16 Jun 2009

PAS UMNO : Tangisan Tuan Guru Yang Tak Bernilai Lagi...


Tangisan yang melahirkan tsunami politik PRU ke 12 sudah tidak bernilai lagi bagi mereka yang "cakap berbelit-belit"

APA SUDAH JADI, APA YANG NAK JADI???

9 Jun 2009 : harakahdaily;

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa bersetuju dengan saranan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali agar seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan segala kenyataan yang boleh mengelirukan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat khususnya mengenai Kerajaan Perpaduan”


Hari ini; 16 Jun 2009 : Mstar ;

“KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib berkata beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang telah disuarakan oleh Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang”


Hari ini : 16 Jun 2009 : Mstar;

“KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung kesediaan Umno untuk bekerjasama dengan dengan PAS sebagai perkembangan serius menyelesaikan isu-isu nasional”

“Nasharudin berkata, PAS mengalu-alukan maklum balas Perdana Menteri dan beliau akan memaklumkan perkara itu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini berada di luar Negara”



KOMEN:

Macam mana ni pimpinan PAS oi ??? mana satu yang korang nak???

Kerajaan perpaduan tidak dibincangkan lagi dengan masak. Bukan keputusan mesyuarat pun.

Tengoklah respon rakyat sama. Kita menang kerana rakyat undi. Jangan khianati rakyat.

Kalau PAS kalah teruk lepas ini, nampaknya kita sudah ada jawapan yang boleh diberikan kepada media… Diharapkan, PAS masih kekal menang…

Sekian

Wallahu ’Alam - Ustadz One-G




4 ulasan:

Awanama berkata...

Nasha tu tepat pengkhianat Pas -dalang yg akan bawa kehancuran. Sungguh kurang sopan lukakan hati Tok Guru Nik Aziz. Berapa kah suapan nasha dapat dari Umno -kaki bodek ntengok muka dia pun tahu ada unsur jahat tersirat dihati n kelakuan buruk dia. Sungguh malu perangai Nasha pembelot

sb dehlawi berkata...

Aku syorkan orang seperti nasha ni dihadap ke muka lembaga disiplin Pas. baru ni setuju dengan stopa tutup mulut, sekarang buka mulut pula. kita tak rugi jika org seperti nasha keluar parti.

Awanama berkata...

letak youtube ucapan nasa ni

http://www.youtube.com/watch?v=KftII7qXKRY

Awanama berkata...

aku bosan la..buat la something woi..apa pasal bising sana bising sini..tapi mangkuk2 ni duk tak abis2 cakap pasal nak berpeluk cium dgn umno!!!