17 Mac 2009

Guan Eng Timbang Haramkan NST

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempertimbang tindakan melarang akhbar New Straits Times (NST) daripada membuat liputan sidang akhbar atau majlis yang dihadirinya sebagai tindak balas terhadap artikel akhbar itu yang ‘berbaur fitnah dan tidak benar’.

Menurutnya, tindakan itu hanya ditujukan kepada NST dan tidak melibatkan kese-luruhan Kumpulan NSTP dan ini bermakna akhbar Berita Harian dan Harian Metro masih boleh menghadiri program beliau.

Menurutnya, beliau bersedia menerima kritikan, tetapi bukan kenyataan yang mempunyai un-sur fitnah serta agenda tertentu yang bermaksud mahu memburuk-burukkan dirinya serta kerajaan negeri pimpinannya.

Menurutnya, ini bukan kali pertama beliau dikritik oleh NST dan menegaskan bahawa beliau dan kerajaan negeri masih boleh hidup tanpa akhbar itu.

“Dalam pilihan raya lepas mereka tulis memburuk-burukkan kami, kami sedia hadapinya. Dengan atau tanpa NST kami sentiasa 'survive'. Kami menggesa rakyat Pulau PInang, jika mereka ingin membaca hal benar mengenai Pulau Pinang, jangan beli NST,” katanya selepas melawat Taman Masyarakat Relau di sini, semalam.

Lim mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris itu yang mengkritik Ketua Menteri kerana bertindak meminggirkan media tertentu.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri tidak akan tunduk kepada tekanan NST dan akhbar itu perlu menyesuaikan diri dengan perubahan kepimpinan negeri ketika ini.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan tunduk kepada NST tetapi hanya akur kepada rakyat. NST mesti menyesuaikan diri dengan keadaan baru, mereka tidak boleh paksa kerajaan negeri ikut telunjuk mereka. Bukan macam dulu,” katanya.

Beliau juga mendakwa NST gagal menunjukkan senarai ter-tentu untuk membuktikan fit-nahnya terhadap beliau walaupun telah berjanji berbuat demikian.

Lim berkata, beliau sedar akhbar itu mempunyai agenda tertentu kerana ia dimiliki oleh sebuah parti politik dan membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang mendakwa Lim mempe-ralatkan media untuk kepentingan diri dan partinya.

Menurutnya, Azhar tidak layak untuk berkata demikian kepadanya kerana NST itu dimiliki oleh UMNO dan sudah pasti beliau akan mempertahankan akhbar berkenaan.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya, boikot suratkabar yang menyebarkan fitnah. Biar mereka sakit di tempat yang paling sensitif - 'poket' mereka.