16 Jun 2009

PAS UMNO : Nasha Terus Layan Media Walau Beliau Setuju Arahan Tutup Mulut

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung kesediaan Umno untuk bekerjasama dengan PAS sebagai perkembangan serius menyelesaikan isu-isu nasional.

Nasharudin berkata, PAS mengalu-alukan maklum balas Perdana Menteri dan beliau akan memaklumkan perkara itu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini berada di luar negara.

“Respons ini adalah kali pertama secara agak serius daripada Perdana Menteri dan saya akan bawa kepada Presiden (Bergayut sakan dengan Jubah Presiden).

Kenapa tidak dibawa kepada Mesyuarat Majlis Syura atau Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Beriya-iya sungguh nampaknya nak jumpa Najib. Semakin jelas membelakangi Mursyidul Am PAS dan Majlis Syura.

“Kita sedia berbincang dengan sesiapa sahaja dan sudah tentu kita tidak akan tutup ruang sedangkan kita ada peranan yang boleh dimainkan untuk membantu negara ini,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Pagi tadi Najib berkata, beliau tidak menolak sebarang kerjasama dengan PAS yang boleh memberi kebaikan untuk negara.

Katanya, beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang telah disuarakan oleh Abdul Hadi.

Mengulas lanjut, Nasharudin berkata, isu kerjasama antara Umno dan PAS ini bukanlah sesuatu yang boleh dilaksanakan dalam jangka masa terdekat kerana memerlukan penjelasan secara terperinci.

“Ini adalah perkara baru dan perlu diperjelaskan. Kita memberi keutamaan kepada Muktamar (untuk memutuskan), bukan sesuatu yang boleh dilaksanakan esok atau lusa,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa kerjasama antara Umno dan PAS bukan bermakna PAS akan menyertai Umno atau Barisan Nasional (BN) sebaliknya hanya untuk menyelesaikan kemelut yang melanda negara termasuk ekonomi, politik dan pendidikan.

“Persoalan PAS masuk BN dan Umno tidak pernah ada dalam mana-mana agenda pemimpin PAS, yang ada hanyalah kita tidak menutup ruang kepada sesiapa pun,” katanya.

Katanya, isu kerajaan perpaduan yang diutarakan Abdul Hadi akan dibincangkan pada mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat Isnin ini.

Berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyifatkan mana-mana ahli PAS yang menyokong cadangan kerajaaan perpaduan sebagai boneka Umno,
Nasharuddin berkata:

“Kalaulah ada persepsi cadangan kerajaan perpaduan untuk bawa PAS masuk Umno dan BN, saya katakan tidak ada sebarang niat (ke arah itu).” -jiwoklate


19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

SB dehlawi berkata...

Boleh percaya ke tiada agenda untuk bawa masuk pas dalam BN? mengapa ada pertemuan sulit antara pemimpin tertentu Pas dengan puak baju biru?..belajarla daripada sejarah bahawa Pas pernah dibawah Umno dan kemudian ditendang seperti anjing kurap. Bolehkah Nasharuddn pastikan puak baju biru begitu ikhlas untuk menyelesaikan masalah negara seperti ditempikkan oleh nasharudin. Jangan jadi api dalam sekam. ingat kami ahli bawahan yang mengangkat kamu sehingga menjadi pemimpin. kamu amanahkan kamu supaya menjaga jemaah ini. kami semua berharap kamu taatlah kepada TGNA. kerana siapalah kamu hendak menentang TGNA.

RABUN berkata...

uishhh cepat cepat la masuk umno..BKN PAS EH.... tapi NASA ngan HADI....bawak sekali MUSTAPA LARA tu sekali eh...

Tanpa Nama berkata...

jom kita main-main sondol.

1. Hj Hadi - kena serang oleh ahli Pas lalu dok diam di Rusila

2. Nasha - macam cacing kepanasan lalu masuk umno

3. Stopa Ali - hang pa pikir lah sendiri...apa nak jadi

Tanpa Nama berkata...

Tu lah buat pilihan salah masa hari tu..kena undi dia sekarang dia naik minyaklah ..yang hampa dok undi dia ..jangan slah orang lain..

Tanpa Nama berkata...

jiwoklate,

Kenapa anda merasa risau bila Nasharudin berkata, PAS mengalu-alukan maklum balas Perdana Menteri dan beliau akan memaklumkan perkara itu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini berada di luar negara.....?

Kenapa anda seorang saja yang merasa risau diatas sikap dan perbuatan Nasharudin Md. Isa sedangkan yang lain tidak berbunyi...?

Itu menunjukkan bahawa sebahagian besar ahli PAS yang menyokong Haji Hadi dan Nasharudin bersetuju PAS dan UMNO berbaik dan bergabong dengan apa jua alasannya. Mungkin kali ini alasannya adalah "kerajaan perpaduan" kononnya untuk menjaga kepentingan orang melayu UMNO dan melayu PAS.

Sebenarnya anda hanyalah ahli PAS peringkat kaki lima masjid saja. Tiada siapa yang mempedulikan anda kerana yang membuat keputusan parti adalah orang yang duduk dalam masjid duduk pula dibarisan yang pertama.

Ahli PAS bukan semuanya bangang, biarkan mereka yang berpangkat dan berjawatan dalam parti membuat keputusan kerana anda telah melantik mereka untuk melaksanakan tugas mentadbir urus dan juga mengenal pasti kemana arah tuju parti.

