11 Jan 2015

Isk.. Isk... Bila Sang Katak Dah Masuk Bakul....

Kenapa saya tidak digelar “Jaguh Melayu?”

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali meminta supaya pihak media dalam negara ini menggelarnya sebagai jaguh bagi bangsa Melayu. Jelasnya, sebelum ini pelbagai gelaran telah diberikan kepadanya, antaranya ‘gedebe’, katak dan kini beliau telah digelar sebagai ekstremis oleh sesetengah pihak yang didakwanya ‘cemburu’ kepada kejayaan PERKASA hari ini.

“Media-media sering menulis bahawa Ibrahim Ali sebagai katak, tetapi kenapa tidak tulis bahawa Ibrahim Ali sebagai jaguh Melayu?” soalnya.

Berikutan pelbagai gelaran yang diberikan itu, Ibrahim menjelaskan bahawa beliau bukannya sesiapa,lalu bertanya, “Mengapakah saya sering dijadikan bahan dan ‘punching bag’?”

“Saya sering dijadikan sebagai ‘punching bag’. Sehinggakan jika parti GERAKAN kalah sewaktu pilihan raya, semuanya disebabkan PERKASA,” ujarnya kepada pemberita di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, Ahad.

Bukan itu sahaja, Ibrahim turut bertanyakan mengapa ISMA dan PEKIDA tidak digelar sebagai ekstremis?

“Walaupun PERKASA lantang bersuara, tetapi PERKASA tidak pernah melanggar undang-undang yang telah ditetapkan.

“Mengapa pihak BERSIH dan Tian Chua yang mengigit telinga tidak digelar sebagai ekstremis?” soalnya lagi.

Selain itu, Ibrahim turut mengulas mengenai kejadian tembakan terhadap kartunis dan wartawan sebuah syarikat Charlie Hebdo yang berlaku di Perancis.

“Inilah yang akan terjadi sekiranya ada pihak-pihak yang menyinggung perasaan orang Islam. Orang Islam di Perancis rasa terhina dan sudah lama bersabar,” katanya.

Bercakap mengenai konteks negara ini, Ibrahim berpendapat jika mahu membendung perkara tersebut daripada berlaku di Malaysia, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan juga Akta Hasutan 1948 amat diperlukan.

” Jika akta ini dihapuskan, tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku di negara ini,” ujarnya lagi. -FMT


Jumpa di mahkamah, amaran kepada yang tuduh Perkasa ekstremis

Gara-gara menuduh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) ekstremis, tiga lagi individu akan menerima surat tuntutan daripada badan bukan kerajaan (NGO) itu, sebelum dipertimbangkan tindakan saman.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, mereka ialah jurucakap kumpulan 25 tokoh Melayu profesional (G25) Datuk Noor Farida Ariffin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup dan Tan Sri Pheng Yin Huah dari Pertubuhan NGO Cina.

“Saya sudah minta peguam saya keluar tiga notis. Bila notis ini keluar, saya nak tengok jawapan mereka, apa peguam mereka jawab. Dari situ saya akan putuskan untuk failkan ke mahkamah seterusnya.

“Ketiga-tiga ini, dalam kenyataan mereka dilapor akhbar menuduh Perkasa ekstremis. Apa asas mereka menuduh Perkasa ekstremis? Mengapa mereka tak tuduh NGO lain bukan Melayu dan bukan Islam yang selantang Perkasa? Kenapa tak sebut?

“Saya mahu mereka ke mahkamah buktikan Perkasa ekstremis. Apa buktinya sehingga Perkasa lekat label itu?” katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Ibrahim berkata, Perkasa sering menjadi tumpuan untuk dipersalahkan banyak pihak sedangkan banyak NGO mahupun individu lain yang terbukti didapati bersalah oleh pihak berkuasa.

Kata bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu, media juga sering meletakkan kesalahan kepadanya sehingga masyarakat melabelkannya dengan pelbagai gelaran.

“Kenapa tak disebut Bersih ekstremis? (Mereka) Tunjuk perasaan, baling kereta polis. Kenapa (naib presiden PKR) Tian Chua tidak dituduh ekstremis? (Beliau) Gigit polis, disabit di mahkamah pun ada.

“Orang nak cari kesalahan, saya jadi mangsa. Contohnya MCA kalah pilihan raya, (dikatakan) Perkasa punya pasal.

“Media pula kalau tulis, Ibrahim Ali katak, ekstremis. Tak boleh ke tulis Ibrahim jaguh Melayu, pemimpin negara? Tak boleh tulis macam tu? Tulis benda negatif, jadi benda macam ni. Aniaya pada saya,” katanya.

Beliau berkata ahli akademik dari Perancis, Sophie Lemiere yang sebelum ini mendakwa Perkasa tidak layak mendapat liputan media, tidak faham peranan yang dimainkan NGO itu.

Beliau mendakwa, segala kritikan yang dilemparkan kepadanya adalah kerana rasa cemburu Lemiere terhadapnya disebabkan kecemerlangannya dalam memimpin Perkasa.

“Bodoh dia ni. Orang siar berita saya macam-macam tu, tunjuk saya ni penting. Standard dunia. Dia terkejut kerana saya bukan sesiapa, bukan menteri, tetapi saya jadi fokus kepada banyak pihak.

“Saya simpulkan, semuanya kerana cemburu. Disebabkan enam tahun saya pimpin Perkasa, semua kerja saya buat hebat-hebat, saya wujudkan kecemburuan besar. Saya ialah orang yang disalah faham,” katanya.

Kelmarin, Lemiere mendakwa, Perkasa menjadi perhatian media kerana pertubuhan itu “laku,” dan menyamakannya dengan parti politik fasis di Perancis, National Front, yang membantu akhbar melariskan jualannya.

"Bagi Ibrahim, bukan sebab dia lucu atau kata-katanya betul atau salah tetapi kerana beliau banyak bercakap,” katanya pada satu forum bertajuk Misplaced Democracy: State, Illegality and Political Violence di Petaling Jaya.

"Cara media pula hari ini, mahu mencari sudut berita yang glamor dan seksi, walaupun saya tidak merujuk Ibrahim seorang yang glamor dan seksi," katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.
– TMI


ULASAN GB

Sorilah Pak Him sebab guna tajuk yang agak sensasi... dan menggunakan ungkapan "katak". GB hanya mengulangkan ungkapan yang diungkapkan oleh Pak Him sendiri:

“Media pula kalau tulis, Ibrahim Ali katak, ekstremis. Tak boleh ke tulis Ibrahim jaguh Melayu, pemimpin negara? Tak boleh tulis macam tu? Tulis benda negatif, jadi benda macam ni. Aniaya pada saya,”
Yang nyata dari perkataan Pak Him itu juga ialah pengakuan bahawa beliau memang seorang "ekstremis" apabila meminta beliau digelar "jaguh Melayu". Apa ertinya jaguh Melayu? Bukankah itu juga bernada ekstemis?

Bila masuk bakul dah kena batang hidung sendiri. Marah kerana PERKASA dituduh ektremis tetapi PEKIDA & ISMA tidak.

Sebenarnya baik PERKASA, PEKIDA atau ISMA memang sebakul dengan UMNO - bukankah perjuangan anda semua berlandaskan "bangsa"? Kenapa marah apabila disebut ekstremis? Bukankah anda sepatutnya berbangga kerana "ektremis Melayu" itulah ertinya anda telah menjadi jaguh Melayu? Jadi dimana salahnya orang lain menuduh anda ektremis?

Samseng Pemuda UMNO Belasah Wira PERKASA Sampai Berdarah


Ahli PERKASA dakwa cedera ditumbuk Ketua Pemuda UMNO Lenggong

KUALA LUMPUR: Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Bahagian Lenggong, Saad Abdul Rahman mendakwa cedera di muka dan menerima tiga jahitan, akibat ditumbuk Ketua Pemuda UMNO bahagian sama, Mohamad Iruan Zulkefli, ketika majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir diadakan di Dewan Kampung Kelantan, Lenggong, petang semalam.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada jam 2.25 petang Khamis, ketika Saad bersama dua rakannya, termasuk seorang daripadanya pemandu kepada Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, tiba di dewan berkenaan bagi mengiringi Shamsul yang juga Ketua UMNO Bahagian Lenggong, menghadiri majlis yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim itu.

Difahamkan, insiden itu tercetus apabila mangsa mendakwa dihampiri seorang lelaki yang dikenalinya sebagai Iruan, yang tiba-tiba menerpa ke arah beliau dan meminta PERKASA jangan menganggu urusan Pemuda UMNO.

Saad bagaimanapun menafikan tuduhan Iruan yang juga Pegawai Khas kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Namun, mangsa mendakwa tiba-tiba lehernya telah dicekak dan mukanya ditumbuk lelaki terbabit, manakala beberapa rakannya membantu dengan menolaknya ke dinding.

Dakwa mangsa lagi, kejadian itu turut disaksikan orang ramai serta ahli PERKASA dan UMNO yang berada dalam dewan itu, yang kemudiannya membantu meleraikan pergaduhan.

Saad kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Lenggong untuk mendapatkan rawatan, kerana mengalami luka di bahagian kening kiri dan terpaksa menerima tiga jahitan, sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lenggong.

The Rakyat Post yang menghubungi Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Idris bagi mendapatkan pengesahan dan penjelasan mengenai kejadian itu berkata, pihaknya akan berjumpa Saad, esok untuk mengetahui punca sebenar kejadian.

“Saya tidak berada di tempat kejadian, tetapi saya dimaklumkan pergaduhan ini berlaku semalam.

“Apapun, kita harap pihak polis membuat siasatan ke atas laporan polis yang telah dibuat ahli PERKASA ini (Saad),” kata Irwan.

Manakala cubaan menghubungi Iruan bagi mendapatkan penjelasan daripada pihaknya menemui jalan buntu, kerana sehingga berita ini diterbitkan, telefon bimbit beliau dimatikan. – The Rakyat Post


Wira PERKASA dakwa digasak Pemuda Umno

Seorang pemimpin sayap Wira PERKASA Perak, Saad Abdul Rahman mendakwa terpaksa merima tiga jahitan di mukanya akibat ditumbuk seorang pemimpin Pemuda Umno negeri itu.

