Berikut disiarkan dua kisah perihal "selingkuh" yang kian kerap berlaku yang menggugat kedamaian rumahtangga di dalam masyarakat kini seperti tersiar di akhbar tempatan. Resah suami bongkar rahsia
CURANG dengan rakan pejabat, bersekedudukan bawah tangga. Berkali-kali saya mendesak ingin mengikuti suami menghadiri satu program melibatkan famili di tempat kerjanya.
Entah kenapa saya dapat rasakan pelawaan suami minggu lepas sekadar satu pelawaan kosong tanpa maksud.
Meski bibirnya memaklumkan tentang program itu berkaitan famili, lagaknya seakan berharap saya tidak berkeputusan untuk mengikut. Tapi dia silap. Sekali dia mempamerkan sikap teragak-agak, sepuluh kali curiga ini berganda.
Hari berkenaan, saya bersiap cantik-cantik. Pembantu rumah, Nisa dan bayi kecil kami berusia enam bulan juga sudah siap. Kami menunggu di garaj kereta. Suami bangun pagi dan bersiap dengan langkah longlai.
Dua hari lepas, dia balik jam 1 pagi minta saya sediakan nasi. Katanya selesai praktis untuk persembahan dia tak sempat makan malam dan terus balik rumah dalam kelaparan. Sebagai suri rumah dan seorang isteri, saya sediakan makanan secepat mungkin seperti yang dia minta. Saya padamkan letih demi dia.
Kami tiba di pejabatnya jam 6.40 pagi. Jemput rakan sekerja suami bernama Faiz dan kami terus bergerak ke Putrajaya lokasi di mana hari keluarga pejabat suami diadakan. Saya, Nisa dan bayi diam di kerusi belakang. Faiz bersalam dengan saya sambil tersenyum kelat.
“Eh, semua ikut? Maaf kak, Din cakap akak tak ikut.” Hati bertambah curiga tapi salamnya saya sambut juga.
“Din, Suzi dah siap. Kita jemput dia di hotel sebelah restoran tempat kita makan malam semalam.” Selamba ayat itu melurut dari bibir Faiz.
Hati bertambah panas bila mendengar nama Suzi disebut-sebut. Nama perempuan. Tinggal di hotel sebelah restoran tempat makan semalam?
Habis yang dia katakan tidak makan itu apa pula? Saya mula menendang tempat duduk kerusi pemandu dari arah belakang, memberi amaran bahawa hati saya sudah mula hendak panas.
Suami masuk hotel
Sepanjang perjalanan suami kelihatan resah dan sebaik kami tiba di hotel menempatkan wanita itu, tanpa mematikan enjin kereta, suami terus keluar dan meluru ke bilik hotel di tingkat satu yang berbentuk seperti rumah teres setingkat itu.
Alangkah hancur dan berkecai hati saya melihat perilaku suami yang dengan selamba memasuki bilik perempuan yang disebut sebagai Suzi itu.
Nisa memandang saya dengen ekspresi terkejut. Jika dia sebagai orang asing juga berasa curiga, apatah saya sebagai isteri. Saya tertanya-tanya kenapa suami meluru masuk ke bilik hotel kerana bukankah yang dimaksudkan penghuni hotel itu adalah Suzi? Perempuan?
Lima minit menunggu dengan penuh was-was, saya melihat suami keluar pintu diikuti Suzi sambil di tangannya menggalas beg pakaian. Saya jadi hilang sabar.
Entah angin apa yang menyerang saya waktu itu, saya terus keluar dari kereta bertanyakan siapa wanita itu. Faiz cuba meleraikan dengan alasan Suzi adalah teman wanitanya.
“Kenapa Din yang masuk bilik dia?!” Saya menyoal lagi. Intonasi saya tidak terkawal. Saya kerasukan. Suzi menyorok di belakang suami. Dalam hati saya terdetik, ALLAH nak tunjuk. Suami sendiri menunjukkan kebodohan dalam kegelisahannya.
Pagi itu saya mengamuk di hadapan hotel. Saya tarik rambut Suzi, saya tolak, tumbuk dan cakar dada suami. Saya sudah tidak kisah. Peristiwa demi peristiwa terkeluar dari mulut saya.
“Nama yang direkod atas nama Faiz2 itu siapa?! Setiap malam selama lebih dua bulan ini yang dikatakan pergi praktis program pejabat itu sebenarnya pergi ke mana?!
Praktis dengan siapa?! Tidak balik ke rumah selama beberapa malam itu operasi apa?!” Saya tanyakan semuanya sehingga akhirnya dia tiada jawapan lagi.
Saya menangis, melutut, merintih... Suami menyerah, Suzi menyerah... tapi apa yang saya mahukan lagi? Saya ditipuhidup-hidup.
Mengaku selingkuh
Saya isterinya. Saya percaya pada firasat yang ada dalam hati saya. Dan saya yakin, tidak saya seorang malah semua para isteri di luar sana juga berasakan perkara sama.
Andai suami berselingkuh, isteri pasti mampu menduga, berasa syak wasangka tapi isteri tidak berani menyuarakannya tanpa bukti di hadapan mata.
Namun percayalah sahabat wanita, ALLAH itu ada... ALLAH kan selalu ada...
Suami yang selingkuh pasti terperangkap dalam permainannya sendiri suatu masa nanti dan seperti mana yang berlaku terhadap suami saya dan perempuan itu, tembelang mereka pecah jua.
Terlalu pedih hati ini untuk menerima kekhilafan mereka. Saya tanya suami semenjak bila? Suzi rupa-rupanya seorang pelatih di pejabatnya sejak enam bulan lalu. Baru berusia 22 tahun dan tidak biasa tinggal di Kuala Lumpur. Hubungan mereka terjalin sejak hari kedua Suzi bekerja.
“Abang minta maaf. Abang cuma niat nak tolong Suzi tapi ...” Suami memeluk. Saya menolak kasar. Nisa dan anak sudah saya arahkan menunggu di dalam kereta. Hari itu juga saya akan berlalu dari hidup suami yang tak kenal hati budi.
“Abang ada isteri, tapi selingkuh dengan tunang orang? Apa yang abang dan perempuan tu dah buat? Sampai tahap mana?” Saya jijik menyebut nama Suzi. Meski pun jawapan suami bakal menghiris hati ini, saya tidak tahu kenapa saya tanyakan juga.
“Sumpah kami tak buat apa-apa..
“Jangan bersumpah! Saya dah paksa Suzi terus-terang. Saya bukan perempuan bodoh nak terima abang yang buat maksiat dalam tandas pejabat. Bawah tangga pejabat?! Apa tu?!” Air mata mengalir laju.
Kalau suami terlihat hina, saya berasakan lebih lagi. Tidak mahu terus menjerut hati, saya ambil keputusan keluar dari rumah dan akan memfailkan penceraian.
Sehingga hari ini, saya belum mampu menceritakan sebab sebenar rumah tangga saya hancur di tengah jalan kepada keluarga saya mahu pun mertua. Hati kekal terluka.
KISAH KEDUA
LULUH HATI SEORANG SUAMI LIHAT ISTERI BERSEKEDUDUKAN DENGAN MAT AFRIKA
Luluh hati seorang lelaki sejurus menangkap isterinya sedang bersekedudukan bersama seorang lelaki ‘Mat Afrika’ di dalam bilik hotel mewah di Bukit Bintang di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa yang juga seorang kontraktor dilapor menyerbu bilik hotel bersama dua anak saudara dan diiringi anggota polis.
Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu mengesyaki isterinya mempunyai kekasih gelap dan sering datang ke ibu kota untuk bertemu lelaki warga Nigeria itu.
“Susulan itu lelaki berusia 50-an terbabit mengatur jerat dengan berpura-pura mahu pergi ke selatan tanah air atas urusan perniagaan.
“Lelaki itu bagaimanapun menggunakan kenderaan lain untuk memantau rumah sebelum mengekori isterinya itu yang didapati meninggalkan rumah,” katanya.
Menurutnya, lelaki terbabit kemudiannya mengekori wanita itu sehingga ke ibu kota.
Sumber itu berkata, lelaki terbabit yang yakin isterinya mendaftar masuk ke sebuah bilik hotel di Bukit Bintang, di sini, bergegas ke balai polis berhampiran meminta bantuan pihak berkuasa untuk melakukan serbuan.
“Telahan lelaki itu terhadap kecurangan isterinya ternyata tepat apabila serbuan mendapati wanita itu sedang bersekedudukan dengan lelaki warga Nigeria.
