4 Mei 2013

Bom Meletup Di Ibu Pejabat KEADILAN


Sebuah bom buatan menggunakan telefon bimbit, bateri dan mercun bebola meletup berhampiran ibu pejabat KEADILAN, kira-kira jam 9.45 malam tadi.

Seorang staf ibu pejabat KEADILAN, S Balakumaran berkata, beliau terdengar bunyi letupan dan tnampak kepulan asap keluar dari kotak fius milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di hadapan sebuah kedai, selang empat premis dari pintu utama pejabat KEADILAN

. "Bila meletup saya nampak asap. Saya pergi ke lokasi dan nampak telefon, bateri dan mercun bola. Kemudian seorang lelaki Cina turun dari pejabat yang berdepan kotak TNB dan bantu padam dengan alat pemadam api," kata Balakumaran kepada Keadilandaily.

Beliau memaklumkan kejadian itu di Balai Polis Tropicana yang terletak tidak jauh dari pejabat KEADILAN yang kemudian mendapatkan bantuan daripada pihak bomba.

Balakumaran memberitahu, beberapa kereta polis dipercayai dari balai polis Petaling Jaya tiba di tempat kejadian untuk melakukan siasatan.

Balakumaran memaklumkan, dia diberitahu oleh juruteknik TNB, bahawa mangga kunci kotak fius TNB telah bertukar, bukan seperti mangga kunci biasa yang digunakan.

"Orang TNB kata, mangga yang biasa itu bukan milik mereka, dah ditukar," kata Balakumaran.

Satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian dan pihak polis telah menutup kawasan kejadian untuk siasatan.



2 ulasan:

Amuraria berkata...

haram jadah punya kerja ? mesti anwar punya pasal daa ! ABU !

orangpencen berkata...

Madet, najibtuya dan udin anak sin akan kata "anwar rancang untuk bom diri sendiri bagi mendapat simpati menjelang pru 13" ha.ha..ha utusan dan tv3suku..aku dah tolong hangpa buat skrip ni..takdak komisyen ke?