20 Dis 2009

Blogger PAS Dapat Upah?

Teruk GB kena belasah agaknya, paling tidak pun di minda pembaca blog. Al-maklum Seminar Blogger hari ini dihadiri 300 orang. Tak betullah GB kalau GB kata seminar tu nak memBTN Blogger sebelum ini sebab tak der pun Tuan Ibrahim dan Hassan Tantawi berucap!

Oh rupanya aturcara sudah berubah. Tak seperti mula-mula diedarkan. Diberitakan yang hadir 300 orang. Habislah blog GB, esok tak der pengunjung, sebab Harakahdaily dah tulis besar-besar tajuk: Blogger jangan syok sebar fitnah-Presiden PAS. Seorang sahabat bernama BAYAN melaporkan di Karpet Hijau yang hadir kebanyakannnya jawatankuasa penerangan peringkat kawasan. GB tak tahu PAS ada berapa kawasan. Tapi sekurang-kurangnya ada 160 sebab di Malaysia ada 160 kawasan Parlimen. Kalau Ketua dan setiausahanya ertinya dah 320. Kemudian J/K Penerangan Negeri dan Pusat. Kemudian Lajnah IT. Abis berapa ramai pula blogger. GB tak nak ulas panjang-panjang. Jom baca tulisan Pak Bakaq.

Fitnah yang benar

Dalam berita bertajuk "'Malaysia is Zimbabwe by another name'" (komen-komen di sini), "agen Umno" berkata, mereka yang berkuasa di negara ini adalah segerombolan samseng. "Kita seperti Zimbabwe, (tetapi) dengan nama lain," katanya.

Barangkali, itulah fitnah yang benar seperti yang disebut oleh Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang (lihat berita Harakah Daily hari ini bertajuk "Blogger jangan syok sebar fitnah-Presiden PAS").

Menurut beliau, tidak semua yang benar boleh didedahkan apatah lagi jika yang benar itu boleh membawa kepada mudarat yang besar terhadap masyarakat.

"Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat.

"Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul," katanya ketika merasmikan konvensyen blogger PAS di Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar, Kuala Lumpur siang tadi.

Tok Guru juga berpesan: "Jihad paling afdal adalah bercakap benar".

Ulasan

Penarik-Beca ni sentiasa sama dengan GB. Dari zaman rformasi lagi, terima kasih kerana dah ulas bab seminar hari ini. Ayat kat penghujung tu memang power.

Dan GB pun bacalah laporan harakahdaily tersebut dan terjumpa ayat ini:

Ada sesetengah blogger katanya syok apabila diberikan sesuatu maklumat lalu menyebarkannya tanpa memikirkan kesan negatif tersebut kepada masyarakat.

Ada dikalangan mereka suka mendapat upah untuk menyebarkan maklumat yang bohong.


Aduh, pedihnya apabila difitnah sedemikian.

Sedangkan kebanyakan blogger menulis dengan ikhlas, jujur tanpa menerima sebarang habuam dari parti selama ini.

Malah ada diantaranya bersengkang mata sehingga jam 3-4 pagi. PAS tak pernah hargai pun mereka selama ini sekalipun pimpinan PAS telah ramai dapat kerusi termasuk Presiden sendiri sedikit sebanyak hasil usaha blogger2 ini. Tak hargai pun tak apa. Tapi usahlah berkata sesedap hati. Ada blogger yang jatuh sakit menunggu mati, apakah ada pimpinan PAS memikirkannya?

Pak Bakaq sendiri selalu menulis membela PAS. Tapi bila Pak Bakaq kena gari, siapa pemimpin PAS yang ada taruh simpati? Kereta Pak bakar sampai nak kena tarik. Bil streamyx pun dah kena potong tempohari. Ada pemimpin PAS ambil tahu? Mujur Pak bakaq ni ada juga kable. GB lansung takder kable, kalau berlaku apa-apa hal macam berlaku ke atas mahazalim macam dulu, memang parah aku. Muga Allah melindungi.

Tup-tup kena fitnah, suka dapat upah katanya. Mujur di dalam harakahdaily juga tercatat:

Beliau turut memberi contoh bagaimana islam mementingkan empat orang saksi sebelum mengabsahkan sesuatu fitnah, manakala jika tiada empat orang saksi, sebarang fitnah itu tidak dikira sah biarpun ianya benar-benar belaku.


GB menarik nafas panjangggg. Bersabar dan beristighfarlah GB..

Kabinet Perlu Bertanggungjawab Kehilangan Enjin F-5E

Kabinet perlu bertanggungjawab keatas kehilangan enjin pesawat pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia.

Menyifatkan kehilangan aset tentera ke tangan syarikat asing sebagai kebocoran serius keselamatan negara, Ahli Parlimen Johari Abdul berkata, kesalahan tidak harus dibebankan pada bahu pegawai tentera semata-mata.

"Bukan pegawai kerajaan yang harus dipersalahkan, tetapi yang harus dipersalahkan ialah mereka yang menjaga polisi iaitu kabinet dan seluruh jawatankuasa kabinet," katanya ketika dihubungi, petang tadi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, enjin bernilai RM50 juta ini dikesan hilang dari Gudang Material Udara 1, Pengkalan Udara Sungai Besi pada 2007 dan didapati telah dijual kepada sebuah syarikat di Amerika Selatan.

“Didapati bahawa sistem penghantaran oleh pihak Tentera Udara Diraja Malaysia ini mempunyai sistem yang cukup baik tapi mungkin disebabkan ianya dilakukan oleh sekumpulan pegawai bawahan yang cukup terancang dengan pihak luar,” katanya.

Zahid menambah sistem inventori pertahanan akan dirombak dengan serta-merta sebagai respon kepada kecurian ini.

Johari walaubagaimanapun menyeru satu siasatan terperinci dijalankan dengan hasil laporan siasatan itu diserahkan ke persidangan Dewan Rakyat tahun hadapan.

"Rombakan sahaja tidak mencukupi, kita mahu investigation dilakukan dan semua mesti dimaklumkan kepada parlimen. Dan kita pasti akan bertanyakan soalan ini dan seluruh pembangkang pasti akan mengupas isu ini secara halus," katanya.

Ahli Parlimen ini tidak yakin hanya empat suspek terlibat dalam kes penyeludupan aset tentera ini. - FANSURINA ABDULLAH (TVS)



Betulkah PAS Tak Memusuhi UMNO?

Pas tidak bermusuh dengan Umno

Sinar Harian (20/12/09)

Pas sedia bekerjasama dengan Umno untuk berbincang mengenai beberapa perkara yang mempunyai persamaan antara kedua-dua parti, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, Pas tidak pernah bermusuhan dengan Umno, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam sesetengah isu.

"Sesetengah pihak salah anggap peranan Pas di Parlimen, kita tidak hanya membangkang sahaja tetapi sedia bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan Persekutuan jika berlaku sesuatu yang tidak betul.

"Dalam perbahasan di Parlimen, kita sama-sama berdebat dalam mengutarakan pendapat masing-masing tetapi di luar Parlimen kita masih boleh duduk sebagai rakan," katanya.

Abdul Hadi berkata, Islam turut mengamalkan konsep berbeza pendapat kerana melalui cara ini sebarang keputusan yang diambil akan lebih baik.

"Presiden Pas sebelum ini, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah duduk semeja dengan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membincangkan pelbagai isu semasa seperti isu Bosnia, Palestin dan Nuklear.

"Mereka boleh bekerjasama kerana mempunyai matlamat yang sama dan tidak menjadi kesalahan jika pemimpin sekarang mencontohi sikap profesional yang ditonjolkan oleh kedua tokoh politik negara ini," katanya.

Katanya, terdapat beberapa perkara dalam Pas yang sama dengan Umno dan tidak menjadi masalah untuk kedua-dua parti ini bekerjasama.

"Takkan asyik nak bergaduh sahaja, ada kalanya kita perlu berbaik-baik," katanya ketika menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, sambutan Maal Hijrah pada tahun ini mencatat sejarah kerana buat pertama kali Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa menghadirinya.

"Tidak mustahil akan ada perbincangan bersama antara kedua parti pada masa akan datang.

"Umno tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan Hadi tetapi cuma tidak mendapat kerjasama daripada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja," katanya.



Ulasan GB

MAAL HIJRAH - Nampaknya Presiden dan Timbalannya telah pun mengorak langkah awal untuk "berhijrah" - setidak-tidaknya dari sudut pegangan dan prinsip, bahawa UMNO bukan lagi musuh PAS.

GB perlu mengulas betul-betul hal ini supaya tidk dianggap "memfitnah", maka dengan itu terpaksa mengambil snapshot akhbar yng dilakukan oleh Bakaq (Penarik-Beca).

Jadi perjuangan menentang UMNO kira olok-olokan saja?

GB tak mahu ulas panjang-panjang. Tetapi GB merasakan perlu diperbetulkan sebelum ia mengundang kekeliruan di kalangan ahli.

GB berniat jahat? Hey pengampu, soal niat bukan manusia yang menghukum!

Merosakkan atau kesan negatif kepada jemaah? Bukan disebabkan blogger tetapi disebabkan pemimpin yang mengelirukan ummah kerana hadith menyatakan "rakyat mengikut agama orang yang memimpin mereka".

Cuma yang GB tahu GB sentiasa tidak pernah memusuhi ahli UMNO, tetapi GB amat memusuhi UMNO. Siapa ajar? Tuan Presiden sendiri. Mana bukti? Itu Amanat Hadi.


Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.


GB yakin bahawa UMNO itu pengkhianat.

Gerakan Lawan UMNO Rebut Jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menolak permintaan pemimpin Umno negeri supaya jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang kini dipegang oleh Gerakan, diserahkan kepada parti berkenaan.

Koh, yang juga Pengerusi BN Pulau Pinang berkata jawatan itu disandang oleh para pemimpin Gerakan selama lebih 35 tahun.

"Jadi kenapa perlu kita membangkitkannya semula apabila amat jelas bahawa apa jua perubahan tidak akan dipersetujui oleh Gerakan," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Kem Latihan Kepimpinan Remaja Pulau Pinang di sini pada hari Sabtu.

Koh mengulas gesaan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa jawatan Pengerusi BN Negeri perlu diserahkan kepada pemimpin Umno memandangkan hanya wakil Umno yang memenangi semua kerusi yang dikuasai BN di negeri itu pada pilihan raya umum lepas.

Bagaimanapun, Koh berkata Gerakan telah pun menyandang jawatan itu sejak sekian lama dan parti itu akan membantah sebarang cadangan untuk melakukan perubahan.

"Aturan berhubung jawatan Pengerusi diperakukan sekali lagi pada pertengahan tahun ini oleh Dewan Tertinggi BN dan perkara ini tidak seharusnya dibangkitkan lagi," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut menggesa para pemimpin Umno supaya tidak membangkitkan lagi isu itu memandangkan ia mungkin merosakkan imej BN dan Umno.

"Langkah ini tidak akan membawa manfaat kepada mana-mana parti dengan membangkitkan lagi isu berkenaan, sebaliknya ia mungkin merosakkan imej BN di mata masyarakat di Pulau Pinang, malah di mana saja. Kami akan membantah jika perkara ini dilakukan," katanya.

Semalam, Ahmad Zahid yang mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri, berkata permintaan untuk jawatan Pengerusi itu bukan untuk kepentingan mana-mana personaliti tetapi demi parti itu yang telah memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri untuk BN dalam pilihan raya umum lepas.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berharap hasrat Umno Pulau Pinang untuk mengambil alih jawatan Pengerusi BN negeri akan dipertimbangkan oleh pemimpin BN di peringkat pusat. - Bernama


UMNO Pulau Pinang mahu jawatan Pengerusi BN

GEORGETOWN - UMNO Pulau Pinang memutuskan untuk menuntut jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang kini dipegang oleh Gerakan dalam usaha mengukuhkan kedudukan BN di negeri itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, permintaan itu adalah munasabah kerana hanya wakil UMNO memenangi semua kerusi yang dikuasai BN di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum lalu.

“Parti komponen lain tidak ada satu kerusi pun di Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di sini, kelmarin.

