17 Mac 2008

Nizar angkat sumpah MB Perak Di Hari Jadinya ke 51

Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru kerajaan campuran Barisan Alternatif - DAP, PKR dan PAS.

Upacara tersebut berlangsung jam 11.40 pagi tadi di hadapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, Perak.

Mohammad Nizar, 51, menerima watikah pelantikan sebelum diteruskan dengan majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Menteri Besar yang ke-10

Beliau yang berpakaian baju Melayu lengkap berwarna hitam kemudian menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk V. T. Singam.

Hadir sama pada istiadat itu ialah Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria, bekas Menteri Besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali serta wakil anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada kerajaan campuran itu.

Mohammad Nizar mengangkat sumpah hari ini, yang merupakan hari lahir beliau, selepas majlis itu terpaksa ditangguhkan pada Khamis lepas kerana DAP, PKR dan Pas tidak mencapai kata sepakat yang ketara dalam penubuhan kerajaan campuran.

Selain boleh berbahasa Malaysia, Cina, Tamil dan Inggeris, Ir. Mohd. Nizar juga boleh mengajar kitab, menyampaikan kuliyyah agama, berkhutbah di mimbar masjid dan paling penting memiliki pengalaman luas dalam pentadbiran.

LAPORAN HARAKAHDAILY

17 Mac 2008 bukan sahaja tarikh yang bersejarah kepada kerajaan campuran di negeri ini apabila dengan rasminya Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang ke-10.

Seluruh ahli dan penyokong Barisan Alternatif dan DAP layak bergembira dengan kemenangan pada 8 Mac lalu dan sewajarnya juga mereka bergembira dengan pelantikan Adun Pasir Panjang sebagai Menteri Besar yang baru.

Namun di sebalik peristiwa bersejarah itu, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mencatat `hari ini dalam sejarah' apabila upacara angkat sumpah Menteri Besar di Istana Iskandariah, Bukit Chandan pada 17 Mac adalah tarikh lahir beliau yang ke lima puluh satu.

Beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak.

Hari ini merupakan hari yang paling ceria buat Ir Mohamad Nizar Jamaluddin kerana ia bukan sahaja hari angkat sumpahnya sebagai Menteri Besar Perak yang ke-10, tetapi ianya juga hari lahirnya yang ke lima puluh satu.

Sehubungan itu seluruh pimpinan Barisan Alternatis dan PAS serta ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya dan rakyat negeri Perak amnya mengucapkan selamat hari jadi kepada Ir Mohammad Nizar.

Seluruh rakyat dan pemimpin BA dan DAP mengharapkan kerajaan campuran yang dibentuk nanti merupakan kerajaan yang adil, bersih, mesra rakyat, dan mengutamakan kepentingan rakyat serta membela golongan yang tidak berkemampuan.

Sehubungan dengan itu juga seluruh warga kerja Harakah dan Harakahdaily turut mengucapkan selamat hari jadi kepada Menteri Besar Perak yang baru. - mns

Untuk mengetahui latarbelakang Menteri Besar Perak YAB Mohd Nizar Jamaluddin, anda boleh merujuk di artikel sebelum ini.

Mata Samy Benar-benar Terbeliak Di Hari Jadinya

8 Mac 2008 - Tarikh yang tidak mungkin dilupai oleh Samy Vellu iaitu hari beliau terpaksa bungkus di Sungai Siput di saat beliau menyambut hari jadinya ke 72. Dan selepas ini sambutan hari jadinya yang jatuh pada setiap 8 Mac itu akan sentiasa dingati sebgaai trikh paling celaka d dalam hidupnya.

Saya telah cuba meramalkannya di tulisan saya pada 24 Februari hasil dari tinjauan dan tentangan kaum msyarakat India semasa itu. Dan tenyata sungguh masyarakat India yang dahulu menganggap Samy Velu sebagai tuhan mereka kini sudah melemparkan najis ke mukanya.

Dua hari sebelum penamaan calon, Samy Vellu dengan angkuh dan bangga mendakwa Sungai Siput sebagai kawasan “kubu singa” yang tidak boleh dicabar dengan mudah. Beliau juga pernah mengatakan bahawa pencabar tradisinya boleh menentang beliau sepanjang hayat tetapi tidak boleh menang.

Samy Vellu gagal mengekalkan kerusi Parlimen Sungai Siput bagi penggal kesembilan apabila kalah kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Michael Jeyakumar Devaraj dengan majoriti 1,821 undi.

Menteri paling kanan dalam Kabinet Malaysia itu memperoleh 14,637 undi, manakala Dr Jeyakumar, anggota Parti Sosialis Malaysia yang belum didaftarkan, mendapat 16,458 undi dengan bertanding atas tiket PKR. Seorang lagi calon, Nor rizan Oon, yang bertanding sebagai calon Bebas, hanya mendapat 864 undi.

Sebanyak 1,001 undi diisytiharkan rosak.

Samy Vellu berkata beliau tidak menerima jawatan senator, satu langkah dan usaha untuk membolehkannya masuk kabinet akibat ketewasannya itu yang juga bererti benar-benar dia sudah tidak akan kembali ke parlimen lagi.

Malah, ini juga kali pertama seorang Presiden MIC ditewaskan dalam pilihan raya umum. Samy Vellu merupakan Presiden paling lama berada dalam kedudukan tersebut.

MIC telah menurunkan barisan calonnya - termasuk hampir dua pertiga muka baru - demi mengekalkan rekod kemenangan seratus peratus yang pernah diperoleh pada tahun 1999 dan 2004.

MIC bukan sahaja gagal dalam misi tersebut, malah mengalami kekalahan teruk dalam sejarah MIC yang ditubuhkan pada 1946.

Kecundang bersama Samy Vellu ialah Timbalannya, Datuk G. Palanivel di tangan Datuk Dr. Zainal Ahmad Ahmad yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR). Palanivel, bekas wartawan, pertama kali diturunkan pada pilihan raya umum 1995.

Palanivel, Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat dipilih sebagai Timbalan Presiden MIC dua tahun lalu dengan menewaskan Datuk S. Subramaniam.

Dua Naib Presiden MIC juga dikatakan mengalami kekalahan. Datuk S. Sothinathan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Telok Kemang.

Sothinathan juga merupakan seorang timbalan menteri dalam Kabinet.

Seorang lagi Naib Presiden MIC, Datuk S. Veerasingam yang kali ini berpindah ke kerusi Dewan Undangan Negeri Sungkai, Perak juga tewas.

Senarai pemimpin utama MIC kecundang memanjang apabila Ketua Pemuda MIC, S. A. Vigneswaran yang merupakan Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan tewas di kerusi Parlimen Kota Raja.

Ketua Wanita parti, Datin Paduka P. Komala Devi yang bertanding di kerusi Kapar juga gagal mempertahankan kerusinya. Beliau merupakan Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran.

Hanya setiausaha agung MIC Datuk Dr S. Subramaniam, ketua penerangan Datuk M. Saravanan dan S.K. Devamany menang di kawasan parlimen masing-masing.

Dan Samy Vellu terus berputih mata sehingga akhir hayatnya.

Shaziman Mansor Ganti Zam?

Bekas Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman b Mansur dikatakan akan mengganti Zainuddin Maidin sebagai Menteri Penerangan yang baru.

Jika berita ini benar, ini bererti Kerajaan Malaysia akan meneruskan sikap primitif untuk terus-menerus menentang para blogger kerana Shaziman sebelum ini pernah mengibaratkan para blogger sebagai penembak curi dan laman web di internet ini ibarat “wild wild Web”.

Ia juga dilihat sebagai satu usaha kerajaan Malaysia untuk mengatasi serta mengawal internet yang merupakan diantara faktor utama kekalahan teruk UMNO-Barisan Nasional di dalam Pilhanraya yang baru lalu.

Kawalan berita dari blog adalah penting baginya, yang hanya akan memberi ruang terhadap berita-berita yang enak-enak mengenai kerajaan sepertimana yang dilakukan oleh media arus perdana.

Malah pada satu ketika Shaziman pernah mengugut "penulis laman blog itu juga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi 1998 yang sabit kesalahan boleh didenda RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali."

Pada waktu itu ramai blogger bependapat bahawa kenyataan Shaziman tersebut kebudak-budakan, tidak melambangkan pemikiran sebagai seorang Timbalan Menteri yang matang dan merupakan seorang yang oppurtunis - mencari peluang untuk mengampu dan membodek Perdana Menteri.

Dan banyak pihak melihat ancaman yang datang dari kabinet baru Pak Lah ini jika meletakkan Shaziman Mansor sebagai Menteri Penerangan akan mempercepatkan Barisan Nasional untuk terus bungkus kerana kerajaan perlu akur bahawa akibat daripada media massa arus perdana yang telah dilacurkan selama ini adalah juga merupakan diantara faktor penyebab rakyat begitu meluat malah menampah dengan berita-berita yang dihidangkan kepada mereka.

Malah kerajaan sendiri tertipu dengan sikap yang telah dimainkan oleh media arus perdana selama ini yang seolah-olah menampakkan bahawa Barisan Nasional masih gagah walaupun di saat ianya telah diserang dengan penyakit yang perlukan rawatan CRIB (completely rest in bed), malah banyak ketika perlu masuk ke ICU (Intesive Care Unit).

Walau bagaimanapun para blogger merasa perlantikan Shaziman ke jawatan Menteri Penerangan itu akan hanya menyebabkan Shaziman menjadi ZAM yang kedua yang akan menerima nasib yang serupa jika belau meneruskan sikap "menentang" arus dari siber ini.

Seorang blogger terkenal A.Kadir Jasin pernah menyatakan:

"Saya rasa orang muda seperti Shaziman wajib menjadi penggerak kepada peralihan minda dan tidak terperangkap di dalam penjara politik yang sempit sehingga takutkan bayang-bayang. "

Kemenangan beberapa orang blogger terkenal di dalam pilihanraya umum yang baru lalu dirasakan mampu untuk "memancung" segala segala hujjah dan pemikiran kebudak-budakan Shaziman seperti Jeff Oii (Jelutong) yang pernah di saman oleh kumpulan NST dan Teresa Kok (Seputeh) yang pernah mendedahkan kewujudan pengundi hantu di Kelantan berapa hari sebelum pilihanraya diadakan.

Mampukah Shaziman berhadapan dengan blogger di Palimen? Kita tunggu, kita lihat dan kita dengar bersama nanti dan blogger tetap di sini - di palimen siber.

16 Mac 2008

Khir Terdesak dan bakar dokumen rasmi

Gambar - gambar yang dipetik dari blog 'YB' Elie Wong...gambar - gambar yang dirakam secara curi kegiatan memusnahkan bukti korupsi Kerajaan BN Selangor di bawah Khir Toyo sebaik sahaja keputusan pilihanraya diumumkan.

Menurut laporan Sin Chew Daily "(Shah Alam) Pegawai-pegawai kerajaan negeri di masa pimpinan bekas Dato' Seri Mohamad Khir Toyo telah datang ke pejabat Kerajaan Negeri untuk memunggah malah memusnahkan beberapa dokumen rasmi." (terjemahan bebas GB)









dan kesemuanya dilakukan dengan bantuan Polis Malaysia yang telah mengawal laluan masuk ke Bangunan SAAS Selangor tempat di mana Kir Toyo memunggah dan memusnahkan dokumen-dokumen berkenaan.


BONGKAR: 957 kertas undi Parlimen Rembau HILANG !

Fakta ini diambil dari Keputusan Penuh Pilihanraya Umum Ke 12 2008 Utusan Malaysia Isnin 10 Mac 2008 mukasurat 23.

Sepatutnya jumlah kertas undi yang dikeluarkan di peringkat DUN dan Parlimen sepatutnya sama.

Di Parlimen Rembau ada 4 DUN, iaitu Paroi, Chembong, Rantau dan Kota. Jumlah kertas undi yang dikeluarkan untuk 4 DUN ini sepatutnya sama dengan jumlah kerusi Parlimen Rembau.

Tetapi apabila dijumlahkan semuanya ini didapati 957 undi di Parlimen Rembau telah hilang.

Mana pergi 957 undi di peringkat Parlimen Rembau ini ? Apa alasan SPR akan berikan ?

Berikut perkiraannya :

Parlimen Rembau : Undi BN 26525 + Undi PKR 20779 + Undi Rosak 1066 = 48370
DUN Paroi : Undi BN 8316 + Undi PAS 9423 + Undi Rosak 299 = 18038
DUN Chembong : Undi BN 7017 + Undi PAS 2944 + Undi Rosak 175 = 10136
DUN Rantau : Undi BN 7739 + Undi PKR 3956 + Undi Rosak 371 = 11966
DUN Kota : Undi BN 6278 + Undi PAS 2665 + Undi Rosak 244 = 9187

Jumlah undi 4 DUN : 49327 – Jumlah undi Parlimen 48370 = 957 UNDI HILANG !

FAKTA LAIN :

Calon Parlimen Rembau Badrul Hisham dari PKR mendapat lebih 1791 undi dari jumlah 4 DUN undi yang diperolehi PAS dan PKR

Calon Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin BN mendapat kurang 2825 undi dari jumlah 4 DUN yang diperolehi BN

Ini bermakna 4616 pengundi mengundi BN di peringkat DUN , tetapi mengundi PKR di peringkat Parlimen.


15 Mac 2008

Perhimpunan Haram UMNO di PP, Kenapa Polis Membiarkan?

Oleh Tranungkite

Semalam, dilaporkan 3,000 anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan penyokong UMNO menyertai satu perhimpunan haram pada pukul 2.30 petang itu bermula di pekarangan Masjid Simpang Enam berhampiran Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) sekalipun sebelumnya Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan telah mengarahkan kononnya tiada siapa dibenarkan menyertai perhimpunan tersebut.

Namun, beberapa pemimpin tertinggi UMNO Pulau Pinang turut serta dalam perhimpunan itu dan diantara pemimpin UMNO yang menyertai perhimpunan itu ialah bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim; ADUN Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin; ADUN Permatang Berangan, Shahbudin Yahya; Ketua UMNO Bahagian Tanjong, Datuk Ahmad Ibni Hajar; Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir serta para pemimpin Pemuda UMNO Pulau Pinang, Wanita UMNO dan Puteri UMNO.

Sekalipun hampir 300 anggota polis berpakaian seragam dan preman ditugaskan mengawal pergerakan orang ramai di situ dan laporkan tiada polis merampas beberapa kain pemidang yang dibawa oleh peserta perhimpunan tersebut, tiada sebarang tangkapan dibuat dan perhimpunan itu telah terlansung seolah-olah diberikan kawalan kehormat oleh anggota polis dan FRU yang ada.

