10 Sep 2009

ERa Najib Altantuya : Pendirian Sidek Hassan Tidak Profesyenal

Pegawai-pegawai kakaitangan awam hendaklah belajar membuang mentaliti tunduk kepada Barisan Nasional, demikian dinyatakan oleh pemimpin Pakatan Rakyat sebagai respons terhadap kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan yang diwawancara oleh Malaysiakini.

Sidek mempertahankan tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim sewaktu berlakunya perebutan kuasa antara BN dan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Dalam krisis tersebut, Abdul Rahman dikecam kerana dilihat pro-BN, walaupun ramai yang menganggap Pakatan masih lagi mentadbir kerajaan negeri, kecuali dewan undangan negeri dibubarkan.

Menurut Sidek, setiausaha kerajaan negeri itu "mengikut peraturan sebagai seorang kakitangan awam. Saya juga mungkin melakukan perkara yang sama. Sebagai kakitangan awam, anda perlu melakukan apa yang anda fikir betul dalam keadaan yang berlaku, mengikut peraturan."

Sidek menegaskan demikian sewaktu diwawancara Malaysiakini di pejabatnya di Putrajaya Selasa lalu.

Dalam wawancara tersebut, Malaysiakini bertanya mengenai tanggapan wujudnya layanan berat sebelah perkhidmatan awam terhadap negeri-negeri yang dikuasa Pakatan, dan dilihat setia kepada kerajaan pusat yang ditadbir oleh BN.

"Ternyata mentaliti KSN sendiri adalah menataliti senget sebelah, berpihak dan prejudis kepada kerajaan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat," kata seorang pensyarah tempatan.

"Maka tidak hairan keputusan yang mereka ambil banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur politik sehingga mengenepikan ketelusan, profesyenalism malah kadang-kala etika juga," tambahnya lagi.

Sikap sedemikian menurut sesetengah pemerhati politik, hendaklah segera dikikis kerana pemerintahan pusat boleh bertukar tangan kepada parti lain pada bila-bila masa.

Jika kakitangan awam masih terkepung mindanya dengan parti BN semata-mata sepastinya perhidmatan awam akan menjadi tidak lancar apabila berlaku perubahan kerajaan seperti yang berlaku di beberapa buah negeri sejurus selepas Pilihanraya Umum 2008 yang lalu.


2 ulasan:

K Bebasan berkata...

Jika PR dapat tawan Putrajaya, perkara pertama yg perlu dilakukan adalah sepak mamat ni keluar dr pejabat. Jika tidak, Perak coup de tat akan berulang di Putrajaya.

akulajuki berkata...

Sidek Hassan ni asal dari Kg Cherok Paloh Kuantan. Seorang kawan saya kerja di SK Cherok Paloh dan dia cerita yang Sidek Hassan selalu balik ke kampong dan melawat ke sekolah tersebut.

SK Cherok Paloh ni sekolah kecik jer murid tak sampai 200 orang pun. Murid darjah 6 tahun 2009 sekitar 20-25 orang sahaja tapi Sidek Hassan nak supaya semuanya dapat 5A UPSR nanti. Baguslah seorang pegawai tinggi lagi kanan kerajaan begitu prihatin dengan nasib orang kampungnya tetapi apabila dia maki hamun cikgu depan orang kampung dalam satu majlis terbuka sampai memalukan guru-guru SK Cherok Paloh di mana integriti beliau selaku ketua kepada semua kakitangan awam di Malaysia?????

Sidek Hassan ni patutnya dah pencen pun tetapi dikontrakkan lagi oleh kerajaan UMNO/BN jadi tidak hairanlah kalau dia condong kepada kerajaan UMNO/BN. Kaki ampu dan bodek lah ni.