Untuk rekod, jawatan pengerusi BN Pulau Pinang tidak pernah dipegang wakil UMNO dan jawatan itu kini dipegang Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dr Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berharap hasrat UMNO Pulau Pinang itu dapat dipertimbangkan pemimpin BN di peringkat Pusat.

“Kita berhasrat menjalankan tugas untuk BN dan bekerjasama dengan parti komponen lain bagi mengukuhkan BN.

“Kita yakin bahawa sebagai sebuah parti, adalah mustahil untuk kita menang (pilihan raya) tanpa sokongan parti komponen lain,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, UMNO Pulau Pinang juga berharap jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) tidak diberikan kepada wakil Pakatan Rakyat (PR).

Sehubungan itu, katanya, hasrat tersebut akan disuarakan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi membolehkan ia diperkenankan.

Menurutnya, UMNO negeri bertegas tidak mahu mana-mana pemimpin PKR mahupun Pas memegang jawatan tersebut.

“Kami tidak akan membenarkan jawatan tersebut dipegang PR tetapi biarlah pihak selain daripada mereka,” katanya.

Hadir sama dalam mesyuarat kira-kira tiga jam itu ialah Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim, dan Ketua Pemuda UMNO negeri, Norman Zahalan.

Zahid berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang juga mengadakan rombongan untuk menemui Yang di-Pertuan Agong.

Jawatan YDP Maipp kini dipegang oleh Shahbudin Yahaya yang juga ADUN Permatang Berangan, akan tamat pada 31 Disember 2009 ini. -SH





66-63 Undi Petanda Awal Kejatuhan BN: Nizar

Kejadian yang menyaksikan kerajaan Barisan Nasional (BN) hampir kalah dalam undi usul Bajet 2010 di Parlimen Rabu lalu disifatkan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin sebagai kemenangan besar Pakatan Rakyat (PR).

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata, keputusan itu adalah kejutan besar kepada rakyat di negara ini dan sekali gus menyaksikan petanda kepada kejatuhan kerajaan BN yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Boleh dikatakan ketika penggulungan, Speaker Dewan sengaja melengah-lengahkan dan membenarkan keadaan itu berlaku semata-mata untuk menunggu kehadiran Ahli Parlimen BN yang lain sampai dan masuk ke Parlimen,” katanya di sini, semalam.

Menurut Mohamad Nizar, berlandaskan bajet yang julung kalinya dibentangkan Najib itu, ia memberikan tamparan hebat kepada BN mengenai kemampuan PR untuk menggugat parti pemerintahan pada pilihan raya umum akan datang.

Kata beliau, ia juga sebagai tanda BN yang ada hari ini boleh tumbang bila-bila masa kerana hanya negara ini Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Kewangan dan jelas menunjukkan apabila Bajet 2010 tidak diluluskan kewibawaannya turut dipersoalkan terutama oleh rakyat.

“Apabila Bajet 2010 ini tidak diluluskan sudah tentu ini petanda BN tergugat. Ibaratkan satu perjalanan ke Putrajaya, yang mana PR sudah pun sampai ke Kajang,” katanya. - SinarHarian

Calon Pengerusi SPR Dan SPRM Perlu Jalani Ujian Kelayakan

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mencadangkan calon Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menjalani ujian kelayakan dan soal selidik oleh Jawatankuasa Khas Parlimen.

“Jawatankuasa khas mesti soal semua calon layak dan tugas Perdana Menteri hanya untuk mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong dalam pelantikan tersebut,” katanya dalam perbahasannya sempena Konvensyen Pakatan Rakyat di sini, semalam.

Beliau turut mencadangkan agar tarikh pilihan raya umum tidak melebihi lima tahun bagi memastikan keadilan untuk semua parti politik di negara ini.

“Tepat lima tahun, kita mahukan tarikh pilihan raya diumumkan dan tidak mahu Perdana Menteri ataupun menteri besar memutuskannya dengan kerenah mereka,” katanya.

Antara usul lain yang beliau kemukakan ialah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Tabung Haji diletakkan di bawah satu kementerian, desakan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat royalti minyak Kelantan dan mempertahankan keistimewaan Bumiputera di bawah Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. -SH

Ulasan GB

Tahniah Sdra YB Salehuddin.

Kita berharap begitulah juga langkah yang patut di ambil bagi Pengerusi Lembaga Disiplin PAS sendiri jika perlantikannya tidak melalui Majlis Syura Ulamak sebagaimana mestinya mengikut Perlembagaan.

Kecenderungan Pengerusi Lembaga Disiplin PAS sendiri yang bias dan tidak berlaku adil boleh diikuti di SINI.

Kalau masih tak nak ikut Perlembagaan, maka pastikan kandungan Perlembagaan yang menyentuh soal perlantikan Lembaga Disiplin Parti itu dipinda sebelum Perlembagaan itu sekadar menjadi buku penglipur lara atau dibakar oleh perwakilan di Muktamar nanti.

Kita akan berjaya mengubah Pengerusi SPR dan SPRM jika kita berjaya mengubah Pengerusi Lembaga Disiplin kita sendiri. Bukankah perjuangan itu bermula dari diri kita sendiri?

Berita Baik Dari Selatan

Blog Perisik Rakyat membawa satu berita baik sempena 1Malaysia dari yang datang dari selatan tanahair.

Ikuti kisah dati Topeng Perak:

Jam 8 pagi tadi macam biasa jadual aku setiap hari jumaat ialah - Dataran Ilmu untuk program tazkirah Jumaat bersama TGNA. aku ingat pagi ni akan jadi macam pagi-pagi lain, rupanya ada lagi sedikit kelainan.

Pagi ni dianjurkan 1 majlis sembahyang hajat mohon kesejahteraan kepada seluruh Negeri Kelantan dan juga mohon dilindungi Negeri Kelantan dari fitnah dan semua kejahatan. yang tu kira biasa. yang paling menarik perhatian ialah kehadiran hampir 100 orang berbangsa cina dan india.

Bagi yang biasa ikut tazkirah pagi jumaat oleh TGNA di Dataran Ilmu, perkara ni biasa je, tapi tak la seramai ini selalunya. yang jadi ramai hari ni sebab semua mereka ni datang dari Johor, Perak dan lain-lain Negeri untuk menyatakan sokongan kepada TGNA dan juga Kerajaan Negeri Kelantan.



Disaat UMNgOk/Beer eNd memainkan isu perkauman, kaum-kaum lain menyambut seruling perkauman UMNgOk/Beer eNd dengan lantang dengan menyatakan sokongan secara terbuka kepada PAS dan TGNA. tanpa segan-silu, kaum-kaum india dan cina berada di SAF paling hadapan dengan TGNA di Dataran Ilmu dalam program tazkirah pagi Jumaat bersama TGNA.

Ini bukan program tari-menari, ini jugak bukan program karaoke, ni jugak bukan program ala-ala Akademi Fantasia atau Jom Heboh tajaan mana-mana media hiburan, tapi ini program "tazkirah". kalau tak dahagakan "ilmu", takkan sesorang tu gatal kaki melangkah dan buang masa ke program macam ni.

Tapi kenapa orang-orang bukan Islam masih tertarik untuk datang jauh dari Perak hatta Pasir Gudang untuk ke program ni..?


Pada aku la, yang hadir baik dari jauh atau dekat ke program macam ni cuma orang-orang yang hidupnya tak mahu disia-siakan. hidup mereka-mereka ni bukan sekadar hidup, tapi jugak hidup dan menghidupkan "ilmu". hari ni datang dengar tazkirah dari TGNA, seterusnya apa yang disampaikan akan berpanjangan kepada orang-orang lain. maka segarlah ajaran Islam. bukan setakat hal nikah-kahwin dan kematian je.

Ini yang menyuburkan Islam. setakat bina masjid berbillion-billion ringgit, bank Al-Islam, pajak gadai Islam, itu ini atas nama Islam, tapi usaha mengembangkan syariat Islam tu tak disuburkan, tak payahlah nak sembang "kami itu, kami ini".

Masjid berbillion-billion ringgit tapi nak dapat jemaah untuk solat jumaat pun sakit, buat apa..? nak gah apa dengan hasil macam tu..? masjid besar gah tapi makmum untuk solat subuh pun tak sampai 2 saf buat apa..?


Ada jugak geng-geng UMNgOk yang kecoh-kecoh pertikaikan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan tidak Islamik sebab sepanjang hampir 20 tahun pemerintahan PAS di Kelantan, dikhabarkan bahawa PAS tak pernah membina hatta 1 masjid pun di Kelantan.

Pada aku, apa masalahnya dengan tak bina masjid kalau masjid-masjid yang ada dah cukup untuk makmum dikawasan yang ada..? kenapa nak bazirkan duit untuk benda yang dah ada..?

Eh... syarat-syarat sah sembahyang salah satunya "bersembahyang di Masjid" ke..? tu kena tanya orang UMNgOk... tolong tanya sekali orang UMNgOk kalau korang singgah dekat rumah diorang - arah kiblat dekat mana..? pernah terjadi dalam hidup aku bila aku berkunjung ke rumah orang UMNgOk, tuan rumah terkial-kial cari arah kiblat bila aku tanya... siap berdiri dekat luar rumah tengok bayang-bayang.

Nasib baik ada matahari, kalau belah malam nak tengok bayang-bayang apa..? lampu sportlight dekat balkoni..? gila..!




Maka pagi tadi tanpa perlu ke masjid yang regenya berbillion-billion, beribu-ribu pengunjung yang ke program tazkirah masih sempat bersolat hajat beramai-ramai mohon kesejahteraan kepada seluruh Negeri Kelantan dan juga mohon dilindungi Negeri Kelantan dari fitnah dan semua kejahatan dan sekali lagi, doa TGNA di aminkan beramai-ramai... Amin...

Heran sungguh aku... yang bukan Islam berbondong-bondong tampil menyatakan sokongan kepada PAS khususnya Pakatan Rakyat dan TGNA, tapi yang Islam dari kecik... masih ada yang "seronok" bersekongkol dengan penzalim seperti UMNgOk.

Bagusnya pagi tadi, bila dapat tau orang bukan Islam dari Johor (kubu kuat UMNgOk) pun dah berani menyatakan sokongan secara terbuka kepada PAS dan TGNA. ada sinar dalam PRU-13 untuk Pakatan Rakyat. -Persik-Rakyat

1 Malaysia Temberang, Ahmad Ismail Tuduh Kaum Cina Pendatang Dilepaskan

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, dasar 1 Malaysia Datuk Seri Najib Razak hancur apabila Umno melepaskan semula bekas Ketua Umno Jelutung, Datuk Ahmad Ismail

"Ketika dia lancar dan kempen konsep 1 Malaysia, dia juga lepaskan dari pergantungan Datuk Ahmad Ismail yang menuduh rakan-rakan kita dari kaum Cina sebagai bangsa pendatang di negara ini," kata Zaid.

Zaid berkata demikian ketika berucap dalam konvensyen pertama Pakatan Rakyat di Auditorium MBSA petang semalam.

Beliau adalah pemidato terakhir menjelang majlis penutup.

Melalui dasar 1 Malaysia, Najib cuba menonjolkan bahawa tidak ada bezanya bangsa-bangsa yang berbeza di Malaysia.

Namun tindakan Umno membebaskan semula Ahmad Ismail selepas menggantung keahliannya membuka sikap sebenar Umno, kata Zaid.

Sementara itu Datuk Zaid juga yakin empat dasar yang dibentangkan dan diluluskan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) pertama semalam lebih meyakinkan rakyat.

Dasar-dasar tersebut ialah demokrasi telus dan tulen; memacu ekonomi berprestasi tinggi, mampan dan adil; keadilan sosial dan pembangunan insan serta hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara.

"Bagi saya, dasar hari ini jelas dari segi komitmen dan penyatuan parti-parti PR.

"Ia memberi lebih keyakinan kepada rakyat bahawa kita bukan sahaja menjadi parti pembangkang," katanya.

Beliau ditemui selepas sidang akhbar Konvensyen Pakatan Rakyat pertama di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini.

Dalam pada itu, Zaid secara keseluruhannya, berpuas hati dengan cadangan-cadangan awal yang termaktub dalam empat dasar PR itu.

"Malah dari soal pilihan raya majlis bandaran, tak ada penolakan. Cuma kita perlu teliti mekanisme itu.

"Mekanisme itu jika tidak dibuat betul-betul akan menjejaskan proses itu sendiri. Jadi tak ada masalah," katanya.

19 Dis 2009

Dokumen Bersama PR Martabat Demokrasi, Manusia dan Hak

Dalam satu suara kesepakatan, gagasan kerajaan alternatif Pakatan Rakyat memulakan persidangan dengan ucapan perdana dari tiga pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim menyorot perhatian perwakilan kepada misi utama pembentukan gagasan ini - meleburkan dasar perkauman yang membelit kesedaran rakyat Malaysia.

"Kali pertama dalam sejarah politik negara, dasar pakatan rakyat adalah dasar yang cukup jelas. Prinsip kita ialah meleburkan dasar perkauman yang sempit," tegas Anwar.

"Dengan kepercayaan yang diberikan, kita harus memartabatkan demokrasi dari kepimpinan yang tertinggi hingga ke peringkat akar umbi," tambahnya lagi disambut tepukan gemuruh para hadirin.

Mantan Timbalan Perdana Menteri ini menambah bahawa membasmi indoktrinasi 50 tahun pemerintah Umno-BN melalui dasar pecah dan perintah bukanlah satu tugas yang mudah.

Ia memerlukan pengorbanan, ketegasan prinsip, dan yang lebih utama kematangan yang tinggi dari semua komponen masyarakat, bukan sekadar menuntut majoriti mengalah kepada tuntutan demokrasi.

"Saya ingin mengesyorkan supaya kaum-kaum Cina, India atau Iban supaya meleburkan sikap perkauman yang ada dalam diri," katanya.

"Maka dengan inilah, keyakinan dari semua bangsa dan agama di negara dapat diraih seraya menjadikan dasar bersama Pakatan Rakyat suatu realiti," tegas Anwar.

Beliau berkata demikian di hadapan 1,500 perwakilan serata negara hari ini. Persidangan hari ini dijangka meluluskan Dokumen Bersama pembentukan Pakatan Rakyat sebagai satu gagasan rasmi.

Dokumen ini memuatkan dasar-dasar umum yang dikongsi PKR, Pas dan DAP sebagai tujahan melawan cengkaman Umno-BN.

Perkara utama yang dituntut Dokumen Bersama ini adalah penerapan demokrasi telus dan tulen dalam proses politik tanahair.

Pakatan Rakyat berikrar untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan sebagai panduan melestarikan demokrasi dan hak asasi setiap warganegara.

Pakatan Rakyat juga komited mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan melindungi kebebasan beragama untuk masyarakat bukan Islam, serta memartabatkan bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau.

Titik-bengit pertelagahan politik hari ini seringkali berbangkit dari isu keistimewaan Melayu dan Bumiputera. Dalam isu ini, Pakatan Rakyat berjanji bahawa kedudukan ini tidak akan dipertikaikan, bahkan dipertahan selaras dengan tuntutan Perlembagaan.

"Jangan percaya pada 1Malaysia, tetapi percayalah pada kemampuan Pakatan Rakyat untuk mempertahankan hak semua bangsa dan agama di negara ini," tegas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng dalam ucapannya berkata perhimpunan ini berbeza dari retorik Umno-BN, Pakatan Rakyat membuktikan komitmen yang jitu.

"Kita harus rapatkan barisan dan kekal utuh, dan dengan itu rakyat akan percaya pada perjuangan kita," tambah beliau.

Amanat Presiden Pas Abdul Hadi Awang kepada 1,500 delegasi menyimpulkan sejauh mana komitmen dan tolak-ansur semua komponen Pakatan Rakyat.

"Pertimbangan hari ini adalah memetakan laluan menuju kejayaan. Keutamaan harus diberikan pada perkara-perkara yang telah kita persetujui. Isu-isu berbangkit yang lain boleh ditangani kemudian," kata Hadi. -TVS



AMK Berdemo Aman Desak Pembebasan Jonah Dan Azizi

Satu demonstrasi secara aman diadakan di hadapan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi membantah tindakan polis menahan dua pemimpin kanan Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin berkata, kedua-dua mereka ditahan ketika sedang mengedarkan risalah meminta Mahkamah Syariah menangani campurtangan politik dalam permohonan kes Qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Shamsul, Ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Timbalan AMK Kelana Jaya, Azizi Ahamat ditahan di bawah Akta Hasutan.

Khairul Anuar atau lebih dikenali dengan panggilan Jonah dan Azizi dikatakan telah mengedarkan risalah yang dikatakan bertujuan menghasut orang ramai menghadiri satu demonstrasi yang akan diadakan hari ini di Dataran Shah Alam.

Menurut Shamsul beliau mempunyai bukti kukuh melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang menyatakan keterlibatan Ketua Polis Negeri dalam penahanan tersebut.

Ujar Shamsul AMK hanya bercadang mengadakan demonstrasi secara aman di dalam Dewan MBSA pada hari ini berkaitan dengan konvensyen ulung Pakatan rakyat yang berlangsung siang tadi dan bukanlah seperti yang dituduh oleh pihak polis.

Kira-kira 50 orang ahli Angakatan Muda Keadilan terlibat dalam demonstrasi di hadapan Auditorium MBSA ini ketika persidangan ditangguhkan seketika pada jam 1 tengahari tadi.

Kandungan risalah adalah untuk mendesak Mahkamah Syariah supaya menyegerakan proses mendengar kes liwat membabitkan Saiful. Risalah itu juga menyatakan wujudnya campur tangan pihak atasan agar kes terhadap Anwar dilewatkan daripada didengar.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar sebelum ini dilaporkan berkata Jonah dan Azizi ditahan untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Anwar telah membuat laporan di bawah kesalahan qazaf terhadap Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa bekas majikan itu telah meliwatnya Jun 2008.

Beliau dituduh meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Kesnya kini didengar di mahkamah sivil. -FMT

UMNO Pengkhianat - TuanGuru Nik Aziz

Mursyidul Am PAS TuanGuru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah turut serta di Konvensyen Pakatan Rakyat dan ketibaannya mendapat tepukan gemuruh daripada 1,500 perwakilan yang hadir.

"Saya orang yang menyokong kuat satu masa dulu dalam gabungan dengan umno dulu, sebagai orang Melayu Islam saya ada perasaan itu, tapi umno khianat," demikian antara ucapan Nik Aziz.

"Rampasan kuasa di Perak, cara Islam pun tak betul, cara demokrasi pun jauh sekali, maka betapa jijiknya UMNO," tambahnya.

"Saya jadi MB kelantan semua rakyat, Melayu, Cina, India adalah rakyat saya. Berapa kali saya pergi kuil dan tokong dan mereka datang cari saya.

Saya tengok dengan mata saya sendiri terasa serupa dengan berada dalam dunia baru sesuai dengan ilmu dan pengajian saya." katanya sebelum mengakhiri ucapannya.

Menyentuh tentang Karpal Singh, Nik Aziz Nik Mat menyifatkan 'di dada Karpal Singh ada bulan', merujuk kepada lambang PAS adalah bulan.

Sebelum Nik Aziz, Karpal telah memberikan ucapan dengan berkata, dia bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan 'Tok Guru Abdul Hadi'.

Karpal berkata demikian ketika menceritakan bahawa pihak sekretariat konvensyen yang bimbang bila beliau (Karpal) akan memberikan ucapan penutup.

"Jika Karpal beri ucapan penutup, bermakna dia akan duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz... apa salahnya... saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok Guru Aziz dan Tok Guru Haji Hadi hari ini," kata Karpal yang mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan.

Konvensyen Kecam Politik Perkauman Sempit UMNO BN

Ketiga-tiga orang pemimpin tertinggi parti komponen Pakatan Rakyat menjadikan politik perkauman sempit sebagai sasaran serangan dalam ucapan perdana, ketika merasmikan Konvensyen Pakatan Rakyat pertama di Auditorium MBSA, Shah Alam, hari ini.

PR yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS, selama ini dihujani dengan tuduhan "pengkhianat bangsa" daripada musuh politiknya, Barisan Nasional yang didominasi UMNO. Dasar Ekonomi Baru, institusi Raja, Negara Islam antara isu yang digunakan untuk menyerang pakatan politik yang terbentuk selepas tsunami politik 8 Mac 2008.

Hadi Awang: Rakan kita bukan pendatang

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengaku kenyataan bahawa Malaysia dibentuk di atas masyarakat majmuk, di mana semua kaum besar di Asia berada di sini.

"Sepatutnya kita membuka mata dengan realiti yang ada, sehingga kita tidak boleh menganggap rakannya adalah pendatang, bukan penduduk asal," katanya sambil disambung tepukan daripada perwakilan, "...kerana kita semua tidak berasa asing di sini, bahkan bila kita bertemu di luar negara kita terasa bersama daripada satu negara."

Malah, Abdul Hadi Awang menyusul dengan pengalamannya yang singgah di lapangan kapal terbang luar negeri, ketika menziarahi Anwar Ibrahim yang menjalani pembedahan di Munich.

"Kami nak sembahyang, tak tahu kiblat, tak tahu timur barat. Saudara Gobalakrishnan pergi tanya mana kiblat," katanya menggelakkan satu dewan, sebelum menyambung dengan "walaupun dia tak sembahyang".

Guan Eng: Anak Malaysia berhak menikmati keadilan

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga menzahirkan rasa terharunya ketika mengungkit pengalamannya dipenjarakan kerana membantu sebuah keluarga Melayu lebih 10 tahun yang lalu. Beliau berkata, "saya dinasihatkan, 'mengapa buat macam ni? You bantu keluarga Melayu dapat apa? Hilang semua (kehilangan segala-galanya) orang Melayu pun tak akan mengenang budi.'"

"Itu 10 tahun lepas. Bila hanya seorang dua yang memperjuangkan ke-Malaysia-an. Saya masih ingat pada masa itu, saya jawab, kalau kita anak Malaysia, semua anak Malaysia berhak untuk menikmati keadilan dan keluhuran undang-undang," kata-katanya menerima tepukan daripada perwakilan.

Beliau menyambung, "Masa itu saya seorang dua memperjuangkan konsep berbilang kaum ke-Malaysia-an. Sebelas, dua belas tahun kemudian, saya amat terharu. Sekarang bukan sekadar seorang dua, tapi kita boleh lihat beribu-ribu, berpuluh-puluh ribu, beratus-ratus ribu malah berjuta-juta menyokong konsep ke-Malaysia-an."

Anwar Ibrahim: Lawan perkauman dengan keadilan

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim pula memetik pemimpin gerakan kaum berkulit hitam di Amerika Syarikat, Martin Luther King, "A nation where its people will not be measured by the color of their skin but by the content of thier character" untuk menyeru agar rakyat keluar dari kepompong perkauman yang dibikin oleh ahli-ahli politik yang berfikiran kecil dan sempit, setelah 50 tahun merdeka.

"Maka yang mendasari segala dasar dan kebijakan yang kita bentangkan hari ini adalah prinsip moral sejagat. Ini bukan gimik politik. Kita yakin perjuangan yang tidak dipandu oleh prinsip moral sejagat akan menemui jalan buntu, tidak akan membawa keadilan dan kesejahteraan untuk semua," sambungnya.

Anwar menegaskan, "kita berpegang kepada prinsip moral kerana rakyat mahu ahli-ahli politik meleburkan kerangka pemikiran usang dan jumud. Inilah falsafah kebangsaan yang kita maksudkan, satu kebangsaan yang inklusif, adil, tanpa diskriminasi."

Malah, beliau memetik ayat Surah al Hujurat ayat 13, untuk menyeru agar rakyat keluar dari belenggu perkauman sempit.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."

"Prinsip karamah insaniah dan litaarafu inilah yang menggembeling keyakinan baru di kalangan umat Melayu dan bumiputera untuk membanteras sikap perkauman dan membantah sebarang dasar yang meminggirkan golongan lain atas pertimbangan ras," katanya.

"Justeru itu jangan ada yang mahu menggantikan satu bentuk rasisme dengan rasisme yang baru, dengan membidas perkauman Umno semata-mata dari perspektif kepentingan kaum tertentu. Kepada kaum Cina, India, Kadazan, Iban dan Melayu, ingin saya jelaskan di sini perkauman sempit tidak boleh ditewaskan dengan perjuangan serta tuntutan perkauman sempit juga."

