29 Dis 2016

[VIDEO] Bongkar - Pembelian Eagle-High Plantation Oleh FELDA

Dengan kritikan yang semakin memuncak mengenai pembelian terancang Felda yang mahu mengambil alih pegangan saham 37 peratus dalam PT Eagle High Plantations Tbk, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menjawab beberapa soalan mengenai perkara itu.

Permintaan beliau muncul setelah Felda mengumumkan akan membeli kepentingan bukan kawalan dalam perladangan di Indonesia pada harga AS$505.4 juta atau RM2.26 bilion.

Semasa sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, Rafizi memetik harga saham purata Eagle High Plantations pada 2015 adalah antara 132 rupiah hingga 315 rupiah sesaham.


Berdasarkan harga saham purata dalam tempoh 52 minggu yang lalu, saham Eagle High Plantations adalah 200 rupiah atau 6.7 sen sesaham.

Justeru, tambah Rafizi, Felda akan membayar premium 290 peratus untuk membeli 37 peratus pegangan saham dalam Eagle High Plantations iaitu tiga kali ganda lebih daripada harga saham purata yang dicatatkan dalam tempoh berkenaan.

Walau jika pembelian itu dibandingkan dengan harga saham semasa Eagle High Plantations pada masa ini, jelas beliau, Felda masih akan membayar premium 195 peratus untuk mengambil alih kepentingan berkenaan.

Menurut Penyata Kewangan Felda 2014 yang telah diaudit, Rafizi mendakwa Felda hanya mempunyai tunai dalam tangan sebanyak RM291 juta.

Beliau yang juga ahli Parlimen Pandan berkata, angka itu hanya untuk penyata kewangan 2014. Penyata kewangan Felda untuk tahun 2015 masih belum diserahkan kepada anggota Parlimen.

Oleh itu, Rafizi mahu tahu bagaimana Felda akan membuat pembelian RM2.26 bilion untuk mengambil alih kepentingan dalam Eagle High Plantations sedangkan hanya mempunyai RM291 juta dalam bentuk tunai pada akhir 2014.

"(Dan) siapa yang berikan arahan untuk membeli 37 peratus kepentingan dalam Eagle High Plantations pada harga tiga kali ganda lebih daripada harga pasaran," tambahnya. -mk


ANAK gesa kerajaan batalkan pembelian Ladang PT Eagle High Plantation

Kerajaan digesa campur tangan agar Felda menerusi anak syarikat, Felda Investment Corporation(FIC) Properties, membatalkan perjanjian jual beli kepentingan 37% dalam ladang PT Eagle High Plantation, milik Rajawali Group yang berpengkalan di Jakarta.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(Anak) Mazlan Aliman berkata, sesuatu yang melucukan apabila Felda Global Venture Holding(FGVH) pada tahun 2015 beria ia mahu membeli kepentingan diatas ladang seluas 320,000 hektar itu dan membatalkannya, kini, FIC pula berbuat demikian.

"Untuk pengetahuan, Pengerusi kepada FGVH dan FIC adalah orang yang sama, Tan Sri Isa Samad," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru ujarnya, yakin proses due diligence(jika dibuat) yang mengambilkira soal perundangan, kedudukan saham dan aset serta penilaian atas ladang tidak dilakukan dengan telus.

"Kita bimbang pembelian Ladang PT Eagle High Plantation yang nilainya begitu mahal dibuat atas agenda peribadi. Kita juga maklum, empayar Rajawali Group yang dimiliki Peter Sondakh ada kaitan dengan pemimpin utama Malaysia.

"Adalah lebih baik FIC fokus kepada memperkasa bidang perhotelan dan hartanah seperti core business mereka yang pada ketika ini pun sedang dipersoalkan tahap pencapaiannya.

"Bahkan, FIC baru sahaja mengambilalih projek Perumahan Generasi Baru Felda(PGBF) dari Felda Engineering Sdn Bhd. Lebih baik selesaikan segera masalah 11,000 unit rumah Gen 2 yang terbengkalai," ujarnya.

Anak juga berpandangan jika FGVH yang dikatakan mempunyai kepakaran dalam bidang perladangan membuat keputusan membatalkan pembelian, apa kelebihan yang ada pada FIC?

"Adalah amat malang dan menyedihkan di kala isu kritikal seperti FGV, pembayaran hasil, hutang peneroka, penipuan kadar perahan Gred, ketidakstabilan harga getah dan perumahan Generasi Baru Felda sedang menyelubungi warga Felda, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Tan Sri Isa Samad yang bertanggungjawab keatas Felda tidak sensitif langsung bahkan semakin ghairah melakukan pelaburan baru.

"Setakat mana gembar gembur kejayaan FGV, yang kini warga Felda menanggung akibatnya? Sejauh mana bayaran balik pinjaman RM6 bilion dilakukan kepada KWSP?

"Anak ingin bertanya, jika pembelian ini dimuktamadkan, di mana US$505.4 juta (RM2.26 bilion) mahu diperolehi?Adakah pinjaman baru dilakukan?" soalnya.

Katanya lagi, pertubuhan itu akan menggerakkan kempen dengan dokongan parti politik dan NGO bagi mempastikan pembelian ladang Pt Eagle High Plantation ini dibatalkan.

"Cukup lah derita dan airmata para peneroka akibat percaturan salah penyenaraian FGV di Bursa Malaysia pada 28 Jun 2012 lalu.

"Berapa nilai saham FGV hari ini?," soalnya lagi.
-MD




ULASAN GB

Dahulu Najib sibuk mengharam-jadahkan peneroka-penoraka yang tidak menyokong langkah mengenai pengumuman FGV oleh kerajaan.


Dengan angkuh dan bangga Najib menyatakan kononnya IPO FGV adalah yang terbesar di Asia ketika itu, dan lebih besar dari IPO yang diterbitkan oleh Facebook.

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Kini "HARAM-JADAH" itu kembali kepada orang yang menuturnya. Harga saham FGV terkini hanya tinggal nyawa-nyawa ikan iaitu RM1.53 sen.


Dalam keadaan FELDA yang nazak seperti itu pun masih lagi mahu untuk membeli kepentingan 37% dalam ladang PT Eagle High Plantation, milik Rajawali Group yang berpengkalan di Jakarta dengan premium 290 peratus dari harga iaitu tiga kali ganda lebih daripada harga saham purata di dalam tempoh beberapa bulan yang lalu.

Seperti kata Mazlan Aliman "Cukup lah derita dan airmata para peneroka akibat percaturan salah penyenaraian FGV di Bursa Malaysia pada 28 Jun 2012 lalu."





FEATURED ADS



10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Paling aku suka sekali ayat tuan gb yg mana apa yg dituturkan kembali semula pada penuturnya.cth mudah spt hadi al marangi....dahulu bukan main lagi membaruakan membabikan meng anjingkan org....last2 skrg lihat sendiri Pas yg jadi parti Barua Babi Anjing utk umno

Tanpa Nama berkata...

Biar felda jd korban jk itu yg diperlukan utk menyedarkan org melayu siapa sebenarnya penyangak2 dan parasit yg menghisap darah dan merosakkan satu persatu kepentingan melayu dan pd waktu yg sama dok momok ttg bahayanya DAP

Tanpa Nama berkata...

Orang Felda apa dia orang tahu ialah tak ambik tahu. Tahu tahu bulan-bulan masuk seribu dua hasil pajak.

Pagi atau petang pergi mancing. Atau buru ayam hutan, tak cari cendawan.

Dia orang akan kata hidup jugak.

Mereka yang tua-tua tidak fikirkan kesenangan untuk generasi kedua.

9 57. Saya suka dengan komen anda.

Tanpa Nama berkata...

Najib baru je lepas suruh ahli UMNO taat wala...

Lepas ini Najib akan suruh peneroka bersyukur..

Nak tanya lah berapa ramai peneroka Felda yang gunakan dewan Felda di KL untuk majlis Kahwin ?

Tanpa Nama berkata...

WELL IN THIS CASE WE NAK SALAHKAN 100% NAJIB PUN TAK BLH JUGA SBB ORG FELDA JUGA WHICH MAJORITI BANGSA MELAYU KESAYANGAN UMNO DAN PAS YG TAMAK HALOBA JADI MCM NI. STOCK EXCHANGE PERLU ADA ILMU BARU BLH U ALL LIBATKAN DIRI. I ASK FELDA DO U KNW BASIC TERM STOCK EXCHANGE BULLISH, BEARISH? DO U KNW HOW GET MAKLUMAT PROFILE SETIAP SYARIKAT WHICH IS VERY IMPORTANT SEBELUM U NAK BELI ATAU JUAL SAHAM? DO U KNW THAT BROKER STOCK EXCHANGE BOLEH BUAT SPECULATION YG BOLEH MENGAKIBATKAN U MENGALAMI KERUGIAN IF DID NOT CONTROL IT VERY WELL.? FOR THOSE YG ADA ILMU FOREX THEIR KNW ALREADY AS ASAS DIA SAMA BUT FOR THOSE U SATU HAPAK BENDA TAK TAHU U GIGIT JARI SENDIRILAH KRN IKUT APA YG MR NAJIB CKP. LEASSON HERE BUKAN SEMUA BENDA BAIK ADALAH BAIK KRN U ALL TAKKAN TAHU KEBURUKKAN DISEBALIKNYA AND BUKAN SEMUA KEBURUKKAN ADALAH BURUK KRN WE ALL TAK TAHU KEBAIKKAN DISEBALINYA. U ALL GUNA KURNIAAN ALLAH UTK BERFIKIR,JANGAN KITA DPT DOSA KRN TIDAK KURNIAAN ALLAH DGN BAIK. WALLAHUALAM.

Malaysiabaru berkata...

Rafizi sungguh cekap pasal isu ini

NajIB PERLUKAN DUIT UTK PRU14.,1MDB TAK BILEH TOLONG TAN SRI INDON BOLEH URUSKAN

beli kompeni indon harga 3x apa jadah... Kelapa sawit konoditi jatuh tapi nak beli juga konpeni kawan satu golf ..

Penubuhan FGV satu malapetaka begitu juga 1mdb

Dulu felda ada cash 5billion.. Skrg haramhadah apa yg tinggal

Haji hadi suka tengok najib merembat... Inilah amalan pas ... Rembat sampai melayu jahanam jadi baruah merempar di negara sendiri

Tahniah rafizi dan ajk mazlan aliman.. Siapa pengurus besar felda fgv koperasi felda???

Tanpa Nama berkata...

Janganlah kamu cenderung dengan orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu ...

Najib zalim tapi bagi orang Felda tak zalim sebab yang Najib zalim pada Anwar Ibrahim, Muhyiddin, Mukhriz, Tun Mahathir dan beberapa pemimpin yang lain.

Kerana zalim Najib itulah menyebabkan orang Felda rugi dan di tipu..

Apakah kamu tidak ambil peringatan ini sebagai pengajaran untuk kamu ?

Jangan seronok sangat bila Isa buatkan stadium untuk Felda

Tanpa Nama berkata...

Org felda Org kg makcik pakcik felda mana lah tahu isu2 saham ni.internet lagi lah xtau.kalau yg tahu pun generasi muda anak2 kepada peneroka felda nih.Bagi mrk xpenting la saham apapun namanya, krjn nk labur nk lebur itu ini mrk xhairan sbb mrk xtau apa pun, maklumla org2 tua,paling kuat pun bising pasal barang mahal tp undi bn jgk....
Golongan mcm ni lah PH kena tuju betul2 kasi pencerahan sbb golongan ni lah talian hayat bn skrg...

Tanpa Nama berkata...

Kawasan felda adalah black area kerana penuh dgn penagih2 dadah. Mana idaknya generasi2 muda felda kepala dh stone mane nk fikir tentang bursa saham, untung rugi ke Yang dia orang tau macam mana nak dapat barang.

Tanpa Nama berkata...

Bagus lah. Banyak 37% tu.

Elok lah Felda United guna logo Eagle.

Oleh kerana seperti yang di ketahui anak-anak muda Felda ramai yang kepala nya stone, nama kan je pasukan bola kepada Eagle High.