27 Okt 2009

Era Najib Altantuya : PAS Pun Takutkan Blog?

Apabila timbul isu Musyid Am PAS membuat cadangan supaya diadakan muktamar khas atas sebab yang dimaklumi, ada beberapa pimpinan PAS melalui blog masing-masing mula mempersoalkan blog-blog yang mengulas mengenai isu itu mengikut sudut pandang tersendiri.

Ada yang turut melarang isu itu disentuh di dalam blog dengan alasan penulis blog tidak mendapat maklumat yang benar, hanya maklumat daripada blog juga. Ada juga yang mula memainkan isu ‘kebebasan’, yakni boleh bebas menulis apa sahaja di dalam blog tetapi tidak bebas untuk menulis mengenai isu-isu dalaman PAS.

Turut dipersoalkan ialah maklumat yang diperolehi oleh penulis blog. Penulis blog menulis mengenai sesuatu dengan maklumat separuh masak, yakni bukan daripada pihak yang terlibat sendiri.

Dan banyak lagi…!

Eh, sejak bila pula penyakit takutkan blog ini berjangkit kepada beberapa pimpinan PAS tertentu? Suatu masa dulu PAS berbangga dengan media baru ini. Blog adalah media alternatif, media yang membongkar penyelewengan Umno, media yang boleh dipercayai, media yang melonjakkan kemenangan PAS dalam beberapa PRU, dan macam-macam lagi pujian pimpinan PAS kepada blog dan blogger.

Hari ini berbeza pula, blog disaran tidak membincangkan isu-isu sensitif mengenai PAS. Sudah berpusing 180 darjah?

Apa salahnya isu-isu dalaman PAS dibincangkan di dalam blog? Kalau penulis blog itu adalah pimpinan PAS, dan dia terlibat dengan mesyuarat-mesyuarat PAS, diyakini dia memegang amanah kerahsiaan. Kalau dia membocorkan rahsia, itu bukan salah blog, itu salah tuan punya blog itu.

Bukankah TGNA juga mengemukakan cadangan mengenai muktamar khas melalui blog? Justeru biarlah blogger, samada dia ahli biasa PAS, pimpinan PAS atau sesiapa sahaja memberikan pandangannya mengenai perkara itu di dalam blog miliknya.

Usah takut kepada blog…! Jangan bila sesuatu itu menguntungkan kita, kita pun memuji dan menyanjungnya. Tetapi bila terkena batang hidung kita, kita pun kata dia tidak berguna.

Penulis blog bukan goblok…! -Ust Zolkharnain Abdidin



5 ulasan:

Awanama berkata...

entah apa pasal gol UG kecut perut denganb logger sampai Ketua penerangan PAS, Ust Idris Ahmad keluar kenyataan meminta ahli bertenang dan tidak membuat sebarang ulasan terbuka mengenai isu yang melanda kini sdgkan beliaulah yang memulakan kecaman ke atas Prof Ab Aziz Bari.

Idris perlu meminta maaf secara terbuka terlebih dahulu.

Awanama berkata...

mana wujud golongan pro UG dalam PAS. Tp kelihatan golongan anti UG yang melenting lebih2...?? pelik, tapi benar. - Mohd

HarimauPAS berkata...

Anonymous said...
mana wujud golongan pro UG dalam PAS. Tp kelihatan golongan anti UG yang melenting lebih2...?? pelik, tapi benar. - Mohd
___________

Memang DASAR puak UG tak mengaku di pro-UMNO. Malah Mustfa Ali mendabik dada kata "Saya penyokong kuat Pakatan Rakyat". Rakyat 1Malaysia cuba diperbodohkan, meniru gaya pemimpin-pemimpin UMNO.

Melenting lebih2? Hehehe, gol UG yang dah macam cacing kepanasan...

Awanama berkata...

kalau ada golongan anti UG dalam pas bermakna ada golongan Pro UG dalam pas, ahli pas sekarang educated, singkirkan puak UG.

Awanama berkata...

Bukan pas tapi pemimpin pro UG dalam pas, TGNA tak bimbang bloggers pun, kami sokong penuh bloggers yang menegak kebenaran...