Beliau mengingatkan, "Jika ini berlaku, maka tidak akan ada kemajuan dalam perjuangan melawan perkauman. Perjuangan melawan perkauman hanya akan berjaya jika didorong oleh keadilan sejagat dan kesederhanaan sikap."

"Dengan muafakat yang kita perolehi, bangsa Malaysia boleh bergerak ke hadapan mengharungi abad ke-21 dengan penuh keyakinan, bangsa Melayu punyai keyakinan, bangsa Cina perolehi keyakinan, bangsa India perolehi keyakinan, bangsa Iban perolehi keyakinan dan bangsa Kadazan perolehi keyakinan. Kita tidak membina satu muafakat dengan rasa ketakutan atau rasa tidak selamat," simpulnya. -MR

LIVE KONVENSYEN: Pakatan Rakyat Isytihar Jihad Lawan Rasuah

Rasuah musuh nombor satu negara. Menindas dan meminggirkan mereka yang layak untuk segelintir yang mampu 'membeli' kemewahan negara.

Di konvensyen hari ini, Pakatan Rakyat mengisytihar jihad memerangi rasuah dan dasar ekonomi pincang yang menguntungkan segelintir elit semata-mata.

"Kita membantah dasar Umno-BN seperti Cukai Perkhidmatan Umum (GST) yang membebankan rakyat kebanyakan. Sekiranya kita bentuk kerajaan Pusat, Pakatan Rakyat mahu memperkenalkan dasar ekonomi baru, dan jihad memerangi rasuah," kata Setiausaha Penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee.

"Juga, Pakatan Rakyat sekali menegaskan bahawa kita akan dan mahu menyerahkan royalti minyak 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak, khususnya Kelantan, yang dinafikan haknya oleh pemerintah hari ini," kata Tony Pua.

Dokumen Bersama Pakatan Rakyat yang dibentangkan di Konvensyen hari ini bermatlamat untuk menyelaraskan sistem ekonomi negara kepada prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Pakatan Rakyat memberi tumpuan kepada memperbaiki operasi penyampaian kerajaan kerana rakyat membayar cukai untuk jenis pentadbiran yang cekap, teratur dan pantas.

Pakatan Rakyat berpendapat warga kebanyakan membanting-tulang siang dan malam, dan sebahagian dari titik-peluh mereka diagihkan kepada kerajaan dalam bentuk cukai.

Demikian itu, kecekapan perbelanjaan turut menjadi tumpuan gagasan kerajaan alternatif ini. Pakatan Rakyat mahu memperbaiki displin ringgit yang rosak akibat penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan pembaziran dibawah pentadbiran hari ini.

"Yakini kita akan pertahan hak saudara kita dari semua kaum dan agama. Dengan kepercayaan yang diberi, kita akan pertahan hak saudara di ceramah-ceramah, di majlis perbandaran, dan dimana-sahaja," kata Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub.

Dokumen Bersama Pakatan Rakyat memperincikan ikrar gagasan untuk melaksanakan formula geran pembangunan berdasarkan faktor jumlah penduduk, kadar kemiskinan, kos dan pendapatan kasar per kapita supaya negeri-negeri miskin tidak ketinggalan dari arus ekonomi perdana.

Langkah ini dilihat perlu bagi mengurangkan pembangunan di Lembah Klang dan mengalihkan pelaburan dan projek berdaya saing ke negeri-negeri serata Malaysia.

Bagi melicinkan kecekapan, kuasa pentadbiran ekonomi dan pembangunan prasarana diagihkan kepada kerajaan negeri.

"Tidak ada Malaysia tanpa Sabah dan Sarawak. Tidak ada Malaysia tanpa Kedah, Johor dan Kelantan. Tidak ada Malaysia tanpa sokongan dan restu negeri-negeri lain," kata Ahli Parlimen DAP Anthony Loke.

"Namun kita lihat hari ini bahawa pemusatan modal dan pembangunan tertumpu di beberapa negeri sahaja, mengenepikan fakta bahawa negeri-negeri lain turut menyumbang kepada ekonomi negara," tambahnya lagi. -TVS












Lintas Lansung Konvensyen Pakatan Rakyat (updated)

Lintas lansung Konvensyen Pakatan Rakyat di Selangor hari ini.

Datuk Seri Anwar telah memulakan Konvensyen dengan menyatakan bahawa "Kali pertama dalam sejarah politik negara, dasar pakatan rakyat adalah dasar yang cukup jelas. Prinsip kita ialah meleburkan dasar perkauman yang sempit," tegas Anwar.

Datuk Seri Anwar juga menyatakan "Dengan kepercayaan yang diberikan, kita harus memartabatkan demokrasi dari kepimpinan yang tertinggi hingga ke peringkat akar umbi," tambahnya lagi disambut tepukan gemuruh para hadirin.

Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang baru saja tamat memberikan ucapannya. Guan Eng di dalam ucapannya menyatakan "Kita harus rapatkan barisan dan kekal utuh, dan dengan itu rakyat akan percaya pada perjuangan kita,"













Siapa Pemecah-belah PAS Yang Sebenarnya?

PAS DAN BLOGGER
oleh Tok Pepijat

Semasa dan selepas era reformasi, blogger politik lahir bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Pengunjung warung kopi yang bergelar "Penganalisa, speaker, ahli politik dan wakil rakyat" bertukar tempat. Dari warung ke komputer. Mereka mula mainkan peranan lebih berkesan.

PAS juga mendapat manfaat hasil ledakan "revolusi pemikiran dan teknologi" ini. Hasilnya keputusan PRU 12 juga impak sedikit sebanyak daripada penulisan blogger politik yang pro PAS dan PR.

Mereka tanpa upah siang malam mengadap komputer menaip membongkarkan kejahatan dan kezaliman UMNO dan BN. Sasaran "peluru" mereka hanyalah BN. Tiada yang lain.

Selepas PRU 12, keadaan sudah berubah. Beberapa negeri dapat diperintah PR. Wakil rakyat PAS bertambah. Peranan blogger politik pro PAS juga berubah. Mereka mula kritik apa-apa yang menyalahi prinsip parti.

Mereka begitu sayang kepada PAS. Teguran mereka ada kalanya betul dan tepat. Misalnya tentang rundingan dengan UMNO Selangor untuk kerajaan campuran. Ada pimpinan tertinggi tidak dimaklumkan.

Para blogger menegur tindakan tersebut. Akhirnya pimpinan "mengakui kesalahan" mereka. Tutup kes.


Malangnya ada segelintir blogger masih mengungkit-ngungkit perkara tersebut. Malah perkataan dalam penulisan mereka begitu biadap terhadap pimpinan ulamak. Mereka juga mula membahagikan PAS kepada dua pecahan.

Satu kumpulan pro TG Nik Aziz dan satu lagi kumpulan TG Haji Hadi. Mereka cuba lagakan antara pimpinan tertinggi ulamak.

Kita mula terfikirkan apa tujuan kumpulan blogger ini? Apa motif mereka ? Blogger ini juga mula menyerang peribadi pimpinan.

Kalau sebelum PRU 12, sasaran mereka hanya UMNO dan BN, kini sasaran mereka bertambah satu lagi. Sedihnya, sasaran mereka sesama PAS.

Malah serangan mereka terhadap pimpinan PAS lebih hebat dari serangan media barua UMNO lagi. Dengan memaki hamun dan melaga-lagakan sesama pimpinan.
Kita mengakui PAS bukannya 100% sempurna.

Kita juga mengakui pimpinan PAS juga tidak maksum. Dan kita juga mengakui hak peranan blogger menegur pimpinan. Tetapi biarlah ikut lunas-lunas peradaban dan akhlak Islam.

Sempena perjumpaan blogger di Taman Melewar Ahad ini, kita mengharapkan satu titik persefahaman bakal tercipta antara blogger dengan pimpinan parti.

Apa yang penting, kita masih berpegang, " Orang paling "jahat" dalam PAS, itulah orang yang paling "baik" dalam UMNO ".

Hey kawan ! Sasarkan Kalasnikov AK47 anda hanya kepada UMNO dan BN ! Jangan sia-siakan peluru anda.

Ulasan GB

Satu tulisan yang saya terbaca di harakahdaily pagi ini serentak dengan saya cuba untuk membuat lintas lansung Konvensyen Pakatan Rakyat yang berlansung pagi ini.

Sekali imbas, membaca tulisan Tok Pepijat kita sudah dapat menyelam apa yang igin disampaikannya. tetapi malang, ia tak ubah tulisan dari sekelompok "Pengampu Yang Menjahanamkan Parti" seperti yang dimaksudkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang.

GB menyatakan dan mengakui BENAR bahawa sasaran peluru blogger kini telah bertambah satu lagi, bukan sekadar kepada UMNO BN, tetapi kepada sesama ahli parti. Maka carilah dengan kejujuran sebab-sebabnya blogger terpaksa mengambil langkah sedemikian.

Tok Pepijat menyatakan "Mereka begitu sayang kepada PAS. Teguran mereka ada kalanya betul dan tepat. Misalnya tentang rundingan dengan UMNO Selangor untuk kerajaan campuran. Ada pimpinan tertinggi tidak dimaklumkan.

Para blogger menegur tindakan tersebut. Akhirnya pimpinan "mengakui kesalahan" mereka. Tutup kes.
"

Benarkah kes sudah ditutup? Apa kes dengan pertemuan Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa dengan blogger UMNO baru-baru ini sehingga ia kini menjadi kes yang disiasat oleh Jawatankuasa Disiplin?

Memaki hamun. Siapa yang memaki hamun sebenarnya? Siapa yang menyumpah dan mencarut sebenarnya? Siapa yang menggunakan perkataan-perkataan tidak berkahlak sebenarnya?

Kalau bukan kerja si penhgampu!

Serangan kepada pimpinan. Siapa yang menyerang Mursyidul Am PAS? Siapa yang mengutuk dan mencaci Mursyidul Am PAS?

Kalau bukan kerja si pengampu!

Siapa yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menhentam pengkritik-pengkritik parti termasuk terhadap prof Abdul Aziz Bari yang cuba membetulkan parti seperti yang berlaku di Seminar Memperkasakan Parti tempohari?

Kalau bukan kerja si penhgampu!

Pemikiran jumud yang meletakkan wala membabi-buta tanpa menyedari sikap itu merugikan parti perlu dibenteras sebersih-bersihnya.

Saya menyatakan dengan tegas pendirian saya bahawa konvensyen blogger yang akan diadakan esok adalah konvensyen pengampu-pengampu atau usaha ke arah untuk meramaikan blogger pengampu di persada maya ini kerana ia diusahakan oleh mereka yang telah dikenali sifat pengampu mereka.

Saya menyatakan dengan tegas pendirian saya bahawa PAS bakal kecundang di dalam pilihanraya akan datang selagi PAS masih dipenuhi dengan pengampu-pengampu ini.

Saya menyatakan dengan tegas bahawa para blogger boleh menutup blog-blog mereka sekarang juga seandainya pimpinan dan pengampu hanya meLihat dan menuding dengan menyalahkan orang lain tetapi terlupa untuk melihat tudingan empat jari ke arahnya. Dulang paku serpih!

HIJRAH menuntut perubahan. Perubahan segenap aspek didalam parti jika betul-betul mahu PAS diperkasakan.

Penyakit di luar badan lebih mudah untuk diubati dari penyakit yang ada di dalam badan. Musuh di luar parti lebih mudah untuk dihadapi daripada musuh sebenar yang ada di dalam parti. Pengampu namanya. Itu musuh dalam parti.

Harakahdaily memang gemar menyiarkan tulisan blogger pro-UG tetapi tidak akan menyiarkan tulisan yang anti-UG. Itu sebab mengapa jualan harakah juga merudum sekarang ini kerana dipimpin oleh mereka yang sifatnya pengampu.

GB sudah puas dituduh dengan pelbagai tuduhan demi menegakkan kebenaran dan keadilan. Malah Seminar Blogger yang diadakan esok boleh mengutuk atau mengusul GB dipecat keahlian PAS jika mahu. GB akan redha dengan keputusan itu. InsyaAllah.