“Malah ketika ditemui, wanita itu dilapor dalam keadaan tidak berpakaian lengkap,” katanya.
Sehubungan itu, lelaki terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di sini, untuk tindakan lanjut.
Dalam laporannya, lelaki terbabit yang juga ahli perniagaan menegaskan wanita terbabit masih isterinya.
Sementara itu, sumber Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) mengesahkan perkara itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta 559 (Akta Kesalahan Jenayah-Jenayah Syariah 1997).
ULASAN GB
Hentikan perbuatan selingkuh jika anda masih sayangkan pasangan anda.
4 ulasan:
Selingkuh selingkuh ini permainan nafsu syahwat ala setan yang ada dalam setiap umat.
Ulamak pun ada nafsu jugak.
Jika di kawal dgn ajaran agama jugak sokongan suami / isteri dalam memenuhi nafsu on demand , tiada masalah.
Selingkuh berlaku bila si suami atau isteri ada ego tinggi malas nak luang masa habis kan nafsu kelamin.
Atau si isteri tak jaga badan sehingga gendut bagai badak pun masalah juga.
Orsng orang Melayu saja rata rata ada masalah giler selingkuh sebab banyak tak sholat dan bini bini pun bsnyak yang gemuk bumcit burok walau umur 30 tahun.
Bodoh saja.
Sayang suami isteri sepatutnya bertukar setelah lama saling kenal mengenali dan hidup bersama kepada Kasehan
Dalam cerita Madu Tiga Jamal (P.Ramlee) mengunakan perkataan kasehan kepada isteri pertama dan isteri kedua untuk menyelesaikan masalah nya
Bila kita memandang istei atau suami tanya lah diri kita samada kita telah membahagiakan si isteri atau si suami
Tapi jangan jadi macam member kita si Najib Tu bukan kasehan tapi kecutan
Benar, 'Selingkuh' disebabkan sebagian besarnya kerana mau mengikut cara hidup dan nilai2 barat,dan meninggalkan aturan2 Islam:-
1. Membenci poligami secara tidak rasional, disokong oleh peraturan2 amat menyusahkan oleh pihak berwenang,
2. Menolak, malah mencaci hukum penzinah,
3. Pergaulan diluar batasan, temasuk tarian poco2, pom2 dll. digalakkan dipringkat sekolah lagi, serta infrastruktur sosial yg memudahkan/menjurus kepada penzinahan,
4. 'Adat2 sperti hantaran yg luar kemampuan, yg menyusahkan pernikahan.
kes pertama
bermula dengan sekadar ingin membantu macam tolong adik Dalam pada itu mula bergurau dan usik mengusik Dari situ muji memuji pun bermula Dah ada feeling sikit test mengtest Bila merajuk masalah pun bermula nak tarik diri dah tak mampu Duduk sebelah pun boleh rindu rinduan lagi Dalam situasi ini siapa mampu menolak dah terlambat Dari awal kita perlu waspada Bisikan jahat datang sekali Cuma sekali Jika Kita leka dalam pada bergurau dan usik mengusik itulah dah tak kenal dosa Jaga lah batas batas pergaulan
Kes kedua
Jenis yang dah ada track rekod cuma dulu tak seteruk ini Dari awal semua nya kerana nafsu Langsung tak ada rasa bersalah Memamg dah nekad Hidup ini adakala sangat membosan kan Kadang kala Kita hilang tujuan hidup Yang bijak mengatasinya dengan belajar berbuat sesuatu yang berfaedah Dan yang lemah apa lagi mempunyai rekod yang kurang baik akan mengunakan nafsu Sepanjang si isteri dengan mat africa dia bukan seronok di kerja kan oleh mat africa tapi di seronok se olah olah itu lah erti kehidupan ada 'thrill'
Berterus terang lah dengan pasangan hidup Dua dua pihak kena menghadapi nya dari kena di tipu berbulan bertahun lebih baik pasangan tahu dari awal Tak payah bagi alasan bagai Sebab tu lah yang terlibat lebih suka menipu
Alhamdulillah rumah tangga bahagia kerana ada sifat terus terang dari awal Masa dan kehidupan yang kita lalui ini sangat bernilai
Catat Ulasan