26 Okt 2013

RM8.8 Bilion Untuk Polis Tak Mampu Bendung Jenayah Berbanding Hudud

PDRM terima RM8.8 bilion untuk kurangkan kadar jenayah

Dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di seluruh negara, kerajaan memperuntukkan RM8.8 bilion kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Bajet 2014.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata peruntukan itu menunjukkan keutamaan kerajaan terhadap keselamatan dan ketenteraman awam selain komited dalam membanteras jenayah.

Dalam membanteras jenayah, kerajaan memperuntukkan RM200 juta bagi melengkapkan PDRM dengan senjata api, jaket kalis peluru, alat pengesan narkotik, sistem biometrik dan kenderaan forensik.

"Kerajaan juga akan menambah 496 bilangan kamera litar tertutup (CCTV) di 25 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan peruntukan RM20 juta," katanya ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan akan menambah 200 buah motosikal lagi untuk Unit Rondaan Bermotosikal PDRM tahun depan menjadikannya 2,000 buah motosikal dalam tempoh dua tahun.

"Tahun ini, kerajaan bersetuju menambah 800 buah motosikal dengan peruntukan RM200 juta," katanya.

Perdana Menteri berkata bagi memperkasa perkhidmatan PDRM, kerajaan akan membina dan menaik taraf ibu pejabat polis, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan kuarters kakitangan dengan peruntukan RM128 juta.

Peruntukan itu termasuk pembinaan IPD baharu di Pasir Mas (Kelantan), Kota Setar (Kedah), Johor Baharu Selatan (Johor), Sipitang (Sabah), Nusajaya (Johor) selain pembinaan balai baharu di Pengerang (Johor), Tongod (Sabah) dan Country Homes Rawang (Selangor). – Bernama

ULASAN GB

Berapa banyak pun peruntukan disalurkan untuk PDRM, ia tidak dapat membendung gejala jenayah yang berluluasa berbanding dengan hukum hudud yang ditentang oleh kerajaan UMNO BN.

Malah peruntukan berbilion-bilion itu akan meningkatkan lagi jenayah ketirisan dan penyelewengan seperti kes yang berlaku di dalam Kementerian Pertahanan di dalam skandal Scorpene.

Apa sebenarnya agenda Najib menaikkan peruntukan untuk PDRM?

PRK Sungai Limau: Macai UMNO Kantoi Memfitnah Calon PAS


Isteri Azizan nafi dakwaan blog

ALOR SETAR - Calon Pas bagi PRK Dun Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat diakui mempunyai pertalian saudara bau-bau bacang dengan bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Perkara ini disahkan sendiri oleh isteri Azizan, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah ketika dihubungi, semalam.

Faekah berkata, hubungan kekeluargaan antara Azizan dan Mohd Azam adalah pada sebelah moyang yang merupakan sepupu.

“Sepupu Azizan yang juga anak kepada Tok Ndak Nab (Zainab) di Sungai Limau mengesahkan hubungan itu. Tok Ndak Nab dan bekas Adun Sungai Limau, Ahmad Awang adalah dua beradik, di mana Ahmad adalah bapa saudara Azizan,” katanya.

Menurutnya, pertalian itu wujud di sebelah keluarga lelaki moyang Azizan dengan moyang Mohd Azam.

“Hanya Azizan yang menetap di Sungai Limau selepas aktif dalam politik, tidak dinafikan Azizan mempunyai ramai saudara mara di situ,” katanya.

Faekah berkata, Mohd Azam adalah seorang pemimpin yang baik dan beliau sering berada di pejabat Pas kawasan Jerai ketika aktif bersama Pemuda Pas.

“Sejak Mohd Azam belum berkahwin, dia memang rapat dengan Azizan. Saya dan ahli keluarga tidak pernah keluarkan kenyataan dakwa Mohd Azam berbohong mengenai perkara itu,” katanya.

Sejak kelmarin, beberapa blog tempatan mendakwa Mohd Azam berbohong kerana tidak mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Azizan, sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati kalangan adik beradik Allahyarham, sebaliknya dikatakan mempunyai hubungan saudara dengan bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.

Mohd Azam dikatakan anak sepupu kepada Phahrolrazi, yang pernah berseteru dengan Azizan ketika Allahyarham menjadi Menteri Besar Kedah. Justeru, Mohd Azam dikaitkan dengan golongan pemberontak dan musuh politik Azizan apabila ada hubungan dengan Phahrolrazi.

Phahrolrazi ketika dihubungi, tidak menafikan wujud pertalian kekeluargaan dengan Mohd Azam, namun menyangkal dakwaan Mohd Azam adalah kroni beliau untuk menentang Azizan dalam diam.

“Saya dan Mohd Azam tidak rapat berikutan jarak usia. Kami adalah dua sepupu. Ingin saya tegaskan pemilihan beliau sebagai calon tiada kaitan dengan saya, termasuk dakwaan terbabit,” katanya.

Menurutnya, Mohd Azam tidak perlu mengambil aura beliau mahupun Azizan untuk membina karier politiknya, sebaliknya berdikari dengan kemampuan sendiri.

“Datuk Mohd Azam, iaitu Haji Abdul Hamid Ibrahim adalah adik kepada Tok Guru Haji Aziz di Pendang. Haji Aziz adalah datuk saya,” katanya. -SH

[GEMPAR] Di Perak Ada Ikan Bermulut Buaya


Gunung Semanggol - Penduduk sekitar Bukit Merah di sini gempar dengan penemuan seekor ikan pelik bermulut buaya oleh seorang nelayan sungai setelah terperangkap di dalam bubu dawai miliknya.

Dalam kejadian jam 9.00 pagi di Batu 39, Jalan Keretapi Bukit Merah, nelayan itu, Abu Zabar Husin,75, berkata, dia terkejut dengan penemuan ikan itu kerana spesies ikan itu sangat pelik dan mengakui baru pertama kali melihatnya.

Menurutnya, malam sebelum kejadian berlaku, dia telah memasang bubu di sebuah parit berhampiran rumahnya dan pergi semua ke lokasi itu pada sebelah pagi untuk melihat hasil tangkapan ikan.

“Ketika hendak mengangkat bubu, saya melihat keadaannya bergoncang kuat seolah-olah telah menahan banyak ikan.

“Saya mula membayangkan hasil tangkapan lumayan, bagaimanapun saya terkejut mendapati seekor ikan bermulut buaya terperangkap di dalamnya,” katanya ketika ditemui media, semalam.

Abu Zabar berkata, bubu ikan yang ditangkapnya hampir terlepas dari dakapan setelah dia menyangka haiwan yang terperangkap di dalamnya adalah anak buaya.

“Bagaimanapun, ikan itu mati tidak lama selepas itu setelah keadaannya terlalu lemah.

“Berita penemuan ikan itu mula tersebar dalam kalangan penduduk kampung dan rumah saya seakan-akan pesta apabila dikunjungi orang ramai tidak henti-henti sehingga kini,” katanya.

Abu Zabar berkata, seorang pegawai dari Jabatan Perikanan yang mengunjungi rumahnya mengesahkan bahawa ikan yang ditemui adalah dari spesies ‘Alligator Gar’ iaitu spesies ikan dilindungi dan amat jarang ditemui di perairan Malaysia.

“Saya percaya ikan seberat hampir dua kilogram dan sepanjang hampir satu meter itu berkemungkinan sesat berikutan banjir yang berlaku di beberapa buah negeri,” katanya. -SH

ULASAN GB

Sesungguhnya di dalam setiap kejadian Allah itu, taida satu pun yang sia-sia.

Berbillion Ketirisan Tak Diatasi, Rompak Pula Rakyat Dengan GST!

Pakatan Rakyat akan bantah GST besar-besaran

Pakatan Rakyat (PR) ternyata tidak senang dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kini sedang merancang untuk mengadakan bantahan secara besar-besaran.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata mesyuarat segera akan diadakan membabitkan semua parti komponen PR iaitu PAS, PKR dan DAP bagi membincangkan isu GST dan tidak menolak kemungkinan untuk menganjurkan demonstrasi membantah pelaksanaan itu.

“Saya bersetuju untuk mengadakan bantahan secara besar-besaran. Kita mungkin akan mengadakan demonstrasi.

“Seperti yang dijangka GST akan dikenakan untuk tampung belanja kerajaan. Sepatutnya kerajaan mulakan dengan perangi ketirisan seperti dalam Laporan Audit Negara 2012 kerana pembaziran berlaku di sana sini,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, berkata PR akan memperjuangkan suara 52 peratus rakyat Malaysia yang mengundi mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

“Majlis Presiden PR akan membincangkan pendekatan bantahan terhadap GST.

“Selain berhujah di Dewan Rakyat, pendekatan lain dalam membantah pelaksanaan itu akan diadakan termasuk mengadakan perhimpunan aman atau cara lain yang mampu untuk mencapai objektif,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, PR akan memberikan penerangan kepada rakyat terutama golongan bawahan mengenai impak pelaksanaan GST dalam kehidupan mereka.

“Jika ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional (BN) ada sikap mementingkan nasib golongan bawahan, mereka pasti akan menolak GST,” katanya.

Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke, berkata PR membantah GST dan gabungan itu akan melakukan bantahan bagi memperjuangkan nasib rakyat.

“DAP bersama PR akan bantah GST, kita akan putuskan bersama,” katanya.

Selepas beberapa tahun spekulasi, kerajaan akhirnya memperkenalkan GST yang akan bermula secara rasmi pada April 2015, dalam pembentangan Bajet 2014 oleh Najib yang juga menteri kewangan petang tadi.

Najib berkata, GST akan menggantikan dua jenis cukai iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) dan ini adalah masa yang terbaik untuk melaksanakan GST kerana kadar inflasi adalah minimum dan terkawal di paras dua peratus. – TMI


Bajet 2014 gagal perbetul ketirisan berbilion wang rakyat


Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal untuk memperbetulkan ketirisan puluhan bilion wang rakyat daripada berlaku, tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata, pengumuman Kerajaan Pusat untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada bermula 1 April 2015 pada kadar 6 peratus hanya akan menambahkan bebanan rakyat. “Tidak ada pertimbangan untuk memperbetulkan soal kebocoran, ketirisan puluhan bilion, tidak ada soal pembaziran hendak dibetulkan dan juga memperbaiki pengurusan Kerajaan. “Yang terpaksa mereka lakukan kerana kedudukan fisikal yang lemah ialah percukaian. GST hanya akan membebankan rakyat bawahan dan akan menambahkan pelebaran jurang kaya dan miskin. “Keduanya kenaikan harga gula, dengan hujah yang cukup lemah dan remeh sekali,” kata Anwar ketika ditemui di luar Dewan Rakyat hari ini. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata, pelaksanaan GST hanya menyebabkan rakyat yang tidak pernah membayar cukai akan terpaksa membayar cukai. “Di Malaysia hanya enam peratus penduduk yang bayar cukai. Di Malaysia hanya 15 peratus daripada pekerja yang bayar cukai. Sekarang semua kena bayar cukai,” katanya ketika ditemui. Katanya, Kerajaan Pusat tidak berlaku adil kepada rakyat yang berpendapatan rendah kerana rakyat yang tidak pernah membayar cukai selama ini terpaksa membayarnya. “Dia (Kerajaan) bukan sahaja mengenakan GST pada 2015, tapi telah hapuskan subsidi gula 30 peratus, saya tak tahu apakah jumlah ini akan jimat tetapi ini hanya menambahkan beban rakyat,” kata Ahli Parlimen Bagan itu. -tvselangor



GST menyebabkan rakyat makin susah, kata NGO dan peguam


PETALING JAYA: Rakyat golongan bawahan semakin terbeban ekoran keputusan kerajaan melaksanakan sukai perkhidmatan kerajaan (GST) sebanyak enam peratus pada bulan April tahun 2015.

Harga barangan dan perkhidmatan akan menjadi semakin mahal, harga makanan akan meningkat secara berperingkat mulai sekarang walaupun kerajaan mengumumkan ia akan dilaksanakan 17 bulan lagi.

“Dengan itu kehidupan rakyat menjadi lebih susah, kerajaan berniaga dengan rakyat,” kata Fariz Musa, Ketua Kordinator Jingga 13, sebuah NGO tempatan.

Bagaimanapun, dalam Bajet 204 yang dibentangkan di parlimen petang tadi, GST bukan kepada perkhidmatan tertentu seperti pengangkutan awam dan barangan makanan asas.

Peguam dari Temerloh, Nizam Hamid berkata, masa tidak sesuai untuk melaksanakan GST kerana masih ramai rakyat yang berpendapat rendah, serta masih ada yang miskin tegar.

Beliau berkata, kerajaan tidak boleh membandingkan dengan negara Singapura yang melaksanakan GST kerana rakyat negara itu mempunyai pendapatan yang tinggi.

Katanya, di negara itu tidak ada rakyat miskin tegar, pendidikan dan perkhidmatan berkelas dunia.

“Tetapi berapa ramai rakyat Malaysia yang masih hidup di bawah tahap kemiskinan tegar,” tanyanya.

Nizam berkata, kini syarikat peguam diarahkan mengenaikan cukai enam peratus kepada pelanggan untuk dibayar kepada kastam.

Sebelum ini, katanya, cukai sedemikian hanya dikenakan kepada firma guaman yang besar.

Nizam juga mendakwa pengenalan GST itu adalah cara mudah kerajaan untuk mendapatkan wang rakyat.

“Saya percaya wang itu adalah untuk menampung kos pengurusan sebanyak 82% berbanding 12% untuk pembangunan dalam bajet tersebut,” katanya lagi.

Seorang pekerja syarikat pengangkutan, Afandi Anuar berkata, golongan berpendapatan rendah sepertinya akan merasakan keperitan hidup berganda apabila GST dilaksanakan serta subsidi gula dikurangkan 36 sen.

“Sudah tentu harga makanan akan melambung, harga minuman akan naik. Teh o yang sekarang RM1 segelas barangkali mencapat RM1.50 sen.

“Bonus setengah bulan gaji secata otomatik menyebabkan kenaikan harga makanan, ini yang berlaku setiap tahun,” katanya yang berusia 56 tahun.
-FMT


"Saya Mahu Negara Kita Laksanakan Hukum Hudud Walaupun Saya Bukan Islam"

Walaupun pemimpin negara semakin galak berdebat mengenai perlaksanaan hukum hudud, namun adakah perkara itu terkesan di hati masyarakat?

Kebelakangan ini semakin banyak kes tembak, bunuh dan rogol yang telah menjadi igauan masyarakat kita tanpa mengira agama, bangsa, umur dan jantina, dan mungkin anda yang akan menjadi mangsa seterusnya.

Orang ramai mula mempertkaikan penguatkuasaan pihak berkuasa, namun secara adilnya PDRM juga perlukan masa untuk memberkas penjenayah, menyiasat dan selebihnya terserah kepada tindakan undang-undang yang tertakluk dalam Perlembagaan Malaysia.

Pernahkan kita terfikir alternatif undang-undang hudud yang dicadangkan parti pembangkang mampu mengekang masalah jenayah ini? Persoalannya adakah masyarakat bukan Islam dapat menerimanya?

Mike (bukan nama sebenar), seorang penganut agama Sikh secara terang-terangan bersetuju dengan cadangan sesetengah pihak yang ingin melaksanakan hukum hudud walaupun bukan beragama Islam.

Mempunyai kerjaya dalam industri hiburan sebagai pengawal keselamatan selama lebih 20 tahun, Mike mengakui pandangannya mengenai hudud adalah berpunca daripada jenayah yang semakin liat berlaku kini.

"Terlalu banyak jenayah yang berlaku dan dengan kerja saya sekarang, Saya telah melihat banyak jenayah berlaku di hadapan mata.

Bercerita mengenai pengalamannya, Mike yang mempunyai anak perempuan berusia 17 dan 13 tahun turut mengakui hanya hukum Islam itu mampu membendung masalah jenayah.

"Saya sendiri adalah mangsa ragut, ia berlaku dihadapan enam rakan saya, namun perkara itu terlalu cepat dan saya agak peragut itu telah dilatih kerana teknik yang digunakan untuk menjatuhkan saya sangat berkesan.

"Terlalu banyak....jadi kita perlukan undang-undang baru untuk selamat dan apabila saya mendengar mengenai hudud, jadi saya fikir itu yang sebaiknya.

Jelasnya, hukuman yang dikenakan terhadap penjenayah melalui undang-undang hudud mungkin boleh memberi kesedaran kepada mereka dan seterusnya dapat mengurangkan kadar jenayah.

"Kalau mereka merompak, potong saja tangan...baru lah kita sebagai orang awam akan rasa selamat bila berjalan di mana-mana sahaja.

Ditanya bagaimana cara untuk menerangkan kepada masyarakat bukan Islam melalui undang- undang itu, beliau berkata kesedaran melalui pendidikan adalah perlu.

"Melalui pendidikan, seharusnya dinyatakan secara meluas apa itu hukum hudud, bagi saya jika itu dapat membantu mengurangkan masalah jenayah ia patut dilaksanakan.

Jelas Mike, selain daripada melaksanakan hukum Hudud, cara yang dirasakan berkesan mengelakkan jenayah adalah mengawal pergerakan kanak-kanak dan remaja di bawah umur.

"Apabila ibu bapa tidak mempunyai pendidikan yang sewajarnya untuk mendidik anak mereka, jadi saya bersetuju sekirnya remaja di bawah umur 17 sepatutnya dikawal oleh ibu bapa dan tidak dibenarkan keluar rumah sepas pukul 10 malam.

"Dan penjaga harus mengawal pergerakan mereka khususnya remaja, malah ada diantara pelanggan pusat hiburan yang membawa anak mereka yang dibawah umur ke tempat sebegitu. Untuk apa?," soalnya.

"Jadi caranya adalah penguatkuasaan, tetapi walaupun undang-undang yang ada sekarang sudah ketat tetapi jenayah semakin banyak dan penyelesaiannya adalah dengan melaksanakan hukum hudud," katanya ketika ditemubual mD.

Relevenkah hudud di Malaysia?

Hukum Hudud adalah terletak dalam Akta Mahkamah Syariah namun boleh dipinda sekiranya mendapat persetujuan daripada Parlimen.

Beberapa tahun lepas, undang-undang telah membenarkan enakmen Mahkamah Syariah seperti tindakan yang di kenakan ke atas Kartika Sari yang minum arak di khayalak ramai.

Antara lain adalah penjara atau pun denda bagi hukuman murtad dan minum arak.

Sementara itu, pendakwah bebas Dr. Mohd Asri Zainal Abidin berkata hudud hanya makanisme untuk mengatasi jenayah-jenayah tertentu, bukan gambaran keseluruhan negara Islam, bahkan bukan hudud juga undang-undang yang merangkumi semua jenayah.

"Gambaran negara yang islamik sebagai negara yang sibuk mencari pesalah untuk dihukum dengan undang-undang hudud adalah gambaran yang silap yang ada di fikiran sesetengah pihak yang kurang memahami Islam," katanya dalam blog Minda Tajhid milik beliau.

Namun begitu, beliau turut menjelaskan masih banyak jenayah yang tidak tersenarai dalam hukum hudud.

Katanya, kesalahan jenayah yang mengaitkan keselamatan awam juga boleh dihukum melalui hukum hudud.

"Dosa pertama adalah dosa yang membabitkan kesalahan individu dengan Allah S.W.T seperti berzina dan minum arak. Dosa bahagian ini lebih kepada merosakkan diri pelaku itu sendiri.

"Manakala dosa kedua adalah yang merosakkan atau mengancam keselamatan masyarakat awam seperti merompak, merogol, mencuri, memberontak dan perkara yang berkaitan dengannya", katanya.

Kelmarin, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan pelaksanaan undang-undang syariah secara berperingkat di negara itu termasuk hukuman rejam hingga mati bagi kesalahan zina.

Hukuman termasuk rejam sampai mati ke atas mereka yang berzina, potong tangan bagi kesalahan mencuri, sebat untuk kesalahan menggugurkan janin hingga kepada perbuatan minum minuman keras.

“Insya-Allah, dengan pelaksanaan undang-undang ini, tanggungjawab kepada Allah berjaya dilaksanakan,” titah baginda. -mD



25 Okt 2013

Isu Air: Mahkamah Rayuan Batal Saman 711 Pengguna Terhadap K'jaan Selangor

Mahkamah Rayuan membatalkan saman 711 pengguna terhadap kerajaan negeri Selangor dan dua lagi berhubung isu air percuma.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Zaharah Ibrahim membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan kerajaan negeri Selangor, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi membatalkan saman berkenaan.

Panel itu, yang turut dianggotai Datuk Anantham Kasinater dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, bagaimanapun tidak membuat sebarang perintah berhubung kos.

Kerajaan negeri Selangor, Abdul Khalid dan Syabas mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 4 Februari lepas yang menolak permohonan mereka untuk membatalkan saman itu.

Responden merupakan penduduk Shah Alam yang memfailkan saman pada 11 September tahun lepas menuntut ganti rugi lebih RM400,000 selepas mendakwa tidak menerima subsidi air seperti yang dijanjikan kerajaan negeri Selangor.

Penyataan tuntutan mereka mendakwa semasa kempen pilihan raya umum 2008, kerajaan negeri Selangor berjanji pengguna domestik dengan kadar penggunaan 20 meter padu sebulan akan menikmati subsidi air iaitu percuma.

Berdasarkan manifesto itu, mereka mendakwa setiap pengguna domestik dengan Syabas adalah layak menerima subsidi bulanan sebanyak RM11.40 dan meskipun kerajaan negeri melaksanakan Skim Air Percuma pada 1 Jun 2008, mereka tidak menerimanya.

Mereka turut mendakwa Abdul Khalid kemudian menjelaskan bahawa pengguna dengan meter penggunaan air yang besar tidak layak menerima subsidi itu.

Selain ganti rugi, mereka menuntut perintah injunksi mandatori agar Syabas mengeluarkan bil air dengan rebat yang dijanjikan, faedah empat peratus setahun dan relif lain yang difikir wajar oleh mahkamah.

Responden diwakili peguam T.Geetha, kerajaan negeri Selangor dan Abdul Khalid oleh Edmund Bon manakala peguam Gopal Sreenevasan mewakili Syabas. - Bernama

Rompakan AMBANK: Suspek Larikan Wang Tunai RM450,000

Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai wanita dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya Rabu lepas, melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superitendan Tan Ah Chua ketika dihubungi Bernama hari ini berkata, maklumat itu disalurkan oleh pihak bank kepada polis.

Mengenai identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza itu, beliau berkata perkara berkenaan masih dalam siasatan.

"Polis sedang menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara," katanya.

Dalam kejadian 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek. - Bernama


'Abang masih sayang saya?


PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan terlibat dalam kejadian menembak mati pegawai operasi Ambank di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya, semalam.

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Ibrahim berkata, syarikat berkenaan didapati gagal mematuhi syarat dan peraturan pengendalian serta pengurusan agensi persendirian di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.

"Kementerian mendapati syarikat kawalan keselamatan itu mempunyai lesen untuk menggaji pengawal keselamatan yang menggunakan senjata api tetapi pengawal keselamatan (suspek) itu tidak ada lesen membawa senjata api.

"Selain itu, syarikat kawalan keselamatan itu baru mengemukakan permohonan untuk membuat tapisan keselamatan bagi pegawal keselamatan terbabit (suspek) pada hari ini. Sehubungan itu, KDN memutuskan untuk membatalkan lesen syarikat berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam kejadian 6 petang semalam, pegawai operasi Ambank Norazita Abu Talib, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan berusia 37 tahun selepas beliau membuka pintu bilik kebal bersama rakan setugasnya.

Alwi berkata polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti identiti dan latar belakang suspek yang merupakan seorang pegawal keselamatan gantian di bank berkenaan.

"Setakat tengah hari tadi, suspek belum ditahan," katanya. Sementara itu, Alwi berkata KDN telah mengeluarkan Lesen Agensi Persendirian kepada 751 syarikat kawalan keselamatan dan daripada jumlah itu, sebanyak 125 syarikat mempunyai lesen untuk menjalankan operasi kawalan keselamatan senjata api.

Untuk memastikan syarikat kawalan keselamatan mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, beliau berkata KDN sedang melakukan audit secara menyeluruh terhadap syarikat-syarikat berkenaan.

"Audit sedang dijalankan dan sehingga kini, sebanyak 90 peratus syarikat telah diaudit dan kami akan membuat analisa dan rumusan," katanya.

Beliau turut memberi amaran keras kepada syarikat kawalan keselamatan agar mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, termasuk menggunakan pengawal keselamatan dari negara sumber bagi mengelak lesen syarikat dibatalkan serta-merta.
-Bernama


Pemergian Norazita: Keluarga Redha, Namun Marah Bercampur Geram

Kampar - Ahli keluarga mangsa tembakan, Norazita Abu Talib, 37, menyifatkan insiden pembunuhan pegawai bank itu sebagai tindakan kejam.

Sepupu, Musa Othman, 50, berkata, meskipun mereka reda dengan kematian berkenaan, namun terkilan dengan insiden yang dilakukan tanpa rasa perikemanusiaan itu.

“Pada mulanya kami sangka ia kematian biasa, tak sangka Allahyarham pergi dalam keadaan tragis begini.

“Dia cuma seorang perempuan, kenapa masih ada orang sanggup lakukan sebegitu? Kalau nak kata marah, memang kami marah, geram pun ada, beberapa saudara lain ada yang tak sanggup nak lihat gambar kejadian pun,” katanya ketika ditemui di Kampung Air Itam Labu, di sini, semalam.

Musa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Poliklinik Kampar berkata, berita kematian itu hanya diketahui kira-kira jam 8 malam sebelum memaklumkan kepada ibu dan bapa Norazita.

Katanya, ibu Allahyarham, Norsham Abd Kadir, 63, rebah di kediaman sebaik mengetahui insiden itu sebelum dibawa ke Kuala Lumpur bersama suaminya, Abu Talib Md Isa, 75.


“Pada mulanya mereka dimaklumkan Allahyarham kena tembak, hanya pada panggilan kedua, barulah kami dimaklumkan yang Allahyarham sudah tiada,” katanya.

Kali terakhir dia bertemu dengan anak bongsu daripada lima beradik itu ketika cuti Aidiladha, 15 Oktober lepas.

Suasana pilu dan sedih menyelubungi kampung halaman sebaik jenazah Allahyarham tiba kira-kira jam 7 malam menggunakan kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Itam Labu kira-kira jam 7.15 malam untuk disemadikan.

Idam makan tilapia

Sempena cuti Aidiladha lepas, Allahyarham dikatakan menyatakan keinginan untuk makan ikan tilapia kegemarannya.

Musa berkata, keinginan itu disuarakan kepada ibunya sementelah Allahyarham sukar mendapatkan ikan itu melainkan di kampungnya sahaja.

“Mujur secara kebetulan saya dapat ikan itu di kolam berhampiran dan memang niat saya untuk berikan kepada dia dan kakak saya di belakang rumah.

“Saya bersyukur apabila keinginan dia dapat dipenuhi sebelum pergi,” katanya.

Musa berkata, lagak Norzita yang diibaratkan orang mengidam itu begitu asing kerana Allahyarham jarang bersikap sedemikian.

Katanya, ketika cuti itu juga, Allahyarham turut menunjukkan sikap pelik apabila membasuh kereta Toyota Wish miliknya dalam hujan.

“Dalam hati sudah berdetik, mungkin dia buang tabiat basuh kereta pada waktu itu, tetapi tidaklah menegur pula,” katanya.

Pendiam, pentingkan keluarga

Seorang lagi sepupu mangsa, Suhana Abd Aziz, 48, menyifatkan Allahyarham sebagai pendiam, namun mementingkan hubungan kekeluargaan.

Katanya, meskipun tidak terlalu akrab, namun setiap kali cuti, mereka kerap bertemu di kampung.

“Suaminya orang sini juga, jadi mereka sekeluarga memang selalu balik kalau cuti panjang dan perayaan.

“Allahyarham memang tak banyak cakap tapi mesra dengan ahli keluarga dan saudara lain.

“Saya tak sangka, dia pergi dalam keadaan zalim begitu, sampai sekarang saya tak sanggup nak tengok gambar kejadian, terlalu kejam,” katanya.

Kami reda

“Perkara dah berlaku, apa pun kami reda dan terima ketentuan ini,” itu kata luahan yang dapat dilontarkan bapa Allahyarham, Abu Talib Md Isa, 75.

Abu Talib ketika ditemui di kediamannya di Kampung Air Itam Labu, di sini, kelihatan tenang meskipun suara tangisan silih berganti mengiringi jenazah Allahyarham.

Menurutnya, tiada perasaan marah atau dendam terbit kepada suspek atas insiden itu, sebaliknya menganggap ia satu takdir.

“Nak marah macam mana.. Biarlah polis yang menyiasat, pakcik serahkan kepada polis sahaja,” katanya.

Beliau berkata, Allahyarham memang dikenali sebagai seorang yang komited bekerja.

“Dia memang begitu, tunggu sampai semua kerja betul-betul siap baru akan balik,” katanya.

Kali terakhir mereka bertemu pada cuti Aidiladha lepas apabila arwah sekeluarga bercuti selama tiga hari di kampung berkenaan. -SH


'Abang masih sayang saya?


SERDANG - Panggilan singkat Norazita yang beria-ia benar hendak tahu sejauh mana kasih suaminya, rupanya petanda ajal wanita itu hendak pergi buat selama-lamanya.

Suaminya, Irwan Kamarudin, 37, sama sekali tidak menyangka itulah panggilan terakhir dan paling singkat daripada isteri tersayang.

“Abang masih sayang saya?” Begitu pertanyaan Norazita dan berkali-kali dia mengulang soalan itu menerusi panggilan telefon kepada suaminya sekitar jam 5 petang, kira-kira sejam sebelum dia ditembak mati oleh perompak.

"Kemudian saya jawab, 'abang sayang awak seperti kita mula berkahwin dulu. Tidak pernah berubah kasih sayang abang pada awak," ucap Irwan dalam nada suara menahan sebak.

Dalam kejadian sekitar 6.20 petang kelmarin, isterinya, Norazita Abu Talib, 37, mati tragis ditembak perompak dalam kejadian rompakan di bank tempatnya bekerja.

"Tetapi saya tidak boleh bercakap lama dengan isteri saya, kerana waktu itu saya sedang bekerja," luah Irwan yang bekerja sebagai pemandu peribadi di sebuah syarikat di Bukit Jelutong.

Sambungnya, sekitar 6.20 petang, dia beberapa kali menghubungi Norazita untuk bertanya sama ada isterinya itu sudah pulang ke rumah ataupun belum tetapi panggilan tidak berjawab namun pada ketika itu dia tidak mengesyaki sebarang perkara buruk sehinggalah seorang pengurus bank menjawab panggilan itu dan memintanya segera datang ke bank tersebut.

"Saya tanya dia apa yang berlaku tapi dia tidak jawab soalan saya, cuma suruh saya datang ke sana. Beberapa minit kemudian, seorang kawan beritahu saya yang dia mendengar ada rompakan di bank isteri saya bekerja, menerusi laman sosial Facebook.

"Ya ALLAH, ketika itulah hati saya mula terdetik memikirkan sesuatu dan menjadi tidak tenteram," katanya.

Sehinggalah pada waktu dia sampai, dia begitu terkejut setelah melihat ramai polis di tempat kejadian dan polis tidak membenarkannya masuk ke dalam bank itu.

Jantungnya berdebar dan katanya, dia bertanyakan keadaan isterinya tetapi polis mengatakan isterinya berada dalam keadaan baik.

“Pada awalnya, seorang anggota polis memberitahu, isteri saya baik saja, tetapi kira-kira 9 malam, salah seorang anggota polis beritahu yang isteri saya sudah tiada lagi (mati ditembak).

"Pada saat mendengar berita itu, hati saya bagaikan hancur. Sedih dan pilu berpadu," luah Irwan dan ini bermakna panggilan singkat sejam sebelum kejadian itulah kali terakhir dia mendengar suara Norazita.

Irwan benar-benar tidak menyangka nasib malang menimpa Norazita sedemikian rupa kerana isterinya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan tingkah laku sebelum ajal, dan kesedihan apalagi yang boleh diceritakan saat mendengar khabar, isterinya telah mati ditembak.

Menceritakan kisah isterinya itu, Irwan berkata, Norazita memang seorang yang agak pendiam, namun sangat baik hati dengan orang lain dan tidak menyangka Norazita terkorban secara kejam di tangan perompak.

Menurutnya, dia sudah 13 tahun mendirikan rumah tangga bersama arwah dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Nurnisa Nabilah, 12, dan Muhd Hazimy, 8.

“Arwah akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Air Itam Labu, Kampar pada hari ini (semalam),” katanya di Jabatan Forensik, Hospital Serdang, semalam.

Sementara itu, berkongsi sedih dengan ayahnya, anak sulung arwah, Nurnisa Nabilah berkata dia telah kehilangan ibu yang selama ini menjadi tempat bermanja.

“Walaupun ibu seorang yang garang, tapi dia sangat sayangkan saya dan Hazimy.

"Sekarang mak dah tak ada,” kata kanak-kanak itu dalam nada sayu.

Dalam kejadian kelmarin, Norazita yang bekerja sebagai pegawai bank di Ambank USJ, ditembak mati oleh perompak yang juga pengawal keselamatan di bank yang sama.

Seisi rakyat Malaysia turut merasai kekejaman yang berlaku terhadap wanita itu apabila perompak berkenaan tergamak menembaknya tanpa sebab sedangkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Norazita langsung tidak melawan.

Lebih mengerikan kerana insiden tembak itu dimuat naik menerusi laman sosial Facebook yang memaparkan Norazita ditembak pada muka hingga menyebabkan separuh dan otaknya hancur.

Dalam pada itu, perompak kejam tersebut berjaya lari dengan membawa wang rompakan itu dan kini polis sedang memburu pembunuh Norazita. Al Fatihah.
-SH


[GAMBAR & VIDEO] Amuk Di Taman Melati, 2 Maut 2 Cedera

Dalam tempoh 40 minit, seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental, bertindak menikam empat mangsa di tiga lokasi berasingan sekitar Taman Melati, Gombak, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.20 pagi itu menyebabkan dua mangsa termasuk seorang pelajar kolej swasta, meninggal dua di tempat kejadian sementara dua lagi termasuk seorang warga emas cedera parah dan kini dalam keadaan kritikal.

Ia bermula apabila suspek, bekerja sebagai pemandu van sebuah syarikat rokok, membuat penghantaran ke sebuah kedai di Stesen LRT Gombak.

Sebaik menghantar rokok, suspek dengan tidak semena-mena mengeluarkan pisau rambo dan menikam pemilik kedai, wanita berusia 60-an dan pembantu kedai, wanita warga Indonesia, berumur 40-an.

Suspek kemudiannya melarikan diri menaiki van menuju ke arah Stesen LRT Melati dan kemudiannya bertindak melanggar sebuah van penghantar barang (air mineral) dipandu seorang lelaki berumur 48 tahun di Jalan Persiaran Pertahanan, terletak kira-kira tiga kilometer dari stesen lokasi kejadian pertama.


Ketika mangsa turun dari van untuk melihat keadaan, suspek yang bagaikan dirasuk, bertindak menikam mangsa sebanyak tiga tusukan menyebabkan mangsa rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sejurus selepas itu, suspek memandu semula van ke arah Wangsa Maju dan melakukan modus operandi sama apabila bertindak melanggar sebuah kereta jenis Toyota Hybrid dipandu remaja berusia 25 tahun.

Dalam kejadian di Jalan Tumbuhan itu, mangsa yang merupakan pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman, Wangsa Maju, cuba melarikan diri, namun dikejar suspek sebelum ditikam sehingga meninggal dunia.

Saksi kejadian, seorang peniaga dikenali sebagai Farid, 30, berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu bertindak membelasah suspek namun suspek hanya melaungkan takbir sambil mengucap berulang-ulang kali.

"Ketika itu dia dalam keadaan bergari dan berlumuran darah setelah dibelasah orang ramai,"katanya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian hanya berakhir kira-kira jam 12 tengah hari setelah suspek berjaya ditahan oleh anggota polis peronda Dang Wangi.

Katanya, terdapat tiga kesan tikaman di bahagian badan dan tangan pada mangsa terakhir sementara suspek cedera di bahagian kepala.

"Kita dapati suspek yang berasal dari Segamat Johor ini, berada dalam keadaan tidak normal dan mengalami masalah 'kejiwaan' berkemungkinan berkaitan dengan ajaran yang dituntut.

"Siasatan awal mendapati, suspek bebas daripada rekod jenayah, bagaimanapun ujian akan dilakukan sekiranya suspek berada di bawah pengaruh dadah.

"Kita juga akan libatkan jabatan agama, dan kaunseling bagi menentukan tahap kesedaran suspek ketika kejadian, sama ada normal atau tidak,"katanya.

Beliau menambah, motif kejadian masih dalam siasatan dan meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.

"Kejadian ini tiada kena mengena dengan isu perkauman, tetapi lebih kepada masalah individu yang mengalami masalah jiwa dan bertindak di uar kawalan,"katanya.

Mangsa yang cedera dan suspek dibawa ke HKL untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 dan 302 Kanun Keseksaan. -SH




Rakaman CCTV Pegawai Bank Ditembak Oleh Pengawal Keselamatan Tersebar


Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan babak sebelum Norazita Abu Talib, pegawai operasi Ambank, ditembak mati oleh seorang pengawal keselamatan telah dimuat naik di laman YouTube.

Rakaman berdurasi 33 saat itu memaparkan keadaan ruang pejabat dengan pintu bilik kebal terbuka, di mana mangsa yang memakai baju kurung berwarna merah dilihat berdiri bersebelahan dengan seorang lagi rakan sekerjanya yang memakai baju berwarna putih.

Kedua-dua mereka dilihat membelakangi kamera dan berhadapan dengan pintu bilik kebal.

Pada rakaman durasi 0:03 saat, kelibat Norazita tiba-tiba jatuh ke lantai, dan rakan sekerjanya dilihat menutup muka dan telinga mereka daripada bunyi tembakan.

Difahamkan mangsa ditembak muka dengan jarak kurang daripada 5 meter.

Suspek kemudiannya dilihat berlari ke arah yang selamat dan mengheret seorang rakan sekerja mangsa daripada bilik berkenaan.

Dia kemudiannya berjalan ke arah mayat Norazita dan terus mengambil wang yang diambil daripada bilik kebal bank berkenaan dan memasukkannya ke dalam sebuah beg.

Rakaman CCTV bertukar gelap selama beberapa saat dan kembali berfungsi dengan memaparkan aksi seorang lelaki memasukkan wang ke dalam sebuah beg sebelum melarikan diri.

Daripada rakaman video tersebut, lelaki berkenaan di lihat sangat fokus dan tenang dalam insiden rompakan tersebut. -mstar

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

[BERGAMBAR PENUH & VIDEO] Pegawai Bank Ditembak Kejam Oleh Pengawal Keselamatan

24 Okt 2013

[TAHNIAH] GMUKM Menang Besar Pilihanraya Kampus UKM


Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) menang besar pada pilihan raya kampus kali ini.

Kerusi yang dimenangi adalah sebanyak 22 kerusi, manakala 4 Aspirasi dan 1 Bebas.

ini telah dibuat secara rasmi oleh TNC HEPA UKM, Prof Othman Karim selaku ketua jawatankuasa pemilihan pelajar di Pusat Teknologi Maklumat di UKM.

Walaubagaimanapun, peratus pelajar yang keluar mengundi pada pilihan raya kampus kali ini sedikit merudum, iaitu sebanyak 60% berbanding sebelum pada ini melebihi 80%.

“Hal ini mungkin disebabkan oleh kesediaan pelajar UKM dalam menghadapi suasana pilihanraya kampus dalam keadaan terkejut, kerana selepas cuti hari raya Aidiladha,” ujar Pengerusi GMUKM, Abdullah Sani Hashim.

Katanya, antara faktor kekuatan GMUKM adalah dengan kehadiran rakan baru seperjuangan Student Unity Front (SUF) yang mewakili kaum China di UKM.

Selain itu, ujarnya ruang media social facebook juga antara penyumbang terbesar kemenanangan GMUKM .

Katanya, video ‘UKM & Darah’ dan ‘video stylo calon-calon fakulti’ antara cetusan menarik kempen GMUKM kerana mencapai sehinggga ribuan ‘like’ hanya dengan beberapa hari.

Selain itu, kata beliau antara kekuatan lain adalah slogan ‘Moving Forward’ sebagai tagline GMUKM pada kali ini.

“Selain memberi impak besar kepada mahasiwa slogan ini diterjemahkan lagi dengan dengan perspektus ‘Moving Forward‘ iaitu tawaran manifesto GMUKM kepada mahasiswa andai PMUKM dimenangi sekali lagi,” ujarnya.

Katanya, walaupun GMUKM terpaksa menghadapi musibah rumah penginapan calon wanita dilempar sejenis bom buatan yang hampir membakar rumah, termasuklah disertakan ugutan ‘Tarik diri atau mati‘ sehari sebelum pengundian.

“Namun, ini bukan kali pertama kita diugut bunuh, hal ini berlaku dari tahun sebelum pada ini lagi. Calon-calon GMUKM tetap mengorak langkah walaupun diugut bunuh.

“Akhir, Alhamdulillah kemenangan besar Pro Mahasiswa di UKM kali ini, saya harapkan sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada seluruh Pro Mahasiswa yang berada di Malaysia, bahawa kita mampu menewaskan aspirasi seteru utama kita,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua mahasiswa di seluruh universiti di Malaysia, memulakan politik mahasiswa kelas pertama.

“Di UKM kita semai politik matang dan nilai, ‘debat presiden’, ‘debat manifesto calon’, ‘kreativiti kempen’ antara yang diutamakan , semuanya adalah suasana baru politik kampus yang diadakan di UKM.

“Saya sarankan kepada rakan-rakan yang akan menghadapi Pilihan raya Kampus, wujudkan suasana ini dan kita mestilah bersedia mengubah suasana politik keji yang berlaku hari ini,” katanya lagi. -HD


Makna kemenangan besar Pro-Mahasiswa di UKM


Tahniah buat rakan-rakan GMUKM (Pro-Mahasiswa di UKM) yang menang besar dalam PRK hari ini, khabarnya menguasai 22 daripada 27 kerusi yang dipertandingkan.

Tanggungjawab besar menanti anda, terutama untuk memberikan makna dan pengisian kepada gerakan pelajar yang matang, berwibawa dan berkesan.

Proses PRK yang bermula hujung Khamis lepas, dengan pelbagai karenah memalukan, khususnya komplot HEP ...(yang sewajarnya mengendalikan pilihan raya kampus dengan adil, bebas dan bersih), dan Kementerian Pendidikan, patut diambil iktibar.

Sesungguhnya tntutan agar PRK dikendalikan oleh badan bebas dan lebih berwibawa termasuk melibatkan mahasiswa sendiri -- dan bukan lagi HEP -- wajar diperjuangkan dengan lebih serius dan sistematik.

Ketempangan proses dan sistem PRK mesti didedahkan kepada masyarakat umum. Universiti yang sepatutnya menunjukkan teladan bagaimana demokrasi diamalkan, rupa-rupanya menunjukkan contoh buruk dan mengaibkan.

Dan yang tidak kurang pentingnya, anda mahasiswa, biar mempunyai kecenderungan politik berbeda, biar datang daripada kelompok Pro-M mahupun Aspirasi, atau juga Bebas, diharapkan dapat bersama dalam agenda gerakan pelajar yang lebih besar dan tulis. Bukan hanya terhadap dunia kampus tetapi juga memenuhi hasrat dan aspirasi umat-negara.

Malaysia kini berada di persimpangan yang kritikal dan amat memerlukan partisipasi proaktif rakyat, apatah lagi daripada golongan mahasiswa yang sedar, peduli, insaf dan tidak berkepentingan.

Salut buat mahasiswa semua ...



Zahid Hamidi Mahu Jadi Zahid Al-Sisi?

Sebanyak 74 kes bunuh melibatkan penggunaan senjata api oleh rakyat tempatan direkodkan sepanjang tempoh lapan bulan sejak Januari sehingga Ogos tahun ini.

Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 15 kes, diikuti Perak (10), Pulau Pinang (9), Johor dan Sabah (7), masing-masing Kuala Lumpur, Kelantan serta Sarawak (5), Kedah dan Negeri Sembilan (4), Melaka, Pahang, Terengganu (1), dan Perlis (0).

Angka itu dinyatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menjawab soalan Ahli Parlimen DAP-Bakri Er Teck Hwa yang bertanyakan pecahan kes tembak mati rakyat Malaysia sepanjang tahun 2013 dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Ditanya punca senjata api begitu mudah didapati, Ahmad Zahid mengakui kekerapan pergerakan keluar masuk, kesibukan lalu lintas di pintu masuk serta interaksi ekonomi antara penduduk dikawasan sempadan negara jiran membuka peluang yang luas kepada aktiviti penyeluduan.

Malah kewujudan ‘lorong tikus’ di sepanjang sempadan ekoran faktor geografi sempadan Malaysia-Thailand juga digunakan untuk mewujudkan rangkaian yang mendorong kepada aktiviti penyeludupan senjata api.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksanakan dua jenis operasi khas; Ops Laras dan Ops Api dari semasa ke semasa untuk mengekang penyeludupan dan mengawal penggunaan senjata api.

“Untuk mengatasi masalah yang dikatakan anggota polis marin gagal dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya, dicadangkan pasukan polis marin diperkukuh dengan memperluas kawasan tanggungjawab dilaut sehingga lima batu nautika dari pantai.

“Kerajaan sedang mempertimbang perolehan aset dan pembinaan infrastruktur baru dalam usaha mempertingkatkan daya operasi,” katanya.

Katanya, dengan pengukuhan dan perluasan kuasa tanggungjawab pasukan polis marin, adalah diyakini pertahanan pengairan negara akan lebih berkesan dalam menangani apa jua bentuk pencerobohan yang meliputi aspek keselamatan serta ketenteraman kawasan pengairan negara. -FMT

ULASAN GB

Begitu ramai yang ditembak mati sehingga menyebabkan negara jiran Indonesia menyifatkan PDRM sebagai pengecut dan barbarian.

Prinsip "tembak dulu" yang dibawa oleh Zahd Hamidi semenjak memengang Menteri Dalam Negeri telah menimbulkan pelbagai riaksi negatif di kalangan masyarakat, namun beliau seperti "Al-Sisi" di Mesir, lansung tidak menghiraukan kritikan berkenaan malah menembak mati anggota Ikhwanul Muslimin yang dituduhnya pengganas dan penjenayah sekalipun tiada bukti.

Malah beliau memberi alasan kononnya bertanggungjawab di hadapan Allah terhadap keluaga mangsa penjenayah. Tetapi beliau terlupa beliau juga perlu bertanggungjawab kepada Allah terhadap mereka yang bukan penjayah tetapi telah mati ditembak tanpa belas kasihan.

Prinsip sejagat, "one is innocent until proven guilty" tidak digunakan tetapi yang digunakan pemuasan nafsu untuk menaikkan nama dan imejnya menjelang pemilihan UMNO yang lalu.

Beliau menang di dalam pemilihan Naib Presiden UMNO, tahniah, tetapi Hukum Kebenaran dan Keadilan tetap berjalan. Tunggu dan saatnya Zahid Hamidi menerima apa juga yang telah dilakukan - what goes round turns around!

Dah Serik Kena Saman Berjuta, Sekarang Utusan Guna Taktik Mohon Maaf...


Utusan Malaysia mohon maaf kerana fitnah Syed Husin Ali

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini membuat permohonan maaf kepada Senator Syed Husin Ali sebagai sebahagian daripada syarat penyelesaian kes tuntutan saman yang dikenakan terhadap akhbar harian Melayu itu oleh bekas Timbalan Presiden PKR berkenaan.

Penghakiman persetujuan direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Su Geok Yiam, hari ini.

Peguam, L Bani Prakash yang mewakili Syed Husin, berkata Utusan Malaysia menarik semula laporan mereka dan memohon maaf kepada anak guamnya.

“Sebagai sebahagian daripada penyelesaian itu, Utusan Malaysia juga mesti menyiarkan permohonan maaf itu dalam akhbarnya di muka surat 8 dalam tempoh 10 hari.

“Sejumlah pampasan yang tidak boleh didedahkan nilainya sudah dipersetujui antara kedua-dua pihak,” katanya.

Pagi ini, Syed Husin menerusi akaun Twiternya @syedhusinali berkata:”Utusan memohon maaf kepada saya pagi ini di Mahkamah Sivil 7. Akan siar dan bayar pampasan. Zamil (Zamil Ibrahim, pemimpin Kita) akan berurusan secara berasingan. Mereka memfitnah saya”.

Pada Mei 2010, Syed Husin menyaman Utusan Malaysia dan dua lagi defendan sebanyak RM10 juta atas tuduhan memfitnahnya menerusi artikel yang disiarkan akhbar itu pada 6 Mac tahun yang sama.

Beliau turut menamakan editor akhbar itu, Mohd Hassan Mohd Noor dan Zamil sebagai defendan kedua dan ketiga.

Syed Husin meminta RM10 juta sebagai ganti rugi, ganti rugi teladan dan memohon perintah injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menyiarkan kata-kata fitnah terhadapnya, serta kos dan relief yang mahkamah rasakan sesuai.

Dalam penyata tuntutannya, Syed Husin berkata, Utusan Malaysia menyiarkan artikel bertajuk “RM500,000: Syed Husin dicabar lapor polis” yang berbentuk fitnah terhadapnya -TMI




Syed Husin Mahu Utusan Mohon Maaf Isu Pembubaran PRM


Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed husin Ali menghantar notis kepada Utusan Malaysia menuntut akhbar milik Umno-Barisan Nasional itu membuat permohonan maaf kepada beliau dan membayar ganti rugi RM10juta.

Notis yang dihantar semalam, melalui Peguambela & Peguamcara Edwin Lim Suren & Soh, diberikan kepada Pengarang dan Pengarang Pengurus Utusan Melayu Bhd dan juga seorang individu bernama Zamil Ibrahim.

Syed Husin dalam satu kenyataan medianya berkata, notis itu berhubung sebuah berita fitnah yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 6hb Mac 2010 bertajuk “RM500,000 Syed Husin dicabar lapor polis”.

Katanya dalam berita tersebut beliau dituduh kononnya menerima RM500,000 daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bayaran untuk membubar Parti Rakyat Malaysia (PRM) bagi memudahkan percantuman dengan Parti Keadilan Nasional dan membentuk Parti Keadilan Rakyat.

Beliau berkata, Utusan diberi tempoh tujuh hari dari tarikh surat tuntutan untuk memberikan jawapan dan sekiranya gagal, tindakan undang-undang akan diambil terhadap akhbar berkenaan.
-Kelab GB 26/3/2010


ULASAN GB

Lepas satu satu. Baru mohon maaf kepada Datuk Husam Musa kerana memfitnah, kini kepada Syed Husin Ali. Walaupun dah serik kena saman dan kini Utusan menggunakan cara "memohon maaf", namun akhbar berkenaan dilihat tak serik-serik terus memfitnah selagi terdaya dan terus menabur api perkauman di kalangan rakyat Malaysia.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Utusan, insyaAllah, pasti musnah di satu masa nanti.

[BERGAMBAR PENUH & VIDEO] Pegawai Bank Ditembak Kejam Oleh Pengawal Keselamatan


Seorang pegawai bank wanita berusia 37 tahun yang bertugas di Ambank maut akibat ditembak di kepalanya oleh seorang pengawal keselamatan yang merompak wang di bilik kebal bank tempat mangsa bekerja di Jalan USJ 2 Sentral petang ini.

Kejadian berlaku pukul 6.18 petang ketika mangsa, Norazita Abu Talib, 37, difahamkan memasuki bilik berkenaan bersama empat lagi pegawai bank serta suspek untuk menyimpan wang.

Suspek berusia 37 tahun kemudian melarikan diri dengan motosikal bersama sejumlah wang yang setakat ini belum dapat dipastikan jumlahnya.

Polis masih menyiasat kejadian itu.


Hubungi isteri sebelum ditembak


SUBANG JAYA: "Pak Cik Wan ada menghubungi isterinya beberapa minit sebelum kejadian," kata Mohd Fakri Azad M Azhar Syawal, 22, anak saudara kepada pegawai operasi sebuah bank, Norazita Abu Talib, 37, yang maut ditembak dalam kejadian rompakan di bank itu, di cawangan Jalan USJ Sentral 2, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.18 petang itu, mangsa maut di tempat kejadian selepas ditembak penjenayah berusia 37 tahun yang juga pengawal keselamatan bank berkenaan bersenjatakan pump gun di bahagian kepala kiri.

Menurutnya, bapa saudaranya itu menghubungi Norazita sebelum berpesan supaya berhati-hati ketika memandu pulang ke rumah kerana hujan.

“Bapa saudara saya bimbang kerana mak cik (Norazita) rabun dan sudah tentu sukar untuk memandu dalam keadaan hujan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Bercerita lanjut, Mohd Fakri berkata, Pak Cik Wan menghubungi Norazita sekali lagi namun panggilan kedua itu tidak dijawab.

“Tidak lama kemudiannya, Pak Cik Wan memberitahu saya bahawa dia dihubungi pihak bank namun pengurusan bank berkenaan tidak memaklumkan apa yang berlaku sebaliknya mengarahkannya segera ke bank berkenaan.

“Dia (Pak Cik Wan) bergegas ke bank itu namun tidak mengesyaki apa yang berlaku dan terkejut selepas dimaklumkan kejadian sebenar sebaik tiba di lokasi kejadian,” katanya.

Tambahnya, mangsa meninggalkan sepasang cahaya mata iaitu seorang perempuan berusia 10 tahun dan lelaki berusia 7 tahun.

"Pak Cik Wan masih lagi dalam keadaan terkejut dan ibarat kehilangan separuh jiwa kerana amat menyayangi isterinya. Buat masa ini dua anaknya masih belum diberitahu tentang kejadian itu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pihaknya sedang berusaha mengesan penjenayah terbabit.

“Suspek masih bersenjata dan kami harap orang ramai berhati-hati selain menyalurkan maklumat segera sekiranya bertemu lelaki terbabit,” katanya yang turut mengedarkan gambar suspek di lokasi kejadian kepada media.

Katanya, sehingga kini, pihaknya masih belum dapat memastikan jumlah wang dilarikan suspek dan berkemungkinan bernilai ratusan ribu ringgit.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK). Mayat mangsa juga dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” katanya.
-HM


Norazita Abu Talib Pegawai Bank Ditembak Mati Di Subang Jaya

Norazita Binti Abu Talib pegawai bank ditembak mati di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013. Mangsa dilaporkan ditembak oleh pengawal keselamatan ketika sedang membuka bilik kebal untuk menyimpan duit dalam bank berkenaan.

Insiden berlaku pada pukul 6.30 petang di sebuah cawangan Ambank di USJ 2 Sentral, Subang Jaya.

Identiti pengawal keselamatan terbabit dikenali sebagai Ardi bin Hamza yang berasal dari Tawau Sabah.

Sebelum kejadian, mangsa telah memasuki bilik kebal bank bersama empat lagi pegawai bank serta suspek untuk menyimpan wang.

Namun suspek yang bersenjatakan ‘pump gun’ telah bertindak dengan melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa. Suspek kemudian melarikan diri dengan motosikal bersama sejumlah wang yang belum dapat dipastikan. -informasi.my

Norazita Binti Abu Talib (Mangsa)

Nama Penuh: Norazita Abu Talib

Umur: 37 Tahun

Pekerjaan: Pegawai Bank

Ardi bin Hamza (Suspek)

Nama Penuh: Ardi bin Hamza

Umur: 37 Tahun

Pekerjaan: Pengawal Keselamatan Ambank

Alamat: Jalan Apas Batu 2 No.70 Tawau Sabah


Gambar Pegawai Bank Ditembak Mati Di Subang Jaya


Gambar Norazita Abu Talib Dan Rakan Setugas Ambank

Gambar Keluarga Norazita Abu Talib




Kalimah Allah Milik Seluruh Umat Manusia - Dr Yusuf Al-Qardhawi

Artikel ini diambil berdasarkan teks khutbah Jumaat Dr Yusuf Al-Qardhawi pada 22 Januari 2010 yang lalu di Masjid Umar bin Al-Khattab di Doha, ibu negara Qatar.

Anda boleh melihat kenyataan penuh beliau melalui laman web rasmi Dr Yusof Al-Qardhawi dan juga saya perolehi terjemahan beliau melalui laman web saudara Ridzuan Abdul Aziz. Syukran diatas perkongsian.

Ianya merupakan penjelasan yang ringkas dan padat dalam usaha untuk memahamkan orang Malaysia keseluruhannya berkaitan dengan keadaan dan situasi sebenar menurut kaca mata Islam berkenaan dengan isu penggunaan kalimah Allah.

Apa yang dinyatakan oleh beliau terdapat beberapa perkara yang boleh disimpulkan bagi menutup isu ini yang kian berlarutan di Malaysia.

Pertama, kenyataan yang dikeluarkan oleh ulama’ yang diiktiraf oleh ulama’-ulama’ seluruh dunia hendaklah dihormati dan diakui kerana ketinggian ilmu beliau jika dibandingkan dengan pendapat sesetengah ‘ustaz’ atau ulama’ mahupun sesetengah golongan di Malaysia ini.

Kedua, kalimah Allah adalah kalimah milik seluruh umat manusia, bukan milik umat Islam semata-mata. Ini dinyatakan jelas menerusi surah yang menjadi pembuka bagi kitab Al-Quran, الحمد لله رب العالمين iaitu segala pujian hanyalah bagi Tuhan sekalian alam, bukan Tuhan sekalian umat Islam.

Ketiga, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mencetuskan rusuhan antara kaum dengan menyerang rumah-rumah ibadah antara Kristian dan juga umat Islam.

Islam sendiri melarang umatnya sendiri merosakkan tempat ibadah kaum kuffar hatta di dalam perperangan sekalipun.

Ini terbukti semasa Salahuddin Al-Ayubi sewaktu membebaskan Jerusalam (Baitul Maqdis) daripada cengkaman Kristian beliau tidak menyeksa tahanan perang dan memelihara gereja dan juga para pendeta kristian.

Yusuf Al-Qaradhawi Mengutuk Serangan terhadap orang Kristian di Malaysia.

Doha – Dr Yusuf Qaradhawi, Presiden dari ‘International Union for Muslim Scholars’ mengutuk kejadian yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara Arab dan Islam, dan serangan ke atas beberapa buah gereja membuktikan bahawa peristiwa-peristiwa itu disebabkan oleh ketidak fahaman dan kejahilan, bukanlah dari amalan orang Islam.

Serangan terhadap beberapa buah gereja di Malaysia adalah berpunca dari penggunaan lafaz ‘Allah’ yang mulia oleh orang Kristian adalah tidak sesuai kerana Allah adalah Tuhan sekalian alam, dan bukan hanya umat Islam.

وفي خطبة الجمعة 22-1-2010 بمسجد عمر بن الخطاب بالعاصمة القطرية الدوحة قال القرضاوي إن: “الأحداث التي وقعت بين المسلمين والنصارى في عدد من الدول معظمها سببه الجهل، وليس تعصب المسلمين، فالمسلمون أمة متسامحة، القرآن علمهم التسامح لأن الله سبحانه وتعالى هو الذي خلق الناس متفاوتين”.

وتابع قائلا: “ولو شاء الله أن يجمعهم على الهدى لجمعهم، ولكن كما قال تعالي: (هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ فَمِنْكُمْ كَافِرٌ وَمِنْكُم مُّؤْمِنٌ)، (وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلاَ يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ * إِلاَّ مَن رَّحِمَ رَبُّكَ…)، فاختلاف الناس في الأديان بمشيئة الله ولا يستطيع أحد أن يعارض مشيئة الله ويجبر الناس أن يكونوا كلهم مسلمين”.

وأوضح أن “اختلاف الناس في الأديان بين مؤمن بدين وكافر بدين لا نفصل نحن (المسلمين) فيه في الدنيا، إنما الذي يفصل فيه الله تعالي يوم القيامة، كما قال عز وجل: ( وَإِن جَادَلُوكَ فَقُلِ اللهُ أَعْلَمُ بِمَا تَعْمَلُونَ * اللهُ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ)، (اللهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ لاَ حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ اللهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ)”.

وحول أحداث ماليزيا والهجمات التي تعرضت لها بعض الكنائس قال القرضاوي إن: “الاعتداءات التي وقعت على الكنائس في ماليزيا أمر لا يليق”، مستهجنا الأسباب التي أدت لوقوع تلك الأحداث، وهي استخدام النصارى لكلمة الله في ترجماتهم قائلا: “يا أخي الله رب العالمين جميعا، رب المسلمين والمسيحيين والعرب والعجم.. واللي بيفتح المصحف أول آية في القرآن بعد البسملة الحمد لله رب العالمين، وآخر سورة في القرآن قل أعوذ برب الناس ملك الناس، مش رب المسلمين، أو رب العرب، أو ملك العرب، إله العرب”، وتساءل مستفسرا: “لماذا إذن يزعل الماليزيين؟!”.

وتعرض عدد من الكنائس في ماليزيا ذات الغالبية المسلمة لسلسلة من الهجمات التخريبية منذ أن قضت محكمة في ديسمبر الماضي بحق صحيفة كاثوليكية في استخدام كلمة “الله” للإشارة للرب في المسيحية في إصداراتها بلغة المالايو الذين يشكلون 60% من الشعب الماليزي، ويقول بعض المسلمين الماليزيين إن استخدام المسيحيين لكلمة ارتبطت بالمسلمين قد يكون وراءه محاولة لتحويلهم عن ديانتهم الدوحة- استنكر العلامة الدكتور يوسف القرضاوي رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين الأحداث التي وقعت بين المسلمين والنصارى في عدد من الدول العربية والإسلامية، والاعتداءات التي نالت عددا من الكنائس، مؤكدا أن معظم تلك الأحداث سببها الجهل، وليس تعصب المسلمين، مشيرا إلى أن ما وقع في ماليزيا من اعتداءات على الكنائس بسبب استخدام النصارى للفظ الجلالة “الله” لا يليق؛ لأن الله رب العالمين وليس المسلمين فقط.

Dalam khutbah Jumaat 22.1.2010 di masjid Umar bin Al-Khattab di ibu kota Doha, Qatar, Dr yusuf Al-Qaradhawi berkata:

“Peristiwa-peristiwa yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara, sebahagian besarnya disebabkan oleh kejahilan dan sikap tidak bertoleransi seorang Muslim.

Hakikatnya umat Islam adalah umat yang bertoleransi. Al-Quran mengajarkan toleransi, kerana Allah Subhanahu Wa Taala yang menjadikan kesemua umat manusia itu adalah sama.

Beliau menambah: “Jika Allah kehendaki untuk mengumpul semua manusia di atas petunjuk-Nya, nescaya Dia akan berbuat demikian tetapi sebagaimana firman Allah Taala: (Dia-lah yang mencipta kamu semua dan dikalangan kamu ada yang kafir dan ada yang beriman), (Sekiranya Tuhan kamu menginginkan, nescaya Dia menjadikan semua manusia sebagai satu umat dan tidak ada perbezaan * kecuali mereka yang dikasihi oleh Tuhan kami …)

Justeru, perbezaan manusia menganut agama adalah kehendak dari Allah Taala dan tidak ada yang dapat menentang kehendak Allah dan memaksa semua orang untuk menjadi Muslim”.

Beliau menjelaskan lagi bahawa “perbezaan manusia menganut bermacam-macam agama tidaklah memisahkan kita (umat Islam) dengan orang kafir di dunia ini, tetapi Allah akan memisahkan (di antara Muslim dan Kafir) pada hari kiamat kelak sebagaimana firman Allah Taala : (Sekiranya mereka (orang-orang kafir) membantahi kamu (wahai Muhammad) maka katakanlah Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan * Allah yang akan menghukum kamu pada hari kiamat berkaitan apa yang kamu perselisihkan (Allah adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu untuk kami, dan setiap pekerjaan kami untuk kami dan perbuatan kamu adalah untuk kamu, tidak ada hujah di antara kami dan kamu dan Allah mengumpulkan kita semua dan hanya kepada-Nya kita akan dikembalikan). “

Dan tentang Malaysia dan peristiwa serangan di beberapa buah gereja, Dr Yusuf Al-Qaradhawi berkata: “Serangan-serangan yang terjadi pada gereja-gereja di Malaysia adalah tidak tepat,” mencela alasan yang menyebabkan berlakunya peristiwa itu iaitu penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang Kristian dalam penterjemahan.

Beliau berkata: “Wahai saudara, Allah merupakan Tuhan semua alam, Tuhan kepada Muslim, Kristian, orang Arab, Parsi… Oleh itu lihatlah ayat pertama Al-Quran selepas Bismillah dan الحمد لله رب العالمين dan lihatlah pada surah terakhir dalam Al-Quran Allah berfirman “Katakanlah (wahai Muhammad) Aku berlindung daripada tuhan sekalian manusia” bukan Tuhan orang Muslim,bukan juga Tuhan orang Arab atau majikan, atau Raja Arab, bukan juga Tuhan yang orang Arab sembah, “ justeru beliau tertanya-tanya:

“Mengapa orang-orang Malaysia sejak kebelakangan ini tidak selasa (penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Kristian) ?!”..


Moga perkongsian ini beroleh manfaat dan menambah keimanan kita terhadap akidah Islam.

Ustazengineer