Seluruh rakyat dinegara ini tidak pernah pernah lupa terhadap KEZALIMAN POLIS yang dilakukan ke atas ahli-ahli Parti dari Barisan Alternatif kepda setiap perhimpunan yang diadakan. Rakyat tidak pernah lupa terhadap tindakan polis menyemburkan air kimia malah lebih dasyat dari itu tangkapan-tangkapan ganas dilakukan bukan sahaja ke atas rakyat terbanyak malah ke atas pepimpin-pemimpin parti pembangkang.

Demo kenaikan harga minyak di KLCC, Perhimpunan Bersih 10 November, tragedi Batu Burok, perhimpunan Hindraf, serahan memorandum BERSIH di parlimen, majlis penyerahan bunga oleh kanak-kanak kepada PM, tragedi Berembang & Rimba Jaya, RTB Bujal, penangkapan Mat Sabu, Kawad Hari Hak Asasi Seduia oleh Majlis Peguam - adalah rentetan perhimpunan rakyat namun di dalam setiap perhimpunan itu Polis telah bertindak tegas kononnya di atas nama keselamatan negara.

Dan semalam, mana semburan asid water canonnya, mana tangkapan ke atas peserta perhimpunannya, mana Ketua Polis Negara yang angkuh itu, mana ungkapan "haram" kepada perhimpunan yang sememangnya haram itu?

Apa yang kami nyatakan sebelum ini adalah benar. BAHAWA Polis Malaysia kini sebenarnya tidak lebih hanya kuda tunggangan kepada parti UMNO-BN, bahawa Polis Malaysia adalah pengkhianat keamanan, bahawa polis bersikap "double-standard" di dalam melaksanakan undang-undang, bahawa Polis Malaysia menjadi ahli Parti Barisan Alternatif sebagai musuh besar mereka, bahawa Polis Malaysia telah pun diberikan peringatan oleh rakyat melalui keputusan Pilihanraya ke 12 yang baru lalu. Tetapi Polis Malaysia TIDAK PERNAH mempelajari mesej rakyat tersebut!

Sikap pilih-kasih, diskrminasi serta tidak profesyenal Polis Malaysia adalah satu tragedi yang merupakan bala besar yang menimpa negara dan rakyat Malaysia seleruhnya. Ia akan menatijahkan kesan yang buruk dimana kita menyaksikan betapa jenayah kini bermaharaja lela - penculikan, perompakan dan seumpamanya mejadikan Malaysia ibarat sebuah negara sebagai sebuah negara yang tidak selamat untuk didiami hasil daripada tindakan Polis Malaysia yang lebih rela menjadi diri mereka bahan kuda tunggangan kerajaan UMNO-BN.

Dan kita memberitahu Polis Malaysia dengan tegas: jangan samasekali permainkan KUASA RAKYAT kerana semakin rakyat ditekan dan dizalimi semakin ramai yang akan menyertainya. LUKA RAKYAT SEMALAM MASIH BERDARAH DAN DOSANYA BELUM DIAMPUNI!

Istana 'Murka' Idris

Terengganu akan mendapat Menteri Besar yang baru apabila Datuk Seri Idris Jusoh ‘tidak diperkenan’ oleh pihak istana untuk memegang jawatan itu bagi penggal kedua.

Demikian dilaporkan oleh akhbar media perdana hari ini. Akhbar tersebut memetik sumber Istana Terengganu yang mengesahkan sehingga hari ini Idris tidak mendapat ‘restu’ untuk meneruskan tugas tersebut walaupun beliau berjaya mengetuai Barisan Nasional (BN) Terengganu memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.

Sumber Istana juga menyebut bahawa usaha sedang dilakukan untuk mengenal pasti calon untuk menerajui kerajaan negeri, namun setakat ini nama-nama yang difikirkan sesuai belum diterima oleh pihak istana.

‘‘Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu Bab Kedua menyebut pelantikan Menteri Besar hendaklah terdiri daripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).‘‘Yang ditekankan di sini bukanlah mereka yang mengetuai parti yang memenangi pilihan raya tetapi mana-mana seorang ADUN yang pada fikiran Sultan Terengganu boleh mendapat kepercayaan ahli-ahli dewan yang mewakili rakyat negeri ini,” kata sumber tersebut.

Jurucakap itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Idris semalam yang menyerahkan kepada pihak istana untuk menentukan tarikh istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar serta kedudukan beliau sama ada dipilih semula atau tidak memegang jawatan itu.

Kedudukan Idris menimbulkan tanda tanya apabila istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar dan ahli Exco kerajaan negeri yang sepatutnya berlangsung pagi kelmarin di Istana Maziah di sini dibatalkan.

Mengulas lanjut, sumber istana itu berkata, Sultan Terengganu sebenarnya bukan melibatkan diri baginda dengan politik sehingga melampaui sempadan, namun apa yang baginda mahu ialah kepentingan dan kesejahteraan rakyat mendapat pembelaan.

Sumber itu menafikan pihak istana campur tangan berhubung pelantikan menteri besar yang baru. Katanya, terpulang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menentukannya.

‘‘Pihak istana sebenarnya tidak campur tangan dalam pemilihan menteri besar, cuma istana mahu mereka yang menjadi menteri besar adalah mereka yang benar- benar diterima oleh rakyat.

‘‘Istana juga mahu mereka yang menjadi Menteri Besar berkemampuan untuk membawa kesejahteraan, kemakmuran dan perpaduan di kalangan rakyat,” kata sumber tersebut lagi.

Kenyataan tersebut mengesahkan ‘desas-desus’ selama ini bahawa Tuanku Sultan ‘murka’ kepada Idris. Tindak-tanduk Idris sebagai ketua kerajaan selama ini banyak diperkatakan dan tidak diterima oleh rakyat jelata. Pernah seorang pengunjung Buletin Online memberitahu dia telah menghantar surat kepada Tuanku, memperihalkan kepada Tuanku, tentang ‘fe’el’ perangai Idris.

Buletin Online juga pernah memaparkan didalam kolum minda editor, salah satu insiden yang menyebabkan Tuanku Sultan Mizan murka kepada Idris. Ia adalah perihal berkaitan penggunaan logo Majlis Bandaraya Kuala Terengganu(MBKT). Kerajaan Terengganu telah memilih logo yang menggunakan ‘lingkaran bunga padi’ sebagai pemenang bagi pertandingan mencipta logo MBKT dan menggunakan logo tersebut tanpa merujuk kepada pihak Tuanku.

Sedangkan ‘lingkaran bunga padi’ digunakan dalam ‘personal standard’ atau bendera peribadi Tuanku. Selain dari itu sikap ‘gelojoh’ Idris juga mungkin menjadi sebab mengapa pihak Istana tidak perkenan dengan beliau.

Ramai yang mengetahui dan menghebohkan bahawa Tuanku Sultan juga menjadi ‘murka’ terhadap pelancaran dan perasmian Taman Tamadun Islam yang telah berlangsung pada pada 3 Februari lalu.

Perasmian taman tema yang memakan belanja ratusan juta ringgit duit rakyat itu sepatutnya hanya sebagai satu acara tunggal sahaja, namun kerana inginkan publisiti berganda, Idris membelanjakan RM15 juta pula wang rakyat untuk dua majlis perasmian.

Perasmian taman tema dan perasmian ‘masjid’ dbuat sebagai dua acara yang berasingan.

Menjadi suatu perkara yang agak ‘mencemar duli’ apabila Tuanku Sultan Mizan diminta untuk merasmikan ‘masjid’, namun rupa-rupanya taraf ‘masjid’ Kristal hanyalah sebuah surau sahaja! Tidak layak didirikan solat Jumaat didalamnya.

Buletin Online juga melihat Idris selaku ketua kerajaan negeri telah menyalahgunakan kedudukan tuanku sebagai Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Terengganu. Sikap Idris yang gemarkan ‘publisiti murahan’ dengan tujuan mengaburi pandangan rakyat terhadap kerajaan telah menyalahgunakan wajah-wajah dan batang tubuh Tuanku, menjadi penghias papan tanda besar ‘billboard’.

Penggunaan Tuanku sebagai propaganda, dengan secara sengaja dan keterlaluan , mengambil kesempatan diatas keterlibatan Tuanku dalam acara atau majlis yang dianjurkan oleh kerajaan negeri, dikatakan juga adalah idea dari bekas Menteri Besar Terengganu itu.

dari buletinonline.net

14 Mac 2008

Apabila Pak Lah Pun Nak Keluarkan Watikah...

Negara petang ini dikejutkan dengan satu berita dari BERNAMA: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan melantik Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bintong Datuk Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis yang baru menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Sedangkan baru malam tadi Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan sudah menerima watikah pelantikan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menteri Besar Perlis.

Beliau yang menjadi Menteri Besar negeri itu sejak 1995, menerima watikah berkenaan Selasa lalu dan akan menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail di Istana Siraj, di sini, jam 12 tengah hari ini, untuk memaklumkan perkara itu serta cadangan nama barisan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco).

Malah BERNAMA sendiri mengesahkannya dengan menyatakan pada hari semalam : Teka-teki mengenai bakal Menteri Besar Perlis selepas berakhirnya pilihan raya umum ke-12 kini terjawab apabila Datuk Seri Shahidan Kassim malam tadi memaklumkan beliau telah menerima surat watikah pelantikan pada Selasa lepas untuk terus menerajui negeri itu.

Akhirnya kesemua berita BERNAMA dan apa yang dilaporkan oleh media arus perdana ternyata kesemuanya terbabas.

Setiausaha Sulit kepada Raja Perlis, Moh Adib Zakaria dalam kenyataan yang diedarkan kepada wartawan yang berkumpul di hadapan Istana Siraj di sini kira-kira 2.40 petang, berkata pelantikan itu adalah menurut Perlembagaan Negeri, Artikel 39 (2) Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis.

Peruntukan itu menyebut Raja hendaklah melantik seorang yang pada fikirannnya mendapat kepercayaan ramai ahli menjadi Menteri Besar bagi mengetuai majlis kerajaan negeri.

"Berdasarkan kepada peruntukan ini dan setelah berpuas hati dengan kemampuannya untuk mendapat sokongan majoriti dari Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, maka Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah berkenan melantik Datuk Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri besar Perlis berkuatkuasa 14 Mac 2008," katanya.

Dr Md Isa adalah bekas Exco kerajaan Perlis sehingga 2004 kerana pilihan raya umum 2004, beliau tidak dicalonkan semula untuk bertanding namun setelah sepenggal berehat, beliau dicalonkan semula bagi kerusi DUN Bintong pada pilihan raya Sabtu lepas.

Shahidan di dalam respons spontan apabila ditanya samada wujud campurtangan dari pihak tertentu Shahidan berkata,"Mungkin. Orang itulah. Memang ada orang campur tangan. Ini banyak melibatkan cerita-cerita munafik dan perjanjian yang dilanggari."

Kata-kata Shahidan yang diluahkannya sebelum ini memakan dirinya semula apabila watikah perlantikan dari Perdana Menteri ternyata tidak mempunyai nilai dari segi penguatkuasaan.

"Saya sebenarnya memberi dua pilihan kepada mereka. Pertama dikenakan tindakan (disiplin) atau keluar dari parti.

"Ini keputusan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi), mereka mesti menyokong keputusan presiden parti (Umno)," kata Shahidan dalam sidang media di ibu negara malam tadi.

Sebelum itu, Shahidan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa BN Perlis yang turut dihadiri oleh ketua MCA dan MIC negeri.

Ketua badan perhubungan Umno Perlis itu menambah "jika tidak sokong, mereka bolehlah isytihar keluar BN.

"Saya beri mereka masa sehingga jam 5 petang ini. (Dan) saya telah menelefon Abdullah mengenai perkara tersebut.

"Katanya dalam kes ini, BN akan mengguna pakai peraturan Whip yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak."

Shahidan berkata demikian, dipercayai mengulas isu pelantikan beliau sebagai menteri besar Perlis yang tertangguh sehingga hari ini.

Dan media arus perdana pun bersilang-sengketalah melaporkan isu berkenaan.

Demikianlah, betapa benar dan mulia perencanaan dan rahmat Allah Yang Maha Besar yang telah mempersilang sengketakan kumpulan yang telah lama menghina dan memfitnah Islam dan jemaah Islam PAS selama ini!

Gelombang Memaksa Pak Lah Turun Telah Tersebar Di Jalan2 Raya Sekitar KL...













Upacara angkat sumpah MB Perak bila-bila masa dari sekarang

Ketua Penerangan PAS Perak telah mengesahkan kesemua Adun daripada ketiga-tiga parti politik, DAP, PKR dan PAS telah mencapai kata sepakat untuk bersetuju dengan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.

Kata sepakat itu katanya, telah dicapai jam 10.00 malam tadi di Pejabat PAS Negeri Perak setelah penjelasan diberikan kepada Adun KeADILan yang mempertikaikan pencalonan Menteri Besar daripada PAS dan pembahagian kerusi Exco.

Persetujuan telah dicapai berhubung pembahagian kerusi di mana DAP mendapat 6, KeADILan 3 dan PAS 2.

Kesemua Adun terbabit telah menandatangani penyataan persetujuan untuk menerima Haji NIzar sebagai Menteri Besar yang baru.

Selepas kata sepakat dan penyataan persetujuan diambil dari kesemua Adun dari ketiga-tiga parti, wakil-wakil dari DAP, KeADILan dan PAS telah bergegas pergi ke Istana Kinta untuk menyerahkan penyataan persetujuan kepada pihak istana.

"Upacara angkat sumpah Menteri Besar ke-10 di Istana Kinta akan dibuat pada bila-bila masa dari sekarang," ujar beliau.

Harakahdaily

13 Mac 2008

Nizar: Jurutera yang boleh berbahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana wakil rakyat Pasir Panjang dari PAS, Ir Mohamad Nizar Jamaludin, 51, dipilih sebagai Menteri Besar Perak padahal DAP mempunyai lebih ramai Adun (18) dan PKR juga mempunyai lebih dari PAS iaitu tujuh, manakala PAS hanya ada enam sahaja.

Dia sebenarnya bukan dipilih kerana PAS tetapi faktor utamanya adalah kerana dia paling layak di kalangan sembilan wakil rakyat Melayu dan beragama Islam yang ada di kalangan Adun DAP, PKR dan PAS yang membentuk kerajaan bersama itu.PKR hanya ada tiga Melayu manakala PAS ada enam.

DAP tidak mempunyai seorangpun Adun berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Menjadi syarat kepada MB Perak (sebagaimana termaktub dalam undang-undang tubuhnya) adalah Melayu dan beragama Islam. Hanya Sultan Perak boleh mengubah syarat ini.

Rakyat Perak bukan sahaja bakal memperolehi seorang Menteri Besar yang boleh memberikan khutbah Jumaat bahkan juga seorang jurutera yang boleh bercakap empat bahasa, Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris.

Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, 51, dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar.

Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.

Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.

Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat. Antaranya beliau memberikan kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program program kaum bukan Islam serta terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Menurut Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Abdul Rahman, Nizar merupakan seorang yang pemurah dan mudah bergaul dengan masyarakat dan mengambil berat masalah kakitangan di bawahnya. "Jika ada kakitangannya yang menghadapi masalah, beliau akan cepat menyekesaikan masalah temasuk masalah kewangan," jelas Khalilul.

"Sebagai ketua pejabat, beliau seorang yang peramah dengan orang ramai termasuk orang bawahannya dan beliau bersedia mendengar pandangan orang lain," ujar beliau.

Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).

Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau.malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihan bintang kurban.

Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris juga boleh berbahasa Cina dan Tamil. Inilah Menteri Besar yang dikehendaki oleh rakyat, mampu mentadbir, berwibawa dan mempunyai pengetahuan agama dan boleh membaca khutbah jumaat.

Perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memilih Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak memang tepat, oleh itu semua pihak perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak.

dari siasahdaily

Tan Sri Khalid Angkat Sumpah Jawatan MB Selangor

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini.

Pada istiadat itu, Khalid menerima watikah pelantikan dan diikuti dengan istiadat mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Selangor ke-14.

Menurut BERNAMA, beliau kemudian menandatangani watikah pelantikan dengan disaksikan oleh Hakim Utama Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad.

Pakatan parti-parti pembangkang yang dipimpin oleh KeADILan telah menyaksikan calon-calon daripada KeADILan, PAS dan DAP telah berjaya memenangi 36 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Selangor.

Ini berikutan pencapaian memberangsangkan KeADILan dengan 15 kerusi, DAP 13 kerusi dan PAS 8 kerusi.

Tmbalan Menteri Besar dan barisan exco Kerajaan negeri Selangor akan diumumkan beberapa hari lagi.

Pentadbir, pengendali dan seluruh ahli TKO melafazkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. di atas kejayaan Barisan Alternatif membentuk kerajaan di Selangor dan semuga kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid mendapat rahmat, petunjuk dan pemelihaan dari Allah s.w.t. hendaknya.

Tindakan Syed Husin Ali Melampau

Tindakan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali membuat kenyataan tidak akan terlibat dalam pembentukan kerajaan negeri Perak itu serta menghantar rombongan tujuh Adun PKR di Perak menemui Penasihat Undang-undang dan seterusnya mengadap Raja Muda Perak menyatakan bantahan mereka adalah satu tindakan melampau.

Majlis angkat sumpah Menteri Besar dan barisan Exco kerajaan negeri Perak yang baru terpaksa batal lagi hari ini apabila anggota Dewan Undangan Negeri dari PKR pula tidak berpuashati selepas Lim Kit Siang semalam membuat kenyataan untuk memboikot istiadat majlis angkat sumpah Menteri Bsar Perak petang ini.

"Kerajaan negeri Perak belum pun dibentuk tetapi PKR dengan tindakan Naib Presidennya telah mempersoalkan pengagihan kerusi EXCO," demikian tegas seorang pemimpin PAS peringkat Kawasan di sini petang ini.

Tindakan Syed Husin Ali dilihat "lebih sudu dari kuah" itu sbenarnya tidak pun diketahui oleh sebahagian besar pimpinan PRK Pusat.

Beliau yang sebelum ini merupakan pemimpin Parti Sosialis Malaysia telah menjadi Timbalan Presiden PKR apabila partinya bergabng dengan Parti Keadilan Rakyat.

Sebelum ini beliau telah terang-terang menyatakan:

“Kami meminta komposisi ini dibincang semula dan sekiranya tidak diubah dengan memuaskan bagi semua pihak, KeADILan tidak akan menyertai pentadbiran negeri Perak.”

Sikap keangkuhannya itu yang menyamai keangkuhan Lim Kit Siang, Penasihat DAP telah menyebabkan pembentukan kerajaan negeri Perak terpaksa ditangguhkan.

"Sebenarnya sumbangan Syed Husin Ali tidaklah besar mana pun malah bole dianggap sifar di dalam menjana kemenangan Barisan Alternatif," bentak seorang ahli PKR sendiri ketika mengulas tindakan Tmbalan Presiden PKR tersebut.

Angkat Sumpah MB Perak Ditangguh :Rakyat Kutuk Kit Siang

Rakyat seluruh negara hari ini kecewa dan mengutuk keras tindakan Lim Kit Siang, Penasihat DAP yang sebelum ini memanggil ahli-ahli dewan undangan negeri daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk memboikot majlis istiadat angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru, Mohd Nizar Jamaluddin daripada PAS.

Ekoran itu, Sultan Perak telah mengambil keputusan istiadat mengangkat sumpah anggota Dewan Undangan Negeri daripada PAS sebagai Menteri Besar Perak yang dijadual berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar petang ini telah ditangguhkan.

Penangguhan itu diumumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Raja Mansor Raja Razman di Istana Iskandariah.

Lim Kit Siang yang biadab lagi celupar itu sekalipun telah menarik balik keputusannya, namun akibat daripada hebahan besar-besaran olewh media arus perdana (cetak dn letronik) menyebabkan tindakan pemboikotan yang diwarwarkan oleh pemimpin DAP itu telah mendapat liputan meluas sehingga telah menyebabkan keresahan di
kalangan rayka dan juga pihak istana.

Ini bukanlah kali pertama Lim Kit Siang bertindak biadab dan tidak lansung mengindahkan orang Melayu yang berugama Islam yang telah sama-sama berjuang di dalam Barisan Alternaif.

Malah pemerhati politik berpendapat keangkuhan Lim Kit Siang kerana memenangan besar partinya di dalam iliuhanraya umum ke 12 yang baru lalu menyaksikan bahawa beliau telah cuba untuk mempersendakan sentimen malah ada banyak ketikanya mencabar maruah dan kedaulatan sistem beraja khususnya dan seluruh orang Melayu amnya.

Beliau cuba menjadi jaguh di dalam memperjuangkan hak kaum Cina sedangkan masyarakat kaum Cina sendiri sebenarnya meluat dengan indakan dan sikap Lim Kit Siang yang keterlauan dan emosional itu dan tidak layak untuk menjadi wakil kepada suara kaum Cina di negara ini.

Ini dapat dikesani daripada komentar-komentar yang terdapat di dalam blognya dimana ramai pengunjung blognya itu telah melahirkan kekecewaan yang teramat sangat terhadap tindakan Lim Kit Siang yang dirasakan merupakan ancaman besar terhadap perpaduan yang terjalin di kalangan anggota Barisan Alternatif.

Salah seorang pengunjung blognya pernah menyatakan :

"If DAP starts this internal bickering 3 days after election then I beg you, please let DAP gulung tikar ‘coz it will prove DAP never meant to work with others."
(Jika DAP mula menimbulkan kekecohan dalaman 3 hari selepas pilihanraya, saya ingin menyatakan, sila DAP untuk gulung tikar kerana ia membuktikan DAP tidak mungkin boleh berkejasama dengan orang lain)

"Jelas tindakan Lim Kit Siang itu adalah satu percubaan untu mewujudkan ketegangan kaum di negara ini dan tentunya seluruh rakyat perlu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab lagi angkuh Penasihat DAP itu," tegas seorang pemerhati politik di sini.

Semua Adun DAP akan hadir majlis angkat sumpah MB Perak

Semua wakil kerajaan campuran negeri PKR, DAP dan PAS akan menghadiri istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar yang baru negeri ini petang ini, kata Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham.

Ngeh yang akan dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Perak berkata semua wakil DAP akan menghadiri majlis itu di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar pada pukul 4 petang ini, demikian dilaporkan oleh BERNAMA

DAP hari ini memohon maaf atas kenyataannya semalam bahawa Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu membantah pelantikan setiausaha perhubungan PAS Perak Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

KenyAtaaan Lim Kit Siang itu telah menimbulkan bantahan bukan sahaja dari rakyat Kedah tetapi seluruh rakyat Malaysia yang menuduh Lim Kit Siang sebagai manusia yang sombong dan angkuh disamping terlalu bersikap chauvinis dan ttelah mengundang keresahan di kalangan rakyat.

Lim Kit Siang juga dikatakan telah menjadi dalang uTama terhadap apa yang berlaku kepada setiap keputusan negei Pulau Pinang yang diperintah oleh anaknya Lim Guan Eng untuk mengenepikan calon tunggal PAS di negeri itu.

Semburan demi semburan dilakukan oleh pengunjung blognya yang melahirkan kekecewaan terhadap sifat Lim Kit Siang yang "arrogance" itu malah ada yang menyatakan tidak mungkin DAP akan diberi peluang lagi selepas ini setelah mengetahui belang sebenar pemimpin tertinggi DAP tersebut.

Umum mengetahui bahawa di mana-mana seluruh negara pengikut dan pendokong PAS lah yang telah bersungguh-sungguh berhimpun dan menanggung segala risiko untuk keluar berramai-amai memberikan penentangan kepada Kerajaan BN bermula daripada episod Perhimpunan BERSIH 10 November tahun lalu sehingga ada yang tertanya-tanya dimanakah penyokong-penyokong DAP sewaktu itu.

Keikhlasan PAS terbukti dimana sesiapa saja yang bertanding di atas tiket Barisan Alternatif akan diberikan sokongan tanpa berbelah bagi termasuklah ahli bebas seperti Ibrahim Ali di Parlimen Pasir Mas Kelantan, dan pemimpin-pemimpin DAP di seluruh negara sekalipun selepasnya kepercayaan ahli PAS tersebut dinodai dan diperkosakan oleh keangkuhan mereka yang tebabit.