Tanpa Nama berkata...

Itulah keja Saleman yang hendak melelong PAS atau PAS For Sale" pada Umno dengan harga yang sedikit.Tak sangka budak kecik ni pandai busines. Parti pun dia nak jual.Jual murah pulak tu.Adalah cukup memalukan.Pelanggan tak minta nak beli tetapi dia terhegeh hegeh nak jual.Wahai SABU dan Hussam dan Tok Guru Nik Aziz turun lah kamu ke medan perjuangan dan selamatkan lah PAS dari di jual oleh orang yang tertentu dengan harga yang sedikit.

Tanpa Nama berkata...

Jangan dibiarkan bahtera karam kerana seseorang cuba menebuk dasar bahtera dgn harapan konon-kononnya untuk mendapatkan air secara mudah melalui cara sedemikian. Semua orang mengaku bercakap ikhlas, tetapi dalam masa yg sama telah mengkhianati perjuangan dgn mengambil tindakan peribadi dgn membelakangkan jamaah sendiri. Buktinya ialah kenyataan Sdr. Mahfuz yg semua pihak telah maklum akannya dan pengakuan wujudnya arahan dr atas kpd Ust Ahmad Awang utk membentuk Kerajaan Perpaduan di Perak serta pertemuan sulit Dr Hassan Ali dgn Khir Toyo utk membentuk Kerajaan Perpaduan di Selangor! Tolong nafikan jika ianya tidak benar!!! Pimpinan menyuruh ahli tutup mulut, tetapi siapa yg buka mulut sebenarnya? Arahan terpakai hanya utk ahli marhaen, manakala pimpinan tak perlu tutup mulut! Dimanakah kredibliti anda? Inilah golongan yg dbenci oleh Allah s.w.t. iaitu org yg menyuruh sesuatu yg ia tidak perbuat! Kata suruh berhati-hati dgn pihak media. Haiii... entahlah.... Apalah nasiblah kami berpemimpinkan org mcm anda.

sb dehlawi berkata...

Wahai pejuang-pejuang Pas propakatan, marilah kita selamatkan pas daripada dimusnahkan oleh golongan pas berbaju biru dengan melakukan solat hajat. Mohon kepada Allah SWT supaya hancurkan rancangan jahat mereka seperti mana hancurnya tentera abrahah. kembalikan jemaah pas yang bersatu padu dan nyahkan pemimpin yang gila harta, pangkat, kedudukan dan berselindung di sebalik status ulama untuk menghalalkan tindakan.

Ghazali berkata...

adoi... korang ni sibuk2 apanya.... pemilihan pun dah dibuat. diorang dah menang, wala saja la. isu ni sebelum mukhtamar lg dah kecoh, ptutnya dlm mukhtamar, perwakilan xpayah undi org pro-UG. apa daaaa.... korang cakap bisng2 boleh laaa. patutnya korang hantar perwakilan yg bukan pro-UG. buat letih saja bising2. korang menganggu pimpinan baru. biarla diorang pimpin dulu, settle dulu benda2 yg perlu. ni apa pun x setel lg, x sempat panas punggung, korang dah tembak.

nak susun strategi lg, masa yg sama nak jawab tembakan2 korang, nak bdepan dgn perang psyco BN lg... nak bdepan dgn kwn2 PR lg....

bg la support. apa laa greenboc...

UG ni nampak mcm agenda umno. jarum2 umno. harapnya pas x terperangkap. aku percaya, presiden dpt hadapinya dgn berhikmah. aku x percaya presiden an timbalan gatal2 nak masuk umno/ nak bw pas masuk umno.

haha....lucu betoi la apa yg korang pikir...

Tanpa Nama berkata...

waka' membuta tulis itu kerja umat yg bebal!

remy berkata...

UG agenda dadi nasya dan mustafa ali, bukan agenda umno wahai ghazali.

remy berkata...

UG agenda hadi nasya dan mustafa ali, bukan agenda umno wahai ghazali.

AE PRINTING berkata...

Berhati-hati menolong ular tersepit... fikir-fikirkan...

Tanpa Nama berkata...

Senang aja, adakan muktamar tergempar dan buang orang yang tuan dan puan tak suka.

Tanpa Nama berkata...

OK, kalau tak boleh adakan muktamar tergempar kita adakan demonstrasi menentang muqabalah dengan UMNO.kita adakan di Stadium Shah Alam dan kita suruh orang-orang yang patut mengundurkan diri.

Tuk Ketuo berkata...

Mamat nih memang gilo glamo, dio ingat cantik bona la tu muko selalu keluar tv3suku, Nasa-Tapa and the gang penipu beronti la buek kojo tak semonggah.

Tanpa Nama berkata...

Penyokong PAS tak akan dengar pemimpin supaya tutup mulut soal Kerajaan Perpaduan selgi Pemimpin tertinggi PAS tidak berhenti dari menyatakan kesedian berbincang dengan mana parti termasuk UMNO.Kalau betul nak kuatkan PR PAS mesti cakap semua bentuk perbincangan dengan parti bukan PR mesti melalui PR.Kalau tidak jangan sebut lagi soal muqabalah.Dakwah lain dari muqabalah

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya perwakilan PAS telah silap memilih 3 pemimpin tertinggi PAS, Ust Nasa, TG Tuan Man dan Ketua Pemuda PAS. 3 orang ini dilihat penyokong kuat kerajaan Perpaduan