4 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : BN Akan Kalah Teruk Dalam PRU 13 Jika Polis Teruskan Hasrat tangkap pemimpin PR

BN akan mengalamai kekalahan teruk di dalam pilihanraya akan datang jika pihak polis ingin meneruskan hasrat mereka mengungut dan menahan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang menyertai perhimpunan Anti-ISA Sabtu lalu.

Pihak polis telah dilihat cuba mengalihkan perhatian isu kezaliman mereka di dalam meleraikan perhimpunan tersebut yang telah dikecam hebat oleh beberapa pertubuhan NGO dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan berunsur ugutan terhadap pemimpin-pemimpin pakatan Rakyat yang dituduh mereka sebagai dalang kepada perhimpunan Anti-ISA yang telah disertai oleh ribuan rakyat di ibu kota.

Di dalam satu perkembangan terbaru, polis dikatakan akan meneruskan siasatan untuk mencari mereka yang terlibat termasuk pemimpin-pemimpin yang menjadi dalang dalam demonstrasi berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, polis akan mendakwa mereka yang didapati bersalah terlibat dalam perhimpunan itu tanpa perlu memanggil mereka memberi keterangan.

"Kita akan teruskan siasatan dan mendakwa mereka yang menjadi dalang (demonstrasi) termasuk pemimpin-pemimpin secepat mungkin.

"Kita akan tuduh mereka yang didapati bersalah menghadiri demonstrasi itu.

"Kita tidak payah panggil, kita boleh tuduh sahaja," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian ketika ditanya bila 11 individu termasuk pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang dikenal pasti menghasut demonstrasi itu akan dipanggil memberi keterangan.

Antara 11 yang dikenal pasti polis menghasut demonstrasi itu termasuk Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua; Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Pengerusi Gerakan Mansuh ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh.

Polis telah menahan 589 individu termasuk beberapa pemimpin Pakatan namun 572 daripadanya telah dibebaskan kelmarin.

Semalam, mahkamah membebaskan Sivarasa dengan jaminan polis sementara 29 orang didakwa kerana menyertai perhimpunan tanpa permit itu. SIvarasa walaubagaimana pun mendakwa penahanannya sebagai satu komplot untuk menekan dan menyeksanya kerana beliau adalah salah seorang peguam kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam kes liwat2.

Tiada ulasan: