4 Mei 2013

[PECUTAN TERAKHIR] Pastikan BN Dijadikan Pembangkang Di Parlimen!


Rakyat diseru supaya memberikan peluang kepada Barisan Nasional (BN) duduk di kerusi Barisan Pembangkang selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sekumpulan doktor lepasan Cambridge di United Kingdom berpendapat, cara terbaik menyelamatankan BN adalah dengan menjadikan mereka sebagai pembangkang sekaligus menjadi penyelia kerajaan yang berkualiti.

Mereka berkata, BN perlu melalui proses tersebut sebelum boleh menjadi kerajaan semula yang cemerlang.

“Masalah terbesar BN ialah mereka tidak pernah menjadi pembangkang dan kekurangan latihan sebagai penyelia.

“Hal ini menyebabkan jabatan kerajaan kekurangan pemantauan dan menyebabkan berlakunya penyelewengan sehingga harta kerajaan dibeli dengan harga yang berlipat ganda daripada harga asal,”
kata Dr Chan Jinhooi dalam kenyataan bersama Dr Lee Chernyang, Dr Chin Shinliang, Dr Tan Jimmy PangHoaw serta Dr Low Choonpei.

Kata mereka, hanya melalui cara tersebut dapat menyelamatkan BN agar mereka jadi lebih kuat supaya diterima seluruh rakyat Malaysia sekaligus dapat kembali semula ke zaman kecemerlangannya.

“Sebagai penyokong BN yang setia, cara terbaik untuk membantu BN adalah dengan mengundi parti pembangkang (Pakatan Rakyat).

“Tidak mungundi BN tidak bermakna kita mengenepikannya. Ini merupakan suatu peluang keemasan BN untuk menghidupkan BN sekali lagi,” katanya.

Kesetiaan ahli

Menurut mereka, proses itu juga dapat menguji sejauh mana kesetiaan ahlinya terhadap BN.

“Sekiranya BN jadi pembangkang, ahli yang hanya mementingkan keuntungan diri akan memutuskan hubungan dengan BN dan hanya mereka yang betul-betul menyayangi BN akan terus berjuang di bawah BN serta membuktikan keupayaan mereka,” katanya.

Katanya, rakyat Malaysia boleh menunggu BN berlatih diri menjadi pembangkang yang berkualiti dan kembali memerintah pada masa akan datang.

Ini disebabkan rakyat sebelum ini telah memberikan tempoh peluang yang cukup lama kepada BN membuktikan dirinya sebagai kerajaan yang bagus, namun keyakinan itu semakin hilang.

Walaupun tidak menafikan jasa 56 tahun pemerintahan BN, tetapi sejak lima tahun kebelakangan ini rakyat mula sedar kerajaan BN tidak menunjukkan sebarang perubahan yang lebih positif.

Sebaliknya, kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang berupaya mentadbir dengan baik kerana mengutamakan keadilan, kebersihan, dan nilai-nilai moral termasuk membanteras rasuah dan kronisme.

“Sekiranya BN terus memegang pucuk kepimpinan dalam tempoh lima tahun akan datang, mereka akan lebih bermaharajalela, rakyat jelata yang tidak berdosa akan menjadi mangsa ketidakadilan.


“Jadi, patutkah kita mengundi suatu parti politik mengikut emosi semata-mata ataupun secara rasional berdasarkan nilai moral sesuatu parti?

“Kami ingin membuat seruan kepada semua iaitu ’BERILAH BN PELUANG!’,” serunya. -FMT


5 ulasan:

Awanama berkata...

8:11 pm, sumber berita pemfitnah no 1 negara kita TV 3. Dr. M cakap selamat agama Islam dengan tidak mengundi Pakatan. (Hello, macam mana you nak selamatkan agama Islam kalau pemimpin buta ilmu agama semuanya)

8:13 pm, Menyatakan sumber dari amerika PEW kaji selidik dari Amerika cakap BN ini bagus. Biasalah tu negara Yahudi ini of course mahu Najib memerintah supaya negara kita bankrap Yahudi boleh masuk dan masuk campur hal ekonomi malaysia.

Kerajaan hipokrit BN sehingga kini tidak berasa malu langsung masih lagi nak suruh rakyat ingat apa jasa kerajaan BN. Rakyat Malaysia yang akan mengundi esok fikirkan sendiri kerana kerajaan yang baik tidak akan minta rakyat diaorang ingat apa jasa diaorang. Sebalik mengharapkan balasan Allah S.W.T. sahaja.

sb dehlawi berkata...

Assalamualaikum minta semua umat islam penyokong pakatan rakyat minta solat hajat malam ini agar ALLAH SWT memberi kemenangan kepada PR untuk menguasai pemerintahan negara dan negeri kepadakawan kita bukan muslim berdoalah ikut amalan masing2

Awanama berkata...

BEEND konfirm akan jadi PEMBANGKANG yang terbaik...sebab selok belok putar belit alam,menipu dan bolot harta rakyat adalah perrmainan diaorang. Jadi PR mesti tak berani nak putar alam.

Awanama berkata...

boleh ka BeEnd jd pembangkang kalau seciput calon ja yg menang.. kahkahkah.

Awanama berkata...

In sya Allah...