4 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Kesan Keganasan FRU Kepada Kanak-Kanak

Tindakan Unit Simpanan Persekutuan yang menembak gas pemedih mata secara rambang telah mengakibatkan ramai mengalami sesak-nafas, bahkan trauma dengan keganasan polis dalam Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos lalu.

Bagi orang dewasa sendiri bahana terkena gas pemedih mata begitu sukar untuk dilupakan apatah lagi jika mangsanya ialah kanak-kanak. Mereka bukan hanya menerima kecederaan fizikal malah kecederaan emosi yang memakan masa untuk disembuhkan.

Rodziah Ismail, Naib Presiden PEKAWANIS berkata, pihak polis perlu lebih berhati-hati dalam menjalankan tugas.

"Sepatutnya mereka menjaga keselamatan tetapi polis menghalakan tembakan itu rambang dan lebih kepada orang awam yang tidak terlibat. Ini membabitkan trauma kepada anak-anak yang tidak tahu apa-apa. dan kita kena tengok kesan psikologi kepada anak-anak, dalam tempoh trauma ini, benda ini akan berulang kepada emosi mereka. dan ini akan mengambil masa untuk mereka settle down".

Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) yang merupakan satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyelar keras tindakan polis pada kejadian 1 Ogos lalu.

Malah apa yang lebih teruk kata Rodziah Ismail, trauma ini mungkin berkekalan kepada kanak-kanak yang terlibat secara tidak langsung dalam operasi besar-besaran polis menghalang perarakan aman Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) ke Istana Negara.

"Penderaan ini bukan hanya kepada fizikal tetapi penderaan emosi dan memberi tekanan. contoh kalau dia orang bakar sampah, mungkin dia teringat asap itu. Asap yang dia pernah hadapi semasa perhimpunan sewaktu beliau melalui kawasan yang polis telah tembak waktu itu, yang ini yang kita rasakan unfair ini dalam konteks kita menyatakan kanak-kanak ini perlu dilindungi, kanak-kanak ini ada akta yang menjaga keselamatan mereka, tetapi kita juga yang melanggar. Jadi, double standard dari sudut sistem. kita buat sistem, kita langgar sistem itu. kita buat akta, kita ignore akta itu".

Dalam nada sinis, beliau menyuarakan kebimbangannya tentang keselamatan rakyat di negara ini terutamanya keselamatan kanak-kanak dan wanita yang tidak diambil berat oleh pihak yang sepatutnya menjaga keamanan negara.

Beliau menambah tindakan polis pada 1 Ogos itu merupakan serangan paling ganas dilakukan oleh agensi kerajaan itu dalam menangani satu perhimpunan aman.

75 das tembakan gas pemedih mata ditembak tanpa mempedulikan keselamatan mereka yang menyertai perhimpunan tersebut serta orang awam.

"Perhimpunan secara aman itu boleh dibenarkan. tetapi apa yang berlaku pada 1 ogos yang lepas, kita berkumpul beramai-ramai tanpa membawa apa-apa senjata, hasrat kita untuk kita nyatakan, kita nak berikan satu memorandum kepada agong untuk menyatakan beberapa perkara bukan hanya isa, tetapi kematian Teoh Beng Hock dan sebagainya, tentang keselamatan tetapi kita tidak dibenarkan. malah pihak polis yang sepatutnya menjaga dan mengawal, saya ulang menjaga danmengawal perhimpunan itu supaya tidak berlaku sebarang telah dibuat provokasi". - TVAntara



Tiada ulasan: