26 Okt 2013

"Saya Mahu Negara Kita Laksanakan Hukum Hudud Walaupun Saya Bukan Islam"

Walaupun pemimpin negara semakin galak berdebat mengenai perlaksanaan hukum hudud, namun adakah perkara itu terkesan di hati masyarakat?

Kebelakangan ini semakin banyak kes tembak, bunuh dan rogol yang telah menjadi igauan masyarakat kita tanpa mengira agama, bangsa, umur dan jantina, dan mungkin anda yang akan menjadi mangsa seterusnya.

Orang ramai mula mempertkaikan penguatkuasaan pihak berkuasa, namun secara adilnya PDRM juga perlukan masa untuk memberkas penjenayah, menyiasat dan selebihnya terserah kepada tindakan undang-undang yang tertakluk dalam Perlembagaan Malaysia.

Pernahkan kita terfikir alternatif undang-undang hudud yang dicadangkan parti pembangkang mampu mengekang masalah jenayah ini? Persoalannya adakah masyarakat bukan Islam dapat menerimanya?

Mike (bukan nama sebenar), seorang penganut agama Sikh secara terang-terangan bersetuju dengan cadangan sesetengah pihak yang ingin melaksanakan hukum hudud walaupun bukan beragama Islam.

Mempunyai kerjaya dalam industri hiburan sebagai pengawal keselamatan selama lebih 20 tahun, Mike mengakui pandangannya mengenai hudud adalah berpunca daripada jenayah yang semakin liat berlaku kini.

"Terlalu banyak jenayah yang berlaku dan dengan kerja saya sekarang, Saya telah melihat banyak jenayah berlaku di hadapan mata.

Bercerita mengenai pengalamannya, Mike yang mempunyai anak perempuan berusia 17 dan 13 tahun turut mengakui hanya hukum Islam itu mampu membendung masalah jenayah.

"Saya sendiri adalah mangsa ragut, ia berlaku dihadapan enam rakan saya, namun perkara itu terlalu cepat dan saya agak peragut itu telah dilatih kerana teknik yang digunakan untuk menjatuhkan saya sangat berkesan.

"Terlalu banyak....jadi kita perlukan undang-undang baru untuk selamat dan apabila saya mendengar mengenai hudud, jadi saya fikir itu yang sebaiknya.

Jelasnya, hukuman yang dikenakan terhadap penjenayah melalui undang-undang hudud mungkin boleh memberi kesedaran kepada mereka dan seterusnya dapat mengurangkan kadar jenayah.

"Kalau mereka merompak, potong saja tangan...baru lah kita sebagai orang awam akan rasa selamat bila berjalan di mana-mana sahaja.

Ditanya bagaimana cara untuk menerangkan kepada masyarakat bukan Islam melalui undang- undang itu, beliau berkata kesedaran melalui pendidikan adalah perlu.

"Melalui pendidikan, seharusnya dinyatakan secara meluas apa itu hukum hudud, bagi saya jika itu dapat membantu mengurangkan masalah jenayah ia patut dilaksanakan.

Jelas Mike, selain daripada melaksanakan hukum Hudud, cara yang dirasakan berkesan mengelakkan jenayah adalah mengawal pergerakan kanak-kanak dan remaja di bawah umur.

"Apabila ibu bapa tidak mempunyai pendidikan yang sewajarnya untuk mendidik anak mereka, jadi saya bersetuju sekirnya remaja di bawah umur 17 sepatutnya dikawal oleh ibu bapa dan tidak dibenarkan keluar rumah sepas pukul 10 malam.

"Dan penjaga harus mengawal pergerakan mereka khususnya remaja, malah ada diantara pelanggan pusat hiburan yang membawa anak mereka yang dibawah umur ke tempat sebegitu. Untuk apa?," soalnya.

"Jadi caranya adalah penguatkuasaan, tetapi walaupun undang-undang yang ada sekarang sudah ketat tetapi jenayah semakin banyak dan penyelesaiannya adalah dengan melaksanakan hukum hudud," katanya ketika ditemubual mD.

Relevenkah hudud di Malaysia?

Hukum Hudud adalah terletak dalam Akta Mahkamah Syariah namun boleh dipinda sekiranya mendapat persetujuan daripada Parlimen.

Beberapa tahun lepas, undang-undang telah membenarkan enakmen Mahkamah Syariah seperti tindakan yang di kenakan ke atas Kartika Sari yang minum arak di khayalak ramai.

Antara lain adalah penjara atau pun denda bagi hukuman murtad dan minum arak.

Sementara itu, pendakwah bebas Dr. Mohd Asri Zainal Abidin berkata hudud hanya makanisme untuk mengatasi jenayah-jenayah tertentu, bukan gambaran keseluruhan negara Islam, bahkan bukan hudud juga undang-undang yang merangkumi semua jenayah.

"Gambaran negara yang islamik sebagai negara yang sibuk mencari pesalah untuk dihukum dengan undang-undang hudud adalah gambaran yang silap yang ada di fikiran sesetengah pihak yang kurang memahami Islam," katanya dalam blog Minda Tajhid milik beliau.

