14 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Kartika Sabar Menanti Hari Hukuman

Wanita yang tetap mahu dihukum sebat kerana kesalahan minum arak di khalayak ramai, Kartika Sari Dewi, 32, tidak lagi mahu meminta-minta pihak berkuasa menjalankan hukuman sebat terhadap dirinya dengan segera.

Menurutnya, selepas kes itu dilanda kontroversi dan mendapat liputan meluas media, dia mengakui hanya akur dengan setiap keputusan bagi menghormati undang-undang.

“Saya hanya mampu menunggu keputusan dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa yang lebih arif mengenai hukuman sebat yang bakal dijalani kelak.

“Saya lebih tenang sekarang dan tidak mahu lagi mendesak atau cakap segeralah sebat saya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di kampung Jawang, Sungai Siput di sini semalam.

Kartika yang juga model sambilan dijatuhkan hukuman maksimum enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku salah minum arak di pusat hiburan Cherating, dua tahun lalu.

:Kartika yang mempunyai seorang anak itu sepatutnya menjalani hukuman sebat di Penjara Kajang 25 Ogos lalu bagaimanapun dimaklumkan terpaksa ditangguhkan atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Datuk Abdul Rahman Yunus kerana menghormati kemuliaan Ramadan.

S:ementara itu, bapanya, Shukarno Abdul Mutalib berkata, ada hikmahnya di sebalik penangguhan sebat ke atas anaknya itu kerana mereka mempunyai lebih banyak masa untuk mendengar pandangan dan pendapat golongan cerdik pandai mengenai kes berkenaan.

Menurutnya, biarlah masalah itu diselesaikan secara berhemah dan boleh menegakkan syiar Islam.

:“Ada golongan bukan Islam turut memberikan pandangan dan mahu sebat diteruskan. Jadi, biarlah hukuman ini diputuskan dengan cara berhemah dan betul serta mampu menaikkan imej Islam di mata dunia kerana Islam itu indah serta cantik.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini tiada sebarang perkembangan diterima daripada pihak berwajib berhubung kes anaknya itu dan keluarganya hanya mengikuti laporan di akhbar dan media lain yang membicarakan tentang Kartika serta hukuman sebatnya.

“Setakat ini tidak ada khabar berita dan kita hanya mengikuti perkembangan daripada akhbar dan media sahaja... tetapi kami akan tunggu dan patuh dengan setiap arahan pihak berkuasa sehinggalah tarikh sebenar ditetapkan.

“Sekiranya pihak Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), mempunyai kekangan untuk mengambil Kartika di sini, atas dasar kerjasama kami sudi menghantarnya ke sana untuk menjalani hukuman sebat... tetapi jangan bila sampai ke sana, keputusannya masih tergantung,” katanya. -SH

Tiada ulasan: