6 Mei 2013

Pakatan Rakyat Tambah Kukuh Di Selangor, Lampiran: Senarai ADUN


Rakyat Selangor memberi mandat yang lebih besar kali ini kepada Pakatan Rakyat apabila 44 kerusi Dewan Negeri Selangor berjaya dimenangi gagasan itu.

Ini sekaligus memberikan Pakatan majoriti dua pertiga di dalam Dewan Negeri Selangor. Calon Umno-BN menguasai 12 kerusi Dewan Negeri Selangor.

Keputusan itu membuktikan prinsip pentadbiran “hasil negeri untuk rakyat” berakar di hati rakyat. Malah calon Pakatan berjaya menambah majoriti kemenangan di kebanyakkan kerusi DNS.

Selain memenangi 34 kerusi yang dipertandingkan pada 2008, Pakatan berjaya menawan DUN Dusun Tua, Sabak, Taman Templer, Tanjung Sepat, Paya Jeras, Sri Serdang, Kuala Kubu Baru, Sementa, Morib dan Sungai Pelek.

Walaubagaimanapun, Pakatan tidak berjaya mempertahankan kerusi Kota Damansara dan Bukit Malawati.

Keputusan sekali imbas juga menunjukkan pertambahan majoriti di banyak kerusi yang dimenangi.

Setakat ini Pas memenangi 15 kerusi DNS, DAP 15, dan PKR 14 kerusi.

p/s Nampaknya rakyat Selangor menolak terus segala tohmahan dan fitnah Najib dan UMNO BN yang memperlekehkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebelum ini.

Yang paling jelas ialah apabila Mat Komuter yang bernama Ir Md Zin tewas di tangan Hanipa Maidin untuk kerusi Parlimen Sepang.





SENARAI ADUN NEGERI SELANGOR 2013

PAS

N15 TAMAN TEMPLER
PAS: Zaidy Abdul Talib

N17 GOMBAK SETIA
PAS: Hasbullah Mohd Ridzwan

N18 HULU KELANG
PAS: Saari Sungib

N2 SABAK
PAS: Sallehen Mukhyi

N20 LEMBAH JAYA
PAS: Khasim Abdul Aziz

N21 CHEMPAKA
PAS: Iskandar Abdul Samad

N23 DUSUN TUA
PAS: Razaly Hassan

N26 BANGI
PAS:Mohd Shafie Ngah

N29 SERI SERDANG
PAS: Noor Hanim Ismail

N38 PAYA JARAS
PAS: Mohd Khairuddin Othman

N42 MERU
PAS: Abd Rani Osman

N45 SELAT KLANG
PAS: Halimah Ali

N51 SIJANGKANG
PAS: Ahmad Yunus Hairi

N53 MORIB
PAS: Hasnul Baharuddin

N54 TANJUNG SEPAT
PAS: Mohd Haslin Hassan


PKR

N11 IJOK
PKR: Idris Ahmad

N14 RAWANG
PKR: Gan Pei Nei

N16 BATU CAVES
PKR: Amirudin Shari

N19 BUKIT ANTARABANGSA
PKR: Mohamed Azmin Ali

N25 KAJANG
PKR: Lee Chin Cheh

N32 SERI SETIA
PKR: Nik Nazmi Nik Ahmad

N33 TAMAN MEDAN
PKR: Haniza Mohamed Talha

N37 BUKIT LANJAN
PKR: Wong Keat Ping

N40 KOTA ANGGERIK
PKR: Yaakob Sapari

N41 BATU TIGA
PKR: Rodziah Ismail

N43 SEMENTA
PKR: Daroyah Alwi

N46 PELABUHAN KLANG
PKR: Abd Khalid Ibrahim

N49 SERI ANDALAS
PKR: Xavier Jayakumar Arulanandam

N50 SRI MUDA
PKR: Mat Shuhaimi Shafiei


DAP

N22 TERATAI
DAP: Tiew Way Keng

N27 BALAKONG
DAP: Ng Tien Chee

N28 SERI KEMBANGAN
DAP: Ean Yong Hian Wah

N30 KINRARA
DAP: Ng Sze Han

N31 SUBANG JAYA
DAP: Yeoh Tseow Suan

N34 BUKIT GASING
DAP: Rajiv Rishyakaran

N35 KAMPUNG TUNKU
DAP: Lau Weng San

N36 DAMANSARA UTAMA
DAP: Yeo Bee Yin

N4 SEKINCHAN
DAP: Ng Suee Lim

N44 SUNGAI PINANG
DAP: Teng Chang Khim

N47 PANDAMARAN
DAP: Tan Pok Shyong

N48 KOTA ALAM SHAH
DAP: Ganabatirau Veraman

N52 TELUK DATUK
DAP: Loh Chee Heng

N56 SUNGAI PELEK
DAP: Lai Nyuk Lan

N6 KUALA KUBU BAHARU
DAP: Lee Kee Hiong

PEMBANGKANG (BARISAN NASIONAL)

N1 SUNGAI AIR TAWAR
BN: Kamarol Zaki Abdul Malik

N10 BUKIT MELAWATI
BN: Jakiran Jacomah

N12 JERAM
BN: Amiruddin Setro

N13 KUANG
BN: Abdul Shukur Idrus

N24 SEMENYIH
BN: Johan Abd Aziz

N3 SUNGAI PANJANG
BN: Budiman Mohd Zohdi

N39 KOTA DAMANSARA
BN: Halimaton Saadiah Bohan

N5 HULU BERNAM
BN: Rosni Sohar

N7 BATANG KALI
BN: Mat Nadzari Ahmad Dahlan

N8 SUNGAI BURONG
BN: Mohd Shamsudin Lias

N9 PERMATANG BEBAS
BN: Sulaiman Abdul Razak

N55 DENGKIL
BN: Shahrum Mohd Sharif



26 ulasan:

Awanama berkata...

Alhamdulilah. Moga Pakatan Rakyat menjadi lebih baik dan terbaik dr sblmnye. Jadikn pentadbiran Pakatan Rakyat sebagai contoh dan ikutan pada negeri2 lain dibwah BN.

Awanama berkata...

sepatutnya bukan 44 tapi 46 k3rusi,tapi sikap tamak,sombong dan angkuh para pemimpin parti telah hilang 2 kerusi.pakatan konon,

Awanama berkata...

Kalau SPR bersih nampak gayanya satu kerusi pun BN tak akan menang.....

Awanama berkata...

Pemerintahan PR kat negeri selangor, penang dab kelantan MESTI yg terbaik. Tunjukkan apa yg rakyat malaysia terlepas. Tingkatkan lg kemudahan pemberian kepada rakyat negeri.

Awanama berkata...

Alhamdulillah. terajuilah selangor, penang n kelantan dgn amanah n terus cemerlang. Moga dgn ini akan membuka hati n minda rakyat ngr lain utk memilih pr dlm pru 14, insyaallah.

Awanama berkata...

harap pr dapat kekal ts Khalid sbg mb...

Awanama berkata...

syabas rakyat selangor...kerana bersatu hati menjaga simpanan 2.6 billion dari terlepas kapada penyamun2 tarbussss...

BaDiN berkata...

Syukur ,Alhamdulillah.Kemenangan lebih manis kali ini WALAU PUN media nasional setiap saat 24 jam berkempen untuk memenangi Selangor utk BN.Tetapi sedikit pun rakyat Selangor tak termakan dakyah mereka.Bos BN Selangor kempunan akhirnya walaupun menang peringkat pusat tapi Kemenangan tiada roh kekuatan sebenarnya .Secara automatiknya Virus Hasan Jati dapat dilenyapkan.Rancanglah sesuatu secara berhemah utk mengecilkan kilang bir hanya untuk pasaran domestik shj tidak untuk dieksport dan kuat kuasakan undang undang premis judi agar org Islam tidak bekerja dengannya dan berjudi sama.Perkasakan JAIS supaya umat Islam jadi lebih baik.Ibarat kata Tarik Rambut Dalam Tepung,Tepung Tidak Berselerak dan Rambut Tidak Putus dalam perlaksanaannya.Kefahaman Islam Sebenar Perlu DiPerhebatkan Lagi untuk mencari Kenerkata & Keredhaan Yang Maha Esa.Resepi Kejayaan Kekal Kemenangan Ini haruslah dikongsikan bersama kepada negeri negeri yang belum menang.

Awanama berkata...

Tahniah penduduk Selangor yg tlh membuat keputusan dengan bijak. Semoga bumi Selangor terus makmur, maju,aman dan cemerlang dipimpin oleh orang2 yang dapat memegang amanah dengan jujur,ikhlas, cermat dan telus. YAKINI PR DULU, KINI DAN SELAMANYA...

Unknown berkata...

padan muka orang tamak selalu rugi.. elok2 boleh dpt 2 kerusi dlm tangan... skali tamak punya pasal 2-2 melopong.. ni kita tgk.. PAS ni poyo ke tak... DAP lim kit siang bukan Muslim pun beri laluan kepada PKR DSAI utk meneraju sbg ketua pembangkang. klu PAS poyo minta kerusi MB.. selngor akan jadi seperti kedah.. MB setakat berkupiah blum tentu boleh pimpin negeri naikan ekonomi... masjid tidak sama dgn negeri...

- http://modern2talking.blogspot.ae/

Awanama berkata...

Wahai pemimpin PR ingatlah, seandainya hidup kamu bermewah-mewah sebagaimana pemimpin UMNO yang terdaulu tanpa memikirkan nasib rakyat kamu juga akan dihumbankan spt
pemimpin UMNO BN selama ini.Jadikan cara hidup yang penuh keserdahanaan yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz sebagai panduan.DAN Tuan Guru bersara selepas kemenangan yang penuh bergaya.MAS kdas ipoh.

Unknown berkata...

Himpunan 8 Mei untuk bantahan penipuan..jom! Insya Allah org Sabah akan turun hatta d kl skalipun

Awanama berkata...

Tahukah semua kenapa Najib membenarkan Ibrahim Ali
Bertanding di Pasir Mas dan menepikan Johan Che Pa?
tahukah semua ke napa Zul Nordin di letakan bertanding di Shah Alam?
Anda ingatkan Madey terror
Pok Jib lagi terror....
Pok Jib dah tahu 2 kawasan tu BN takan menang
agenda pok jib menguburkan perkasa
Dan akhirnya berjaya....

Bukan ZUL kulim berkata...

Salam, Pertama Tahniah pada rakyat Selangor yg memilih PR menerajui Selangor.Kami di utara berasa sangat kecewa kerana Kedah,Perak jatuh ke BN...Mungkin ada hikmahnya... Terus terang kami warga utara berharap PR dapat menguasai Putrajaya.Kos hidup yg meningkat dan lain2...Kami berharap kerajaan baru Selangor all out untuk rakyat Selangor.Jangan lah bila dah menang tak turun padang berjumpa dgn rakyat terus...Laksanakan tugas dgn penuh hemah dan jangan lupa,tolonglah beri khidmat nasihat kepada pimpinan PAS/PKR di Kedah mahupun Perak..bagaimana menawani hati rakyat...walaupun total undi popular PR yg paling tinggi,tp kita kena terus berusaha....Esok tiada harga minyak turun, masih perlu membayar tol ke tempat kerja dan gusar bila mulanya GST 6%...Allahu Akbar....

semerah padi berkata...

Alhamdulillah ! Bilangan anggota DUN PR Melayu 25 orang, dengan ini terbukti tohmahan BN mengatakan kuasa Melayu berkurang dgn PR adalah meleset.

semerah padi berkata...

Alhamdulillah ! bilangan Ahli Dun Melayu seramai 25 orang dlm PR. Ini membuktikan kuasa Melayu tidak terhakis seperti tohmahan BN.

Awanama berkata...

Terpaksalah mohon PTPTN utk anak pi universiti. Walaubagaimana pun akan dapat RM1000 dari Kerajaan Selangor, hadiah anak masuk U

Awanama berkata...

Aku benci spr!! Semoga allah turunkan bala keatas semua ahli spr yg jahat ni. Yg baik semoga allah tempatkan mereka di dlm syurga..

antahberantah berkata...

Syabas dan tahniah untuk rakyat Selangor. Kepada saf kepimpinan negeri bekerja kuatlah untuk kebajikan rakyat Selangor. Pastikan Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang menjadi negeri contoh kepada negeri2 yang diperintah BN. Insyaallah dpat dijadikan momentum untuk menawan negeri2 BN pada PRU 14...tak lama 5th lagi.

Awanama berkata...

Syukor alhamdulillah Allah kurniakan kerajaan Selangor kepada PK. Terima kasih rakyat Selangor.Datuk Khalid MB memamg terbaik kerana semasa dia di ASN kita dapat dividen selau nya melebihi 12 per cent. Tengok ASB sekarang tak sampai 9 per cent.Tolong rakyat Malaysia buka minda ini baru dikatakan untuk rakyat bukan penyamun rakyat.Well done MB saya doa agar sihat, panjang umur dan dapat menerajui kemajuan dunia dan akhirat untuk rakyat Malaysia. Amin

Awanama berkata...

U untuk

M menipu, makan rasuah,
minum arak,mainjudi,
dan macam macam
maksiat

N Nombor


O One

Awanama berkata...

harap pas tidak tamak dan sanggup serahkan kerusi mb kepada pkr...
cukup lah sorang satu negeri, dap dapat penang, pas dah ada kelantan, pkr dapat selangor, tak perlu nak gaduh-gaduh...

dan, kalau boleh... adakan program kesyukuran meraikan kemenangan, sambil adakan solat hajat, mintak mereka yang menipu dalam pru ini dibalas segera, dan mereka yang dipaksa menipu diberikan keberanian untuk tampil jadi saksi dalam proses mempetisyen sesuatu keputusan pru yang meragukan.

Awanama berkata...

HARAP YG KHLAID KEKAL SBG MB. KALO PAS DGR CAKAP HASAN ALI AGAR JWTN MB D BERI PD PAS, PAS MMG BANGANG. INI STATEGI. BILA MAHATHIR BG TAU KRJN AZIZAN MUNGKIN SUKAR D TUMBANGKAN KRN SIKAP AZIZAN YG FRENLY DGN UMNO PD 2008, AKU DAH AGAK YG KEDAH AKAN TUMBANG. KALO KITA SENTIASA IKUT CKP MUSUH, BUKAN BERBEZA DGN MUSUH, KITA AKAN JATUH. XGUNA KO JD FRENLY DGN PIHAK LAWAN, FRENLY DGN KETUA NEGERI TP TINDAKAN KO MEMBENCIKAN RAKYAT. SKRG BARU LU TAU.

Awanama berkata...

Kenyataan anda amatlah disokong. Kalau PAS ada semangat perpaduan dlm PR, benarkan MB Khalid menyambung tugas utk penggal ini sbb beliau telah membuktikan kemampuan yg begitu cemerlang sepanjang perkhidmatannya.

Awanama berkata...

stuju sgt..MB Khalid d terus meneraju selangor,
mohon maaf pd sume, kami pkr dun dengkil telah berusaha bersungguh2 utk calon PR tp gagal,Pru 14 KAMI AKAN USAHA LG GIGIH..DOAKN KAMI

Awanama berkata...

Rakyat Malaysia yang bersetuju memangkah Be End, masih memilih
1- terus membayar tol lebuh raya seumur hidup
2- untuk tidak menurunkan harga minyak

Manakala di Kedah pula mereka bersetuju untuk
1- membatalkan kuliah agama mingguan yang diadakan di kediaman menteri besar dan digantikan dengan majlis lain yang lebih menghiburkan