14 Sep 2009

Perak Menyaksikan Najib Altantuya Beretorika Lagi.

Jika benar, seperti yang dilaporkan oleh Bernama bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan negara ini kuasa rakyat yang akan menentukan kelangsungan kuasa Barisan Nasional (BN), ada perkara yang perlu disemak semula.

Perdana Menteri berkata lagi bahawa bagi memastikan BN terus mendapat mandat memerintah negara ini, parti berkenaan perlu bersifat adil kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan kepercayaan.

"Ini semua adalah kerana kalau kita dapat pertahankan hak semua kaum dan berlaku adil maka rakyat akan lebih senang kepada kita dan inilah juga perinsip kerajaan kita iaitu kerajaan BN.

Jika demikian halnya, bagaimana dengan Perak? Apakah kerajaan BN yang memerintah sekarang ini adalah dari kuasa rakyat atau rampasan kuasa atau kuasa istana? Rakyat Perak melihat apa yang diucapkan oleh Najib tidak lebih dari hanya satu retorika yang akan memakan dirinya semula.

UMNO BN bukan sahaja telah melakukan satu pencabulan terhadap perinsip asas demokrasi, malah melakukan satu penghinaan terhadap kuasa rakyat dengan melakukan rampasan kuasa di Perak pada awal tahun ini.

Rakyat Perak telah mendesak berkali-kali agar kuasa rakyat dikembalikan, agar dewan undangan negeri dibubarkan, agar pilihanraya di adakan semula, tetapi kesemua seruan dan desakan itu telah tiba ke telinga yang tuli, malah kuasa rakyat dipersendakan sedemikian rupa untuk kelansungan Barisan Nasional di negeri itu.

Bagi rakyat Perak, tak kisah, rupanya masa begitu cepat berlalu, dan pilihanraya umum ke 13 pasti menjelma dan di situ, jangan ada lagi sikap apologetik dari UMNO BN atau istana, kerana suara rakyat sudah tidak dihormati, UMNO BN akan dihantar terus ke lembah kehancuran dan kehinaan.. bermula di Perak.

Rakyat Perak tak sabar menunggu detik-detik bersejarah itu.



1 ulasan:

Awanama berkata...

Benarkah rakyat Perak mahukan kuasa dikembalikan kepada PR? Kalau setakat Nizar buat drama, derhaka kepada Sultan dll perkara memalukan Melayu Islam, saya rasa tak semua rakyat Perak nak PR kembali memerintah.

Akan tetapi saya percaya bahawa kerajaan Perak sekarang patut dibubarkan dan satu pilihan raya baru patut diadakan. Jika BN kalah lagi, maka benarlah kata-kata saudara.

RAKYAT MEMANG SUDAH GETIK DENGAN KERAJAAN BN ; )