Namun begitu, beliau turut menjelaskan masih banyak jenayah yang tidak tersenarai dalam hukum hudud.

Katanya, kesalahan jenayah yang mengaitkan keselamatan awam juga boleh dihukum melalui hukum hudud.

"Dosa pertama adalah dosa yang membabitkan kesalahan individu dengan Allah S.W.T seperti berzina dan minum arak. Dosa bahagian ini lebih kepada merosakkan diri pelaku itu sendiri.

"Manakala dosa kedua adalah yang merosakkan atau mengancam keselamatan masyarakat awam seperti merompak, merogol, mencuri, memberontak dan perkara yang berkaitan dengannya", katanya.

Kelmarin, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan pelaksanaan undang-undang syariah secara berperingkat di negara itu termasuk hukuman rejam hingga mati bagi kesalahan zina.

Hukuman termasuk rejam sampai mati ke atas mereka yang berzina, potong tangan bagi kesalahan mencuri, sebat untuk kesalahan menggugurkan janin hingga kepada perbuatan minum minuman keras.

“Insya-Allah, dengan pelaksanaan undang-undang ini, tanggungjawab kepada Allah berjaya dilaksanakan,” titah baginda. -mD



7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hukum Allah mana ada cuba cuba mesti diyakini sepenuhya

Tanpa Nama berkata...

Saya bukan Muslim, tapi saya amat sokong potong tangan orang politik yang Mayan rasuah, Dan kroni mereka.

Tanpa Nama berkata...

Cemano jang rayo baru ni yang keno potong semua lembu belako, ibu lembu telopaeh, sudah tu buleh menang pulak
Ini hukom terbaik yang ado sekarang

Sapo sapo masih sokong hukom yang ado ni, kiro jadi lembu jugak
Buleh setuju ibu lembu kebaeh duit bejuta kamedian dudok diam diam MACAM LEMBU KENYANG

nordin omor berkata...

Persoalan;Ibunya mongel dan bapanya dayus.Tang tui gak lah,lagi sokong lambang alat penimbang tuh.

Hukum Hudud,hukum dari Allah.Najib,sebelum hang jumpa malaikat maut,baik hang buat macam sultan brunei..ada berani..?

Andre Irwan berkata...

Saya setuju dengan Dr MAZA bahawa perlaksanaan hukum hudud bukan menggambarkan negara Islam dan juga bukan hukum keseluruhan. Walaubagaimana, harus diingat, perjalanan beribu batu mesti bermula dengan langkah PERTAMA. Jadi bagi aku, untuk pembentukan Negara Islam, perlaksanaan hukum hudud ini merupakan langkah pertama yang wajib dilakukan demi masa depan Islam yang lebih cemerlang di TANAH MELAYU ni. Sifat semula jadi manusia memang suka pada perkara / hal yang baik-baik (KECUALI puak UMNO BN yang memang suka pada benda yang HARAM). Jadi perlaksanaan hukum hudud dapat membuka mata muslim dan non-muslim terhadap keberkesanan hukum ini dalam membendung jenayah. Hanya Allah swt lebih tahu kenapa hukum ini wajib dilaksanakan? Logik akal manusia ini terhad pada ilmu dunia sahaja.
Selagi UMNO-BN dengan pemimpin yang sedia ada memerintah, kempunanlah orang Islam dalam perlaksanaan hukum ini. Bukannya orang awam tak suka akan hukum ini atau hukum ini kejam, depa takut depa akan jadi OKU atas jenayah yang depa lakukan. Orang yang pertama takut akan Hudud ialah DR MAHATHIR MOHAMAD ISKANDAR KUTTY, diikuti oleh TAIB MAHMUD, ......
Kalaulah hukum ini dilaksanakan, mungkin SARAWAK akan keluar dari Malaysia sebab TAIB MAHMUD akan memohon untuk keluar dari Malaysia atau DIA dan KUTTY akan pindah ke luar negara. Kalau nak tahu, tanya depa tu.

Tanpa Nama berkata...

Sebab tu depe tak mau laksana takut makan tuan.

Tanpa Nama berkata...

Menurut Dr. Yusof Qardawi dalam kitab karangannya, orang yang mengambil hukum jahiliyah ciptaan manusia dan meninggalkan hukum ciptaan Allah ada seumpama kita mengambil anak ZINA dibela elok2 dan meninggalkan anak sendiri hasil yang sah.

Atau jika dihuraikan seolah2 kita bercakap dgn Allah macam ni.... Hoii Allah kita yang duduk dibumi ni lebih tahu undang2 mana yang nak pakai... kau tak duduk sini mana tau... Begitulah gambaran manusia yg tak kepada hukum Allah yg telah ditetapkan cuma 5 hukum jer. 1. Nak jaga akidah hukum bunuh org murtad 2. Nak jaga harta hukum potong tangan. 3. Jaga nyawa hukum Qisos, nyawa balas nyawa. 4. Jaga zuriat, hukum rejam/sebat dan 5. Jaga akal, hukum sebat minum arak. Org mabuk bahaya sebab boleh sign dokumen gadai negara.