24 Okt 2013

[BERGAMBAR PENUH & VIDEO] Pegawai Bank Ditembak Kejam Oleh Pengawal Keselamatan


Seorang pegawai bank wanita berusia 37 tahun yang bertugas di Ambank maut akibat ditembak di kepalanya oleh seorang pengawal keselamatan yang merompak wang di bilik kebal bank tempat mangsa bekerja di Jalan USJ 2 Sentral petang ini.

Kejadian berlaku pukul 6.18 petang ketika mangsa, Norazita Abu Talib, 37, difahamkan memasuki bilik berkenaan bersama empat lagi pegawai bank serta suspek untuk menyimpan wang.

Suspek berusia 37 tahun kemudian melarikan diri dengan motosikal bersama sejumlah wang yang setakat ini belum dapat dipastikan jumlahnya.

Polis masih menyiasat kejadian itu.


Hubungi isteri sebelum ditembak


SUBANG JAYA: "Pak Cik Wan ada menghubungi isterinya beberapa minit sebelum kejadian," kata Mohd Fakri Azad M Azhar Syawal, 22, anak saudara kepada pegawai operasi sebuah bank, Norazita Abu Talib, 37, yang maut ditembak dalam kejadian rompakan di bank itu, di cawangan Jalan USJ Sentral 2, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.18 petang itu, mangsa maut di tempat kejadian selepas ditembak penjenayah berusia 37 tahun yang juga pengawal keselamatan bank berkenaan bersenjatakan pump gun di bahagian kepala kiri.

Menurutnya, bapa saudaranya itu menghubungi Norazita sebelum berpesan supaya berhati-hati ketika memandu pulang ke rumah kerana hujan.

“Bapa saudara saya bimbang kerana mak cik (Norazita) rabun dan sudah tentu sukar untuk memandu dalam keadaan hujan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Bercerita lanjut, Mohd Fakri berkata, Pak Cik Wan menghubungi Norazita sekali lagi namun panggilan kedua itu tidak dijawab.

“Tidak lama kemudiannya, Pak Cik Wan memberitahu saya bahawa dia dihubungi pihak bank namun pengurusan bank berkenaan tidak memaklumkan apa yang berlaku sebaliknya mengarahkannya segera ke bank berkenaan.

“Dia (Pak Cik Wan) bergegas ke bank itu namun tidak mengesyaki apa yang berlaku dan terkejut selepas dimaklumkan kejadian sebenar sebaik tiba di lokasi kejadian,” katanya.

Tambahnya, mangsa meninggalkan sepasang cahaya mata iaitu seorang perempuan berusia 10 tahun dan lelaki berusia 7 tahun.

"Pak Cik Wan masih lagi dalam keadaan terkejut dan ibarat kehilangan separuh jiwa kerana amat menyayangi isterinya. Buat masa ini dua anaknya masih belum diberitahu tentang kejadian itu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pihaknya sedang berusaha mengesan penjenayah terbabit.

“Suspek masih bersenjata dan kami harap orang ramai berhati-hati selain menyalurkan maklumat segera sekiranya bertemu lelaki terbabit,” katanya yang turut mengedarkan gambar suspek di lokasi kejadian kepada media.

Katanya, sehingga kini, pihaknya masih belum dapat memastikan jumlah wang dilarikan suspek dan berkemungkinan bernilai ratusan ribu ringgit.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK). Mayat mangsa juga dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” katanya.
-HM


Norazita Abu Talib Pegawai Bank Ditembak Mati Di Subang Jaya

Norazita Binti Abu Talib pegawai bank ditembak mati di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013. Mangsa dilaporkan ditembak oleh pengawal keselamatan ketika sedang membuka bilik kebal untuk menyimpan duit dalam bank berkenaan.

Insiden berlaku pada pukul 6.30 petang di sebuah cawangan Ambank di USJ 2 Sentral, Subang Jaya.

Identiti pengawal keselamatan terbabit dikenali sebagai Ardi bin Hamza yang berasal dari Tawau Sabah.

Sebelum kejadian, mangsa telah memasuki bilik kebal bank bersama empat lagi pegawai bank serta suspek untuk menyimpan wang.

Namun suspek yang bersenjatakan ‘pump gun’ telah bertindak dengan melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa. Suspek kemudian melarikan diri dengan motosikal bersama sejumlah wang yang belum dapat dipastikan. -informasi.my

Norazita Binti Abu Talib (Mangsa)

Nama Penuh: Norazita Abu Talib

Umur: 37 Tahun

Pekerjaan: Pegawai Bank

Ardi bin Hamza (Suspek)

Nama Penuh: Ardi bin Hamza

Umur: 37 Tahun

Pekerjaan: Pengawal Keselamatan Ambank

Alamat: Jalan Apas Batu 2 No.70 Tawau Sabah


Gambar Pegawai Bank Ditembak Mati Di Subang Jaya


Gambar Norazita Abu Talib Dan Rakan Setugas Ambank

Gambar Keluarga Norazita Abu Talib




38 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

InnaliLlah wainna iLlah hirroujioun,
Al Fatihah
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, ini adalh ujian getir bagi keluarga Allahyarhammah

Semoga penjenayah itu segera ditingkap. Pihak yang bertanggung jawab dalam keselatam dan syarikat keselamatan perlu LEBIH TELITI DAN BERHATI-HATI memilih kakitangan.

Tokwan Perak

TOLONGLAH BERPERIKEMANUSIAAN KELUARKAN GAMBAR-GAMBAR ALLAHYARHAMAH SELEPAS KEJADIAN.... HORMATI PERASAAN KELUARGA ALLAHYARHAMAH...... SEMOGA KITA TERGULUNG DALAM GULUNGAN BERSAHSIAH MULIA

Tanpa Nama berkata...

jangan la letak gambar kena tembak tu. Hormati perasaan ahli keluarga arwah.

Tanpa Nama berkata...

Pengawal keselamatan orang sulu ni pasal tu guna kad pengenalan palsu, tapi yang peliknya macam mana boleh jadi pengawal keselamatan bank bersenjata pula tu, sedangkan semasa pemilihan untuk jawatan ini mereka seharusnya disaring dengan membuat tapisan keselamatan di balai polis terlebih dahulu, ini mungkin ada unsur-unsur rasuah dan juga salah guna kuasa, siasatan harus dijalankan dari semua sudut agar agensi yang terlibat dibawa ke muka pengadilan kerana membenarkan penjenayah bekerja di syarikat kawalan keselamatan. Takziah diucapkan kepda keluarga Norazita, semoga mereka tabah doakan agar roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah semoga penjenayah terbabit dapat segera ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Tanpa Nama berkata...

Alfatihah..takziah buat keluarga mangsa..

output hasil 'Program 6P' ke 'Projek IC' ??

dulu x silap masa kerja juruteknik dgn company keselamatan..isi form utk org bukit aman tengok..

patut company security kena check dgn jab pendaftaran utk pengesahan sblm bagi kerja dkt pemohon kerja.

Aku x heran sbb penah jumpa 3 sekawan remaja dari sabah@sarawak yg datang semenanjung sama2 tanpa duit yg cukup..slh seorang ditangkap sbb samun dua kwn yg sama2 dtg.. sama2 dtg,sama2 takde duit tetiba gi samun member..

Tanpa Nama berkata...

BAGI SAYA : Gambar peg Ambank yg ditembak mati tu tidaklah keterlaluan, dia memakai tudung, nampak sedikit betis dalam keadaan darurat, dia di anianya, di tembak oleh penjenayah, di terkorban ketika menjalankan tanggungjawabnya, kecederaan di kepala ( muka ) akan hanya memberi impak bertambahnya kebencian kita kepada penjenayah. Bukannya gambar dia baju , kain terserlah buah dada atau kemaluan, keluarga mangsa sudah tentu hiba dalam keadaan mana pun jenazahnya, kita pernah melihat pelbagai bentuk jenazah, org mati dlm pelbagai medium kita kena bijak membuat keputusan. Melainkan hanya nampak betis kita dah tidak ketahuan...sekiranya polis yg mengupload gambar, saya harap polis kena bijak dan tahu bagaimana nak upload gambar kes/kejadian...org kita kekadang sangat sensitif...org yg mintak delete gambar jenazah bila kita masuk wall dia penuh gambar seksi tersembul sana sini, Like page porno...menaip memang mudah.. -asri

Top Niaga berkata...

Ya Allah . Sedihnya :(

Tanpa Nama berkata...

sy setuju pendapat en asri. takziah pd keluarga mangsa. smoga arwah d tempatkan bersama orang2 yang beriman. pandai2 la kita sebagai manusia membezakan yang mana baik dan buruk. desakan hidup membuatkan seseorang itu jadi buta hati dan akal fikiran. kerajaan haruslah menitik berat tentang perkara ini agar Malaysia tak jadi mcm Mexico.

Tanpa Nama berkata...

Seluruh rakyat malaysia bersama mu.
Semoga segala amalan baiknya diterima allah.
Segala dosa sekiranya ada diampunkan allah.
Rahmat allah ke atas rohnya.

Tanpa Nama berkata...

jahat sungguh...........

Tanpa Nama berkata...

Tidak perlu upload gambar sedemikian. Kita bercakap memang mudah, cuba kita yang terkena, tak tahulah bagaimana perasaan kita jika hal begitu berlaku kepada orang yang kita kasihi. Bagaimana perasaan si anak apabila terlihat ibunya yang pergi dalam keadaan begitu? Ruang maya tidak seperti zaman dahulu, satu gambar yang di upload akan silih disalin, kekal di siber untuk tempoh yang lama. Kadang-kadang manusia sekarang dah jadi gila dek mabuk mengupload gambar-gambar yang dianggapnya bervalue dengan niat atau tanpa niat untuk bangga diri, untuk dapat banyak like dalam fb, untuk rating tinggi dalam blog. Ini semua kenyataan yang sukar untuk dinafikan.... Al-Fatihah kepada arwah...

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera en.asri & admin..
Salam takziah utk keluarga mangsa..
Cuba en.asri bayangkn klau keluarga sendiri dalam keadaan beliau.. meninggal dunia dalam keadaan yg mengaibkn aurat terdedah sana sini..semua orang tengok gambar yg tak sepatutnya..Aurat pempuan encik,harap faham..
Memang dh kerja polis utk megsahihkan kejadian sebenar untuk anggota mereka membuat kajian / selidik..tapi klau dh terlepas pada blogger2, pandai2lah edit/ blurkan tempat yg sepatutnya...
Terima kasih - liew Su Meng

Tanpa Nama berkata...

tak perlu keluarkan gambar tersebut, ia penting untuk mengesahkan kekejaman penjenayah tersebut. lagi pun greenboc dah pun tutup wajah mangsa dengan mask hitam. oklah tu.

Tanpa Nama berkata...

kes jenayah memanglah ada gambar-gambar sedemikian. bagi saya tak jadi hal. kalau saya ahli keluarga pon saya x berkecil hati sebab saya ingin lebih ramai bersimpati kpd mangsa dan lebih ramai memburu penjenayah berkenaan.

kpd yg sibuk2 komen suruh kuar gambar tuh, buatlah blog sendiri, lepas tuh bila ada kes jenayah cenggini, letakkan gambar pokok, gambar burung, gambar laut dll...

Tanpa Nama berkata...

