19 Dis 2016

Akhirnya Sijil Balak Kelantan & Johor Ditarik Balik

Sijil balak Kelantan dan Johor ditarik balik - Wan Junaidi

KOTA BHARU: Sijil Skim Pensijilan Kayu Balak Malaysia (MTCC) telah ditarik balik dari Kelantan dan Johor kerana melanggar beberapa syarat yang ditetapkan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan, sijil berkenaan ditarik balik pada 23 November lepas.



Antara pelanggaran syarat ialah penebangan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan, selain tidak mematuhi kod kawasan penebangan.

"Sebab mereka tidak mematuhi syarat-syarat pensijilan dahulu itulah kenapa pensijilan ditarik balik sebab pembalakan tidak dikawal selia dengan baik. Kita ada arahan yang dipersetujui Majlis Tanah Negara, tebang guna kod semua ini dibanci tetapi ini tidak diikut sepenuhnya kaedah pemotongan itu," katanya.

Sijil berkenaan dibuat untuk memastikan kayu balak yang ditebang boleh dieksport dan dijual di negara-negara Eropah dengan harga tinggi.

Namun, selepas penarikan sijil berkenaan, kayu balak dari negeri Kelantan dan Johor hanya boleh di jual di negara seperti China, Korea dan Arab Saudi yang hanya dijadikan untuk kegunaan sebagai kayu dalam pembinaan.

Kata Wan Junaidi lagi, pensijilan itu boleh dikembalikan sekiranya kerajaan negeri mematuhi syarat yang ditetapkan dengan penilaian serta pengauditan dilakukan memenuhi syarat ditetapkan.

Jelasnya, audit dilakukan oleh sebuah firma bebas tempatan bagi melaksanakan pensijilan MTCC. -astroawani

VIDEO BERKAITAN





ULASAN GB

Kini segala-galanya terbukti bahawa pembalakan di Kelantan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan, selain tidak mematuhi kod kawasan penebangan.

Demikianlah Hukum Kebenaran dan Keadilan berjalan. Yang benar itu tetap benar yang salah itu tetap salah.

Kerajaan kelantan tidak lagi perlu mengakkan benang basah dengan menuduh pihak luar menghasut dan mempengaruhi orang asli yang menentang usaha pembalakan di Kelantan yang telah menyebabkan kehidupan mereka terjejas teruk akibat pembalakan secara rakus oleh Kelantan.





FEATURED ADS



11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang tidak mematuhi syarat sehingga banjir besar melanda pada 2014....harap2 tiada lagi slogan membalak bersama ularmak....

Tanpa Nama berkata...

Habis dah dibogelkan orang asli sampai tak dapat belindung..pak lebai dan konco konconya ngok ngek ngok ngek akhirnya kebenaran terserlah..tapi dah selori orang asli kena angkut..nak percaya macamana orang yang kononya berpolitik matang dan berpegang pada sunah Islam.?????!!!!!!.....

Lelakidicermin berkata...

Mati hidup balik pun.. lebai2 tu tak mengaku...sah2 dia ckp parti amanah sensasi isu tu

Malaysiabaru berkata...

Permit 'curi' balak dari Myanmar pun kena tarik balik bila suh kyi jadi presiden

Maka marah betul Najib dan umarak hadi awang punca pendapatan hilang

Dulu Najib tak penah 'demo' isu rohingya sebab balak masuk ..

Bila balak stop Najib sangup demo ..

MEMBALAK BERSAMA ULARRRMAK DAN MONGOLIA

Tanpa Nama berkata...

Tahniah.ini kemenagan ptama Amanah kelantan bersama2 membantu org asli.Insylh next Pru kemenangan Amanah memguasai kelantan.Sama2 kita doakan.Amin

Tanpa Nama berkata...

Kesalahan yang di lakukan ialah tidak mengikut syarat dan tidak mematuhi kod kawasan penebangan.

Memang sah lah syarikat yang dapat kontrak adalah syarikat yang tidak berpengalaman.

Senang-senang je buat kesalahan atau sengaja buat-buat untuk bahagian syer .. kalau di Kelantan siapa lagi kan ?

adzmy_ziera berkata...


Balak dengan PAS sudah tidak boleh di pisahkan ..

Dalam Dewan DUN, PAS mengutuk Husam habis-habis dan menuduh Husam kutip maklumat dari longkang !

Wala lah.. jangan tak wala.

Tanpa Nama berkata...

Jahanam.

Penasihat pulak yang kantoi.

Apa sal yang Johor kena sekali ? Yang di dedahkan ialah balak Pahang ?

Pahang perlu di selamatkan pada PRU kali ini ..

Tanpa Nama berkata...

Alahai lobai hadi...
Takabbuuurrr....

Tanpa Nama berkata...

balaklah kamu sebelum kamu dibalakkan...

pas yg mengaku parti yg berteraskan Islam telah sah menipu seperti menipunya presiden pas dimahkamah. seluruh dunia tau bhw hadi memfitnah calon pkr sbg penjual feel cooder tp dlm mahkamah dia tak mengaku. padahal hal masa itu, hanya seorg aje calon pkr (seorang farmasi) yg tlh disahkan oleh polis sbg tiada kes feel cooder.

cuba walaun fikir... pernahkah kamu fitnah org yg kamu tak kenal?

dlm mahkamah dunia boleh ler tipu lebai oiii... diakhirat nanti jwb lah. dari satu dosa didunia dah bertambah jadi dua dosa diakhirat. satu fitnah calon pkr. satu lg tipu hakim yg dia tak kenal org yg difitnah.


Tanpa Nama berkata...

sijil berkenaan ditarik balik pada 23 November lepas...

sekarang dah 19 Dec ..

Tapi PAS senyap je. Macam tak tahu. Jangan-jangan masih lagi membalak tak?

Masa orang asli demo, arah tangkap dan dakwa orang asli yang menceroboh.

Tapi biasa lah kawan tolong kawan.. dah berlori balak keluar baru lah tarik sijil...