alternative. Jika ini berlaku, berkecai jugalah harapan rakyat untuk menikmati kesejahteraan di bawah satu sistem yang lebih telus, adil dan sakasama.

Mungkin menyedari hakikat inilah maka, Tok Guru Nik Aziz mahukan para pemimpin yang istiqamahnya pada perjuangan mula bergoyang supaya disingkirkan melalui EGM PAS. Tetapi nampak gayanya, EGM tak jadi, cuma satu mesyuarat khas yang akan diadakan. Tak kiralah apa... janji ia membuka mata kita betapa pentingnya para pemimpin tersebut kembali ke landasan yang sebenarrnya. Kalau tak sanggup.... letak jawatan atau berhadapan dengan kemungkinan disingkirkan.

Namun, ketiga-tiga pemimpin yang menjadi buah mulut ramai mengambil sikap mendiamkan diri. Bisu demer weh.... tak keluor suara apa benda pun. Baguslah juga macam tu. Kalau bersuara tapi boleh mengeruhkan lagi keadaan, lebih baik membisukan diri.

Hari Rabu ini, iaitu lusa, AJK PAS Pusat akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan saranan TG Nik Aziz tentang kemelut kepimpinan PAS yang melibatkan dua tiga kerat yang dikatakan bermasalah.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat perkembangannya. Settle atau tak settle?? Tersingkir atau tersungkur?? Eeeiiii.... tak sabor aku!!!

Apa-apa pun kita harapkan mesyuarat khas itu nanti, akan membuahkan satu penyelesaian yang terbaik demi keutuhan PAS/Pakatan Rakyat. -Mumof3Mohd

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang bersalah tidak mahu berundur, TGNA pula nak disuruh berundur, teruskan perjuangan ahli bersama TGNA.

Tanpa Nama berkata...

Tabik hormat buat Prof. Aziz, kerana inilah satu-satunya Prof. yg jujur dan berani. Tidak seperti Prof. Kangkung yg lain suka mengampu dan bodek sahaja kerjanya.

Aku setuju dgn pandangan Prof. Aziz, Geng Perpaduan telah menconteng arang dan memberikan persepsi yg negatif pada PAS, ianya telah menyebabkan undi Cina dan India telah mula kembali kepada UBN.

Tidak dapat tidak PAS sebelum PRU ke-13 perlu melakukan sesuatu dan merubahkan kembali persepsi yg negatif ini menjadi positif.

Apakah caranya? Maka PAS perlu singkirkan Geng Perpaduan itu atau menasihatkan Geng Perpaduan itu supaya mengundurkan diri secara terhormat ini kerana selagi adanya Geng Perpaduan dalam parti tersebut, PAS akan terus tidak akan dipercayai lagi dan UBN boleh menarik nafas yg lega pada PRU akan datang...