Kalau tengok alamat dalam ic tu, minta maaf la ya ttp sy ni org sabah, sy tahu alamat dia tu mmg banyak kaw perkampungan setinggan yg dibina oleh pati & padi. Sy ada kawan tinggal kt sana,pernah pg skali bukan nak mghina tapi derang ni suka buang sampah dlm sungai, pening kepala tengok perumahan derang ni kotor n bselerak tapi boleh tahan gak ada yg mampu langgan astro n kereta dua tiga biji park depan rumah setinggan dia tu...kawan sy tu skrang ni suda brkahwin dgn lelaki tempatan so dia dah ada ic la huhu tak sangka pula dia ni pati sbelum ni, o ya biarpun tempat tu penu pati tapi derang hidup aman damai, bebas brniaga lagi maklumla derang ni pyokong kuat bn. Penuh bendera. So memang betul kat kaw kg tu ramai yg mudah dapat ic. Al fatihah utk Allahyarham

Tanpa Nama berkata...

Innalillahi wainna ilaihi roziun, Kejadian yg sangat pilu, alfatihah buat mangsa dan keluarga moga dia digolong dalam orang2 beriman amin tapi yg diluar ni janganlah gaduh sebaiknya berdoalah sama2 agar arwah tenang dan suspek ditangkap

Tanpa Nama berkata...

Saya tak nak komen apa-apa. Cuma nak kasi tau semua orang, hukuman kepada penjenayah itu boleh dirujuk dalam suroh ke5, Al-Maidah ayat 33 - 34, boleh dihukum bunuh/ kerat tangan kaki timbal balik. Barangkali yg lebih arif tahu di bawah perundangan Allah yang mana satu lebih tepat. Sama-samalah kita orang Islam mempertahankan Perundangan Allah sebagaimana yg akan dikuatkuasakan di Brunei.

Tanpa Nama berkata...

Buat apa nak buang gambar tu,tunjuk pd org ramai betapa jahatnya haram jadah tu..seksa di halayak ramai,geramnya aku tgk,jahat nak mampus celaka tu

masuk cina berkata...

Saya lasa aaa itu foto tunjuk talak apa munye sebab ala tutup aulat maaa. Lagipun tengok itu foto aaa, kasi sumua olah simpati maaa, kasi benci sama olang lompak2 loooo.
Moga pihak bank akan jaga kebajikan anak2 yang ditinggalkan !

Tanpa Nama berkata...

Polis lu jangan makan gaji buta atau busybody hal pakatan rakyat. Lu cari manusia durjana sampai dapat biarpun dia berjaya lari ke lubang cacing.

Tanpa Nama berkata...

"org yg mintak delete gambar jenazah bila kita masuk wall dia penuh gambar seksi tersembul sana sini, Like page porno...menaip memang mudah.."<----Asri, awak pun sama, menaip sungguh mudah.

Kalau awak suami arwah yang ditembak tu, apa awak akan rasa bila dia Google nama isteri dia dan nampak komen mcm awak tu? Saya rasa tak sesuai when you argued and generalized that those requesting for the photo removal are porn-viewers. Ini mangsa jenayah yg dibunuh secara kejam, and your analogy just feels disrespectful and inappropriate.

Btw ada 2 gambar sama kat page ni, satu je yg covered by the black mark. Saya rasa, mmg boleh disiarkan gambar, tapi sebagai respect dan courtesy pada suami dan anak2 mangsa yg masih kecil, at least tolong lah hitamkan the strategic area kat gambar jenazah.

Takziah utk keluarga mangsa.
- Muhd

Sakinah Omar berkata...

Tolong baca ini,
http://saifulislam.com/2013/04/schadenfreude-menikmati-paparan-tragedi/

Tanpa Nama berkata...

al fatihah.. sedih keatas apa yg berlaku.. semoga syurga ganti kepada arwahyarham..
untuk manusia berhati syaitan.. hukuman sepatutnya gantung di depan org ramai..

Tanpa Nama berkata...

Eeeee..jenayah di negara kita ni semakin dahsyat la.tembak sana tembak sini.rasa x selamat hidup di negara sendiri.harap PDRM tidak hanya hebat di Lahad Datu.mesti hebat mencegah jenayah diseluruh negeri.amati slogan ini “Komuniti Sejahtera Komitmen Kami”.