Saad mendakwa dalam kejadian itu, Mohamad Iruan Zulkefli mencekak lehernya dan menumbuknya sehingga beliau cedera di bawah alis mata kirinya.

Dakwanya lagi, Mohamad Iruan turut memberi amaran kepadanya agar tidak mencampuri urusan Pemuda Umno.

Saad mendakwa kejadian itu berlaku di sebuah dewan di Kampung Kelantan, Lenggong semalam.

Dalam laporan polisnya, Saad mendakwa didatangi sepuluh orang lelaki yang diketuai Iruan.

"Lelaki tersebut telah cekak leher saya dan melepaskan tumbukan ke muka saya.

"Kawan-kawannya pula menolak saya ke dinding," laporan itu dipetik.

Isu agihan bantuan banjir

Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Idris mengesahkan perkara itu.

Beliau kesal kerana insiden itu berlaku ekoran pertikaian dalam pengagihan bantuan banjir.

“Kami masih menyiasat punca kejadian ini tetapi kami kesal kerana perkara seperti ini boleh berlaku.

“Ini adalah jenis pemimpin dalam Pemuda Umno sekarang, tiada sopan santun mahupun otak,” katanya.

Katanya, pertikaian tidak harus diselesaikan dengan kekerasan kerana Malaysia mempunyai undang-undang.

Sementara itu, Iruan memberitahu Malaysiakini bahawa Saad hanya berpura-pura dan “berlakon” seperti cedera teruk.

Beliau menangkis dakwaan bahawa pemimpin PERKASA itu cedera parah.

“Jangan jadi pelakon. Jangan ambil kesempatan dan jangan fitnah,” katanya.
– mk,




ULASAN GB

Ketara sangat penyampaian bantuan banjir anjuran UMNO sebagai medan untuk mencari populariti sehingga berlaku pergaduhan. Ertinya tiada keikhlasna untuk membantu di kalangan mereka...

10 Jan 2015

[VIDEO & GAMBAR] Indonesia Bom Kapal Nelayan Malaysia


Pihak berkuasa Polda Sumut dilaporkan telah meletupkan sebuah kapal nelayan milik Malaysia, baru-baru ini.

Kapal tersebut yang bernombor pendaftaran PKFA 7738 ditangkap selepas menceroboh dan menangkap ikan di Pandan Islet.

Memetik laporan Jakarta Post, Ketua Polis Sumatera Utara, Irjen Eko Hadi Sutedjo, kapal tersebut diletupkan menggunakan dinamit setelah mahkamah membenarkan tindakan tersebut.

Disember lepas, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno mengesahkan cadangan pengeboman kapal asing yang menangkap ikan secara haram di perairan negara itu.

“Anak kapal akan diselamatkan terlebih dahulu, kemudian apabila kapal sudah kosong baru dibom untuk menenggelamkannya.

“Ia sebagai pengajaran kepada semua penangkap ikan agar tidak mengulangi perbuatan salah itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya lagi, sebarang tindakan hanya akan diambil kerajaan Indonesia setelah keputusan mahkamah diperoleh.

Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Datuk Mohd Amdan Kurish menafikan ada perbincangan dengan Indonesia mengenai cadangan tersebut.

"Kita tak pernah berbincang mengenainya. Mungkin itu dasar baru Indonesia dan kita akan rujuk balik dengan Bakorkamla,” ulasnya.

MoU yang ditandatangani bersama Maritim dan Badan Koordinasi Keamanan Laut Indonesia (Bakorkamla) pada 2012 hanyalah berkaitan tindakan menghantar pulang atau menangkap nelayan yang menceroboh perairan negara jiran.









[VIDEO] Terkini QZ8501: Kedudukan Black Box Dikesan


.QZ8501: Kedudukan Kotak Hitam Dikesan

PANGKALAN BUN: Sistem sonar pada kapal Jadayat yang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mengesan kedudukan kotak hitam milik pesawat AirAsia QZ8501 di Selat Karimata di Laut Jawa dekat sini.

"Kita boleh beri jaminan kepada anda bahawa ia merupakan kotak hitam daripada pesawat itu kerana sistem sonar telah mengeluarkan bunyi isyarat 'ping'," kata Komander Tentera Indonesia, Jeneral Moeldoko ketika menaiki kapal tentera laut KRI Banda Aceh pada Jumaat, seperti dipetik oleh portal kontan.co.id.

Beliau berkata, kotak hitam itu dikesan pada kedudukan kira-kira 2.4 kilometer dari lokasi ekor pesawat dijumpai.

"Kita telah menghantar enam penyelam tentera untuk mencarinya (kotak hitam)," katanya.

Kotak hitam merupakan bahagian penting dalam setiap penyiasatan nahas dan insiden pesawat kerana mengandungi Perakam Suara Kokpit (CVR) dan Perakam Data Penerbangan (FDR). – The Jakarta Post/ANN/mstar


Setelah Black Box Air Asia Ketemu, Korban Lain?

TEMPO.CO, Jakarta - Kepala Badan Search and Rescue Nasional Marsekal Madya Henry Bambang Soelistyo mengatakan timnya tetap akan melanjutkan operasi meski kotak hitam atau black box pesawat Air Asia QZ8501 berhasil ditemukan. Soelistyo ingin menemukan jenazah pesawat nahas itu sebanyak-banyaknya.

"Tim tetap mencari. Tapi nanti kami evaluasi antara efektivitas dan efisiensi, tidak mungkin operasi sepanjang tahun. Kami berusaha semaksimal mungkin," ujar Soelistyo di kantornya, Kemayoran, Jakarta Pusat, Kamis, 8 Januari 2015.

Soelistyo tidak bisa menjamin timnya dapat menemukan keseluruhan korban pesawat rute Surabaya-Singapura yang berjumlah 155 penumpang dan 7 awak itu. "Kami tidak ada target, nanti evaluasi dulu."

Selain penumpang, tim SAR gabungan juga terus berupaya mencari bagian besar badan pesawat jenis Airbus A320-200 itu. Soelistyo menduga pada bagian besar pesawat masih ada penumpang yang terjebak di dalamnya.

Adapun untuk serpihan-serpihan pesawat Air Asia yang masih terserak di dasar laut, dia belum bisa memastikan apakah tim SAR akan mengangkatnya ke permukaan. Menurut Soelistyo, pengangkatan puing-puing itu bergantung pada permintaan tim investigasi atau dari pihak Air Asia.

"Kalau dengan serpihan yang ada dan dengan black box yang ditemukan sudah cukup, ya, terserah Air Asia diangkat atau tidak. Kalau kepentingan Basarnas, cari yang terbesar itu untuk menemukan saudara-saudara kita yang terjebak," katanya.
-tempo.co











Kemelut Harakah: Bukti UG Itu Memang Kejam & Zalim


Pecat Pengarang Harakah tindakan kurang berakhlak - Paksi

KUALA LUMPUR: Tindakan memberhentikan secara serta-merta khidmat tiga Pengarang Harakah disifatkan langkah kurang berakhlak pengurusan akhbar itu kepada kakitangannya.

Setiausaha Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Rozan Azen Mat Rasip berkata, ia sekaligus menggambarkan sikap tidak beretika, zalim dan tidak berakhlak.

"Paksi merakamkan simpati kepada tiga orang rakan wartawan di Harakah yang diberhentikan tanpa mengikut etika kerja yang lazim apatah lagi akhlak Islam seperti yang selalu disyarahkan oleh pimpinan parti Islam PAS selama ini.

"Bermula dengan tindakan memberhentikan secara serta-merta khidmat Pengarang Harakah, Datuk Tarmizi Md Jam, pada 1 Oktober 2014, kerana mengkritik UG (kerajaan campuran) dalam pimpinan PAS. Diikuti pertengahan Disember tindakan yang sama ke atas Roslan Hamid (editor rencana) kerana menyiarkan tulisan Dinsman yang mengkritik ulama dalam pimpinan PAS.

"Seterusnya tindakan ke atas Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman, atas alasan kesihatan, ketika beliau sedang bercuti sakit dan masih dalam rawatan doktor," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Dalam pada itu Paksi memohon penjelasan ulama PAS di atas tindakan tersebut.

"Sekiranya tindakan mereka itu menyalahi ajaran Islam, kami tuntut mereka memohon maaf dan menerima semula wartawan-wartawan berkenaan untuk bekerja seperti biasa.

"Kami juga menuntut agar pihak pengurusan Harakah membenarkan kakitangannya membentuk kesatuan sekerja, dan memperhatikan akhlak terutamanya prihatin terhadap kebajikan pekerja, dan kebaikan lain yang selalu disyarahkan pihak pimpinan PAS," ujarnya.

Katanya lagi, ia sekali gus tidak menggambarkan semangat PAS di dalam Pakatan Rakyat (PR) yang selalu mengkritik kerajaan Barisan Nasional.

"PAS kata BN tidak menghormati hak kebebasan bersuara, dengan menggunakan Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan namun tindakan pengurusan Harakah ini umpama 'meludah ke langit timpa batang hidung sendiri' dan 'mengata dulang paku serpih'.

"Sedangkan praktik mereka dalam sebuah syarikat mereka yang kecil tetapi sangat penting itu (Harakah adalah lidah rasmi PAS dan menjana pendapatan untuk PAS) pun mereka tidak laksanakan pengajaran mereka sendiri. Apakah ini tidak munafik?

"Begitu juga dengan pengajaran mengenai akhlak menjaga kebajikan pekerja (dan Negara Berkebajikan). Apakah tindakan memberhentikan pekerja dengan serta-merta dan tanpa notis itu sesuai dengan tuntutan Islam? Dan apakah memberhentikan pekerja yang sedang bercuti sakit dan masih dalam rawatan doktor itu juga sesuai dengan ajaran Islam?," jelasnya.

Dalam pada itu portal Themalaysianinsider melaporkan, pengasas lidah rasmi PAS, Ishak Surin menggesa Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berundur daripada kedudukannya sebagai ‎Pengerusi Harakah kerana memecat tiga pengarangnya.

"‎Saya cabar Mustafa Ali berundur. Kita sangat benci 'anak' yang kita lahirkan tiba-tiba bersikap zalim.

"Begitu mengejutkan sekali. Semuanya berlaku pada saat-saat PAS sedang bergolak hebat dengan krisis kepimpinan dan konflik antara golongan tertentu hingga mengakibatkan jualan akhbar Harakah jatuh merudum," katanya. -astroawani


Bekas pengurus gesa Mustafa Ali berundur ketuai Harakah

‎Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali digesa berundur daripada kedudukannya sebagai ‎Pengerusi Harakah kerana memecat tiga pengarangnya, kata Ishak Surin.

Pengasas lidah rasmi PAS itu berkata, ‎tindakan memecat Pengarang Harakah Tarmizi Md Jam, Pengarang Rencana Roslan Hamid, dan Ketua Pengarang Ahmad Lutfi Ahmad itu bersifat zalim dan melanggar hak kebebasan bersuara.

"‎Saya cabar Mustafa Ali berundur. Kita sangat benci 'anak' yang kita lahirkan tiba-tiba bersikap zalim," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Ketiga-tiga mereka pengarang Harakah itu dikatakan dipecat secara serta-merta kerana menyiarkan artikel yang mengkritik kepimpinan ulama dalam PAS.

Ishak pernah menjadi pengurus Harakah kira-kira dua tahun ketika akhbar itu mula diterbitkan pada 1986.

Katanya, tindakan meminta Lutfi meletakkan jawatan sewaktu beliau masih cuti sakit adalah tindakan yang tidak beretika, biadap bahkan zalim.

"Begitu mengejutkan sekali. Semuanya berlaku pada saat-saat PAS sedang bergolak hebat dengan krisis kepimpinan dan konflik antara golongan tertentu hingga mengakibatkan jualan akhbar Harakah jatuh merudum," katanya.

Beliau turut mempersoalkan motif sebenar tindakan pemimpin PAS memberhentikan 3 kakitangan Harakah terbabit.

Ishak tidak menolak kemungkinan tindakan itu dibuat akibat krisis kepimpinan dan konflik antara golongan yang sedang bergolak dalam PAS.

Akibatnya, mereka menjadi mangsa yang tidak berdosa dan mangsa pentadbiran zalim dan tidak bertanggungjawab.

"Apakah ini sebagai permulaan semakin terdedahnya wajah sebenar manusia munafik yang selama ini memperalatkan Islam?" katanya.

Katanya, pemimpin PAS yang tidak betul dan zalim perlu ditentang terlebih dulu sebelum menentang Umno kerana ia merosakkan imej Islam.

Ishak yang juga yang dipertua PAS Kawasan Batu berkata, pihaknya sudah menghantar surat bantahan kepada Mustafa pada 2 Januari lalu, tetapi masih tiada jawapan.

Sementara itu, kolumnis Harakah Shamsudin Othman yang dikenali sebagai Dinsman berkata, ini bukan kali pertama beliau mengkritik pemimpin PAS, tetapi tidak pernah diambil tindakan.

Beliau yang mula menulis di Harakah sejak 2008 berkata, beliau difahamkan ia berkaitan artikelnya bulan lalu yang mengkritik ulama PAS.

"Saya mengkritik dengan tujuan jika selama ini ulama dianggap kebal, saya cuba menerobos kekebalan itu," katanya yang kolumnya kali terakhir diterbitkan di Harakah pada Disember lalu.

Setiausaha Seniman Paksi Rakyat (Paksi) Rozan Azen Mat Rasip pula menuntut pengurusan Harakah membenarkan kakitangannya membentuk kesatuan sekerja, dan prihatin terhadap kebajikan pekerja.

"Kami mohon penjelasan ulama PAS dalam perkara tersebut. Sekiranya tindakan mereka itu menyalahi ajaran Islam, kami menuntut mereka memohon maaf dan menerima semula wartawan berkenaan untuk bekerja seperti biasa," katanya.

Gerakan Media Marah (Geramm) dalam kenyataannya bimbang isu permintaan supaya Lutfi meletak jawatan dibuat atas motif lain, bukan atas faktor kesihatan.

Penyelaras Geramm Fazallah Pit berkata pihaknya khuatir wujud unsur penindasan melalui tekanan politik dalaman tetapi berselindung atas alasan lain termasuk faktor kesihatan.

"Sekalipun Harakah adalah akhbar kepartian, kebajikan kakitangan, sama ada berpangkat tinggi mahupun rendah harus dipelihara sebaik-baiknya.

"Pada masa sama, nilai kebebasan media perlu diangkat, tidak hanya melukut di tepi gantang.

"Apatah lagi, ia membabitkan pemilik organisasi penerbitan yang turut sama melaungkan kebebasan bersuara secara bertanggungjawab," katanya.

Beliau berharap kemelut itu berakhir dengan damai tanpa menjejaskan kewibawaan akhbar, pemilik organisasi mahupun kakitangan editorialnya.
-TMI



Kes editor Harakah buat akar umbi PAS marah

Tindakan lidah rasmi PAS Harakah meminta ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman meletakkan jawatan serta menamatkan kontrak dua pengarang kanannya mencetuskan kemarahan akar umbi PAS.

Perkembangan itu mengundang PAS Batu mengadakan sidang media di Kuala Lumpur bagi menyatakan setiakawan mereka terhadap Lufti dan dua lagi bekas pengarang kanan Harakah – Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid.

Yang Dipertua PAS kawasan Batu, Ishak Surin (kiri) juga melontarkan kemarahannya kepada Pengerusi Harakah Datuk Mustafa Ali dan menyifatkan langkah itu tidak wajar dan tidak mencerminkan amalan dalam sebuah parti Islam.

“Mereka ini diminta berhenti tanpa sebab munasabah. Tak tahu apa sebab pun. Saya rasa ini tindakan yang tidak wajar.

“Tak patut dia (Mustafa) buat begitu. Dia dakwa sebagai pemimpin Islam, PAS. Tetapi perbuatan itu boleh mengaibkan Islam itu sendiri.

“Jadi kerana itulah PAS (kawasan) Batu bersama (kumpulan budayawan) Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) mengadakan sidang akhbar bersama tadi untuk mengutuk kerasnya tindakan yang dibuat Mustafa,” kata Ishak ketika dihubungi Malaysiakini.

Ishak yang juga antara pengasas Harakah juga mengambil langkah drastik menggesa supaya Mustafa (kanan) yang juga setiausaha agung PAS berundur daripada menjadi pengerusi Harakah.

“Saya minta dia berundur. Berundurlah. Dia (Mustafa) suka-suka saja nak berhentikan orang. Saya sebagai manusia saya rasa tak patut kita buang orang yang selama ini berkhidmat dengan Harakah bertahun-tahun.

“Saya sangat sedih. Saya merupakan pengurus Harakah yang pertama. Dulu duit pemimpin PAS pun satu sen pun kami tak ambil. Saya bukan nak ungkit.

“Tetapi, oleh kerana perkara ini sangat menyedihkan. Tak sepatutnya benda ini jadi begini,” katanya lagi sambil menangis.

Ishak berkata, tindakan PAS itu, terutamanya kepada Lutfi “tidak berperi kemanusiaan” memandangkan keadaan kesihatannya.

Malaysiakini kelmarin melaporkan Harakah sebagai meminta Lutfi, yang sedang bercuti sakit, meletakkan jawatan dan ditawar pencen illat dengan bayaran separuh gaji Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Lutfi bagaimanapun masih berminat untuk terus memberi khidmatnya kepada akhbar itu sebagai "sumbangan kepada parti".

Langkah itu dikaitkan abangnya Dinsman, juga seorang penulis terkenal, dengan beberapa tulisan yang didakwa mengkritik kepimpinan ulama dalam PAS.

Aktivis media khuatir motif lain

Sementara itu, kumpulan aktivis media bebas Gerakan Media Marah (GERAMM) pula khuatir terdapat motif lain di sebalik tekanan terhadap Lutfi itu dan bukan semata-mata atas alasan kesihatan.

Dalam kenyataannya hari ini, GERAMM turut bimbang terhadap kemungkinan wujud unsur penindasan terhadap tiga pengarang tersebut.

"Sekalipun Harakah adalah akhbar kepartian, kebajikan kakitangan, sama ada berpangkat tinggi mahupun rendah harus dipelihara sebaik-baiknya.

"Pada masa sama, nilai kebebasan media perlu diangkat, tidak hanya melukut di tepi gantang.

"Apatah lagi, ia membabitkan pemilik organisasi penerbitan yang turut sama melaungkan kebebasan bersuara secara bertanggungjawab," kata GERAMM.

Justeru, GERAMM berharap agar kemelut pemecatan itu berakhir dengan damai tanpa menjejaskan kewibawaan akhbar, pemilik organisasi mahupun kakitangan editorialnya.
-mk




ULASAN GB

GB tak mahu ulas panjang. Apa yang ahli-ahli PAS lihat pertamanya ialah tindak-tanduk Mustapha Ali sebagai Setiausaha Agong parti telah banyak menyebabkan "perpecahan" di dalam PAS bertambah melebar.

Kedua, telah menjadi semacam satu sikap golongan UG atau pro-ulamak, mereka bersikap dan bertindak kejam dan zalim. Lihat sahaja apa yang telah mereka lakukan ke atas kedua-dua ADUN Selangor yang hendak perkukuh dan perkuatkan Pakatan Rakyat di Selangor? Mereka gantung keahlian kedua-dua ADUN berkenaan, tetapi mereka (kumpulan UG ini) tanpa segan silu untuk menjawat jawatan-jawatan exco dan speaker di negeri Pakatan Rakyat Selangor.

Alasan yang dikemukakan oleh Lambaga Pengarah Harakah kononnya mereka menjaga kebajikan Ahmad Lutfi Othman tidak masuk akal. begitu juga dengan pemberhentian Roslan Hamid kononnya untuk mengecilkan operasi serta tindakan memberhentikan secara serta-merta Datuk Tarmizi Md Jam kerana dikatakan tamat kontrak. Alasan-alasan diberikan hanyalah untuk menutup kezaliman dan kekejaman mereka untuk "menekan" supaya mereka bertiga berundur.

Kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai golongan ulamak ini sebenarnya golongan yang sikap dan sifatnya lebih kurang dengan UMNO. Kita lihat bukti-bukti ini:


Bukan itu saja, mereka sanggup menyumpah, memaki, berkahak tuii malah memfitnah. Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan. Kezaliman dan kekejaman UG akan tetap terdedah. Dan hukuman ke atas mereka tetap berjalan... sepertimana banjir berlumpur yang melanda di situ... amat kesian rakyat di negeri itu...

9 Jan 2015

[MENAKJUBKAN] Fotografi 3D Di Masjidil Haram & Masjid An Nabawi


Berikut dipaparkan beberapa fotografi 3D Masjidil haram dan Masjid An-Nabawi direka oleh Wessam Hassanin.

ARAHAN

Mula-mula klik di imej yang dipaparkan di bawah. Kemudian apabila lamanwebnya terpapar, tunggu beberapa saat, dan anda boleh gerakkan gambar dengan hujung jari atau tetikus (bagi yang menggunakan komputer) bagi merasakan anda berada di sana.

Siapa yang nak tengok keindahan kaabah tekan no 3.

Boleh pegang Kaabah ...demikianlah majunya teknologi sekarang...















8 Jan 2015

[KISAH MASYARAKAT] "Selingkuh" Faktor Utama Keruntuhan Rumahtangga


Berikut disiarkan dua kisah perihal "selingkuh" yang kian kerap berlaku yang menggugat kedamaian rumahtangga di dalam masyarakat kini seperti tersiar di akhbar tempatan. Resah suami bongkar rahsia

CURANG dengan rakan pejabat, bersekedudukan bawah tangga. Berkali-kali saya mendesak ingin mengikuti suami menghadiri satu program melibatkan famili di tempat kerjanya.

Entah kenapa saya dapat rasakan pelawaan suami minggu lepas sekadar satu pelawaan kosong tanpa maksud.

Meski bibirnya memaklumkan tentang program itu berkaitan famili, lagaknya seakan berharap saya tidak berkeputusan untuk mengikut. Tapi dia silap. Sekali dia mempamerkan sikap teragak-agak, sepuluh kali curiga ini berganda.

Hari berkenaan, saya bersiap cantik-cantik. Pembantu rumah, Nisa dan bayi kecil kami berusia enam bulan juga sudah siap. Kami menunggu di garaj kereta. Suami bangun pagi dan bersiap dengan langkah longlai.

Dua hari lepas, dia balik jam 1 pagi minta saya sediakan nasi. Katanya selesai praktis untuk persembahan dia tak sempat makan malam dan terus balik rumah dalam kelaparan. Sebagai suri rumah dan seorang isteri, saya sediakan makanan secepat mungkin seperti yang dia minta. Saya padamkan letih demi dia.

Kami tiba di pejabatnya jam 6.40 pagi. Jemput rakan sekerja suami bernama Faiz dan kami terus bergerak ke Putrajaya lokasi di mana hari keluarga pejabat suami diadakan. Saya, Nisa dan bayi diam di kerusi belakang. Faiz bersalam dengan saya sambil tersenyum kelat.

“Eh, semua ikut? Maaf kak, Din cakap akak tak ikut.” Hati bertambah curiga tapi salamnya saya sambut juga.

“Din, Suzi dah siap. Kita jemput dia di hotel sebelah restoran tempat kita makan malam semalam.” Selamba ayat itu melurut dari bibir Faiz.

Hati bertambah panas bila mendengar nama Suzi disebut-sebut. Nama perempuan. Tinggal di hotel sebelah restoran tempat makan semalam?

Habis yang dia katakan tidak makan itu apa pula? Saya mula menendang tempat duduk kerusi pemandu dari arah belakang, memberi amaran bahawa hati saya sudah mula hendak panas.

Suami masuk hotel

Sepanjang perjalanan suami kelihatan resah dan sebaik kami tiba di hotel menempatkan wanita itu, tanpa mematikan enjin kereta, suami terus keluar dan meluru ke bilik hotel di tingkat satu yang berbentuk seperti rumah teres setingkat itu.

Alangkah hancur dan berkecai hati saya melihat perilaku suami yang dengan selamba memasuki bilik perempuan yang disebut sebagai Suzi itu.

Nisa memandang saya dengen ekspresi terkejut. Jika dia sebagai orang asing juga berasa curiga, apatah saya sebagai isteri. Saya tertanya-tanya kenapa suami meluru masuk ke bilik hotel kerana bukankah yang dimaksudkan penghuni hotel itu adalah Suzi? Perempuan?

Lima minit menunggu dengan penuh was-was, saya melihat suami keluar pintu diikuti Suzi sambil di tangannya menggalas beg pakaian. Saya jadi hilang sabar.

Entah angin apa yang menyerang saya waktu itu, saya terus keluar dari kereta bertanyakan siapa wanita itu. Faiz cuba meleraikan dengan alasan Suzi adalah teman wanitanya.

“Kenapa Din yang masuk bilik dia?!” Saya menyoal lagi. Intonasi saya tidak terkawal. Saya kerasukan. Suzi menyorok di belakang suami. Dalam hati saya terdetik, ALLAH nak tunjuk. Suami sendiri menunjukkan kebodohan dalam kegelisahannya.

Pagi itu saya mengamuk di hadapan hotel. Saya tarik rambut Suzi, saya tolak, tumbuk dan cakar dada suami. Saya sudah tidak kisah. Peristiwa demi peristiwa terkeluar dari mulut saya.

“Nama yang direkod atas nama Faiz2 itu siapa?! Setiap malam selama lebih dua bulan ini yang dikatakan pergi praktis program pejabat itu sebenarnya pergi ke mana?!

Praktis dengan siapa?! Tidak balik ke rumah selama beberapa malam itu operasi apa?!” Saya tanyakan semuanya sehingga akhirnya dia tiada jawapan lagi.

Saya menangis, melutut, merintih... Suami menyerah, Suzi menyerah... tapi apa yang saya mahukan lagi? Saya ditipuhidup-hidup.

Mengaku selingkuh

Saya isterinya. Saya percaya pada firasat yang ada dalam hati saya. Dan saya yakin, tidak saya seorang malah semua para isteri di luar sana juga berasakan perkara sama.

Andai suami berselingkuh, isteri pasti mampu menduga, berasa syak wasangka tapi isteri tidak berani menyuarakannya tanpa bukti di hadapan mata.

Namun percayalah sahabat wanita, ALLAH itu ada... ALLAH kan selalu ada...

Suami yang selingkuh pasti terperangkap dalam permainannya sendiri suatu masa nanti dan seperti mana yang berlaku terhadap suami saya dan perempuan itu, tembelang mereka pecah jua.

Terlalu pedih hati ini untuk menerima kekhilafan mereka. Saya tanya suami semenjak bila? Suzi rupa-rupanya seorang pelatih di pejabatnya sejak enam bulan lalu. Baru berusia 22 tahun dan tidak biasa tinggal di Kuala Lumpur. Hubungan mereka terjalin sejak hari kedua Suzi bekerja.

“Abang minta maaf. Abang cuma niat nak tolong Suzi tapi ...” Suami memeluk. Saya menolak kasar. Nisa dan anak sudah saya arahkan menunggu di dalam kereta. Hari itu juga saya akan berlalu dari hidup suami yang tak kenal hati budi.

“Abang ada isteri, tapi selingkuh dengan tunang orang? Apa yang abang dan perempuan tu dah buat? Sampai tahap mana?” Saya jijik menyebut nama Suzi. Meski pun jawapan suami bakal menghiris hati ini, saya tidak tahu kenapa saya tanyakan juga.

“Sumpah kami tak buat apa-apa..

“Jangan bersumpah! Saya dah paksa Suzi terus-terang. Saya bukan perempuan bodoh nak terima abang yang buat maksiat dalam tandas pejabat. Bawah tangga pejabat?! Apa tu?!” Air mata mengalir laju.

Kalau suami terlihat hina, saya berasakan lebih lagi. Tidak mahu terus menjerut hati, saya ambil keputusan keluar dari rumah dan akan memfailkan penceraian.

Sehingga hari ini, saya belum mampu menceritakan sebab sebenar rumah tangga saya hancur di tengah jalan kepada keluarga saya mahu pun mertua. Hati kekal terluka.


KISAH KEDUA

LULUH HATI SEORANG SUAMI LIHAT ISTERI BERSEKEDUDUKAN DENGAN MAT AFRIKA

Luluh hati seorang lelaki sejurus menangkap isterinya sedang bersekedudukan bersama seorang lelaki ‘Mat Afrika’ di dalam bilik hotel mewah di Bukit Bintang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa yang juga seorang kontraktor dilapor menyerbu bilik hotel bersama dua anak saudara dan diiringi anggota polis.

Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu mengesyaki isterinya mempunyai kekasih gelap dan sering datang ke ibu kota untuk bertemu lelaki warga Nigeria itu.

“Susulan itu lelaki berusia 50-an terbabit mengatur jerat dengan berpura-pura mahu pergi ke selatan tanah air atas urusan perniagaan.

“Lelaki itu bagaimanapun menggunakan kenderaan lain untuk memantau rumah sebelum mengekori isterinya itu yang didapati meninggalkan rumah,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit kemudiannya mengekori wanita itu sehingga ke ibu kota.

Sumber itu berkata, lelaki terbabit yang yakin isterinya mendaftar masuk ke sebuah bilik hotel di Bukit Bintang, di sini, bergegas ke balai polis berhampiran meminta bantuan pihak berkuasa untuk melakukan serbuan.

“Telahan lelaki itu terhadap kecurangan isterinya ternyata tepat apabila serbuan mendapati wanita itu sedang bersekedudukan dengan lelaki warga Nigeria.

“Malah ketika ditemui, wanita itu dilapor dalam keadaan tidak berpakaian lengkap,” katanya.

Sehubungan itu, lelaki terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di sini, untuk tindakan lanjut.

Dalam laporannya, lelaki terbabit yang juga ahli perniagaan menegaskan wanita terbabit masih isterinya.

Sementara itu, sumber Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) mengesahkan perkara itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta 559 (Akta Kesalahan Jenayah-Jenayah Syariah 1997).

ULASAN GB

Hentikan perbuatan selingkuh jika anda masih sayangkan pasangan anda.

Skandal RM2.6 Juta: Audit Bebas Dapati Memang Wujud Penyelewengan - Azmin


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menegaskan tidak akan berkompromi dengan penyelewengan yang ada dalam pampasan wang sebanyak RM2.6 juta kepada lapan kakitangan bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata laporan audit yang dikemukakan memang tidak ada masalah dan menambah apa yang berlaku dalam pembayaran tersebut memang bercanggah dengan tatacara dan prosedur kewangan.

Azmin mendakwa perkara itu telah diteliti oleh pengurusan MBI. Tambahnya satu jabatan bebas telah ditubuhkan untuk melakukan siasatan dan terbukti daripada dokumen yang dibentangkan itu memang berlaku penyelewengan dan penyalahgunaan.

Kata Azmin, MBI telah melakukan cara yang cukup diplomatik bagi menyelesaikan perkara ini dengan baik.

“Sekiranya ada penyelewengan kita minta mereka pulang balik dan sekiranya ada hak mereka kita akan bayar. Namun pembayaran itu mesti mengikut garis panduan yang betul,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran misi bantuan pembersihan bencana banjir di negeri Kelantan oleh pihak berkuasa tempatan negeri Selangor.

Beliau juga berkata tidak akan mencampuri urusan jabatan audit dalam menjalankan siasatan dan yakin pasukan audit itu telah ambil semua langkah bagi memastikan ketelusan.

Sebelum ini, mantan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI) Faekah Hussin mengakui telah menerima surat tuntutan pemulangan keseluruhan wang yang diberikan oleh pengurusan MBI kepadanya sebelum pentadbiran baharu mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan negeri Selangor.

Faekah menyatakan kekesalannya serta menyifatkan pentadbiran MBI sekarang sebagai bertindak melampaui batas yang luar biasa berkaitan isu MSS (Mutual Severance Scheme).

Azmin dimaklumkan oleh pengurusan MBI bahawa mereka yang terlibat ini telah diberikan masa dua minggu untuk menjawab surat tuntutan berkenaan.

Sekiranya mereka gagal memberi respon, akan ada tindakan-tindakan yang telah diputuskan oleh pengurusan MBI.

“Tindakan itu akan diumumkan oleh pihak MBI selepas tempoh itu tamat,” jelasnya. Kerajaan Negeri Selangor pada 3 Disember, mendedahkan laporan pampasan wang sebanyak RM2.6 juta teleh diberi kepada lapan kakitangan bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Laporan itu turut mendedahkan bayaran pampasan sebanyak 30 peratus daripada gaji didarabkan dengan jumlah bulan yang telah berkhidmat.

Sebelum ini, Faekah dikatakan penerima jumlah terbesar pampasan tersebut. Faekah didakwa menerima bayaran sebanyak RM700,000. Manakala, Setiausaha Akhbar Khalid Ibrahim, Arfa’eza Abdul Aziz menerima pampasan RM358,000 dan RM55,000 ganti kepada notis tiga bulan dan Setiausaha Politik Mustapa Mohd Talib menerima RM265,000.

Pembantunya yang lain didakwa dibayar antara RM97,000 dan RM230,000 masing-masing sebagai pampasan dan di antara RM18,000 dan RM69,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan mereka. -FMT

MBI: Pampasan RM2.6 juta langgar prinsip asas

Kontroversi pampasan RM2.6 juta kepada bekas kakitangan Pemerbadanan Menteri Besar Incorporated (MBI) yang menjadi pembantu pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kian memuncak dalam media. Ikuti temu bual Selangor Kini, Afeeqa Afeera bersama Ketua Pegawai Eksekutif baharu MBI, Yang Mulia Raja Shahreen Raja Othman bagi memperinci isu berkenaan.

Pandangan mengenai kontroversi pampasan yang mengaitkan lapan bekas kakitangan MBI?

Kontroversi itu semua orang sudah tahu kerana apabila pengurusan baharu masuk, ia sudah terjadi dan bayaran sudah dibuat. Berdasarkan dokumen dan laporan yang ada, perkara itu bermula semasa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan dan pegawai serta pembantunya turut sama berhenti.

Isunya berkaitan mengenai prinsip prinsip asas takbir urus korporat.

Berdasarkan laporan audit yang bebas (independent), prinsip prinsip asas yang dilakukan tidak menepati piawai dan ia perlu dilihat semula oleh MBI. Secara dasar, yang dapat saya terangkan, masalah timbul kerana asasnya tidak dipatuhi.

Siapakah yang bertanggungjawab membuat keputusan dan meluluskan bayaran?

Dari segi prosedur yang betul, pampasan kepada sesiapa pun sepatutnya sama ada melalui Skim Pemberhentian Sukarela (VSS-Voluntary Separation Scheme), Skim Pemberhentian Kerja (MSS-Mutual Separation Scheme) atau apa-apa skim pencen perlu mendapat kelulusan ahli Lembaga Pengarah. Jadi, situasi di MBI tidak terkecuali.

Apabila ia dibawa masuk ke mesyuarat ahli Lembaga Pengarah, perkara itu perlu mendapat persetujuan menyeluruh, bukan hanya bersetuju atas dasar prinsip tetapi perlu dibuat secara terperinci dan muktamad (keseluruhan).

Semua kertas kerja, penyelidikan dan perkara berkaitan yang dibuat perlu dirujuk untuk keputusan kepada ahli Lembaga Pengarah supaya mereka mengetahui bagaimana implikasi kewangan, impak kepada syarikat, setiap seorang dapat berapa (pampasan), bagaimana kira-kira dan sebagainya. Itu semua perlu diambil kira.

Ketika keputusan dilakukan, adakah ia dimaklumkan terlebih dahulu kepada semua ahli Lembaga Pengarah MBI ketika itu?

Pemaklumkan secara keseluruhan itu tidak berlaku kerana berdasarkan laporan audit yang diteliti, ia hanya bersetuju atas dasar prinsip. Bagi saya, ia hanya berdasarkan kepada itu sahaja, bukannya secara menyeluruh dan terperinci.

Adakah keputusan itu diputuskan oleh MBI sahaja atau membabitkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)?

Tidak. Ia hanya membabitkan MBI sahaja.

Bekas CEO MBI, Faekah Husin mendakwa laporan audit berhubung isu pampasan itu cacat, tidak profesional dan berniat jahat. Pandangan?

Audit yang dilakukan adalah independent dan objektif dan ia Itu berdasarkan program audit yang dilakukan oleh pasukan audit yang berpengalaman luas. Jadi saya tidak boleh komen tentang cara pengauditan itu.

MBI sudah mengedar surat tuntutan pulangan pampasan. Jika tiada maklum balas dalam tempoh ditetapkan, adakah bentuk tindakan akan diambil?

Kita perlu tunggu sehingga tempoh 14 hari sebelum tindakan susulan dibuat.

Adakah isu pampasan menjejaskan pengurusan MBI kerana ia menimbulkan pelbagai kontroversi terutama dalam media?

Tidak. Kami kini sedang berusaha untuk kehadapan dengan lebih fokus.

Siapa yang membuat keputusan supaya tuntutan pulangan wang pampasan dilakukan?

Ia diputuskan MBI sendiri setelah meneliti semua laporan laporan yang ada.

Berdasarkan senarai 14 kakitangan yang berhenti, adakah lapan sahaja yang menerima pampasan melebihi jumlah sepatutnya?

Ya.
-selangorku


[VIDEO & GAMBAR] TERKINI: Ekor Pesawat Tempat Simpan Blackbox Ditemui

Penemuan Ekor Pesawat Disahkan

JAKARTA: Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) telah menemui bahagian ekor pesawat AirAsia Indonesia, penerbangan 8501 yang terhempas di Laut Jawa, kata ketua operasi SAR pada Rabu.

"Kami telah berjaya mendapatkan sebahagian daripada bahagian pesawat yang telah menjadi sasaran kami.

"Bahagian ekor pesawat dengan ini telah disahkan ditemui," kata ketua pasukan SAR Indonesia, Bambang Soelistyo kepada pemberita di Jakarta.

Penemuan di dasar laut menandakan satu kejayaan dalam operasi carian memandangkan ekor pesawat biasanya menempatkan 'kotak hitam' perakam data penerbangan yang penting untuk menentukan punca kemalangan.

Pesawat itu hilang dari skrin radar semasa ribut pada 28 Disember ketika dalam penerbangan dari bandar Surabaya ke Singapura dengan 162 orang di atas kapal, yang mana sebahagian besar daripada mereka adalah dari Indonesia.

Walaupun operasi carian besar-besaran dibantu oleh pelbagai negara, kemajuan operasi tersekat-sekat dengan cuaca buruk menghalang carian. Setakat ini 39 mayat telah ditemui, semua daripada mereka terapung di atas air.

Ketua pasukan SAR sebelum ini berkata lima bahagian besar pesawat itu telah dikesan tetapi tidak mengesahkan bahagian pesawat tersebut.

Indonesia mendakwa pesawat itu terbang pada jadual yang tidak dibenarkan apabila ia terhempas dan AirAsia sejak itu telah digantung daripada melakukan penerbangan di laluan Surabaya-Singapura.


Ekor Pesawat Ditemukan Terbalik dan Masuk Lumpur Dasar Laut

Gambar handout ini dikeluarkan oleh Basarnas yang diyakini gambar dari bahagian pesawat AirAsia QZ8501, yang difoto oleh penyelam yang bekerja di Laut Jawa, Rabu (7/1/2015). Basarnas mengatakan pada tanggal 7 Januari 2015 telah menemukan ekor AirAsia QZ8501, berpotensi menandai langkah besar untuk menemukan kotak hitam pesawat dan membantu memberi petunjuk penyebab pesawat jatuh ke laut. AFP PHOTO / BASARNAS



TRIBUNNEWS.COM, PANGKALAN BUN - Badan SAR Nasional (BASARNAS) memastikan ekor pesawat AirAsia QZ8501 sudah ditemukan di Laut Jawa dekat Selat Karimata, Kalimantan Tengah, Rabu (7/1/2015).

Ekor pesawat yang jadi tempat penyimpanan kotak hitam atau blackbox ditemukan dengan posisi terbalik dan masuk lumpur dasar laut.

"(Temuan itu) merupakan bagian dari ekor pesawat dengan posisi tertanam masuk ke lumpur," kata Direktur Operasional BASARNAS, Marsekal Pertama SB Supriyadi dalam jumpa pers di Posko Pencarian, Lanud Iskandar, Pangkalan Bun, Kalteng, Rabu (7/1/2015) petang.

Dalam sidang akhbar tersebut, turut hadir Menteri Perhubungan Ignasius Jonan dan Menteri Koordinator Kemaritiman Indroyono Soesilo.

Menurut Supriadi, temuan posisi ekor tersebut menjadi dugaan bahwa sebagian blackbox yang ada di bagian kanan ekor pesawat juga terendam lumpur.

Atas temuan ekor dan sejumlah serpihan dan kursi pesawat, Supriyadi menduga pesawat AirAsia QZ8501 rute Surabaya-Singapura yang hilang kontak sejak 28 Desember 2014 tersebut jatuh dengan posisi terbalik.
-tribunnews












7 Jan 2015

[VIDEO] TERKINI QZ8501: Ada 2 Mayat Yang Hanya Tinggal Tulang...


Pengkalan Bun - Dua jenazah mangsa pesawat AirAsia QZ 8501 yang baru dikeluarkan berada di dalam keadaan yang sangat memilukan dan amat sulit untuk dikenali secara fisikalnya, demikian lapor okezone.

"Keadaan jenazah sudah sangat sulit dikenali kerana mengalami pembusukan lanjut," kata Koordinator Tim DVI Mabes Polri di Pangkalan Bun, Komisaris Besar Polisi dr Hariyanto, Rabu (7/12/2014).

Kira-kira pukul 09.00 waktu tempatan, dua jenazah perempuan dewasa yang baru ditemukan sudah dikemas di RSUD Sultan Imanuddin dan dihantar ke Landasan Udara Iskandar untuk diterbangkan menuju Surabaya.

Satu jenazah telah dievakuasi ke hospital pada Selasa petang dan disimpan di peti pendingin (cold storage) jenazah. Satu jenazah lainnya baru tiba Rabu pukul 02.00 WIB kerana perlu dievakuasi melalui kapal dan diturunkan di Pelabuhan Panglima Utara kerana evakuasi menggunakan helikopter tidak dapat dilakukan akibat cuaca buruk.

Tim DVI di RSUD Sultan Imanuddin hanya dapat mengetahui jenis kelamin dan ciri-ciri yang masih melekat di jenazah. Keadaan jenazah seperti itu membuat petugas lebih hati-hati dalam mengemas agar tidak rusak selama ia diterbangkan ke Surabaya.

"Organ yang terbuka sudah banyak rusak dan yang ada hanya sisa tulang, persendian ada yang hilang, jadi kita terpaksa bersandar pada ujian DNA," ucap Hariyanto.

Hingga Rabu pagi, sudah 39 mangsa pesawat AirAsia QZ 8501 yang berhasil dievakuasi. Semua jenazah diterbangkan ke Surabaya untuk diidentifikasi dan diserahkan kepada pihak keluarga.






[BONGKAR] E-Coli Atau E-Jolly? Bangkok Post Ada Ceritanya!


Najib ke Thailand lawatan peribadi, bukan urusan rasmi, kata laporan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada di Thailand dalam rangka lawatan peribadi untuk berjumpa rakan sejawatnya di negara itu, Jeneral Prayut Chan-o-cha, dan juga untuk berehat sempena cuti tahun baharu, lapor Bangkok Post hari ini.

Memetik sumber, ia menyatakan yang Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor melawat Thailand pada 2 Januari.

Laporan tersebut berkebetulan dengan kehadiran pesawat rasmi kerajaan di ibu negara Thai itu di mana Airbus A319 itu dikesan terbang dari Dubai ke Bangkok awal pagi itu.

"Mereka pergi membeli-belah, bermain golf dan menginap satu malam di Hotel Shangri-La di Bangkok," tambah laporan itu.

Semasa lawatannya, Najib juga bertemu dengan Prayut dan berbincang secara tidak rasmi selama 90 minit di kediaman perdana menteri Thailand itu.

Antara topik yang dibincangkan, menurut laporan Bangkok Post, termasuk kedudukan Malaysia sebagai pengerusi Asean.

Laporan itu juga menambah, memandangkan lawatan tersebut bersifat peribadi, berita tentangnya tidak disiarkan atas sebab 'protokol'.

"Perdana menteri Malaysia itu terpaksa menulis tweet yang beliau sedang makan tengahari dengan Prayut, berterimakasih kepada Thailand kerana menderma 500 tan beras untuk mangsa banjir di Malaysia bagi mengelak kritikan," kata sumber itu kepada Bangkok Post.

Ramai rakyat Malaysia mengkritik Najib selepas gambar beliau bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama tersebar di Internet.

Isunya bertambah buruk apabila beliau tidak pulang ke Malaysia menggunakan pesawat rasmi kerajaan yang digunakannya untuk pergi ke sana, sebaliknya menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), menambah lagi spekulasi tentang lokasi pesawat rasmi kerajaan itu.

Pesawat Airbus 319 itu, dengan nombor pendaftaran 9M-NAA, dilaporkan semalam mendarat di Lapangan Terbang Subang selepas tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) malam sebelumnya.

Sebelum itu, pesawat itu dilaporkan berada di AS, London, New York, Dubai dan Bangkok.


Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan kepada wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berkata, Najib tidak dapat menggunakan jet rasmi kerajaan untuk pulang ke Malaysia pada 27 Disember kerana mengalami 'isu teknikal'.

Najib juga mempertahankan permainan golf beliau dengan Obama, memanggilnya 'golf diplomasi' yang juga dilakukan pemimpin Malaysia sebelumnya, termasuk bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak.

Beliau berkata jemputan dari Obama 'sukar untuk ditolak' kerana ia dirancang mengikut jadual pihak lain. -TMI



ULASAN GB

Dari laporan di atas dinyatakan:

"Mereka pergi membeli-belah, bermain golf dan menginap satu malam di Hotel Shangri-La di Bangkok,"

Berdasarkan laporan itu, maka betullah ulasan GB sebelum ini bahawa lawatan Najib ke Thailand baru-baru ini bukanlah semata-mata bincang banjir... tetapi untuk menemani dan mengiringi Rosmah shopping dan kemudian baru pulang ke nagara.

Tentang e-coli pula, memang GB tak perlu ulas samada ia benar atau tidak. Kalau benar, GB kata sebelum ini semuga segera pulih... orang sakit tak kira kawan atau lawan kita doakan agar segera sembuh... Tetapi jika tidak benar, maka ianya akan memakan dirinya semula... nanti satu hari betul-betul kena e-coli. Bukan kita doakan begitu, tetapi demikianlah hukum alam (sunatullah) berjalan... pendusta tidak berdusta kecuali kepada dirinya sendiri.

Dan yang ketara setakat ini ialah kedua-duanya ada penyakit e-jolly!

[VIDEO] Awan Kumulonimbus Penyebab QZ8501 Jatuh Sudah Tercatat Dalam Al-Quran


Pakar penerbangan Indonesia mendakwa bahawa pesawat AirAsia QZ8501 yang jatuh semasa penerbangan Surabaya-Singapura setelah ia melalui awan kumulonimbus.

Alvin Lie memberitahu, sekiranya sesuatu pesawat tersebut memasuki awan kumulonimbus, ia akan naik dengan pantas dalam keadaan yang tidak stabil.

“Dengan kelajuan hampir seperti pesawat tempur serta sayap pesawat itu tidak direka sedemikian menyebabkan sayapnya mudah patah dan musnah.

“Posisi pesawat akan naik di dalam awam kumulonimbus dengan keadaan tidak stabil dan semakin sukar untuk dikendalikan,” katanya kepada detik.com.

Tambahnya, setelah melepasi awan kumulonimbus, pesawat akan berada dalam keadan tidak stabil, boleh menjunam ke bawah, berpusing-pusing dan mungkin sayapnya telah patah kerana tidak dapat menahan tekanan yang kuat sebelum itu.


Beliau turut mempersoalkan bagaimana pesawat canggih seperti itu boleh memasuki awan kumulonimbus.

“Jika kumulonimbus itu jauh boleh dielakkan dan awan sebesar itu dari jauh juga boleh boleh dilihat,” katanya.

Awan kumulonimbus merupakan sejenis awan yang tinggi, padat dan merupakan awan pembentuk hujan dan ribut petir serta cuaca sejuk dan lembap. Ia lazimnya terbentuk pada ketinggian 6,500 kaki hingga 60,000 kaki (2,000 meter – 16,000 meter).


Awan Kumulonimbus dan Kebenaran Alquran

Awan kumulonimbus sempat menjadi perbincangan pasca hilangnya pesawat AirAsia QZ8501, Minggu 28 Desember 2014. Pesawat yang mengakut 155 penumpang dari Surabaya menuju Singapura itu diduga jatuh karena terjebak awan kumulonimbus.

Ternyata kehebatan awan kumulonimbus sudah dijelaskan dalam Alquran. Kepala Balitbang Kemenag Makassar, Hamzah Harun Al Rasyid MA, menyebarkan isyarat Alquran tentang kumulonimbus melalui akun Facebook-nya, Kamis 1 Januari 2015.

"Subhanallah, Nabi Muhammad SAW 1400 tahun silam tanpa pesawat, tanpa satelit dan tanpa teropong, tanpa teknologi dapat menjelaskan jenis awan Cumulonimbus yang dituliskan dalam kitab Alquran," kata alumnus Pondok Pesantren As'adiyah dan Universitas Al Azhar Mesir itu.

Dia kemudian mengajak membaca Alquran Surat AnNur 24: 43. Berikut terjemahannya;

"Tidakkah kamu melihat bahwa Allah menjadikan awan bergerak perlahan lalu mengumpulkannya, kemudian Allah menjadikannya bertumpuk-tumpuk, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) es dari langit, (yaitu) dari (awan cumulonimbus seperti) gunung-gunung tinggi, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) airbatu itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dihindarkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilatnya hampir-hampir menghilangkan penglihatan".

