31 Dis 2016

PAS Makin Terpinggir & Semakin Lemah...

Pas semakin terpinggir, ahli semakin keliru, dakwa penganalisis

Pas kini semakin terpinggir dari arus perdana politik tanah air manakala ahlinya pula keliru dengan apa yang hendak dibawa oleh pimpinan parti itu, kata penganalisis politik.

Menurut kajian lapangan yang dibuat oleh Ilham Centre, ahli Pas tidak tahu ke mana hala tuju Pas sebenarnya menjelang pilihan raya umum akan datang, samada akan bersama dengan Barisan Nasional (BN) atau pembangkang.

Pengerusi Eksekutif badan kajian bebas itu, Hisomuddin Bakar berkata, kebanyakan ahli bawahan Pas tidak setuju dengan pendekatan kepimpinan parti itu yang dilihat sukar untuk bekerjasama dengan parti pembangkang yang lain apatah lagi mahu bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).


"Ahli bawah yakin, suasana tidak akan memihak mereka jika berlaku pertandingan tiga penjuru dan mereka lebih setuju dielakkan perkara itu dengan memastikan berlakunya pertandingan dua penjuru pembangkang melawan BN," katanya.

Tetapi katanya, dasar yang dibuat oleh Pas untuk tidak mahu sekali-kali bekerjasama dengan DAP dan Amanah menyusahkan Pas sendiri.

"Tindakan pimpinan Pas meletakkan dasar tidak akan sekali-kali bekerjasama dengan DAP dan Amanah dari awal-awal lagi bagi saya adalah satu kesilapan.

"Ini kerana, politik ini adalah serba mungkin. Apabila sudah dijadikan dasar tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah, ia menyebabkan pergerakan Pas akan terhad dan terkongkong dengan perkara ini.

"Jika tiba-tiba boleh pula bekerjasama dengan kedua-duanya, Pas akan dilihat tidak ada pendirian pula,"
kata Hisomuddin.

Bagi beliau, pendekatan Pas untuk hanya bekerjasama dengan PKR dan Bersatu ketika tidak mahu dilihat bekerjasama dengan rakan kedua-duanya iaitu DAP dan Amanah menyulitkan kedudukan Pas sendiri.

"Ahli biasa Pas atau mana-mana pendokong parti politik lebih senang berfikiran mudah dan jelas bukan berliku-liku," katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau menjangka kumpulan yang keliru ini akan bila-bila masa boleh menyertai Amanah jika dilihat parti baru saingan Pas itu lebih jelas tindakan mereka.

"Pas boleh kehilangan ahli yang kritikal semacam ini jika terus bersikap begini," kata Hisomuddin.

Menurut Hisomuddin, mesej yang dihantar oleh Pas kepada ahli dan penyokongnya juga mengelirukan.

"Ketika orang nombor satu Pas dan penyokong tegarnya dilihat mendekati pemimpin Umno, orang nombor dua pula dilihat menjauhi dari Umno dan mahu mendekati parti pembangkang yang lain.

"Namun mesej orang nombor dua juga dilihat terkongkong kerana dasar tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah ini.

"Jadi dari hari ke hari Pas dilihat semakin terpinggir dari arus perdana politik tanah air dan ahlinya terus keliru," katanya.

Presiden Pas menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong tegar mereka dalam isu kunjungan ke Iran, kata seorang lagi pengkaji politik, Dr Bridget Welsh.

Presiden Pas menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong tegar mereka dalam isu kunjungan ke Iran, kata Dr Bridget Welsh.

Dr Bridget Welsh berkata, kekeliruan ahli Pas bertambah dengan isu pemergian presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Iran ketika negara itu dikaitkan dengan serangan terhadap rakyat Syria di Aleppo.

"Saya rasa Hadi kini bermasalah dengan penyokong tegarnya dalam parti yang selama ini anti Syiah dan NGO konservatif yang selama ini menyokong parti itu," kata saintis politik itu.

Sebelum ini, Penasihat Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad turut mendakwa Pas sebuah parti yang keliru.

Namun pandangan ini disanggah oleh ahli parlimen Pas dari Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Bagi beliau Pas tidak keliru kerana sejak dari awal lagi sudah dinyatakan oleh pimpinan Pas mereka mahu bersama blok ketiga bukan kumpulan besar pembangkang atau Barisan Nasional.

"Yang keliru adalah parti dalam Pakatan Harapan dan Bersatu yang masih dok harap Pas akan bersama mereka," kata Mahfuz. -MD

PAS yang semakin lemas Oleh Rahman Imuda


Sebelum saya menulis pandangan saya berkenaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam kancah politik nasional, adalah lebih baik saya menjelaskan beberapa perkara. Pertama sekali, saya harus mengakui berinteraksi dengan kebanyakan pengikut PAS tidak mudah.

Tahap fanatisisme kebanyakan mereka sering menjadi tembok yang besar kepada orang luar dan dalam parti untuk memberi kritik/saran untuk kebaikan parti itu.

Mereka yang mengkritik parti itu sering diberikan pelbagai gelaran seperti melawan ulama, jebon (James Bond) atau tidak sayangkan Islam, sesuatu yang tidak patut berlaku kerana mana-mana parti yang tidak terbuka dengan kritikan akan cenderung menjadi lesu.

Perlu difahami bahawa PAS bukanlah agama, walaupun agama Islam merupakan agenda utama parti PAS; sifir PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS tidak boleh digunakan di negara ini atau di mana-mana negara sekalipun.

Islam adalah agama yang sempurna manakala parti politik cenderung untuk memiliki kelemahan dan kecacatan. Apabila kita bersetuju dengan perkara ini, maka bolehlah kita memaknakan semula istilah “buat kerja Islam”, kerana istilah ini tidak eksklusif kepada PAS sahaja, tetapi kepada semua jemaah Islam yang berada di Malaysia.

Kelak apabila kita mendengar istilah ini, maka perlu difahami ia bukan sahaja merujuk kumpulan yang menjadikan politik sebagai wadah perjuangan, tapi kepada semua kumpulan yang membawa agenda memperkasakan Islam.

Saya percaya jika konsep asas ini boleh diterima, maka kesederhanaan dalam mengikuti sesuatu jemaah itu akan tercapai. Konsep kesederhanaan penting untuk mengelakkan ekstremisme dalam berpolitik. Ada masanya kita akan mempertahankan pendirian politik kita jika diganggu-gugat dan ada masanya kita akan memberikan kritik/saran untuk kelangsungan hidup parti yang kita ikuti.

PAS pasca Pakatan Rakyat

Apabila Pakatan Rakyat terkubur, antara teka-teki utama yang bermain di minda pemerhati politik “adakah PAS akan bergerak sendiri selepas ini?”. Sehingga saya menulis artikel ini PAS masih lagi belum ada sekutu politik yang baharu tapi saya melihat kebanyakan orang PAS semakin mesra terhadap Umno.

Saya cukup kecewa apabila pimpinan parti itu enggan memberi galakan kepada ahli parti untuk turun ke tunjuk perasaan Bersih baru-baru ini, satu himpunan yang menuntut agar pilihanraya yang lebih bersih diwujudkan.

Tindakan ini mendapat pujian daripada perdana menteri kita.

Hegemoni perkauman dan agama menjadi perangkap utama yang dipasang untuk memikat PAS dalam jalinan kemesraan ini, keterlibatan DAP dan Amanah dalam blok pembangkang memudahkan lagi strategi ini.

Pihak yang mahu bermesra dengan PAS hanya perlu menjadikan isu DAP yang daripada dulu dikatakan ingin menjatuhkan orang Melayu dan menentang Islam sebagai modal utama untuk PAS menolak blok itu, tambah-tambah lagi PAS daripada dulu memang jarang senada dengan DAP.

Saya merasakan PAS lebih sanggup untuk bekerjasama dengan Umno berbanding DAP dan Amanah. Sekiranya PAS ingin ‘menangguhkan’ kemenangan pilihan raya umum sekali lagi, maka kita mungkin akan melihat parti ini akan bergerak secara bersendirian.

Kelantan dalam bahaya

Saya merasakan PAS perlu melakukan sesuatu yang drastik jika masih mahu mentadbir Kelantan selepas PRU-14. Pemergian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Haron Din, penubuhan Amanah, isu pembalakan dan pembubaran Pakatan Rakyat merupakan faktor-faktor yang menyebabkan PAS boleh hilang negeri itu pada pilihan raya akan datang.

Sepanjang saya belajar di Kelantan, saya beberapa kali berbual dengan rakyat Kelantan berkenaan kerajaan sepertimana yang mereka mahukan. Kebanyakan berpandangan mereka mahukan kerajaan yang memperjuangkan Islam dan membela kebajikan rakyat.

Dasar Islamisasi di Kelantan bagi saya sudah berjaya, tapi PAS tidak boleh bergantung dengan modal itu semata-mata. Kerajaan Kelantan perlu datang dengan bukti empirikal berkenaan pencapaian daripada aspek ekonomi dan kebajikan rakyat.

Musuh politik PAS juga pasti akan menggunakan taktik “pemimpin Islam” ini, pastinya calon-calon yang dipasang nanti akan mempunyai keperibadian Islam untuk menandingi calon-calon daripada PAS.

Jika PAS berhasrat ingin menggunakan modal rang undang-undang 355, maka dengan mudah Umno akan berkata kami juga menyokong undang-undang tersebut dengan memberi ruang Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentangkan usul itu di Dewan Rakyat.

PAS perlu ingat, mereka pernah kehilangan negeri di Terengganu dan Kedah, dan faktor utama kekalahan mereka kerana kurangnya pencapaian yang jelas, disamping pelbagai faktor luaran seperti penipuan dan media.

Cadangan kepada PAS

Pada pandangan peribadi saya, PAS masih merupakan antara parti yang terkuat dan atas sebab itulah ramai yang mahu bermesra dengan parti ini. Namun, PAS harus bijak dalam menangani pelawaan yang mereka terima agar tidak ditunggangi oleh mana-mana parti, lebih-lebih lagi parti yang nazak.

PAS juga perlu memperkemaskan bahagian penerangan agar mampu untuk membalas semula tohmahan dan kritikan kerana saya melihat ini merupakan kelemahan utama mereka. Terlalu sedikit tokoh yang boleh menjawab tuduhan/soalan dengan bijak dan berhemah.

Sayap parti seperti Gamis (Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia), Nisa’ (puteri PAS) dan Unit Amal (Jabatan Amal Malaysia Pemuda PAS) perlu memainkan peranan semaksima yang boleh. Bercakap tentang Gamis, mereka baharu sahaja menerima Presiden yang baharu, selaku aktivis mahasiswa saya berharap agar Gamis kembali rancak dalam dunia aktivime sekaligus menyediakan tapak asas yang kuat untuk PAS.

Kesimpulan

PAS perlu mencari penyelesaian dan taktik terbaik menghadapi PRU-14 jika mereka masih mahu kelihatan gagah dalam kancah politik nasional.

Antara taktik yang saya lihat mungkin akan berlaku adalah kerjasama politik antara PAS-Umno; jika PAS pernah bertahaluf siyasi dengan DAP, maka kerjasama dengan Umno pasti tidak mengundang rasa marah kebanyakan penyokong PAS.

Kedua-dua parti ini saling memerlukan, Umno yang sekarang dikaitkan dengan pelbagai isu dan kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sedikit sebanyak akan merisaukan mereka, demikianlah juga drama PAS dan Amanah.

Jika PAS ingin bergerak sendiri, maka pendirian mereka harus jelas dan wajar mengelakkan bermesra-mesra dengan blok pembangkang dan kerajaan, biarlah menjadi kuasa ketiga yang berimpak dan berpendirian tegas.
-FMT


VIDEO BERKAITAN








FEATURED ADS



33 ulasan:

abrarmujahideen berkata...

PAS sila tunjukkan JALAN YANG LURUS dlm menumbangkan kerajaan UMNO - BN

Tanpa Nama berkata...

Masaalahnya pengikut pas yang bebal pura pura tidak keluru...

Tanpa Nama berkata...

Bila nak bentang hudud kemudian ruu minta MP Islam PH sokong.

Bila nak di bentang kali ke dua selepas di tangguh, panggil semua MP Islam hadir taklimat.

Bila pergi London bincang pasal RUU terhad untuk UMNO dan PAS.

Itu lah sebab ramai percaya hukum Islam telah di politik kan.

Tanpa Nama berkata...

Pi london baget ciputt. Only jamil khir n khairudin attakiri. Hihihi. Umno n pas kedua nye penipu besarr ummat. Undilah parti ABU = Asal bukan Umno. Tammat umno pas

POKOK RU berkata...

siar je draf pindaan ruu dlm internet... semua org blg nilai sendiri.

tkperlu pi london

Tanpa Nama berkata...


BLOGER GREENBOC BODOOO.......MUNG......

SYOK SENDIRI.......

HARAPKAN PENGUNDI CINA Jeee..........


TERBITLAAA KALOOO BRANIEEE BROOOO....

Pemuda parit kings/segamat berkata...

Hebatkah PAS?Baik kita kembali merungkai sejarah PAS yg selama ini tenggelam dek kebersamaan dgn PR satu tika dulu... Sebelum PAS bersama dgn PR, siapakah PAS?
Ramai diantara kita yg pandai berkata, namun tidak seiring dgn perbuatan...
Ramai lagikah penyokong PAS?
Sudah jelas, yg kluar dari PAS dan bersama dgn AMANAH adalah semua penggerak berani PAS...
Adakah yg kluar dari PAS akan lari Akidahnya?
Renung2kanlah wahai sahabat semua...
Hari ini, kita mendabik dada,yg kita cukup kuat, namun kita tak sedar... Kuasa Allah SWT yg maha kuat...
Rakan2 akan lihat kehancuran yg berterusan terus berlaku kepada PAS...
Jangan angkuh dan sombong wahai PARTI... Tak kiralah siapapun namamu...
Wassalam..

Tanpa Nama berkata...

Pas yg tpinggir tu biarlah tpinggir dgn perangai bodoh sombongnya...
Tp dtg pula bersatu jgn pula nak berlagak besar kepala dgn pakatan harapan...tiba2 nak calonkan muhyiddin sbg pm akan dtg...hormatilah perjuangan jatuh bangun Anwar Ibrahim selama ini...jgn nak overtake perjuangan Anwar semudah itu...para pemimpin ph pun please take note...

Tanpa Nama berkata...

Mung la walaun haprak......bodo tak leh diajar. Kesian aku tengok mung dibodo bodokan hadi....

Mostachios berkata...

Nak cabar orang tapi tk berani kasi nama.. mung lagi 100x bodo..kehkehkeh...

Tanpa Nama berkata...

Saya merasa sangat dukacika dengan kepimpinan Amanah yang tidak bersungguh-sungguh menyebarkan maklumat kepada kebanyakan ahli akar umbi PAS tentang hala tuju PAS di bawah pimpinan hadi pada masakini.

Pemimpin PAS sekarang sedang mambawa PAS kearah kehancuran, namum kebanyakan ahli akar umbinya masih tidak sedar akan niat jahat pemimpin pemimpin yang mahu membawa PAS kepada jerat yang telah disediakan oleh musuhnya, iaitu BN.

Jika kepimpinan Amanah masih tidak mengambil langkah yang serius bagi menyedarkan para ahli akar umbi PAS yang terlalu percaya pada pemimpin PAS yang ada sekarang, walaupun segala tingkahlaku pemimpin ini akan membawa kepada kehancuran parti.

Tanpa Nama berkata...

Begitu lah pandangan dari badan kajian Ilham Centre dan pandangan penulis di FMT.

Alih-alih kata, Greenboc syok sendiri.. pada hal Greenboc langsung tidak berikan sebarang ulasan seperti biasa di lakukannya.

Jangan terlalu emosi. Semua orang boleh mengaku betapa kuatnya pendirian masing-masing kerana Allah tapi cuma sedikit yang dapat mendekati Allah yang mana jauh tak berantara, dekat tak terbatas.

Harap saudara bukan ahli PAS kerana tahu kah yang saudara telah memalukan parti dan mengiyakan kata penulis Rahman Imuda. Malangnya ramai lagi yang perangai macam saudara yang sepatutnya keluar parti dari memalukan parti. PAS saudara bukan PAS yang asal.

Walaupun sebelum Almarhum TGNA, PAS yang di tindas tetapi PAS tetap berhemah dan mana-mana pergi lebih banyak berdiam. Semasa Almarhum TGNA, apabila peluang melebarkan PAS tiba, PAS di angkat dan di ketengahkan dengan kemulian sikap ahli nya.

Tapi lihat lah sekarang.. tak mungkin sikap PAS begini dari dulu lagi. PAS tak mungkin dapat bersama Pakatan Rakyat jika perangai hodoh PAS dari dulu begini hodoh.

Tahu kah saudara bahawa AMANAH akan bertanding di 40 kerusi dan kemudian di dakwa oleh PAS Selangor tamak sebab merampas kerusi PAS dan PKR? Jika semua kerusi tersebut adalah kerusi PAS dan PKR, di mana logiknya AMANAH mengharap kan pengundi cina ?

Jika AMANAH mengharapkan pengundi cina bererti PAS dan PKR juga menang atas faktor pengundi cina.

Jangan lah kita anggap diri kita lebih pandai lalu kita memaki orang bila-bila kita suka.

Wassalam. Dan terima kasih kerana turut melayari Greenboc.

Malaysiabaru berkata...

PAS ADA PENGIKUT KER

yg wala tu hanya zombie atau biawak hidup yetjelir jelir di beri zakat oleh pas utk makan 5waktu

PAS TIADA LAGI PENGIKUT

KAKI PASANG BENDERA SECARA PERCUMA SUDAH CABUT LARI.. TIDA KERJA FREE DLM PAS. SEMUA MAU BAYAR... AHLI PAS DAH JADI MCM KONTRAKTOR UTK PARTY..

LEPAS NI NAK DEMO ATAU SOLAT HAJAT KENA BAYAR FULUS BARU ADA YG KLUAR .. ITU SEBAB BERSIH PAS TAK JOIN SEBAB AHLI TAK KLUAR TAK BAYAR

AHLI PAS YG SENGKEK DUIT.. DAH TAK MAMPU BERSAMA PAS LAGI..

PAS PIS PUS... PUPUS.

TAPI AZMIN NAK BEKAWAN DGN PAS JUGAK.. PELIK..

Malaysiabaru berkata...

Anon1156..

Bahasa ko ni macam tok guru kamu

TOK AYOH HADI PING MARANG
( pengamal ajaran sesat selepas guru kamu sebelumnya ayoh Ping - abuya almahdi alarqam - ayatolla ayhcuckoo syiah

Inilah kamu belajar dari tok guru segala ajaran sesat. Skrg tinggal hadi yg belum di haramkan selepas ayoh pin dan alarqam

Insyallah bila pas di haramkan kerana ada pengikut tolol bangang mcm anon 1157,nih maka tiada lagi ajaran sesat dari mahaguru tuan haji hadi awe.

Ramai ahli pas akan kluar bila PIS diharamkan SESAT

Tanpa Nama berkata...

Setuju2.Pengikut pas juga kebnyakan org2 kg yg xbrp terdedah maklumat sama juga spt umno.Harap2 Amanah kreatif ambil peluang skrg ni pas byk isu utk sedarkan pengundi Pas dan Umno. Amanah sbg parti baru perlu kerja keras gerak kan jentera ke seluruh pelusuk pendalaman memberi pencerahan...PRU xlama lagi.Bg aku Amanah yg terbaik.Support Amanah...

Tanpa Nama berkata...

Kesian anon 11.56..
Daya pemikirannya dah spt.zombie. Biarkan dia dgn.dunianya. mungkin ada fius yg blm digantikan lagi...

Tanpa Nama berkata...

Boleh kah penyokong PAS terima kerjasama dengan UMNO sepertimana PAS bekerjasama dengan DAP ?

Berkerjasama bukannya masalah sebenar PAS. UMNO lebih zalim dan lebih banyak melakukan ketidakadilan kepada rakyat. DAP yang tegas dan berpendirian di benci kerana sekadar berani mempersoalkan tindakan ulamak. Bagi penyokong PAS ini satu kesalahan yang besar. Dalam ulamak bukan semuanya pewaris Nabi dan hati-hati lah jangan terperdaya dengan imej bayangan ulamak dalam PAS.

Penyokong PAS bukan mempertahankan perjuangan dan matlamat parti sebaliknya terlalu wala membabi-buta pada ulama sedangkan kekeliruan ialah mengenai hal dunia politik.


Hari ini kerjasama antara PAS dan UMNO belum wujud. Lihat lah nanti Ulamak yang macamana yang akan di angkat oleh UMNO ? Adakah hutang dan riba yang dipersoalkan Rafizi diambil ringan oleh ulama PAS ?

Samada pak turut atau yang di perkudakan sepertimana DAP didakwa memperkudakan PAS. Mungkin kedudukan Pak Alim dalam PAS lebih rendah dari Harussani.

Wallahualam.

Mung Kar berkata...

mung dh mcm umno sebijik...

tkde hujah langsung.

apa salah harap undi bkb islam .. mereka rakyat malaysia yg bayar cukai jg.

yg suka elak cukai org mcm mung la.

mentang2 dgr pas dpt 90j mung meleleh air liur nk dedak.

perangai sebiji mcm jamal jambang mung tu. jamal geng merah.. mung geng hijau

klu mung blh jawab... sila jawab pas nk geng umno atau tolak umno... mesti mung keliru punya.

kedua sila jwb klu tolak hadi dan pas blh jatuh kapir ke

ketiga sila jwb apa hukum mung sokong pemimpin seleweng duit negara.

sudahlah mung.. pi tido lg baikla

Adios amigo berkata...

11:56. Ada juga Nate bodo jengok blog ni....Berambus..

Tanpa Nama berkata...

Pas.parti akan sesak.hj hadi
rasa diri hebat,ulamak taraf
dunia konon tapi pemikiran
kolot dan berundur kebelakang.
suruh pengikut wala tapi tak
dengar pendapat akar umbi.biar
kan hj hadi terjun dengan labu
labunya bersama nik abuduh,
mohd amar tontawi idri ahmad
serta majlis syura dan dewan
ulamak

Tanpa Nama berkata...

-Versi Malaysia-

Dalam PAS
Selepas ketiadaan TGNA
Presiden singkir kesemua pemimpin berkaliber

Yang ada dengan PAS masakini
Pemimpin makan dedak
Pemimpin kurang otak
Badut dan pelawak

Pas di Kelantan
Atas bawah habis bedal berbukit hijau jadi merah
Dulu pun hutan Kenyir licin Hadi meratah
Samalah jugak Azizan, hutan Pedu di Kedah
Kalu Kelantan tak berbencana, tak keluarlah warkah
Bertapa tak pandai bahasa yang sedang giat memerintah
Dua negeri tumbang masih mau ikut pijak langkah

PAS di Terengganu
Dalam senyap makan dedak kau kau
Dah dapat tanah nak lagi harap balak bukit bukau
Nak kenduri kahwin takut orangrramai tau
Masih tak sedar sedang terkena pukau
PRU nanti, gerenti PAS kena hemtan habis dihalau

PAS di Selangor
Pelik tapi betul
Depan nak belakang pun mau
Samalah jugak macam MB PKR
Dengan ayam berkokok kokek
Dengan itik punggung mengedik ngedik

Satu Malaysia
Atas bawah Hadi dah tak hirau
Depan belakang pun dia tak risau
Hadi dulu menjala, masuk keliling pinggang
Hadi loni sekali menebor , keliling pinggang dia makan sorang

Tanpa Nama berkata...

Ingat nik azis...
Takbiirrr...
Ingat lebai hadi...
Takabbuurrr...

Tanpa Nama berkata...

-Versi Tranung- khas buat anon 11.56

PAS takdok Nik Aziz punoh ghabok jahnan doh
Bapok gong Hadi Awe tohok blake awok2 hok bijok

Awok2 PAS lenni
Gu2 cap ayam
Sek2 pale kogrok jeng
Jernih bewok kuat plawok

PAS Kelate
Wui perentoh jer, dok dang dok dang bahang balok
Maghi boh besor, wat keja dok rok cetong
Hok hilang umoh pah lenni gelap gambo
Pah musim nih, tadok doh!

PAS Tranung
Ceroh nerang Hadi Awe jenih bodo bollok woq
Babil dok dengor kata, mulot busuk kohong
Nawok kona leper, bijok dok leh nok kata
Wat keje die tido, hok bijok musing ketang bahang pitih
Awok2 ikut bapok gong kena lebong ker orang starang
Tengok kekghi, habih kena bahang

PKR Selangor
Azmin dok soh wui muko PAS doh
Tohok sek2 Hadi mulot busok kohong tu
Kekghi orang blake dok sokong PKR
Doksoh takut rahsia hok mung pakat ngan Pas pecoh
Kena gohead tohok koho2 doh lenni
Dok dang doh kekghi

Satu Dunia
Hadi Awe baloh blake ngan orang
Kalu tegor die nyetok, camner nok kawan
Wat hok pekdoh takdok starang
Hok nampok duk nyenggeng nunggeng ngan najis
Boleh ker dok jernih lagu nih nok perentoh
Maki fitnoh orang siang malam
Takdok agroh takdok obat doh
Wat malu ker orang jer


Tanpa Nama berkata...

Enot 11.56
mung jagan sibuk le dok kacau rumoh oreng ni. ge tau dengan tok ketua mung jangan dok ambek ahli budok bawah umor.wei nok buat ape tu..ko mung dok tahu dah heboh satu Melaya.dah takdok oreng dewasa nak masuk parti mung ko...kawan2 mari kita tengok perkara ni takut anak2 kita tekuchil akalnya nanti di ajust dek parti lebai ni....

Tanpa Nama berkata...

Dok rhok skepeng doh pas lening bowoh hj hadi...geng walak tongong yg malas bacer jea hok duk sokong lagi...baser bodo susoh nok diajor...mulut dohlah huduh kerah paler pulok tu...dulu duk ceramoh bukang maing pasal kena jauhi assobiyyah...lening dia hok paling kuat maing isu pkaumang...sikit2 saloh dap...sikit2 saloh cina...hok perintoh negara selama ni saper? Ehh baser tongong guhh...

Pemuda parit kings/segamat berkata...

Harap diantara kita dalam PH jangan bertelagah sesama sendiri... Rakyat menilai cara dan tingkahlaku kita... Jangan menghapuskan harapan rakyat kpd PH... Sama2 kita tunjukkan keutuhan kita bersama...

Tanpa Nama berkata...

Wehhh 1156 : saya warga seberang keturunan kelantan yg sayang pada perjuangan TGNA...bagi saya perginya TGNA dibawa bersama perjuangan PAS yg asal...bagi saya dgn kemesraan sedondon yg dipertontonkan oleh Pak Hadi yg ada skarang bersama Pak Najib bermakna MENGKHINATI amanah yg ditinggalkan TGNA dan sesiapa yg menyokong PAS yg diuruskan oleh ahli2 skarang ini sama2 MENGKHINATI amanat TGNA

Tanpa Nama berkata...

Pas semakin lemah semakin mundur tu semua org tau blh baca sifir pas. Hanya golongan walak tongong malas membaca je sokong pas..tp apahal plak si PH ni masih terhegeh2 nk tunggu pas?ni buat spoil pada pengundi2 muda mcm aku nih...

Tanpa Nama berkata...

Mungkin penyokong2 PAS ingat GREENBOC ni menyokong mereka sbb color. Untuk tidak mengelirukan sila ubah kepada ORENBOC. Nnt dikatakan keliru pulok oleh Mahpuz. PAS keliru, Parti2 PH keliru tapi dia mungkin sedang celaru dan haru biru dlm pemikirannya. Admin sila beri perhatian sbb jgn dh duduk keliru2 ni. Fokus apa nak buat.
Kalau nak lawan PAS & bg advantage pada BN-Umno, silakan sbb PAS rasa mungkin dia dh kalah byk kali. Tp parti baru ni jika kalah terus org akan sikit2 lari. Tak kira lah hadrcore ke apa, janji dh jd tak releven mcm Berjasa dan Hamim, hidup segan mati tak mau. Jgn lagi jadi spt buadak2 yg suka kata ngata. Dh bercerai tu biar baik2, sifat baik, akhlak baik dan terang baik2 dan tak payah sindir2. Kata Rahmatan lil 'Alamin kan? cuba tunjuk contoh terbaik dgn berakhlak. baru org senang nk dekat. tgk mcm saudara khalid, masih nk ajak berbincang dgn PAS. Takut nnt Shah Alam di tawan BN dgn senang. Rugi lah dia, tak blh pakai bluetooth dlm dewan Parlimen lg.

Tanpa Nama berkata...

Tepat sekali, tolong viral mesej ini kepada semua ahli akar umbi PAS yang masih belum sedar bahawa PAS sedang menuju kehancuran kerana pemimpin PAS sekarang yang bermati matian membantu BN menang PRU yang akan datang dengan mengorbankan PAS.

AMANAH lah parti yang betul betul memperjuangkan matlamat murni parti islam yang dulu diperjuangkan oleh PAS.

Para ahli akar umbi PAS patut masuk AMANAH beramai ramai dengan segera.

Tanpa Nama berkata...

Bukan ABU tapi ABU+PIGS= Asal Bukan Umno + Pas-Ikatan(Gagasan Sejahtera).

Tanpa Nama berkata...

Ahli akar umbi Pas 'beriman' dengan pemimpinnya jadi amat sukar untuk berubah atau disedarkan. Orang yang cuba mengubahnya nanti akan dianggap sesat.

Tanpa Nama berkata...

Kah kah terbaikk..aduii kesian la..usaha la tambah ahli kasi ramai sikit..jgn cari salah org ja..jgn la fitnah sgt..nnti kita smua akn dipersoalkan