Tanpa Nama berkata...

Dalam keadaan begini, ulasan berita yang baik sudah memadai dan cukup berkesan bagi meninggalkan kesan di hati pembaca. Dengan gaya penulisan yang baik, pembaca dapat menggambarkan dengan cara mereka sendiri bagaimana keadaan kejadian berkenaan.

Oleh yang demikian, meletakkan gambar berkenaan bukan sahaja tidak wajar malah mengaibkan. Perlu lihat dari konteks bahawa pembawakan cerita yang tidak baik dari gambar berkenaan turut dikategorikan sebagai mengaibkan.

Oleh yang demikian, harap kejadian seumpama begini akan menjadikan kita lebih peka & sensitif dan kita tidak hanya melihat dari perspektif sendiri.

ALFATIHAH

Nafali...

Tanpa Nama berkata...

itu gambar2 kanak2, wanita2 dan mangsa2 muslim/muslimah hasil pembunuhan kejam rejim yahudi ke atas rakyat palestin, Al-Sisi di Mesir lebih teruk dan lebih dasyat, ada yg dah putus kepala, dibakar bogel dan sebagainya.

kenapa puak2 yg kononnya humanisme ini mendiamkan diri?

Tanpa Nama berkata...

Ucapan terima kasih kepada GB,
Syabas kerana mendengar nasihat segeleintir peluncur maya yang masih prihatin dan kecewa dengan blogers, face bookers, twiters dan webmasters yang suka mensensasi semua berita tanpa mengira sensitiviti waris & keluarga. Tak kiralah siapa, agama apa atau kaum apa.
Hormati mangsa dan yang mengalamai musibah...
SEKALI LAGI SYABAS DANTERIMA KASIH KERANA MENJADI PENYAMPAI BERHEMAH DAN BERETIKA.

Tokwan Perak.

Tanpa Nama berkata...

Pndpt sy pula bkn aurat yg mnjdi soalnya tp klu mati dlm keadaan ngeri mcm tu rsnya xprlulah dtnjuk, hormatilah jenazah dan kluarganya - skadar beri pndpt

Tanpa Nama berkata...

pujian utk GB yg tlh menggantikan gambar2 tersebut dgn yg lbh baik. tq

Tanpa Nama berkata...

kalu dye kne jmpe, aq rejam je dye smapai mati.... xyah nk potong2 tgn da.
aq cian tgk si suami tuh...
woi Ardi Hamza kalu org tmbk bini ko , ad suke?ko nk merompak ke nk ap jgn la smapai nk bunuh2!

Unknown berkata...

Kesian Btui...
X pa lah...insyallah saya akan tlg sedekah kan al-fatihah
Kepada Norazita Abu Talib..
Al-fatihah....

Tanpa Nama berkata...

Inilah akibat syarikat Security yang cincai buat kerja - ambil saja pengawal yang muka hodoh ni - entah dari mana main serkup, asal ada je terus terima bekerja. Bukan main2 - dengan senjata mana boleh sesuka hati beri kerja itu. Sepatutnya yang boleh pegang tugas tu cuma bekas tentera/polis - sudah tentu kita dapat pasti warga negara Malaysia punya.
Ini main sapu je, kalau macam ni sudah tentu yang menyamar/IC palsu pun boleh kerja pengawal tu punya - tak tahu nyanyi Negaraku pun dapat kerja pengawal tu. Bodoh!
Harap2 dijadikan pengajaran & harap Kerjaaan dapat batalkan lesen security guard bodoh tu...

Tanpa Nama berkata...

Pas ni bwk msuk rmai lg pndtang asing..bykkn jnyah x kira siang ..mlm!!bg lg i.c free pd PATI.errrr...nk tnye ckit lh..Msia msih aman ke??sok hrga gula naik.jgn pki gula,pki garam dlm teh trik.Al fatihah dn tkziah tuk klurga mngsa.