Hamzah juga mengutip pernyataan pakar dirgantara; "Dalam awan kumulonimbus terdapat butiran airbatu yang menyebar dan badai petir yang mengkilat, kalau butiran airbatu itu masuk ke enjin maka ia dapat menyebabkan enjin terus mati," tulisnya.
-dream.co



Pengalaman Menembusi Awan Kumulonimbus

Video yang berjudul "Cockpit View Approach and Landing at Soekarno Hatta Airport in stormy weather" yang dibuat oleh seorang pilot Maskapai Garuda Indonesia, bernama Gilang Wardhana ketika memasuki awan CB di wilayah Utara Jakarta. Pilot hendak mendarat di Bandara Soekarno Hatta, Cengkareng pada Malam Hari dengan cuaca yang tidak bersahabat

Pilot pesawat Airbus A330 PT Garuda Indonesia yang juga mantan Presiden Asosiasi Pilot Garuda Stephanus G Setitit mengatakan:

Awan CB sejatinya berisi:
- air
- salju
- bongkahan ais
- ion listrik yang bisa menimbulkan petir
- pergerakan udara yang hebat tidak beraturan naik dan turun

Dampak Terburuk Berada di dalam Awan CB:

1. Turbulensi

Dalam awan juga terdapat pergerakan udara ke atas ataupun ke bawah. Dinamika itu terjadi karena proses pembentukan awan terjadi terus-menerus sehingga ada gerakan ke atas (updraft). Pada saat bersamaan juga terjadi gerakan udara turun (downdraft) saat bulir air turun menjadi hujan.

Gerakan udara naik dan turun itu akan membuat pesawat mengalami turbulensi. Penumpang di dalam pesawat akan merasakan turbulensi itu sebagai guncangan.

Turbulensi yang besar bisa merusak struktur pesawat. ”Bahkan, jika guncangannya sangat besar, pesawat bisa patah,” kata konsultan penerbangan Gerry Soejatman.

2. Mengganggu Hingga Merusak Mesin Pesawat

Selain bulir air, awan kumulonimbus berisi salju, kristal es hingga bongkahan es. Partikel es itu umum terbentuk pada lapisan awan yang lebih tinggi. Di samping itu, kecepatan angin juga makin besar di lapisan awan yang lebih tinggi.

Ahli propulsi pesawat Program Studi Aeronautika dan Astronautika ITB, Firman Hartono mengatakan, turbulensi bisa menyebabkan kompresor pada mesin pesawat mengalami gangguan aliran udara. Pada kondisi normal, udara yang masuk mesin seharusnya bergerak lurus. Namun, akibat turbulensi, gerakan udara menjadi tidak teratur sehingga proses pembakaran di mesin tidak sempurna.

”Akibatnya, kinerja mesin berkurang,” katanya.

Pembakaran yang tidak sempurna di mesin juga bisa disebabkan oleh bulir air maupun lelehan salju di awan yang masuk ke mesin pesawat. Jika jumlah air yang masuk terlalu banyak, mesin pesawat bisa mati.

3. Sambaran Petir Merusak Komunikasi dan Navigasi

Awan kumulonimbus juga mengandung banyak partikel bermuatan listrik yang bisa memunculkan petir. Partikel bermuatan dan sambaran petir itu bisa mengacaukan sistem kelistrikan pesawat sehingga mengacaukan sistem komunikasi dan navigasi pesawat.
-wikidpr








6 Jan 2015

[VIDEO] QZ8501: Memilukan - 5 Mayat Terikat Di Kerusi


Semarang: Sayu dan sedih. Itu gambaran diberikan anggota pasukan Kapal Perang Republik Indonesia (KRI) Bung Tomo ketika melakukan pemeriksaan ke atas lima mayat masih terikat di kerusi penumpang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, kelmarin.

Keinginan untuk membantu menyebabkan pasukan berkenaan sanggup berhadapan cabaran ombak besar dan angin kencang semata-mata untuk mengangkat mayat berkenaan ke atas kapal.

Dua baris kerusi penumpang iaitu masing-masing tiga kerusi bergabung kini berada di geladak KRI Bung Tomo. Masih terdapat genangan air laut pada kerusi beberapa bahagian kerusi penumpang itu.

Komandan KRI Bung Tomo, Kolonel Yayan Sofiyan berkata, ketika pihaknya melakukan pemeriksaan, keadaan ombak bergelora disertai angin kencang namun atas semangat mahu membantu, mereka tetap mahu mengambil kerusi yang masih terikat tiga mayat dan terumbang ambing dibawa arus.

"Dipercayai tiga mayat itu membabitkan ibu bapa dan anak serta masing-masing masih berada di atas kerusi sambil memakai tali pinggang keledar. Hati kami cukup sayu.

KD Kasturi temui 3 mayat mangsa pesawat AirAsia

KUALA LUMPUR - Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Kasturi (KAS), menemui tiga lagi mayat terapung di Laut Jawa ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang memasuki hari kesembilan hari ini (semalam).

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menerusi akaun Twitternya hari ini berkata, mayat itu terdiri daripada seorang wanita manakala dua lagi belum diketahui identitinya.

"KAS menjumpai satu lagi jasad pada 11.30 pagi di Sektor IV. Jasad itu dan dua lagi yang ditemui pada 051000H (10 pagi hari ini) tadi telah dinaikkan. Ia seorang wanita, dua lagi tidak diketahui," katanya.

Dengan penemuan itu, menjadikan keseluruhan tujuh mayat mangsa pesawat berkenaan berjaya ditemui pasukan SAR TLDM yang menyertai misi SAR QZ8501 di perairan Laut Jawa sejak Isnin minggu lepas.

Abdul Aziz berkata KAS menggantikan KD Lekir yang menamatkan operasinya pada misi itu dan telah kembali ke Malaysia.

Pada Rabu lepas, KD Lekir menemui satu mayat terapung di kawasan pencarian Sektor I di Laut Jawa manakala pada sebelah petangnya, KD Pahang pula menemui tiga mayat di Sektor IV.

Selain tiga kapal TLDM iaitu KD Pahang, KD Lekir dan KD Lekiu yang dilengkapi helikopter jenis Fennec, Malaysia juga menghantar pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu C-130, CN235 dan Beechcraft, untuk menyertai operasi mencari pesawat malang berkenaan.

Pesawat Airbus A320-200 bersama 162 penumpang dan anak kapal itu berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi Ahad dan dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi hari yang sama.

Ia terputus hubungan dengan menara kawalan udara Indonesia pada 7.24 pagi.

Penumpang pesawat itu terdiri daripada warga Indonesia seramai 149 orang, Korea Selatan (tiga), Singapura, Malaysia dan United Kingdom (masing-masing seorang).

Pesawat dikendalikan dua juruterbang dan lima petugas kabin.
-Bernama







UMNO Masih Enggan Terima Fakta Mereka Tewas Undi Popular PRU13 - Sakmongkol


Anggota PERKASA watak kartun – Ariff Sabri

PERKASA tidak layak membela institusi raja kerana dianggotai oleh watak-watak kartun. Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul AzizPETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP-Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, Raja-raja Melayu tidak memerlukan pembelaan mana-mana pihak untuk mengekalkan kedudukan, termasuk oleh PERKASA.

Beliau secara sinis menyatakan, PERKASA tidak layak membela institusi raja kerana dianggotai oleh watak-watak kartun kerana ”Jatuhlah martabat Raja Melayu kalau ada terlintas fikiran mahukan pembelaaan dari kumpulan-kumpulan seperti ini.”

Menulis di dalam entri terbarunya di blog sakmongkol.blogspot.com, beliau mendakwa, UMNO sebenarnya sedang terdesak untuk mengekalkan kuasa politiknya termasuk menggunakan institusi raja yang akan terhapus sekiranya pembangkang berkuasa di Malaysia.

Bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan itu mendakwa, sesiapa pun yang menguasai kerajaan tidak memberikan kesan atau menggugat kedudukan Raja-raja Melayu.

Sehubungan itu katanya, rakyat tidak boleh membiarkan diri terus diperbodohkan oleh UMNO yang didakwanya sebagai sebuah parti politik feudal.

”Orang Melayu itu majoriti bukan? Selagi mereka majoriti dan berkehendakkan Raja-raja mereka, maka Raja Melayu tetap wujud. Maka Raja yang patut ambil hati rakyat. Kecintaan dan perasaan mahabbah terhadap Raja bukan boleh dipaksa-paksa. Tak perlulah UMNO menakutkan orang Melayu. UMNO sudah menakutkan orang Melayu sejak 1946 lagi,” ujar Mohd Arif.

Kata Mohd Ariff, UMNO enggan menerima fakta parti itu telah tewas dalam undi popular pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang menunjukkan mereka tidak ada legitimasi moral serta tidak layak memperkatakan kerajaan campuran atau perpaduan.

Sehubungan itu beliau mempersoalkan mengapa perlu bercakap mengenai perpaduan nasional dan perpaduan Melayu antara PAS dan UMNO.

”Kenapa kita tidak bercakap mengenai perpaduan nasional?” soal bekas ADUN Pulau Manis itu dan menambah: ”Apa yang besar dan keramat sangat kita mahu bercakap mengenai perpaduan Melayu antara PAS dan UMNO?”

”Idea kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO sedikit sangat melibatkan agama, bangsa dan Raja Melayu. Perkara sebenarnya ialah UMNO sedang terdesak untuk kekalkan kuasa dan sekarang benar-benar menangguk di air keruh dan menahan lukah di pergentingan,” tulisnya. -FMT

Menangguk di Air Keruh; Menahan Lukah di Pergentingan

Kenapa kita tidak bercakap mengenai perpaduan nasional? Apa yang besar dan keramat sangat kita mahu bercakap mengenai perpaduan Melayu antara PAS dan UMNO? Idea kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO sedikit sangat melibatkan agama, bangsa dan raja Melayu. Perkara sebenarnya ialah UMNO sedang terdesak untuk kekalkan kuasa dan sekarang benar2 menangguk di air keruh dan menahan lukah di pergentingan.

Ini hanya cakap politik yang beragendakan pengekalan kuasa memerintah dan hak menguasai perbendaharaan negara. Bayangkan apa jadi kepada UMNO jika mereka tidak ada kuasa keatas perbendaharaan dan keatas sumber kewangan dari GLC2 yang jadi ATM UMNO? Parti itu akan gulung tikar.

UMNO itu Melayu bukan? Mengapa mereka sekat bayar royalty minyak atau bantuan lain kepada Kelantan yang bukan sahaja kerajaan nya kerajaan Melayu lagi Islam, bahkan majority rakyat nya pun Melayu.

Define win-win yang UMNO pakai; konsep menang-menang yang UMNO pakai ialah kita menang, kamu kalah.

Perpaduan antara rakyat berbilang kaum, agama dan budaya kenapa UMNO tidak mahu cakap? Ini suatu cabaran yang lagi besar yang mencukai kapasiti berfikir kita. Cakap mengenai perpaduan Melayu sebetulnya adalah cakap politik dan agenda nya ialah mengekalkan kuasa. Golongan yang mempunyai kepentingan terbesar dalam mengekalkan kuasa ialah UMNO.

Seperti yang kita tahu, dan puak UMNO enggan terima ialah fakta UMNO tewas dalam undi popular PRU13 yang bererti mereka tidak ada legitimasi moral.

Jadi apa yang mereka lakukan? Tidak berhenti menakutkan orang Melayu menggunakan bangsa, agama dan Raja Melayu. Cuba pembaca renungkan isiu yang paling akhir sekali; adakah kepentingan raja Melayu tergugat?

Siapa pun yang jadi kerajaan, kedudukan raja Melayu tetap terjamin oleh perlembagaan dan oleh kekuatan demografi orang Melayu. Jangan kita biar diri kita dibodohkan oleh UMNO. UMNO itu parti feudal yang ertinya, kedudukan seseorang ditentukan oleh eksiden keturunan. Kalau kita keturunan baik, maka kedudukan kita tejamin.

Orang Melayu itu majoriti bukan? Selagi mereka majority dan berkehendakkan raja2 mereka, maka raja Melayu tetap ujud. Maka Raja yang patut ambil hati rakyat. Kecintaan dan perasaan mahabbah terhadap raja bukan boleh dipaksa paksa. Tak perlulah UMNO menakutkan orang Melayu. UMNO sudah menakutkan orang Melayu sejak 1946 lagi.


Kemudian tanya lagi- adakah kepentingan bisnes raja Melayu yang buat bisness tergugat bila kerajaan selain dari UMNO memerintah? Kepentingan bisness keluarga diraja Kelantan- tidak terjejas sedikit pun walaupun PAS yang memerintah. Di Selangor, kepentingan bisnes Raja yang berbisnes sedikit pun tidak terjejas walaupun dulunya Khalid Ibrahim jadi MB dan sekarang Azmin Ali jadi MB. Raja2 Selangor masih dapat buat bisness juga. Kita tiak pernah dengar kerajaan bukan UMNO rampas atau sekat raja Melayu melakukan bisness.

Kemudian, Raja Melayu sebenarnya tidak memerlukan pembelaan dari mana2 pihak pun. Takkanlah Raja Melayu mahukan pembelaan dari Perkasa misalnya yang anggota nya terdiri dari watak2 kartun? Jatuhlah martabat Raja Melayu kalau ada terlintas fikiran mahukan pembelaaan dari kumpulan2 seperti ini.

Cuba kita ambil lagi satu isu orang Melayu. Ekonomi mereka. Dari semua sudut kedudukan orang Melayu semua orang tahu. Setakat ini strateji membaiki keadaan tersebut ialah melancarkan dasar affirmative dalam bentk DEB atau dasar2 yang mengandungi roh DEB. Apa sudah jadi? Memang secara umum keadaan orang Melayu bertambah baik tapi ia juga mengujudkan segelintir Melayu terpilih yang menguasai habuan dasar ekonomi tersebut.

stateji menyusun ekonomi orang Melayu mengikut bandingan dan perlumbaan bangsa gagal menyelesaikan masaalah kemunduran ekonomi orang Melayu kerana perjuangan itu bersifat isolasi dan menyendiri. Kenapa tidak menjadikan perjuangan membangunkan orang Melayu sebahagian dari pejuangan yang lebih besar yakni perjuangan mengukuhkan rakyat miskin? Jika perjuangan demikian jadi perjuangan yang dikongsi bersama, keadaan orang Melayu tetap terbela sebab majority yang mundur ekonomi ialah Melayu.
-sakmongkol


PMO Bertanggungjawab Jika Nanti Betul-betul Jet Ada Isu Teknikal & Najib Kena E-Coli


Jet PM ada isu teknikal, tak diguna keluarga'

Jet kerajaan yang digunakan untuk membawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Hawaii, Amerika Syarikat (AS) ditinggalkan di negara itu selepas mengalami isu teknikal.

Ia tidak ditinggalkan untuk kegunaan keluarga perdana menteri atau dibawa ke tempat lain seperti dilaporkan sebelum ini.

“Pesawat itu tidak ditinggalkan untuk digunakan oleh anggota keluarga PM.

“Ia juga tidak berada di Indianapolis,” menurut reaksi pegawai kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), seperti disiarkan oleh tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin.

Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu menyiarkannya di ruangan komen pada blog seorang lagi pemimpin media eranya Tan Sri Zainuddin Maidin, yang terus mengulas berhubung isu 'diplomasi golf' Najib.

Penjelasan JPM juga menyebut bahawa perdana menteri pulang bersama pesawat komersial melalui Hong Hong sebelum diambil oleh pasukan tentera udara dan dibawa terus ke Kota Bharu.

Kadir berkata, jawapan di atas diperoleh selepas menghantar SMS kepada pegawai perdana menteri.

'Seperti misteri MH370'

Bagaimanapun, penjelasan itu nampaknya seperti tidak memuaskan hati Kadir.

“Rosak atau flight plan-nya sudah diluluskan yang menunjukkan ia akan terbang ke tanah besar AS selepas Hawaii?

“Kalau isteri PM tak guna pesawat itu, macam mana ia dikesan dari AS hingga Bangkok?” soalnya,


Beliau juga menyifatkan persoalan berhubung pesawat itu seperti “misteri MH370” yang hilang sebelum ini.

“Nampak macam ada pihak yang cuba putar belit hakikat,” tulis Kadir lagi.


PM diserang kuman E coli

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terkena jangkitan bakteria e-coli semasa lawatan ke kawasan banjir sebelum ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Pejabat Perdana Menteri melalui Twitter rasmi sebentar tadi.

“Doktor nasihat supaya berehat. Beliau akan kembali bertugas secepat mungkin,” menurut tweet itu.

Najib baru pulang daripada lawatan kerja di Bangkok.

E coli boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam dan penyahhidratan yang boleh membawa maut.

Walaupun belum sihat, perdana menteri berjanji akan terus memantau keadaan banjir di seluruh negara.

“Saya akan terus memantau operasi bantuan banjir dari rumah,” tulisnya di Twitter sebentar tadi.

Tweet beliau mendapat pelbagai reaksi yang rata-rata berharap kepimpinan utama negara itu cepat sembuh.

Acara pagi diganti TPM

Perdana menteri sepatutnya melepaskan konvoi bantuan banjir sukarelawan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya pagi tadi.

Bagaimanapun, ekoran masalah kesihatan itu, tempatnya digantikan oleh timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najib sebelum ini terpaksa pulang awal daripada cuti selepas banjir besar melanda beberapa tempat di semenanjung Malaysia, terutamanya Kelantan.

Beliau juga dikritik hebat selepas gambarnya bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ketika bencana melanda Malaysia didedahkan media.
mk


ULASAN GB

Di kedua dua kes hanya alasan-alasan diberikan TANPA sebarang BUKTI.

Di dalam kes pertama bab jet 1Malaysia yang dikatakan mengalami masalah teknikal dan ditinggalkan di Amerika betul-betul memperbodohkan rakyat.

Ini kerana laman sesawang Flight Radar 24 mempunyai data "kedudukan" jet berkenaan.



Semasa Najib balik pun tidak ada cerita tentang "masalah teknikal" jet berkenaan.

Alasan yang diberikan PMO hanya itu muncul apabila terdapat kritikan hebat kenapa Najib balik tetapi jet masih berlegar ke sana ke mari dan anehnya Rosmah juga tidak kelihatan semasa Najib balik ke Malaysia. Oleh itu tidak boleh dipersalahkan rakyat jika ada spekulasi bahawa jet itu sebenarnya menerbangkan Rosmah di beberapa lokasi untuk bershopping kerana Rosmah sudah pun dikenali sebagai wanita yang kuat bershopping.

Sungguh berani PMO memberikan "alasan" jet menghadapi masalah teknikal untuk "cover line" Rosmah Mansor. Nanti betul-betul jet berkenaan menghadapi masalah teknikal disaat Najib dan Rosmah ada di dalamnya barulah tahu penting rupanya untuk bercakap benar!

Kes kedua Najib kena e-coli. GB tak sanggup nak printscreen ulasan dan komen orangramai terhadap tweet dari PMO berkenaan. Hakikatnya ramai yang tidak yakin dengan perkara tersebut. Kalau penat nak layan rakyat dan nak berehat bersama isteri kerana baru balik dari Bangkok nyatalah terus-terang, tak perlu PMO nak buat cerita terkena wabak e-coli ker ebola ker. Sikit punya gempak alasan berkenaan kerana e-coli bukan sebarang wabak - ia wabak maut.

Kalau betul kena wabak e-coli kita doakan segera sembuh. Tetapi jika itu alasan yang direka-reka kita khuatir nanti ia betul-betul jadi kenyataan. Sebab apa-apa perkara baik dan buruk yang jika disebut-sebut ia bakal menjadi nyata.

Jadi dua perkara yang PMO ternyata membuat pembelaan tanpa mengetahui ia boleh menjadi kenyataan. Pertama jet yang bawa Najib dan Rosmah menghadapi masalah teknikal, bererti boleh juga terhempas. Kedua Najib boleh terkena wabak e-coli yang boleh segera mematikannya. Jika berlaku salah satunya atau kedua-duanya sekali salah siapa? PMO yang memintanya!

Kalau Najib dan Rosmah tak kena, Kita khuatir pegawai-pegawai PMO itulah yang kena... kapalterbang dinaiki meletup sebab masalah teknikal, atau masing-masng tersadai kena e-coli sebab mereka yg beri alasaalasan itu. Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan... Jangan main-main. kami hanya memberi peringatan...