6 Mei 2013

BN Kena Sedar Diri, Majoriti Rakyat Tolak Kamu!


Umno-BN wajar menunjukkan hormat dan rasa malu kepada rakyat kerana walaupun ia berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan, ia gagal mendapat sokongan majoriti rakyat.

Menurut MP Shah Alam, Khalid Abd Samad, dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semalam Pakatan Rakyat (PR) memperolehi sebanyak 5.6 juta undi.

Berbanding BN yang memperolehi 5.3 juta undi.



“Di sebabkan kaedah persempadanan yang dilakukan, BN terus mendapat satu majoriti di parlimen sedangkan undi rakyat menyebelahi PR.

“Saya harap (Perdana Menteri Datuk Seri Najib) menyedari mereka adalah kerajaan yang ditolak oleh kebanyakkan rakyat Malaysia, itu pun kita bertanding dalam keadaan padang yang tak sama rata.

“Kalau tahu malu, tunjukkanlah sikit perasaan segan itu, ini nak tunjukkan dapat mandatlah, jadikan isu perkaumanlah dan ini satu tindak-tanduk kerajaan yang tidak sedar diri,” kata Khalid.

Dalam PRU-12 pada 2008 lalu, BN dinafikan majoriti buat pertama kali apabila hanya memenangi 140 dari 222 parlimen keseluruhan, manakala 82 yang lain dimenangi Pas, PKR dan DAP yang ketika itu masih belum membentuk PR.

BN ketika itu memperolehi undi popular sebanyak 4.08 juta undi atau 50.6 peratus manakala Pas, DAP dan PKR memperolehi 3.79 juta atau 49.4 peratus.

Dalam PRU–13 semalam, majoriti kerusi dimenangi BN merosot lagi apabila hanya mampu menang di 133 kerusi parlimen, manakala Pakatan pula meningkat ke 89 kerusi parlimen.

Pakatan Rakyat Tambah Kukuh Di Selangor, Lampiran: Senarai ADUN


Rakyat Selangor memberi mandat yang lebih besar kali ini kepada Pakatan Rakyat apabila 44 kerusi Dewan Negeri Selangor berjaya dimenangi gagasan itu.

Ini sekaligus memberikan Pakatan majoriti dua pertiga di dalam Dewan Negeri Selangor. Calon Umno-BN menguasai 12 kerusi Dewan Negeri Selangor.

Keputusan itu membuktikan prinsip pentadbiran “hasil negeri untuk rakyat” berakar di hati rakyat. Malah calon Pakatan berjaya menambah majoriti kemenangan di kebanyakkan kerusi DNS.

Selain memenangi 34 kerusi yang dipertandingkan pada 2008, Pakatan berjaya menawan DUN Dusun Tua, Sabak, Taman Templer, Tanjung Sepat, Paya Jeras, Sri Serdang, Kuala Kubu Baru, Sementa, Morib dan Sungai Pelek.

Walaubagaimanapun, Pakatan tidak berjaya mempertahankan kerusi Kota Damansara dan Bukit Malawati.

Keputusan sekali imbas juga menunjukkan pertambahan majoriti di banyak kerusi yang dimenangi.

Setakat ini Pas memenangi 15 kerusi DNS, DAP 15, dan PKR 14 kerusi.

p/s Nampaknya rakyat Selangor menolak terus segala tohmahan dan fitnah Najib dan UMNO BN yang memperlekehkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebelum ini.

Yang paling jelas ialah apabila Mat Komuter yang bernama Ir Md Zin tewas di tangan Hanipa Maidin untuk kerusi Parlimen Sepang.





SENARAI ADUN NEGERI SELANGOR 2013

PAS

N15 TAMAN TEMPLER
PAS: Zaidy Abdul Talib

N17 GOMBAK SETIA
PAS: Hasbullah Mohd Ridzwan

N18 HULU KELANG
PAS: Saari Sungib

N2 SABAK
PAS: Sallehen Mukhyi

N20 LEMBAH JAYA
PAS: Khasim Abdul Aziz

N21 CHEMPAKA
PAS: Iskandar Abdul Samad

N23 DUSUN TUA
PAS: Razaly Hassan

N26 BANGI
PAS:Mohd Shafie Ngah

N29 SERI SERDANG
PAS: Noor Hanim Ismail

N38 PAYA JARAS
PAS: Mohd Khairuddin Othman

N42 MERU
PAS: Abd Rani Osman

N45 SELAT KLANG
PAS: Halimah Ali

N51 SIJANGKANG
PAS: Ahmad Yunus Hairi

N53 MORIB
PAS: Hasnul Baharuddin

N54 TANJUNG SEPAT
PAS: Mohd Haslin Hassan


PKR

N11 IJOK
PKR: Idris Ahmad

N14 RAWANG
PKR: Gan Pei Nei

N16 BATU CAVES
PKR: Amirudin Shari

N19 BUKIT ANTARABANGSA
PKR: Mohamed Azmin Ali

N25 KAJANG
PKR: Lee Chin Cheh

N32 SERI SETIA
PKR: Nik Nazmi Nik Ahmad

N33 TAMAN MEDAN
PKR: Haniza Mohamed Talha

N37 BUKIT LANJAN
PKR: Wong Keat Ping

N40 KOTA ANGGERIK
PKR: Yaakob Sapari

N41 BATU TIGA
PKR: Rodziah Ismail

N43 SEMENTA
PKR: Daroyah Alwi

N46 PELABUHAN KLANG
PKR: Abd Khalid Ibrahim

N49 SERI ANDALAS
PKR: Xavier Jayakumar Arulanandam

N50 SRI MUDA
PKR: Mat Shuhaimi Shafiei


DAP

N22 TERATAI
DAP: Tiew Way Keng

N27 BALAKONG
DAP: Ng Tien Chee

N28 SERI KEMBANGAN
DAP: Ean Yong Hian Wah

N30 KINRARA
DAP: Ng Sze Han

N31 SUBANG JAYA
DAP: Yeoh Tseow Suan

N34 BUKIT GASING
DAP: Rajiv Rishyakaran

N35 KAMPUNG TUNKU
DAP: Lau Weng San

N36 DAMANSARA UTAMA
DAP: Yeo Bee Yin

N4 SEKINCHAN
DAP: Ng Suee Lim

N44 SUNGAI PINANG
DAP: Teng Chang Khim

N47 PANDAMARAN
DAP: Tan Pok Shyong

N48 KOTA ALAM SHAH
DAP: Ganabatirau Veraman

N52 TELUK DATUK
DAP: Loh Chee Heng

N56 SUNGAI PELEK
DAP: Lai Nyuk Lan

N6 KUALA KUBU BAHARU
DAP: Lee Kee Hiong

PEMBANGKANG (BARISAN NASIONAL)

N1 SUNGAI AIR TAWAR
BN: Kamarol Zaki Abdul Malik

N10 BUKIT MELAWATI
BN: Jakiran Jacomah

N12 JERAM
BN: Amiruddin Setro

N13 KUANG
BN: Abdul Shukur Idrus

N24 SEMENYIH
BN: Johan Abd Aziz

N3 SUNGAI PANJANG
BN: Budiman Mohd Zohdi

N39 KOTA DAMANSARA
BN: Halimaton Saadiah Bohan

N5 HULU BERNAM
BN: Rosni Sohar

N7 BATANG KALI
BN: Mat Nadzari Ahmad Dahlan

N8 SUNGAI BURONG
BN: Mohd Shamsudin Lias

N9 PERMATANG BEBAS
BN: Sulaiman Abdul Razak

N55 DENGKIL
BN: Shahrum Mohd Sharif



Ali "Last Term" Menjadi Kenyataan, Salahkan Rakyat Tak Hargai Jasanya


Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan kekalahannya di kerusi parlimen Bukit Katil kerana jasanya selama 13 tahun berbakti di Melaka tidak dihargai rakyat. Mohd Ali yang juga pengerusi BN Melaka berkata pengundi khususnya kaum Cina seolah-olah tidak menghargai segala jasa dan usaha yang telah dilaksanakan kerajaan BN dalam membangunkan negeri dan menjaga kebajikan rakyat. “Saya berasa amat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini yang tidak berpihak kepada saya dan BN, seolah-olah BN tidak melakukan apa-apa untuk rakyat. “Keputusan kali ini membuktikan kaum Cina langsung tidak menghargai kerajaan, mereka hanya hendak ubah sahaja tanpa fikirkan kesannya, tidak fikir apa yang telah kita buat selama ini,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar yang diadakan pukul 1.30 pagi di kediamannya di Seri Bendahara di sini. Mohd Ali yang mendapat 40,720 undi tewas dengan majoriti 5,447 kepada Pengerusi PKR Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menerima 46,167 undi. Bagaimanapun beliau bersyukur BN masih mampu mempertahan Melaka dengan kemenangan majoriti dua pertiga. BN Melaka berjaya memenangi 21 kerusi dewan undangan negeri (Dun), kurang dua kerusi berbanding 23 kerusi yang dimenanginya pada PRU12. Mohd Ali berkata beliau akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan calon ketua menteri yang baharu menggantikan beliau dalam masa terdekat. Ditanya mengenai masa depan politiknya, beliau berkata “biar masa menentukannya”. – Bernama

Najib Pamer Prestasi Buruk, Bersediakah Beliau Untuk Berundur?


Yang jelas dan nyata, sekalipun menang, prestasi BN di bawah Najib adalah lebih teruk daripada Abdullah Ahmad Badawi di mana BN kehilangan lebih banyak kerusi parlimen iaitu hanya memperolehi 133 kerusi parlimen berbanding 140 yang diperolehi pada tahun 2008.

Ini menunjukkan juga kepimpinan Najib adalah lebih lemah daripada Pak Lah. Dan beberapa hari sebelum pilihanraya berlansung Tun Dr. Mahathir menyatakan Najib perlu berundur dan memberi laluan kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin jika gagal meraih majoriti besar dalam pilihan raya umum ke-13 tahun ini.

"Jika dia gagal, sudah tentu dia harus berundur," kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas forum anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di ibu kota, lapor The Malaysian Insider.

Persoalan kini, apakah Najib sedia untuk berundur setelah gagal untuk menunjukkan prestasi baik di dalam PRU13 semalam? Dan apakah Mahathir bersedia untuk menjadi "pendesak" supaya Najib supaya memberi laluan kepada Muhyiddin menjadi PM?

GB melihat begini: Jika sekalipun Najib tidak berundur, namun hukum kebenaran dan keadilan akan mencampakkan Najib keluar dari Putrajaya. Terlalu banyak kesalahan dan kepincangan semasa beliau menjawat jawatan PM yang tak perlu dideretkan lagi di sini.

Najib begitu cepat meletakkan kesalahan ke atas pemimpin Pakatan Rakyat di atas kemerosotan prestasi BN atuk dengan menyatakan beliau tidak menyangka “tsunami Cina” yang menyaksikan kehilangan undi komuniti tersebut dengan drastik.

Pengerusi BN itu, mengatakan sentimen kaum dimainkan untuk memenangi undi etnik kedua terbesar itu. Sedangkan HAL YANG SEBENAR ialah Najib dan UMNOlah yang memainkan sentimen perkauman (rasism) sebelum ini untuk meraih sokongan kaum Melayu yang menyebabkan kaum bukan-Melayu melihat Najib dan Mahathir adalah kumpulan "cauvinis-Malay" (assabiyah-Melayu) apabila bersekongkol dengan PERKASA.

Dan hasilnya Najib tewas kedua-dua belah pihak, calon PERKASA yang dibelanya tewas teruk manakala sokongan kaum bukan Melayu terhadap BN terus merudum. MCA dan Gerakan sudah boleh membuat perhitungan untuk membubarkan parti masing-masing kerana ternyata ia sudah tidak lagi dapat mewakili masyarakat kaum tionghua di negara ini.

Ayuh Najib, turunlah dengan cara yang terhormat!


Najib perlu berundur jika gagal dalam PRU 13, kata Dr M


KUALA LUMPUR, 31 Jan — Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak perlu berundur dan memberi laluan kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin jika gagal meraih majoriti besar dalam pilihan raya umum ke-13 tahun ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kenyataan bekas perdana menteri itu memberikan gambaran Najib berhadapan tugasan besar bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali mendapat majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen agar kerajaan dapat melaksanakan segala polisi tanpa gangguan daripada pembangkang.

"Jika dia gagal, sudah tentu dia harus berundur," kata Dr Mahathir (gambar) kepada pemberita selepas forum anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di ibu kota hari ini.

Walau bagaimanapun, Dr Mahathir menambah, terpulang kepada ahli-ahli Umno untuk menetukan nasib presiden mereka sekiranya gagal melebihi pencapaian bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi.

"Ianya terpulang kepada ahli untuk tentukan masa depannya.

"Ahli berhak untuk tentukan siapa akan menerajui parti selepas pilihan raya," kata Mahathir menjawab soalan kepada wartawan tentang sama ada Najib perlu memberikan laluan kepada Muhyiddin ataupun tidak jika gagal meraih majoriti besar.

Dr Mahathir sebelum ini juga berkata kerajaan sedia ada ketika ini adalah sebuah kerajaan yang lemah dan menyifatkan keberanian serta kelantangan banyak pihak yang mengecam kerajaan adalah berpunca daripada keputusan lalu yang menyaksikan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) hilang majoriti tradisionalnya.

“Ini soal kuat dan lemah, sekarang kita (Umno) lemah dan tanpa majoriti 2/3 kita akan terus menjadi lemah,” kata mantan perdana menteri itu.

“Kalau kerajaan kuat, orang tidak akan berani mencabar kerajaan,” kata beliau pada satu forum 17 Januari lalu anjuran Karangkraf.

Mengikut tradisi dalam Umno, seseorang pemimpin yang gagal memberikan kemenangan secara majoriti akan menyebabkannya disingkir seperti yang berlaku kepada Abdullah pada 2008 dan juga Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang tewas pada pilihan raya lalu.

Menjelang PRU yang akan diadakan tahun ini, Najib merayu agar pengundi memberikan mandat baru kepadanya untuk meneruskan dasar reformasi yang boleh merangsang Malaysia ke hadapan dan lebih baik walaupun mengakui kelesuan parti itu dan gabungan pemerintah BN itu ke arah perubahan.

Najib berkata mandat besar diperlukannya jika Malaysia mahu meningkat dalam ekonomi global untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

Di samping itu, Najib juga mengakui bahawa BN dan parti utama, Umno kurang popular sejak tahun kebelakangan ini disebabkan kelemahan tetapi menggesa pengundi memberinya peluang untuk membuat perubahan yang diperlukan.

Hampir 13 juta pengundi layak untuk membuang undi mereka jika pilihan raya umum dipanggil melibatkan semua 222 kerusi persekutuan dan 505 kerusi di 12 negeri.

Najib berhadapan misi paling getir menjelang pilihan raya tahun ini yang dianggap paling sengit dalam sejarah negara sejak mencapai kemerdekaan, malahan beliau sehingga kini masih belum memutuskan senarai nama calon yang akan bertanding serta berteka-teki dengan dengan tarikh pilihan raya yang perlu diumumkan selewat-lewatnya April ini.
-mk

Fakta-fakta Menarik PRU13. PR Berjaya Pungut 51% Undi Popular & Tambah Kerusi Parlimen!


Keputusan akhirnya BN - 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen - menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.

Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:

1) Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang and Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:

Selangor - Pakatan 44, BN 12
Penang - Pakatan 30, BN 10
Kelantan - Pakatan 33, BN 12

2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.

3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.

DAP - 38
PKR - 30
PAS - 21

4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).

5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular - 50% berbanding 49% (1% lain-lain).

6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.

7) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya - satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen - pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut

Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14

9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.

10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.

11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.

12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.

13) Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan peningkatan jumlah kerusi kepada BN setelah kiraan awal PAKATAN menang di kerusi tersebut.

[LIVE] Pengiraan Undi Bermula, PR Dahului Di Banyak Tempat


Proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) - yang dilihat sebagai 'ibu kepada segala pilihan raya' sudah selesai sebentar tadi.

Kini proses pengiraan sedang berlangsung.

Pertandingan melibatkan kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Sejumlah 8,245 pusat pengundian dibuka pada pukul 8 pagi di seluruh negara bagi membolehkan 12,885,434 pemilih untuk mengundi.

Keputusan pertama dijangka diketahui pada kira-kira pukul 7.30 malam.

lebih 80 peratus pengundi seluruh negara keluar mengundi sehingga jam 5 petang tadi dan merupakan jumlah tertinggi.

LIVE Oleh Malaysiakini dan pelbagai sumber

1.30 am BN menang di Perak dan Terengganu dengan majoriti tipis. Di Perak BN 31, Pakatan 28. Di Terengganu BN 17, Pakatan 15.

1.10 am ULASAN GB - sekalipun BN masih memerintah Malaysia, namun PR berjaya menunjukkan prestasi yang hebat.

Mungkin Allah belum mengizinkan PR mentadbir Putrajaya, namun bukan bererti Najib memenangi kesemuanya. Banyak hal yang berlaku seperti Peti undi hilang, Peti undi dijumpai/Peti undi baru sampai, Blackout, Kiraan undi semula, pengundi hantu, isu dakwat dan sebagainya...

Kemenangan BN adalah satu kemenangan yang rapuh dan mengikut hukum kebenaran dan keadilan, kemenangan yang rapuh, usianya tidak panjang...

12.48am BN sudah mendapat 112 kerusi Parlimen, sekali gus kembali berkuasa dengan majoriti mudah.

12.35 am Harakahdaily melaporkan Pakatan Rakyat sehingga kini berjaya membentuk tiga kerajaan negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan manakala hilang kerajaan negeri Kedah.

Pakatan paling berjaya di Selangor apabila menang dengan banyak kerusi di mana PAS sahaja berjaya menang di 15 daripada 20 kerusi DUN yang ditandinginya.

Selain Selangor, PAS juga membuat pencapaian baik di Terengganu apabila menang 15 kerusi DUN berbanding BN 17 kerusi. PAS juga menang empat kerusi Parlimen daripada lapan kerusi di Terengganu.

Empat kerusi Parlimen itu adalah Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun.

PAS juga membuat pencapaian sulong di Melaka apabila menang satu kerusi DUN iaitu Bukit Baru di bawah Parlimen Bukit Katil.

12.30 am Menarik di DUN Selangor: 15 PAS, 15 PKR & 15 DAP

12.20 am P083 Kuantan: Fuziah Sallleh (PKR) menang

PKR 25837
BN 21322

majoriti 4515

DUN Teruntum : PKR 12385 - BN 7948, majoriti 4437.

12.15 amBN masih diberi mandat memimpin Terengganu dengan kemenangan tipis 17 kerusi Dun, sekali gus gagal mengekalkan majoriti dua pertiga.

Melalui keputusan yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kira-kira jam 10 malam tadi, Pas berjaya memperoleh 15 kerusi Dun.

Bagi kerusi Parlimen BN hanya mampu mempertahankan kerusi Parlimen Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Kemaman sementara Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Dungun di bawah penguasaan Pas.

12.10 am Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli (PAS) tewaskan Tuan Aziz Tuan Hamat (BN) sementara di DUN Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah (PAS) kalahkan Che Jalal Muda (BN).

12.02 am Parlimen Beufort: Datuk Seri Lajim Ukin (PKR) menang

11.59 Parlimen Batu Pahat dimenangi PKR, Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein kalahkan Timbalan Menteri Pelajaran, Puad Zarkashi (BN) 11.58 pm Presiden PAS menang di kedua-dua kerusi, Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang.

11.55 pm Keputusan rasmi

Rafizi Ramli (PKR) - 48,183
Gary Lim (BN) - 21,454

Majoriti: 26,729


11.28 pm Elizabeth Wong menang di Bukit Lanjan dengan majoriti 15940

11.26 pm PAS menang di Temerloh dengan majoriti 1070 undi

11.25 pm Parlimen Pandan: Rafizi Ramli menang di Pandan dengan majoriti 26,000

11.24 pm Mahfuz Omar menang di Pokok Sena tetapi Mohd Sabu tewwas di Pendang.

11.23 pm PR berjaya tawan kembali Terengganu. Dun 18- BN 14

11.20 pm RASMI : N.19 RHU RENDANG, Ustaz Abd Hadi Awang (PAS) Menang (11468) vs BN (8649)

11.15 pm PR kekal printah Selangor, PR mendapat 38 DUN dari 56 DUN di Selangor, Hancur musnah impian Najib untuk tawan Selangor!

11.08 pm Parlimen Sungai Besar, Ust Sallehin PAS : Menang! PAS turut menang di Parlimen Hulu Langat dan DUN Dusun Tua. PKR menang di Ampang, Tebrau dan Gombak.

11.06 pm Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR) menang lebih 10,000 undi di Parlimen Bandar Tun Razak, sdg mendahului di DUN Pelabuhan Klang.

11.05 pm Dr mariah Mahmud (PAS) menang di Parlimen Kota Raja

11.01 pm RASMI : DS Anwar Ibrahim Menang Di Parlimen Permatang Pauh

BN - 25369
PKR - 37090
BEBAS - 201

Majoriti : 11721

11.00 pm Salahuddin Ayub menang kerusi DUN Nusajaya.

10.55 pm Parlimen Kubang Kerian. PAS menang majoriti 14,000

10.48 pm Parlimen Parit Buntar : Ust. Mujahid (PAS) menang dengan majoriti 18,000

10.40 pm Saifuddin Nasution menang di Parlimen Kulim Bandar Baharu

10.35 pm 2 orang menteri kabinet setakat ini dah kalah. Kong Cho Ha (BN) tewas di tangan Laksamana (B) Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR) dan Raja Nong Chik di ta ngan Nurul Izzah (PKR)

10.40 pm Tidak Rasmi : P.041 Kepala Batas didahului oleh PAS

10.31 pm Khalid Samad (PAS) kalahkan Zul Nordin (BN) di Shah Alam dengan majoriti 10751

10.29 pm Salahuddin Ayub menang di Parlimen Pulai

10.28 pm Lim Kit Siang (DAP)mengalahkan Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah.

DAP - 37,718
BN - 21,960.
Majoriti: 15,758

10.20 pm Anak sulong PAS Melaka telah lahir! DUN Bukit Baru Melaka PAS menang majoriti 44 undi.

10.19 pm PAS melalui Ustaz Tuan Ibrahim berjaya merampas merampas DUN Jengka.

10.18 pm Keputusan Rasmi: Parlimen Lumut Laksamana (B) Imran menang 10.17 pm Keputusan tidak rasmi, N26 Bangi kekal milik PAS -Ust Shafie Ngah

10.15 pm Sepang PAS menang. Hanipa Maidin.

10.00 pm Di ibu pejabat PKR, skrin besar menyatakan keputusan tidak rasmi kerusi parlimen setakat ini PR 32 BN 16

10.02 pm Keputusan Rasmi: Ustaz Idris Ahmad menang di Parlimen Bukit Gantang

9.58 pm Parlimen Terengganu : PAS menang di Marang, Kuala terengganu, Kuala Nerus dan Dungun

9.57 pm Keputsan Rasmi: Dato' Seri Nizar menang dengan majoriti 1206 undi!


9.56pm: Liew Chin Tong (DAP) berjaya merampas kerusi parlimen Kluang dari MCA berdasarkan 89 peratus undi yang dijumlahkan setakat ini.

DAP - 33,863
BN - 26,499

9.51 pm Keputusan Rasmi: Ustaz Radzi Zainon (Dun Sg Rapat) mengalahkan Dato' Hamidah Osman dengan majoriti 3108 undi!

9.50 pm Parlimen Bukit Katil Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin dari PKR dilaporkan telah mengalahkan Md. Ali Rustam dari BN dengan majoriti 4000 undi

9.43 pm Temerloh

PAS : 14772
BN : 11891

Majoriti : 2881

9.42 pmMaklumat di laman pru13.pas.org menunjukkan Pakatan Rakyat mengekalkan penguasaan di Kelantan dengan majoriti mudah 23 daripada 45 kerusi DUN.

9.41 pm Tidak Rasmi : Terengganu bagi DUN ( PAS 18 : BN 14 )

9.40 pm Jika BN dah rampas Kedah, menurut laporan Sin Chew Terengganu telah jatuh ke tangan PAS.


9.30PM: Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengisytiharkan Pakatan mengekalkan negeri tersebut dan menguasai 2/3 kerusi DUN.

9.25pm: Kiraan terbaru menunjukkan Lim Kit Siang (DAP) masih mendahului Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor.

DAP - 22,312
BN - 15,007

Jumlah Undi: 106,864

9.17 pm: Kedah terlepas ke tangan BN. Siang tadi, selepas mengundi. Dr Mahathir dah cabut ke luarnegara. Ada kaitankah?

Namun nampaknya ada negeri BN yang PAS akan rampas.

9.16 pm PJ Utara, Tony Pua (DAP) mendahului Chew Hoong Ling (BN).

DAP - 19,733
BN - 4,734

9.15 pm PAS menang di DUN Sri Serdang, Selangor

PAS 16940
BN 10211

9.12 pm TIDAK RASMI Nurul Izzah Anwar mengekalkan kerusi parlimen Lembah Pantai dengan majoriti lebih kecil.

PKR - 27,234
BN - 25,666

9.11 pm PKR menang kerusi DUN Indera Kayangan di Perlis. Kali pertama kerusi ini terlepas dari tangan BN.

9.10 pm Parlimen Pasir Mas dimenangi calon PAS, Nik Abduh Nik Aziz mengalahkan Ibrahim Ali. (tidak rasmi)

9.05 pm Barisan Nasional (BN) telah menang di kerusi Parlimen Igan, Batang Lupar, Betong, Limbang dan Lawas di Sarawak, menyebabkan mereka mendahului dalam Pilihan Raya 2013.Gabungan pemerintah itu juga menang di kerusi Kapit, Serian dan Kanowit di negeri yang merupakan kubu kuat mereka. -TMI

Dari harakahdaily:

8.55 pm - Parlimen Marang PAS 7664, BN 5683
8.52 pm - PKR menang di Parlimen Wangsa Maju majoriti lebih 4,000 undi hingga kini.
8.48 pm - DUN Nusajaya PAS 6708, BN 6608
8.39 pm - PAS mendahulu Parlimen Kota Bharu, PAS 9959, BN 6110
8.37 pm - PAS sedang dahului di Parlimen Kangar
8.33 pm - PAS kalah di Parlimen Batang Sadong, Sarawak.
8.23 pm - PAS mendahului BN di Shah Alam.
8.18 pm - PAS menang di DUN Selama, Perak dengan 23 undi
8.03 pm - PAS mendahului di Gua Musang
8.01 pm - DAP mendahului dengan banyak di Seputeh dan Bukit Bintang
7.58 pm - Tengku Adnan sedang mendahului Datuk Husam di Putrajaya
7.52 pm - Lembah Pantai PKR 7746, BN 7128
7.50 pm - DUN Lenggeng PAS 1924, BN 2567 untuk 10 saluran dari 30 saluran.
7.40 pm - Titiwangsa PAS 7868, BN 8226
7.41 pm - Sibuti PAS 5607, BN 9822

8.51 pm Pas menang bergaya di kerusi Parlimen Kubang Kerian apabila kesemua calon yang bertanding memperolehi undi yang mendahului pencabar masing-masing. -SH

8.50 pm Fong Kui Lun (DAP) berjaya mengekalkan kerusi Bukit Bintang. Lebih 90 peratus keluar mengundi di kawasan tersebut hari ini. Beliau menewaskan pencabarnya Frankie Gan Joon Zin (BN).

DAP - 27,096
BN - 9,925
Jumlah pengundi: 55,887

8.40 pm Calon PAS Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan sehingga jam 8.15 malam jauh meninggalkan pencabarnya calon BN, Datuk Fatmi dan calon Bebas, Mohd Zakiman Abu Bakar.

Takiyuddin mencatat undi sebanyak 8,618, manakala Fatmi 5,857 manakala Zakiman 36.

Keputusan masih berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRU 13 P021 Parlimen Kota Bharu, di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Kota Bharu.

8.36 pm SHAH ALAM, Khalid Samad memperoleh 6,127 untuk mendahului Zulkifli Noordin yang menerima 5,464 undi.

Takiyuddin mencatat undi sebanyak 8,618, manakala Fatmi 5,857 manakala Zakiman 36. 8.35 pm KELANTAN P021 Parlimen Kota Bharu PAS 8217, BN 5030, Bebas 31
N08 Dun Tg Mas - PAS 3437, BN 1534
N09 Dun Kota Lama - PAS 3600, BN 2264, Bebas 44
N10 Dun Bunut Payong - PAS 2323, BN 1379

8.30 pm DAP kekalkan kerusi Parlimen Bandar Kuching.

DAP - 30,133
BN - 10,491
Majoriti - 19,640

8.25 pm Di Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (PKR) masih mengatasi Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN).

PKR - 11,941
BN - 10,623
Independent - 74

Jumlah Undi: 72,533

8.12 pm Parlimen Kepong, DAP memperolehi 13622 berbanding BN 2897 in di dalam pengundian awal.

8.10 pm Lim Kit Siang (DAP) melebarkan jurang dengan Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor.

DAP - 7,619
BN - 6,336

8.10 pm Di Pulau Pinang DAP berjaya mengatasi Barisan Nasional (BN) di 19 kerusi DUN. Pakatan Rakyat (PR) memerlukan cuma 2 lagi kerusi untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

8.02 pm Di Labis, Johor, Calon Ramakrishnan Suppiah mendahului Chua Tee Yong (BN).

DAP - 3,561
BN - 2,225

8.01 pm KEPUTUSAN TIDAK RASMI | DUN GOMBAK SETIA - Ustaz Hasbullah Ridzwan PAS

PAS 2003
BN 1119
Rosak 24

8.00 pmParlimen Pandan. Rafizi Ramli mendahului.

PKR = 9845
BN = 4117

[PARLIMEN IPOH TIMUR] Kathleen Wong Mei Yin (BN) ketinggalan jauh dibelakang Su Keong Siong (DAP)

BN - 6,379
DAP - 25,305

7.58 pmNurul Izzah dilaporkan kini telah berjaya memintas Raja Nong Chik

PKR 7746
BN 7128

7.56 pmDI Melaka, DUN Bukit Baru, PAS masih mendahului calon BN dengan 216 undi -Sofi Wahab

Apakah ini anak sulong PAS DUN Melaka? Sama-sama kita doakan.

7.46pm: Pakatan Rakyat mendahului sekurang-kurangnya di dua kerusi parlimen Johor:

Di Segamat, Chua Jui Meng (PKR) mendahului MP S Subramaniam (BN).

PKR - 5,855
BN - 4,227

Jumlah undi: 47,115

Di Kluang, Liew Chin Tong (DAP) di depan Hou Kok Chung (BN).

DAP - 5,369
BN - 3,390

Jumlah undi: 86,914

Calon PKR Ahmad Faidi Saidi mendahului calon BN Normala Abdul Samad.

PKR - 5,131
BN - 3731

7:31pm: Di Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (PKR) merapatkan jurang dengan Raja Nong Chik

BN - 2,410
PKR - 986
Bebas - 5

7:31pm: In Lembah Pantai, Raja Nong Chik Raja Zainal (BN), is leading by a comfortable margin over Nurul Izzah Anwar (PKR) while Independent Rusli Baba is out of the race. BN - 2,410 PKR - 986 Independent - 5 7.29pm: Lim Kit Siang (DAP) masih mendahului Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor.

DAP - 4,719
BN - 4,642

7.24pm: Pertama kali Lim Kit Siang (DAP) mendahului di Gelang Patah, Johor. Abdul Ghani Othman (BN) mengekori Kit Siang di belakang.