Tanpa Nama berkata...

Congrats to gov! phhuuuiiihh!

"Project IC"
gunshot everywhere,
murdering everywhere,
drug-business anywhere,
ragut sana sini,
rogol sana sini,
rasuah sana sini,
salah guna kuasa sana sini,
berita politik busuk sana sini,
pendatang asing masuk negara dgn mudah,
guard kebanyakannya warga asing,
ada guard warga asing yg dpt lesen pegang senjata api,
xkira lg seludup senjatapi kat sempadan/pelabuhan,
mcm2 hal lg, kes sekecil rempit xbley nk settle, mcm mana boleh jd menteri ni??
hrp2 kena kat fmly diorg sndri nt, xperlu masyarakat yg xberdosa tanggung kesan kelonggaran dan kepondanan pihak berkuasa dan kabinet sndri.
harga barang jer yg naik saban tahun, ekonomi cmtu la jgk, gaji rakyat brapa sen la sgt... unemployment melambak2, degree jd cikgu tadika, graduate brsepah2 xde kje even major yg critical sekalipun.

sebok kecoh2 isu kalimah,
isu cec-dap-ros,
siang dan mlm tahun brganti tahun, xde sorg pun pandang isu2 yg lebih besar psl masyarakat. sgt mnyedihkn lg mngecewakan.
Sekadar renungan- hamba Allah

Tanpa Nama berkata...

Kenape malaysia dah jadi mcm nie ya allah

Tanpa Nama berkata...

Malaysia jadi mcm nisbb pemimpin yg korup, rasuah dan byk melakukan jenayah. Takziah kpd keluarga mangsa. polis tolong cepat sket cari & hukum mati penjenayah, bukan rakyat malaysia pun, ada IC palsu hasil kerja ameno. syarikat security ni securiforce kepunyaan datuk maznah iron lady umno ke?mesti kerajaan x berani ambik tindakan...

Tanpa Nama berkata...

Alfatihah semoga roh arwah dicucuri rahmat, dan kami semua doakan polis akan dpt menjejaki pembunuh dlm masa terdekat. Semoga kita semua nampak huru hara yg dibuat oleh pengawal keselamatan a.k.a. jaga ni, tempatan atau warga asing, sama saja. Syarikat kawalan keselamatan tumbuh mcm cendawan, main ambik je siapa2, gaji murah, ada yg tak ada EPF Socso insuran, pendek kata asal ada je. Patut pun perangai jaga diorang cam tu sanggup merompak, bunuh, dulu pun ada kes rogol budak smpai mati. Tak ada integriti, tak berdisiplin, tak bertanggungjawab. Mohon kerja2 kawalan keselamatan selepas ini diserahkan sepenuhnya kpd pihak berkuasa polis, polis bantuan, Rela. Mrk2 ni lbh berintegriti & lbh diyakini drpd security guard. Menyerahkan keselamatan bank, sekolah, bangunan kpd kawalan jaga bak menyerah diri kpd bahaya harapkan pagar pagar tu yg mkn padi. Pemilik syarikat kawalan keselamatan jgn ingat boleh lepas dgn perbuatan pekerja, sebab bapa borik anak rintik. Salute pd pihak polis, polis bantuan, Rela kita. Lubuk pd syarikat kawalan keselamatan.

Tanpa Nama berkata...

Sejahat-jahat aku, x sampai lagi hati ni nk buat jenayah mcm ni..nk merompak pun buat ape sampai nk bunuh-membunuh..igt bunuh org tu mcm bunuh semut ke? Kesian anak2 arwah..takziah utk kluarga arwah.. **-**-00097

Is berkata...

cuba tukar dari pump gun kepada pistol renjatan elektrik.sy rasa ia lebih sesuai dan tak mengorbankan sesiapa..lg pun pengawal keselamatan mmg tak layak memegang senjata api seperti polis bantuan..