14 Sep 2009

Era Najib Altantuya : 11 Okt PRK Bgn Pinang

Suruhanjaya Pilihanraya telah mengumumkan tarikh Pilihanraya Kecil untuk N31 Bagan Pinang Negeri Sembilan ditetapkan seperti berikut:

Penamaan Calon : 3 Oktober 2009 (Sabtu)
Pengundian : 11 Oktober 2009 (Ahad)


Pengumuman itu telah disampaikan oleh Pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd Yusof sebentar tadi. Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor pada 4 September lalu.

Ekoran kematian beliau, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12, Azman menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi apabila memperolehi 6,430 undi berbanding Ramli yang mendapat 4,097 undi.

Dun Bagan Pinang yang mempunyai pengundi berdaftar sebanyak 14,192 ialah kawasan majoriti Melayu, sebanyak 66 peratus, dan pengundi Cina dan India masing-masing 10.5 dan 19.9 peratus.

Negeri Sembilan sebelum ialah negeri yang dikenali sebagai kubu terkuat Umno dan Barisan Nasional, tetapi di dalam PRU 2008 yang lalu pembangkang mula meningkatkan usaha menawan beberapa kerusi di negeri ini. Pembangkang berjaya menyekat majoriti dua pertiga BN apabila menguasai 15 kerusi DUN berbanding BN yang menguasai 20 kerusi.


1 ulasan:

Awanama berkata...

ptuih!! dasar SPR lembu UMNGOK.. kalau pengundian di kawasan PR, msti kene hari selasa, rabu.. kalau pengudian kat kawasan BNatang,dapat hari sabtu, ahad... mmg sial la SPR, jd lembu pawah.