DAP - 3,567
BN - 3,422

7.22pm: Di Ipoh Timor, Perak, Kathleen Wong Mei Yin (BN) di belakang Su Keong Siong (DAP)

BN - 6,379
DAP - 25,305

7.19pm: Lim Kit Siang (DAP) menekori rapat Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor.

BN - 2,699
DAP - 2,325

7.16pm: Timbalan Menteri Pulau Pinang P Ramasamy (DAP) sedang mendahului kiraan undi bagi kerusi DUN Perai.

DAP - 2,055
BN - 545
Bebas - 5

Terdapat 16,087 pengundi di DUN ini

7.15 pm: Keputusan tidak rasmi menunjukkan penyandang kerusi Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim mendahului tiga calon yang lain.

Sumber memberitahu Khalid mendahului di beberapa pusat pengundian. -SH

7.10pm: Nurul Izzah Anwar (PKR) yang ketinggalan jauh di belakang Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN) di Lembah Pantai, dalam kiraan undi awal.

BN - 1,783
PKR - 76
Bebas - 1

Terdapat 72,533 pengundi di kawasan Parlimen ini.

The MalaysianInsider melaporkan: PKR mendakwa SPR tidak membenarkan agen kiraan undi mereka untuk berada di Sekolah Menengah Seri Pantai untuk menyaksikan proses pengiraan undi dan diminta untuk meninggalkan tempat tersebut secara tetap sebaik sahaja tamat proses pengundian.

Menurut PKR lagi, alasan yang diberikan oleh SPR adalah petugas-petugas mereka perlu berehat.


7.03pm: Di Bentong, Pahang, penyandangnya, Datuk Seri Liow Tiong Lai (BN) mendahului dengan kurang daripada 100 undi.

BN - 1,354
DAP - 1,276

7.03pm: Di Bentong, Pahang, penyandangnya, Datuk Seri Liow Tiong Lai (BN) mendahului dengan kurang daripada 100 undi.

BN - 1,354
DAP - 1,276

6.55pm: Lim Kit Siang (DAP) masih ketinggalan di belakang Datuk Seri Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor.

BN - 2,237
DAP - 1,382

Sementara itu di Kulai, Teo Nie Ching (DAP) masih mendahului.

DAP - 1,499
BN - 801

6.48pm: Di Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendahului di kerusi Ayer Hitam dalam kiraan awal.

DAP - 820
BN - 171

6.40pm: calon DAP Teo Nie Ching, yang juga bekas Ahli Parlimen Serdang, mendahului kiraan undi di Kulai kerusi Parlimen di Johor.

Beliau berdepan dengan pertandingan tiga penjuru dengan Tay Chin Hein (BN) dan Surendiran Kuppayah (Bebas)

DAP - 1,336
BN - 509

6.36pm: BN mendahului di Gelang Patah, yang menyaksikan persaingan sengit atas Datuk Abdul Ghani Othman (BN) dan Lim Kit Siang (DAP).

BN - 1,532
DAP - 688

6.27pm: BN mendahului DAP di kerusi Sibu dan Bintulu di Sarawak.

Di Sibu, BN mendapat 3,033 undi berbanding 1,856 undi untuk DAP di kerusi yang menyaksikan pentandingan tiga penjuru itu.

Lau Lee Ming (BN) berdepan Oscar Ling Chai Yew (DAP) dan Narawi Haron (Bebas).

Di Bintulu, BN mendahului dengan 6,098 undi berbanding 2,323 untuk DAP.

Tiong King Sing (BN) mempertahankan kerusi tersebut dengan menentang John Brian Anthony Jeramy Kuang (DAP).

6.07pm: PKR dijangka merampas kerusi Saratok di Sarawak. Parti itu kini mendahului dengan lebih separuh kerusi yang dijumlahkan.

6.05pm: Wartawan Malaysiakini dihalang daripada memasuki ibu pejabat Umno di PWTC.

Pemimpin tertinggi BN dijangka berkumpul di situ untuk mengikut keputusan pilihan raya.

DIKEMASKINIKAN SETIAP 5-10 minit. Sila Refresh

5 Mei 2013

Helikopter Bawa Hishamuddin & Keluarganya Terbalik


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; isterinya Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, anak dan menantunya terselamat dalam nahas helikopter di Pangkalan TUDM Sungai Besi di sini, sebentar tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan identiti mangsa ketika nahas helikpter yang terbalik ketika hendak mendarat kira-kira jam 3.50 petang.

Kejadian berlaku disebabkan angin kencang, menyebabkan helikopter berkenaan terbalik.

Rombongan menteri dalam perjalanan pulang dari Johor. -SH

Ulasan GB

Ia ada satu peringatan ...segala-galanya di tangan Allah!

Petanda BN dah nak terbalik?

[VIDEO & GAMBAR] Pengundi Hantu Terdiri Dari Warganegara Asing Cemari PRU13



Berikut ialah beberapa kes "pengundi hantu" yang terdiri daripada warganegara asing yang dapat dirakam dan disiarkan secara meluas melalui media sosial.

Di dalam kebanyakan kes, warganegara asing ini didapati memiliki kad pengenalan (Mykad) yang masih baru dan tidak tahu bertutur di dalam bahasa Malaysia serta tak kenal siapa PM Malaysia!

Sementara di dalam beberapa kes yang lain, pihak polis digunakan untuk mengeskot warga negara asing ini untuk mengundi.

Kita merasa sedih dengan pencemaran PRU13 kali ini dengan kes-kes pengundi hantu ini yang menyebabkan rakyat mempersoalkan kredibiliti dan integriti SPR dan JPN disamping polis yang terlibat.

Sanggup menggadaikan negara untuk mengekalkan kuasa pemerintah yang ada.

Keadaan ini perlu dibongkar habis-habisan dan siasatan penuh perlu dilakukan. Semua pihak yang bertanggungjawab perlu diheret ke muka pengadilan dan dihukum seberat-beratnya.











Di Sungai Siput


Di Gelang Patah


Di Cheras



Detik Penentuan Bermula: Rakyat Keluar Mengundi Hari Ini -updated


Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tiba di pusat pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti kira-kira jam 8.15 pagi tadi.

Rakyat Malaysia keluar mengundi hari ini untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara untuk memilih kerajaan yang akan menerajui negara bagi tempoh lima tahun akan datang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Daripada 13,268,002 pengundi berdaftar yang layak mengundi, hanya 12,992,661 akan mengundi hari ini setelah 272,387 pengundi awal terdiri daripada anggota tentera dan polis serta pasangan mereka mengundi awal pada 30 April lepas.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dipertandingkan pada pilihan raya umum kali ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan 8,245 pusat mengundi dengan 25,337 saluran mengundi yang dibuka mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang.

BERIKUT perkembangan di lokasi mengundi di seluruh negara.

Sri Andalas:

Persekitaran SMK Sri Andalas pada jam 7.55 pagi tadi.

Pandan:

Ratusan pengundi bagi kawasan Parlimen Pandan memenuhi pekarangan Sekolah Kebangsaan Pandan Indah sejak jam 7.30 pagi lagi.

Lebih kurang jam 8.10 pagi, orang ramai mula dibenarkan memasuki kawasan sekolah dan beratur bagi menunaikan tanggungjawab mengundi.

Hampir 1,000 pengundi sudah mula hadir di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Bandaraya, Bangsar pagi ini untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Lembah Pantai:

Difahamkan pengundi kerusi Parlimen Lembah Pantai sudah tiba seawal 6.30 pagi lagi.

Penyandang kerusi parlimen itu, Nurul Izzah Anwar dijangka tiba untuk mengundi pada jam 8.30 pagi.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin akan mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Bandaraya manakala calon Bebas, Rusli Rusli di SMK Sri Pantai Kampung Kerinchi.

Subang Jaya:

Keadaan terkini di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12, UEP Subang Jaya di bahagian Parlimen Kelana Jaya dan Dun Subang Jaya, kelihatan orang ramai sudah datang untuk mengundi seawal jam 7 pagi.

Tepat jam 8 pagi orang ramai sudah mula masuk ke tempat mengundi.

Kerusi Parlimen Kelana Jaya melibatkan pertandingan dua penjuru antara DAP dan BN.

Kota Bharu:

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tiba di pusat pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti di Kota Bharu bersama isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak kira-kira jam 8.15 pagi tadi.

Beliau yang berusia 82 tahun itu semasa tiba di pekarangan sekolah kelihatan ceria.

Beliau yang memakai jubah serba puteh menunggu giliran dengan beratur bersama orang ramai yang lain sebelum menyempurnakan pembuangan undi.

Muar:

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, mengundi kira-kira jam 8.20 pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muar, Muar. Selepas itu diikuti isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman lima minit kemudian.

Bangsar:

Penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tiba di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Bandaraya, Bangsar pada 8.45 pagi tadi.

Beliau yang hadir bersama suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim disambut dengan tepukan oleh beberapa penyokong beliau.

Pandan:

Lapan saluran mengundi dibuka di Sekolah Kebangsaan Pandan Indah.

Menurut salah seorang pengundi, Mohd Nazim Kamari, 46, susun atur terbaru oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memudahkan proses pengundian berjalan.

"Lebih baik daripada PRU lalu. Cuma mungkin tulisan saluran itu mesti dibesarkan sedikit atau guna pelekat sebab ada yang masih tertanya-tanya saluran mana mereka hendak pergi," katanya.

Kota Bharu:

Hampir 1,000 pengundi bagi kerusi Dun Panchor, Kelantan membuang undi di Sekolah Kebangsaan Panji sejak pusat berkenaan dibuka jam 8 pagi tadi.

Suasana di pusat tersebut tenang dan tidak ada sebarang insiden buruk berlaku membabitkan penyokong Pas dan Barisan Nasional.

Sementara itu, penyandang kerusi berkenaan, Datuk Mohd Amar Abdullah tiba sekolah tersebut tepat jam 8.50 pagi bagi membuang undi.

Bangsar

Penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bersama suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim telah selesai mengundi sebentar tadi.

Beliau yang tiba di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Bandaraya, Bangsar pada 8.45 pagi disambut dengan tepukan oleh beberapa penyokong beliau.

Segamat:

Penyandang kerusi Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr S Subramaniam membuang undi di SMK Buloh Kasap bersama isterinya, Datin Seri Dr Umarani.

Subramaniam yang tiba di pusat pengundian tepat jam 9 pagi kemudian terus ke kaunter semakan pengundi sebelum menuju ke bilik membuang undi sambil diikuti oleh isterinya.

Beliau kemudian meninggalkan pusat pengundian pada jam 9.15 pagi sebelum bergerak meninjau pusat-pusat pengundian lain yang terdapat di Parlimen Segamat.

Pulai:

Calon kerusi Parlimen Pulai dari Barisan Nasional, Datuk Nur Jazlan Mohamed hadir di pusat mengundi Sekolah Agama Dato' Omar Yusuf, Kampung Pasir kira-kira jam 8.45 pagi. Turut sama isterinya, Datin Rossanna Jaafar, 49, dan ibunya, Puan Sri Salbiah Abdul Hamid, 75.

Nur Jazlan mengundi kira-kira 20 minit kemudian.

Machang:

Calon Barisan Nasional (BN) Kelantan, Eriandi Datuk Ismail tiba awal di tempat mengundi bersama kedua ibu bapanya di Sekolah Kebangsaan Ayer Merah, Machang.

Eriandi, calon kerusi Dun Kemuning, membuang undi pada jam 8. 10 pagi diikuti ayahnya, yang juga bekas Adun Banggol Judah, Datuk Ismail Mamat dan ibunya, Ketua Pergerakan Wanita Umno Kelantan, Datin Rahimah Mohamed.

Kuala Kangsar:

Calon bebas kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Kamilia Ibrahim tiba di Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Ulu Piol, Manong kira-kira jam 9.20 pagi.

Pengundi mula tiba di pusat mengundi seawal jam 7.30 pagi sebelum kaunter semakan pengundi dibuka.

Indera Mahkota:

Calon kerusi Parlimen Indera Mahkota, Datuk Fauzi Abd Rahman membuat laporan polis di balai polis Indera Mahkota kerana tidak puas hati dakwat kekal yang dicalit hilang sebaik sahaja dibasuh.

Lima pengundi yang membuang undi di SK Sg Talqm tiba pada jam 9.30 pagi untuk membuat laporan termasuk isteri calon, Datin Khamisah Mohd. Mereka mendakwa dakwat yang dicalit hilang sebaik sahaja dibasuh menggunakan sabun biasa dan menimbulkan kemarahan pengundi.

Kuala Krai:

Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat menjadi individu pertama membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krai. Beliau tiba bersama isteri, Suzana Husin di pusat mengundi jam 8 pagi. -SH


Calon N27 Merlimau Melaka, Yuhaizad Abdullah bersama isteri mengundi di Chinchin


Rakyat buat pilihan, barisan panjang pengundi


Pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi ini untuk rakyat Malaysia membuat pilihan antara BN dan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan bagi tempoh lima tahun akan datang.

Pengundi diminta untuk mengundi awal kerana hujan dan ribut petir dijangka berlaku di banyak tempat di negara ini pada sebelah petang. Pengundian akan berakhir pada jam 5 petang dan pengiraan undi akan bermula selepas itu. Keputusan dijangka mula diumumkan mulai jam 8 malam.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan, dengan BN mewakili 135 kerusi, Pakatan 75 kerusi dan 12 kerusi diwakili Bebas dan tiga parti lain. BN atau Pakatan perlu menang 112 kerusi mendapat majoriti mudah.

Sementara itu, Pakatan Rakyat menguasai empat negeri - Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah - manakala BN mentadbir di sembilan negeri.

Pilihan raya ini akan melihat sejumlah besar pengundi baru - satu peningkatan sebanyak tiga juta, atau kira-kira 25 peratus - sejak PRU 2008, menjadikan ia kenaikan terbesar dalam sejarah Malaysia.

LAPORAN LANGSUNG 10.50 pagi: Kedah - Proses pengundian berjalan lancar di lima pusat mengundi di Ayer Hitam dan kerusi DUN Kota Siputeh, walaupun bilangan pengundi semakin ramai sejak pagi ini.

Calon PAS Ayer Hitam, Abdul Ghani Ahmad mengundi di Sekolah Rendah Ayer Hitam pada kira-kira jam 8.30 pagi.

Di dua pusat pengundian, kain rentang dikesan dipasang dengan mesej bahawa rakyat akan menolak calon BN bagi Ayer Hitam, Datuk Mukhriz Mahathir.


Satu lagi kain rentang memberi amaran kepada Mukhriz dan bapanya Dr Mahathir Mohamad supaya jangan menyebabkan perpecahan dalam BN Kedah.

10.30am: Pekan Nenas, Johor - calon DAP Tan Hon Ping mendakwa menurut pemerhati, seorang kerani mengundi di SJK (C) Yun Ming tidak mengecop kertas undi yang dikeluarkan kepada pengundi.

Di tempat mengundi di SK Parit Keroma Darat, Muar, kerani mengundi dikatakan telah memberitahu pengundi bahawa tidak apa jika kertas itu tidak dicop.

Di SMK Seri Mersing, seorang pengundi berusia 29 tahun telah membuat laporan polis, mendakwa kertas undinya tidak dicop.

Di Mersing, sebuah pusat mengundi tidak memberi pen atau pensel untuk orang ramai menandakan kertas undi mereka.

Jadi mereka menggunakan dakwat kekal pada jari mereka untuk menandakan kertas. 10.30am: Beruas, Perak - Calon PAS Dr Khairudin Abd Malek merampas kerusi Pengkalan Baru untuk Pakatan Rakyat.

Beliau bergantung kepada pengundi muda Melayu yang pulang mengundi, dan telah menghadiri ceramah parti.

Beliau juga mendakwa PAS dapat menembusi kampung-kampung Melayu di kawasan itu

Katanya, walaupun pihaknya ada beberapa masalah dengan pengundi generasi yang lebih tua, terutama wanita, tetapi menurutnya, mereka hanya peratusan kecil pengundi.

"Jadi saya fikir kita boleh berjaya kali ini," tambahnya.

10am: Port Klang, Selangor - Menurut SMS berita Nanyang Siang Pau, kira-kira 500 pengundi masih menunggu di bawah sinaran cahaya matahari untuk mengundi.

Ia berkata ia disebabkan kelewatan dalam urusan di pusat mengundi di SJK Pandamaran (B).

9.55am, Selangor: Calon PAS bagi Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud mengunjungi pusat mengundi di pangsapuri Impian Sentosa.

Beliau meminta pengundi yang sedang beratur di bawah panas matahari supaya bersabar

. 9.45am: Pandan, Selangor - Calon PKR di Pandan. Rafizi Ramli tiba untuk memantau proses pengundian, serta mengambil kesempatan untuk bermesra dengan pengundi di SK Pandan Indah. Ada yang mengambil gambar dengan beliau.

"Ramai orang yang menyaman anda, jadi bagaimana?" tanya seorang pengundi.

Rafizi menjawab: "Mereka saman kita lawan lah."

Beliau berkata, ejen-ejen mengundi beliau telah melaporkan bahawa pengundian berjalan lancar setakat ini.

Katanya, isu paling besar adalah beberapa laporan bahawa dakwat kekal dapat dihilangkan, dan ini menimbulkan keresahan di kalangan sesetengah pengundi.

Mengiringi Rafizi adalah isterinya Afizsa Ashah, yang akan mengundi di situ.

Bagaimanapun, Rafizi sendiri tidak akan mengundi hari ini, dan katanya beliau tidak dapat mengundi di Kemaman, Terengganu, dan kemudian pula bergegas balik ke Pandan.

9.45: Beruas, Perak - Pondok Panas PAS di SK Beruas terletak bertentangan dan dalam lingkungan 50 meter dengan tempat mengundi itu, walaupun itu tidak dibenarkan oleh SPR.

Pondok ini terletak di hadapan sebuah rumah dan bertentangan dengan pintu masuk utama sekolah.

Bagaimanapun, seorang kakitangan SPR berkata, dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana parti itu mendakwa pondok tersebut di atas tanah persendirian dan dalam kawasan rumah.

Katanya, SPR hanya boleh menganggap bahawa jarak 50 meter itu bermula dari pusat mengundi sehingga pintu pagar utama sekolah.

9.43am: Penampang, Sabah - Beberapa pengundi telah dapat menghilangkan dakwat kekal pada jari mereka dengan menggunakan rumput.

Seorang pengundi, Robert, 50, berkata, dia cuba untuk membuang dakwat itu atas rasa ingin tahu.

Malaysiakini menyaksikan dakwat dikeluarkan dalam beberapa minit dengan menggosok rumput di atasnya.

Calon Star di Moyog, Bernard Lawrence Solibon juga mendapati dakwat pada jarinya beliau telah hilang.

"Saya tidak letak apa-apa di atasnya. Ia mungkin boleh menyebabkan kesan pada kertas undi dan merosakkan banyak undi," katanya.

9.40am: Seremban, Negri Sembilan: Proses pengundian pada umumnya sehingga ini berjalan lancar.

Tetapi petugas pilihan raya DAP, Lawrence Fah, berhampiran Sekolah Wawasan di Seremban 2, mengadu SPR menghalang mereka daripada membantu pengundi menyemak nama dan aliran mengundi.

9.30am: Segamat, Johor: Penyandang kerusi Parlimen Segamat Datuk Dr S Subramaniam enggan membuat spekulasi mengenai kemungkinan kalah di situ, tetapi menegaskan bahawa beliau mahu kekal positif.

Subramaniam berkata, pihaknya telah memberi perkhidmatan sebaiknya di Parlimen tersebut.

"Saya percaya kita masih mempunyai peluang untuk menang walaupun majoriti kecil," katanya kepada pemberita selepas mengundi.

"Walaupun persaingan adalah sengit, tetapi kita telah melihat beberapa perubahan dengan sokongan kaum India kembali kepada BN dan sokongan orang Melayu kekal mantap. Ini akan membolehkan BN merampas semula lebih banyak kerusi berbanding 2008."

9.20am, Batu Caves, Selangor: Penyandang ADUN PKR, Amirudin Shari mengadu SPR telah tersilap cetak kertas undi.

Katanya, pada 20 April, apabila pencalonan difailkan, beliau dan seorang lagi calon Pakatan Rakyat telah diletakkan di No 1 dalam senarai itu, manakala calon Bebas, Suman Gopal di No 2 dan calon BN Ravisandran Narayan di No 3.

Apabila Amirudin menyemaknya hari ini, namanya disenaraikan pada No 2 manakala di Ravindran diletakkan di No 1. Calon Bebas pula di No 3.

"Kami akan membuat aduan rasmi dengan SPR kerana ini bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya 1981 Seksyen 11 (2)," kata Amirudin sambil menambah ia boleh mengelirukan pengundi.

9.17am, Sekolah St Michael, Penampang, Sabah: Pengundi meletak kereta mereka satu kilometer dari pusat mengundi ini.

Seorang lelaki muda berjalan bersebelahan seorang wanita tua yang tidak mempunyai gigi, memberitahu wanita itu bahawa dia tidak perlu takut sesiapa.

"Biarlah apa orang nak kata, kau tanda saja X," katanya.

Kerusi Penampang ditandingi calon PKR Ignatius Dorell Leiking, calon BN Bernard Dompok dan calon Star Melanie Annol.

Calon DAP, Dr Edwin Bosi, yang bertanding kerusi DUN di sini, berjabat salam dan dipeluk oleh pengundi.

9.12am: SMK Buloh Kasap, Segamat, Johor - calon BN Segamat, Datuk Dr S Subramaniam tiba dengan isterinya.

Wartawan terpaksa terkejar ke sini selepas pasukan akhbar Subramaniam sebelumnya memberitahu mereka tempat mengundi yang salah di sekolah lain.

Subramaniam mengundi 10 minit kemudian selepas memberi ucapan ringkas kepada pengundi lain yang hadir.

8.54am: Muar, Johor - Seorang pengundi di SJK (C) Nanhua bernama Lee mengadu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengikuti prosedur mereka kerana mereka yang sudah tahu saluran undi mereka, masih dikehendaki beratur di padang sekolah untuk disemak sekali lagi.

Biasanya, kata Lee, pengundi akan terus pergi ke saluran masing-masing tetapi tapisan berganda dan pembaziran masa itu mengecewakan ramai pengundi.

"Kami bimbang sesetengah pengundi mungkin tidak dapat ke tempat kerja hari ini," katanya, sambil menggesa SPR supaya mengikut prosedur yang betul.

8.44: Permatang Pauh, Pulau Pinang - Pegawai SPR tidak dibenarkan ketua pemberita Agence France-Presse (AFP), Goh Chai Hin di Sek Keb Sri Penanti kerana beliau tidak mempunyai slip sumpah merah jambu SPR. Bagaimanapun, Goh enggan untuk meninggalkan.

"Saya telah mendapat pas media dari SPR dan Kementerian Penerangan.

Saya tidak pernah diberitahu tentang perkara ini," katanya.

Penyandang Ahli Parlimen di situ, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, untuk mengundi.

Berpakaian kemeja putih dan memakai songkok, Anwar berkata Pakatan yakin ia akan menguasai Putrajaya.

Beliau juga meluahkan rasa meluatnya terhadap percubaan terbuka untuk membeli di Pulau Pinang.

8.15am: Seri Delima, Pulau Pinang: Seawal jam 7.30 pagi, 100 orang berkumpul di pusat mengundi di Sekolah Chung Hwa untuk mengundi.

Setiausaha Agung DAP yang juga penyandang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba dengan isterinya Betty Chew dan ibunya, Neo Yok Tee, 73.

Chew memakai topi putih untuk menutup kepalanya yang dicukur pada hari Jumaat sebagai membantah politik wang.

Lim kelihatan agak letih, mungkin kerana kempen yang sengit selama 15 hari.

8.06am - Subang Jaya, Selangor: Barisan pengundi di Sek Men USJ12 dianggarkan kira-kira satu kilometer selepas pintu dibuka.

Kira-kira 3,000 pengundi datang awal untuk mengundi.

Sub-Editor Malaysiakini G Umakanthan berkata beliau tidak pernah melihat pengundi seramai itu datang awal itu.

Kerusi negeri terletak dalam kawasan Parlimen Kelana Jaya.

8.05am - Lembah Pantai: Pengundi dilaporkan berbaris panjang pusat mengundi. Calon PKR Nurul Izzah Anwar mempertahankan kerusi tersebut dan dicabar oleh calon BN, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.
-mk

[PECUTAN TERAKHIR] Puluhan Ribu Banjiri Ceramah Terakhir PRU13 Seluruh Negara


Jam 12 tengah malam: Kempen selama 15 hari telah berakhir. Dan proses pengundian untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bermula jam 8 pagi esok.

Pengundi diminta untuk mengundi awal kerana hujan dan ribut petir dijangka berlaku di banyak tempat di seluruh negara ini pada sebelah petang.

Pengundian akan berakhir pada pukul 5 petang dan proses pengiraan undi akan bermula tidak lama selepas itu. Keputusan akan mula diketahui dari jam 8 malam.

Malaysiakini akan melaporkannya secara langsung sepanjang hari esok.

11.45pm - Ipoh: Calon Menteri Besar Pakatan Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin muncul di hadapan 50,000 hadirin di Jalan Laxamana, sambil mengetuai laungan "5 Mei, tukar kerajaan" dalam bahasa Cina.

Pengacara mengumumkan bahawa derma yang dikumpul untuk malam itu melebihi RM100,000 dan belum habis dikira.

11.15pm - Seremban: Empat puluh lima minit sebelum berakhir secara rasmi tempoh berkempen, kira-kira 10,000 orang membanjiri Taman Seremban Jaya untuk menghadiri ceramah terakhir DAP.

Orang ramai, yang sebahagian besarnya membawa payung kerana terdapat hujan renyai-renyai, menyanyi 'Ubah' dan beberapa lagu-lagu Cina bersama-sama dengan calon-calon DAP di atas pentas.

11.00pm - Petaling Jaya: Stadium Kelana Jaya dibanjiri penyokong Pakatan untuk perhimpunan terakhir sebelum hari pengundian esok, di mana calon-calon dari empat kawasan berhampiran berucap kepada orang ramai (gambar teratas). Kawasan pilihan raya tersebut adalah Kelana Jaya, Subang, Petaling Jaya Utara dan Petaling Jaya Selatan.

Pihak penganjur mengumumkan bahawa jumlah hadirin mencecah lebih 50,000 orang.

10.30pm - Ipoh: Calon DAP bagi Ipoh Barat M Kulasegaran dalam ucapannya menggesa semua rakyat Perak supaya membuang undi mereka seawal mungkin esok.

Beliau mendakwa bahawa BN cuba untuk membawa pengundi hantu dari Bangladesh dan Pakistan untuk mengundi BN.

"Jika 90 peratus daripada kita keluar mengundi, maka kita boleh menang dengan mudah, "katanya kepada kira-kira 50,000 hadirin di pusat bandar Ipoh.

10.30pm - Johor Bahru: Orang ramai yang menghadiri ceramah Pakatan Rakyat di Kampung Melayu Majidee meningkat sedikit kepada 300 apabila pemimpin DAP Lim Kit Siang tiba.

Ceramah itu diadakan luar sebuah rumah kediaman, dan sebahagian daripada orang ramai duduk di atas jalan raya berturap untuk mendengar ucapan.

Memetik hasil kajiselidik Merdeka Centre, Kit Siang berkata, Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang baik untuk memenangi pilihan raya umum esok.

Salah satu perkara pertama yang Pakatan akan lakukan selepas menawan Putrajaya ialah meningkatkan tahap keselamatan di bandar Johor Bahru, yang beliau sifatkan sebagai "ibunegara jenayah".

Turut berucap ialah calon PKR bagi Johor Bahru Hashim Hussein.

10.30 malam - Putrajaya: PAS Putrajaya dan PKR telah menafikan bahawa sekumpulan belia berpakaian seperti penyokong Pakatan dan membuat gangguan di Putrajaya malam ini adalah ahli-ahli mereka.

Dalam satu kenyataan, ia berkata pihaknya telah menerima laporan dari wakil-wakil mereka dari kawasan tersebut yang boleh membuktikan bahawa individu-individu berkenaan tidak ada kaitan dengan Pakatan atau parti-parti dalam gabungan itu.

Menurutnya lagi, pihaknya mengesyaki ia adalah satu percubaan untuk memburuk-burukkan imej Pakatan dan ahli-ahlinya.

Ia juga mendakwa bahawa saksi-saksi telah mengesahkan bahawa kumpulan itu telah diiringi sehingga Presint 10 oleh pihak polis sebelum kumpulan itu bertindak sedemikian. -mk


12 DUN dalam genggaman Pakatan di Utara Kedah


Tinggal tidak sampai 24 jam sebelum pilihan raya umum ke-13, Pakatan Rakyat dilihat selamat di 12 daripada 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.

Dengan jumlah itu, Pakatan hanya memerlukan 12 lagi kerusi daripada kawasan-kawasan Selatan, bukan sahaja untuk membentuk kerajaan tetapi juga mendapat majoriti dua pertiga DUN.

Walaupun sebelum ini kedua-dua parti bertanding - BN dan Pakatan - mendabik dada akan menang dengan majoriti dua pertiga, tetapi Pakatan kini dilihat mempunyai kelebihan ekoran pertambahan besar undi Cina dan masyarakat Siam, seperti digambarkan dalam perhimpunan 'Super Friday' di Alor Setar semalam.

Dua kelompok masyarakat itu dilihat sebagai penentu kemenangan dalam pilihan raya umum kali ini selain sokongan pengundi muda, kerana sokongan Melayu tidak banyak berubah dan dilihat akan mengekalkan status quo pada 2008.

Sepanjang dua minggu berkempen, pengundi kaum Tiong Hua di Kedah tidak menyatakan sokongan terbuka, tetapi situasi itu berubah dengan perhimpunan besar yang dihadiri pemimpin kanan pembangkang termasuk Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Dengan sokongan itu, Pakatan dijangka mampu mempertahankan sembilan DUN seperti berikut: Ayer Hitam, Kota Darul Aman, Alor Mengkudu, Bukit Lada, Bukit Pinang, Tokai, Kubang Rotan, Anak Bukit dan Pengkalan Kundor.

Di sembilan kawasan ini, peratus komposisi kaum Cina dan Siam cukup signifikan antara enam peratus hingga setinggi 59 peratus.

Mukhriz, Ahmad Bashah tewas?

Manakala, tiga lagi kerusi dijangka dirampas dari tangan BN, iaitu Kota Siputeh, Bakar Bata dan Derga. Ketiga-tiga kawasan itu dimenangi BN dengan majoriti sangat tipis sebelum ini masing-masing dengan majoriti 495, 358 dan 163 undi.

Di Ayer Hitam yang ditandingi Datuk Mukhriz Mahathir (berbaju Melayu biru), susulan berubahnya sokongan masyarakat Siam dan Cina dari BN kepada Pakatan serta sentimen antilegasi Tun Dr Mahathir Mohamad - bapa Mukhriz - PAS dijangka tiada masalah mengekalkan penguasaannya walaupun berbekalkan hanya majoriti 506 undi yang diperoleh dalam pilihan raya umum 2008.

Malah sentimen itu dijangka melimpah ke kawasan sebelahnya iaitu Kota Siputeh.

Di Bakar Bata, gandingan calon mudanya Mohd Eekmal Ahmad, bekas pegawai akhbar ketua pembangkang dilihat bergandingan baik dengan calon Parlimen, juga dariapda PKR Gooi Hsiao Leung dan mampu menumbangkan 'calon heavyweight' BN Ahmad Bashah Nd Hanipah.

Sementara itu, BN pula mampu mengekalkan enam kerusi di Utara Kedah, iaitu Air Hangat, Kuah, Jitra, Bukit Kayu Hitam, Kuala Nerang dan Pedu. Tiada kerusi DUN dijangka dapat dirampas oleh BN.

Di Kuala Nerang dan Pedu, BN dijangka mengekalkan sokongannya ekoran kegagalan PAS mengembangkan sokongannya kepada masyarakat bukan Melayu - trend yang berlawanan dengan tempat-tempat lain di Utara Kedah.

Sejumlah kira-kira 2,500 pengundi Siam di Padang Terap.

Usaha PAS membentuk Dewan Perhimpunan Penyokong PAS dari kalangan masyarakat Siam dilihat tidak mencukupi. Wujudnya kebimbangan mengenai "ketulenan sokongan" masyarakat Siam.

Sudah menjadi rahsia umum mengenai kebimbangan akar umbi PAS - sejak pertengahan kempen pilihan raya - mengenai situasi dua DUN bawah Padang Terap yang disandang oleh calon PAS Mohd Nasir Zakaria yang bakal menghadapi pertarungan sengit ditentang bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid yang masih berpengaruh.
-mk



Johor Pakatan may bag at least 8 parliament seats


JOHOR BARU: As the last few hours tick away before Sunday polls, Pakatan Rakyat is poised to take at least eight parliamentary seats in Johor.

The DAP southern team led by party adviser Lim Kit Siang is expected to capture Gelang Patah, Kulai, Kluang, Labis, Tanjung Piai while retaining Bakri.

Johor PKR chief Chua Jui Meng and PAS vice-president Salahuddin Ayub also have a good chance of taking Segamat and Pulai respectively.

The forecast is based on the assumption that Pakatan candidates will bag 80% of the Chinese votes, 25% of the Malay votes and 50% of the Indian votes.

Pakatan is expected to easily obtain 80% of the Chinese votes judging from the overwhelming response it has received across Johor.

Throughout the campaigning period, Pakatan has been able to attract thousands, if not tens of thousands, of Chinese to their ceramahs.

However, the number of Malays attending the Pakatan ceramahs increased only slightly ranging from a few hundreds to a few thousands. Pakatan is expected to see a 25% swing to its side compared with the 14%-20% in the 2008 general election.

Meanwhile, the Indian votes are split almost evenly based on the response of the voters interviewed by FMT. Some of them acknowledged that the government has failed to resolve long-standing problems such as the “stateless” Indians, while others feel that the BN administration has done a pretty good job.

However, the opposition is unlikely to bag Johor Baru and Air Hitam parliamentary seats, held by BN’s Shahri Abdul Samad and Wee Ka Siong respectively.

This is because both of them have immense influence in their constituencies which they won with more than 10,000-vote majority in the 2008 polls.

Tide has changed

In Gelang Patah, Kit Siang, who has been leading the race against his heavyweight opponent Ghani Othman from the beginning,received a further boost when some 70,000 people thronged a Pakatan “grand” ceramah in his constituency on May 1.

Initially there was concern that Lim may lose if he only secures 70% of Chinese votes, but now it seems the tide has changed in his favour.

In Kulai and Kluang, two low-profile MCA candidates are overshadowed by their DAP counterparts who were more outspoken and aggressive. DAP’s Kulai candidate Teo Nie Ching has been effectively highlighting the high crime rate and corruption through banners and postcards.

In Kluang, DAP’s Liew Chin Tong made a pledge – “let the whole nation sees Kluang, let’s keep our dream here” – which caught the imagination of the voters who feel there is lack of development and job opportunities in this central Johor town.

The Segamat seat looks ripe for Chua Jui Meng’s picking as evident by the Pakatan mega ceramah last week which drew an unprecedented crowd.

Incumbent BN candidate Dr S Subramaniam, who won the seat with only a 2,991-vote majority in 2008, suffered a blow after a group of National Union of Bank Employees (NUBE) members staged a two-day protest against him last week over the minimum wage dispute.

DAP’s only Malay candidate in Johor – Mahdzir Ibrahim – may spring a surprise victory in Tanjung Piai in the wake of strong positive response he received during his ceramah. The ceramah on Thursday attracted 7,000 people.

Meanwhile, if Pakatan gets 305 to 35% of the Malay votes, then it may also emerge victor in the parliamentary seats of Muar, Ledang and Tebrau. This would provide them with the 11 seats it eagerly wants in Johor in order to wrest Putrajaya.

The candidates contesting the 11 parliamentary seats in Johor are:

Gelang Patah – Abdul Ghani Othman (BN) vs Lim Kit Siang (DAP)
Kulai – Tay Chin Hein (BN) vs Teo Nie Ching (DAP) vs K. Surendiran (Ind)
Kluang – incumbent Ho Kok Chung (BN) vs Liew Chin Tong (DAP)
Labis – incumbent Chua Tee Yong (BN) vs S. Ramakrishnan (DAP)
Tanjung Piai – incumbent Wee Jeck Seng (BN) vs Mahdzir Ibrahim (DAP)
Segamat – incumbent S. Subramaniam (BN) vs Chua Jui Meng (PKR)
Pulai – incumbent Nur Jazlan Mohamed (BN) vs Salahuddin Ayub (PAS)
Bakri – incumbent Er Teck Hwa (DAP) vs Lee Ching Yong (BN)
Muar – incumbent Razali Ibrahim (BN) vs Nor Hizwan Ahmad (PKR)
Ledang – incumbent Hamin Samuri (BN) vs Hassan Abdul Karim (PKR)
Tebrau – Khoo Soo Seang (BN) vs Steven Choong (PKR)
-FMT

[VIDEO & GAMBAR] Peserta Flashmob Diserang & Dipukul Oleh Pemuda Berbaju "I LOVE PM"


Ipoh: Beberapa penyokong PAS cedera parah apabila dipukul oleh kirra-kira 40 orang yang memakai baju T I Love PM hari ini.

Ada antara mereka yang pecah muka dan kepala berdarah, kini sedang dirawat di hospital berdekatan.

Mereka hanya sekadar angkat sepanduk untuk para pemandu kereta bunyikan hon jika sokong Pakatan Rakyat.

Namun kerena tidak bertamadun, mereka dipukul hingga berdarah sebegini.

"Mengapakah petugas-petugas yang memakai baju I love PM itu sanggup melakukan perkara sekejam ini... pohon doa teman-teman... kita sayang Malaysia," tulis satu laporan dalam facebook.

Flashmob atau menaikkan poster di tepi jalan kini menjadi pendekatan kempen terbaru menjelang pilihan raya umum ke 13 esok.

Para petugas dan sukarelawan ini biasanya berdiri di simpang-simpang jalan.

Mereka yang menyokong biasanya akan membunyikan hon kereta mereka.


Flashmob berdarah di Dun Sungai Rapat


IPOH – Peserta flashmob Pakatan Rakyat (PR) di Pengkalan Pegoh cedera apabila mendakwa dipukul oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong parti lawan petang tadi.

Jurucakap penganjur, Shahari Anuar Ibrahim berkata, dalam kejadian pukul 4.

14 petang itu, kumpulan lelaki seramai kira-kira 300 orang yang datang menaiki motosikal secara berkonvoi telah bertindak ganas sambil melakukan provokasi terhadap peserta flashmob.

Beliau mendakwa, keadaan tidak terkawal apabila peserta konvoi sebuah parti politik turut melalui jalan berkenaan dan melanggar lampu isyarat hingga mengakibatkan kesesakan trafik.

“Mereka tidak hiraukan lampu isyarat dan peserta kami menasihati agar mereka beredar segera serta mematuhi undang-undang dan ia mencetuskan kemarahan peserta konvoi berkenaan.

“Berikutan itu berlaku pertelingkahan dan pertikaman lidah di antara kedua-dua pihak sebelum mereka (peserta konvoi) bertindak agresif dengan menyerang dan memukul peserta kami,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tempat kejadian.

Dakwanya lagi, sebahagian daripada peserta konvoi kemudian bertindak memukul dan mengejar peserta flashmob.

“Mereka menggunakan kayu dan mengejar peserta kami malah keadaan semakin tegang apabila ada di antara kami yang dipukul beramai-ramai.

“Ekoran kejadian itu tiga mangsa dan salah seorang peserta mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)," katanya.

Tambah beliau, lebih mendukacitakan apabila selepas kejadian tersebut, peserta konvoi motosikal berkenaan datang semula ke kawasan terbabit.

“Mereka datang semula ke situ seolah-olah cuba cetuskan provokasi hingga mengakibatkan suasana menjadi tegang semula.

“Mujurlah keadaan dapat dikawal dan tiada pertembungan antara kedua-dua pihak,” katanya.

Seorang mangsa, Muhammad Rahmat, 28, berkata, program flashmob pada mulanya berlangsung dengan aman namun setelah kehadiran sekumpulan individu menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.

“Mereka berpakaian logo BN dan I Love PM seolah-olah sengaja inginkan kejadian itu berlaku apabila bertembung dengan kami dan mereka telah memukul peserta termasuk saya dengan kayu, batu dan topi keledar.

“Saya dihentak dengan topi keledar dan terpaksa melarikan diri daripada kawasan berkenaan,” katanya.

Jelasnya lagi, kumpulan terbabit turut menyerang secara rambang kepada peserta flashmob terutama yang merakam insiden itu.
-SH





PRU13 Tragedi Flashmob berdarah di Ipoh [Full... by luqukoman90




UTUSAN PENIPU!!!!!.. SERANGAN BERDARAH FLASH MOB....UTUSAN TIPU DAN FITNAH KATA PARA PETUGAS FLASH MOB SERANG SAMSENG-SAMSENG UMNO!!!!



UTUSAN MALAYSIA KAKI PENIPU DAN PEMFITNAH NOMBOR SATU DALAM DUNIA!!!!!.. BELUM PERNAH JUMPA LAGI MEDIA SEJIJIK UTUSAN MALAYSIA YANG KERJA DIA SEIANG MALAM MENIPU DAN MEMFITNAH!!!!

Penyokongnya berlagak samseng serang ganas para petugas Flash Mob PAS di Ipoh, Perak dituduhnya para petugas yang serang samseng-samseng UMNO.. Apa punya siotlah media lidah biawak rasmi UMNO ni..

Samseng-samseng digambarkan sebagai mangsa serangan oleh para petugas Flash mob PAS...

Langsung tiada akhlak punya media lidah biawak rasmi UMNO....Bertambah benci dan meluatlah rakyat kepada UMNO...Utusan ingat rakyat ini bodoh baghal macam para penyokong tegarnya.

Utusan lupa yang sekarang ini zaman informasi di hujung jari.
-omakkau

4 Mei 2013

[PECUTAN TERAKHIR] Pastikan BN Dijadikan Pembangkang Di Parlimen!


Rakyat diseru supaya memberikan peluang kepada Barisan Nasional (BN) duduk di kerusi Barisan Pembangkang selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sekumpulan doktor lepasan Cambridge di United Kingdom berpendapat, cara terbaik menyelamatankan BN adalah dengan menjadikan mereka sebagai pembangkang sekaligus menjadi penyelia kerajaan yang berkualiti.

Mereka berkata, BN perlu melalui proses tersebut sebelum boleh menjadi kerajaan semula yang cemerlang.

“Masalah terbesar BN ialah mereka tidak pernah menjadi pembangkang dan kekurangan latihan sebagai penyelia.

“Hal ini menyebabkan jabatan kerajaan kekurangan pemantauan dan menyebabkan berlakunya penyelewengan sehingga harta kerajaan dibeli dengan harga yang berlipat ganda daripada harga asal,”
kata Dr Chan Jinhooi dalam kenyataan bersama Dr Lee Chernyang, Dr Chin Shinliang, Dr Tan Jimmy PangHoaw serta Dr Low Choonpei.

Kata mereka, hanya melalui cara tersebut dapat menyelamatkan BN agar mereka jadi lebih kuat supaya diterima seluruh rakyat Malaysia sekaligus dapat kembali semula ke zaman kecemerlangannya.

“Sebagai penyokong BN yang setia, cara terbaik untuk membantu BN adalah dengan mengundi parti pembangkang (Pakatan Rakyat).

“Tidak mungundi BN tidak bermakna kita mengenepikannya. Ini merupakan suatu peluang keemasan BN untuk menghidupkan BN sekali lagi,” katanya.

Kesetiaan ahli

Menurut mereka, proses itu juga dapat menguji sejauh mana kesetiaan ahlinya terhadap BN.

“Sekiranya BN jadi pembangkang, ahli yang hanya mementingkan keuntungan diri akan memutuskan hubungan dengan BN dan hanya mereka yang betul-betul menyayangi BN akan terus berjuang di bawah BN serta membuktikan keupayaan mereka,” katanya.

Katanya, rakyat Malaysia boleh menunggu BN berlatih diri menjadi pembangkang yang berkualiti dan kembali memerintah pada masa akan datang.

Ini disebabkan rakyat sebelum ini telah memberikan tempoh peluang yang cukup lama kepada BN membuktikan dirinya sebagai kerajaan yang bagus, namun keyakinan itu semakin hilang.

Walaupun tidak menafikan jasa 56 tahun pemerintahan BN, tetapi sejak lima tahun kebelakangan ini rakyat mula sedar kerajaan BN tidak menunjukkan sebarang perubahan yang lebih positif.

Sebaliknya, kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang berupaya mentadbir dengan baik kerana mengutamakan keadilan, kebersihan, dan nilai-nilai moral termasuk membanteras rasuah dan kronisme.

“Sekiranya BN terus memegang pucuk kepimpinan dalam tempoh lima tahun akan datang, mereka akan lebih bermaharajalela, rakyat jelata yang tidak berdosa akan menjadi mangsa ketidakadilan.


“Jadi, patutkah kita mengundi suatu parti politik mengikut emosi semata-mata ataupun secara rasional berdasarkan nilai moral sesuatu parti?

“Kami ingin membuat seruan kepada semua iaitu ’BERILAH BN PELUANG!’,” serunya. -FMT


Gambar Berbicara: Ceramah PR vs Konsert BN Di Pulau Pinang


Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional telah mengadakan program masing-masing serentak tetapi diberlainan lokasi di Pulau Pinang malam tadi 3hb Mei 2013.

Pakatan Rakyat telah mengadakan ceramah mega di Padang Kota Lama sedangkan Barisan Nasional mengadakan konsert di Queensbay, Bayan Baru.

Ceramah PR tiada minuman dan makan percuma disediakan malahan hadirin diminta untuk menderma kepada tabung PRU 13.

Konsert BN siap dengan minuman dan makanan yang melimpah ruah..Semuanya percuma.. Tak payah nak bagi derma kepada tabung BN.

Sebagai perbandingan rakaman gambar yang diambil diwaktu yang sama.

Ceramah Mega PR malam tadi berjaya mengutip lebih RM550,000 sedangkan Konsert mega BN dipercayai membelanjakan tidak kurang RM200,000.

Lihat dimana rakyat tuju...Ceramah PR atau Konsert hiburan dengan minuman dan makanan percuma BN?

Nampaknya adalah amat jelas rakyat Pulau Pinang lebih berminat ke ceramah politik anjuran PR.

Sentimen dan mood rakyat mau kekalkan Pulau Pinang dan rampas Putrajaya cukup kuat sekali. -omakkau

[VIDEO] Rancangan UMNO Terbarai Angkara Zul Nordin Yang Bermulut Besar


Setelah menyepi seketika waktu akhirnya Harakahdaily berjaya menghubungi sumber Umno untuk mendapat laporan terkini daripada beliau mengenai kenyataan Setiausaha Agong Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai penerbangan pengundi baru-baru ini.

Tengku Adnan mengaku bahawa dakwaan Pakatan Rakyat mengenai kewujudan penerbangan khas membawa pengundi daripada timur Malaysia ke Semenanjung sememangnya benar.

Bernama melaporkan Tengku Adnan mengaku kewujudan penerbangan sedemikian dan menegaskan bahawa khidmat itu ditaja oleh “rakan-rakan BN.”

“Itu plan B dah sebenarnya. Dah confirm akan kalah baru digunakan,” kata beliau kepada Harakahdaily pagi ini.

“Jadi apa plan A-nya?” tanya Harakahdaily.

“Video seks. Video seks buatan seorang pemimpin wanita PKR dah mula dikeluarkan. Ingatkan tak keluar sebab dah backfire. Patutnya Plan B dah jalan, Plan A akan henti. Sekarang jalan dua-dua, confirm dah dapat maklumat risikan nyawa tinggal sampai malam besok sahaja,” katanya sambil berseloroh.

Disebabkan suara telefon yang agak kejauhan, Harakahdaily bertanya pada beliau lokasi kedudukannya.

Sumber Umno itu memberitahu beliau kini berada di luar negara kerana hadapi tekanan kuat setelah meledakkan pada Harakahdaily tempoh hari bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan turun berkempen di Putrajaya untuk menyelamat Tengku Adnan.

Harakahdaily cuba bertanya apakah Plan B sudah berjalan lama dalam perancangan.

“Dah lama. Selama ini targetnya Selangor sahaja. Tapi masalah sekarang Johor, Putrajaya dah goyah. Mula-mula mereka ingat tempur Selangor sahaja. Sebenarnya kalau bukan Zulkifli Noordin besar mulut kata 110% akan menang, saya rasa Plan B ini tidak akan dihidu oleh sesiapa atau diledakkan keluar dari dalam.

"Silap percaturan plan A lepas video seks untuk benamkan PAS backfire badly – kamu attack orang yang berintegriti lama bertunjang di politik negara, siapalah nak percaya. Kadangkala pakar strategi kita ini memang bodoh sikit,” kata sumber Umno itu.

Beliau berkata sekarang waktu getir untuk mereka yang terlibat dalam Plan B.

“Dulu di Sabah, selepas BN menang, berapa orang yang kehilangan kebebasan kerana terlibat dalam perbuatan terkutuk itu? Orang-orang yang hilang kebebasan itulah yang muncul menceritakan segalanya pada RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) Sabah mengenai pendatang asing. Sekarang dalaman sedang bertiup kencang mengenai nasib mereka selepas ini, jika BN menang atau kalah,” kata beliau lagi.

Beliau menyuruh Harakahdaily menyiarkan nasihat ini kepada mereka yang terlibat dalam Plan B.

“Hentilah. Kamu semua akan menyesal nanti. Yang terkena ialah anak-anak dan cucu-cucu kamu. Orang Bangla ini akan jadi orang Melayu – boleh beli tanah rezab orang Melayu, dapat diskaun beli rumah Bumiputera, anak-anak masuk universiti guna kuota Melayu, beli amanah saham – silap hari dia jadi kaya, anda semua jadi kuli dia. Kalau rakyat dah tolak BN, hormatlah keputusan. Rezeki di tangan Allah, bukan Umno. Usah bimbang, hilang rezeki ini, Allah akan ganti dengan yang lain,” tegas beliau.

Sebelum mengakhiri perbualan, Harakahdaily sempat bertanya samada beliau akan balik mengundi.

“Insha-Allah balik – kena undi pada parti yang tidak disokong warga Bangla dan Nepal,” katanya sambil ketawa besar.

Sumber Umno itu seorang pengundi di Selangor. -HD



Ulasan GB

Zul Nordin 110% yakin penuh BN akan rampas Selangor. Apa hujah beliau kata tu untuk kata dia boleh menang jika bukan dia tahu pengundi hantu dari luar akan dibawa masuk? -kingofgoblok

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللهُ وَاللهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
surah al-Imran ayat 54

ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”

Bom Meletup Di Ibu Pejabat KEADILAN


Sebuah bom buatan menggunakan telefon bimbit, bateri dan mercun bebola meletup berhampiran ibu pejabat KEADILAN, kira-kira jam 9.45 malam tadi.

Seorang staf ibu pejabat KEADILAN, S Balakumaran berkata, beliau terdengar bunyi letupan dan tnampak kepulan asap keluar dari kotak fius milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di hadapan sebuah kedai, selang empat premis dari pintu utama pejabat KEADILAN

. "Bila meletup saya nampak asap. Saya pergi ke lokasi dan nampak telefon, bateri dan mercun bola. Kemudian seorang lelaki Cina turun dari pejabat yang berdepan kotak TNB dan bantu padam dengan alat pemadam api," kata Balakumaran kepada Keadilandaily.

Beliau memaklumkan kejadian itu di Balai Polis Tropicana yang terletak tidak jauh dari pejabat KEADILAN yang kemudian mendapatkan bantuan daripada pihak bomba.

Balakumaran memberitahu, beberapa kereta polis dipercayai dari balai polis Petaling Jaya tiba di tempat kejadian untuk melakukan siasatan.

Balakumaran memaklumkan, dia diberitahu oleh juruteknik TNB, bahawa mangga kunci kotak fius TNB telah bertukar, bukan seperti mangga kunci biasa yang digunakan.

"Orang TNB kata, mangga yang biasa itu bukan milik mereka, dah ditukar," kata Balakumaran.

Satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian dan pihak polis telah menutup kawasan kejadian untuk siasatan.