17 Mac 2008

Mata Samy Benar-benar Terbeliak Di Hari Jadinya

8 Mac 2008 - Tarikh yang tidak mungkin dilupai oleh Samy Vellu iaitu hari beliau terpaksa bungkus di Sungai Siput di saat beliau menyambut hari jadinya ke 72. Dan selepas ini sambutan hari jadinya yang jatuh pada setiap 8 Mac itu akan sentiasa dingati sebgaai trikh paling celaka d dalam hidupnya.

Saya telah cuba meramalkannya di tulisan saya pada 24 Februari hasil dari tinjauan dan tentangan kaum msyarakat India semasa itu. Dan tenyata sungguh masyarakat India yang dahulu menganggap Samy Velu sebagai tuhan mereka kini sudah melemparkan najis ke mukanya.

Dua hari sebelum penamaan calon, Samy Vellu dengan angkuh dan bangga mendakwa Sungai Siput sebagai kawasan “kubu singa” yang tidak boleh dicabar dengan mudah. Beliau juga pernah mengatakan bahawa pencabar tradisinya boleh menentang beliau sepanjang hayat tetapi tidak boleh menang.

Samy Vellu gagal mengekalkan kerusi Parlimen Sungai Siput bagi penggal kesembilan apabila kalah kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Michael Jeyakumar Devaraj dengan majoriti 1,821 undi.

Menteri paling kanan dalam Kabinet Malaysia itu memperoleh 14,637 undi, manakala Dr Jeyakumar, anggota Parti Sosialis Malaysia yang belum didaftarkan, mendapat 16,458 undi dengan bertanding atas tiket PKR. Seorang lagi calon, Nor rizan Oon, yang bertanding sebagai calon Bebas, hanya mendapat 864 undi.

Sebanyak 1,001 undi diisytiharkan rosak.

Samy Vellu berkata beliau tidak menerima jawatan senator, satu langkah dan usaha untuk membolehkannya masuk kabinet akibat ketewasannya itu yang juga bererti benar-benar dia sudah tidak akan kembali ke parlimen lagi.

Malah, ini juga kali pertama seorang Presiden MIC ditewaskan dalam pilihan raya umum. Samy Vellu merupakan Presiden paling lama berada dalam kedudukan tersebut.

MIC telah menurunkan barisan calonnya - termasuk hampir dua pertiga muka baru - demi mengekalkan rekod kemenangan seratus peratus yang pernah diperoleh pada tahun 1999 dan 2004.

MIC bukan sahaja gagal dalam misi tersebut, malah mengalami kekalahan teruk dalam sejarah MIC yang ditubuhkan pada 1946.

Kecundang bersama Samy Vellu ialah Timbalannya, Datuk G. Palanivel di tangan Datuk Dr. Zainal Ahmad Ahmad yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR). Palanivel, bekas wartawan, pertama kali diturunkan pada pilihan raya umum 1995.

Palanivel, Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat dipilih sebagai Timbalan Presiden MIC dua tahun lalu dengan menewaskan Datuk S. Subramaniam.

Dua Naib Presiden MIC juga dikatakan mengalami kekalahan. Datuk S. Sothinathan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Telok Kemang.

Sothinathan juga merupakan seorang timbalan menteri dalam Kabinet.

Seorang lagi Naib Presiden MIC, Datuk S. Veerasingam yang kali ini berpindah ke kerusi Dewan Undangan Negeri Sungkai, Perak juga tewas.

Senarai pemimpin utama MIC kecundang memanjang apabila Ketua Pemuda MIC, S. A. Vigneswaran yang merupakan Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan tewas di kerusi Parlimen Kota Raja.

Ketua Wanita parti, Datin Paduka P. Komala Devi yang bertanding di kerusi Kapar juga gagal mempertahankan kerusinya. Beliau merupakan Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran.

Hanya setiausaha agung MIC Datuk Dr S. Subramaniam, ketua penerangan Datuk M. Saravanan dan S.K. Devamany menang di kawasan parlimen masing-masing.

Dan Samy Vellu terus berputih mata sehingga akhir hayatnya.

Tiada ulasan: