17 Dis 2016

[VIDEO] Mukhriz Tegur PAS Supaya Ukur Baju Di Badan Sendiri

Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dato Seri Mukhriz Mahathir menegur PAS supaya mengukur baju di badan sendiri berkaitan dengan sikap PAS yang pada satu masa nak bersama untuk wujudkan pertandingan satu lawan satu, tetapi dalamasa yang sama nak bertanding di 70 buah kerusi parlimen.

Mukhriz juga meminta supaya PAS melihat dimana kekuatan dan kelemahan kita, melihat dimana kelemahan boleh menjadi kekuatan jika berganding dengan kawan-kawan yang lain yang mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk menjatuhkan Najib Razak dan Rosmah Mansor daripada pucuk pimpinan negara seterusnya kita dapat menubuhkan kerajaan baharu.


Mukhriz menyatakan demikian di program sembang santai di Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam malam kelmarin yang turut disertai oleh Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dan Adun Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah.

Sebelum ini, sewaktu pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang pernah meminta parti-parti yang ingin bertanding waktu itu supaya mengukur baju di badan sendiri.


Kini, kata-kata Haji Hadi itu telah dikembalikan semula kepadanya oleh bekas Menteri Besar Kedah supaya PAS bersikap realistik di dalam membuat keputusannya dan mengukur baju di badan sendiri.

Beberapa hari lalu pula, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man meletakkan satu lagi syarat baru, khususnya kepada PPBM, jika ingin menjalin kerjasama dengan parti itu.

Syaratnya ialah tidak bertanding di 70 kerusi yang ditandingi oleh Pas dalam PRU 13 yang lalu.

Pas meletakkan syarat demikian kerana beranggapan 70 kerusi itu adalah milik mereka, meskipun dalam PRU 13 lalu ia hanya menang 21 kerusi Parlimen saja.

Beberapa orang pemerhati politik menyifatkan PAS berada di dalam keadaan keliru apabila meletakkan syarat sedemikian kepada Pakatan Harapan.

Shahbudin Hussin, di dalam blognya mempertikaikan hasrat PAS itu dengan bertanya bagaimana Pas boleh menganganggap 70 kerusi yang pernah ditandinginya itu sebagai miliknya sedangkan ia hanya menang 21 kerusi saja?

Beliau turut menyindir PAS, "Alang-alang ingin menjadi “parti kerusi”, lebih baiklah bertanding di semua 222 kerusi. Buat apa sekadar 70 saja!"


Kalau tiga penjuru maknanya Pas diperkuda Umno, kata Mukhriz

Sekiranya ditakdirkan berlaku pertandingan tiga penjuru ekoran keengganan Pas menyertai kerjasama bersama pembangkang, ia bermakna parti Islam itu telah berjaya diperkudakan Umno, kata Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Berucap di program sembang santai di Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam kelmarin bekas Menteri Besar Kedah itu berkata Pas tidak akan untung jika pertandingan tiga penjuru berlaku.

“Kalau tiga penjuru saya nampak seolah-seolah Umno ini perkuda Pas. Dia guna Pas hanya untuk pecah undi pembangkang dan akhirnya Umno untung. Jadi kat mana untung untuk Pas,” katanya.

Mengharapkan telahannya itu silap, namun Mukhriz berkata jika Pas mahu bersama Umno, parti itu perlu bertegas agar tidak belaku pertandingan tiga penjuru khususnya dengan Umno itu sendiri.

“Kalau depa nak bersama Umno saya ingat itu keputusan silaplah. Tapi kalaulah dia nak bersama Umno, pakat dengan Umno betul-betul biar berlaku satu lawan satu,” pesannya agar Pas tidak hanya menjadi mangsa percaturan politik Umno.

Bagaimanapun kata Mukhriz, peluang untuk Pas menang adalah lebih cerah jika parti itu memilih untuk bekerjasama dengan PPBM dan Pakatan Harapan dan melawan BN secara satu lawan satu.

Ini kerana katanya, jika pertandingan satu lawan satu menentang BN, tidak akan berlaku perpecahan undi sekaligus akan meberi saingan sengit kepada BN.

“Tapi kalau bersama dengan kami, akan wujud keadaan di mana peluang untuk Pas menang lebih tinggi berbanding bersama Umno. Kalau dengan Umno, bertanding kerusi sama berebut pengundi sama,” katanya.

Sementara itu, turut serta pada program itu, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dan Adun Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah.
-MD








FEATURED ADS



21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...Tidak disangkal dengan ape yang diperkatakan olih DSMM..non partisan berbagai latar belakang adalah pemerhati yang baik..dengan statements2, sikap dan tindak tanduk yang ditujuk olih PAS rasa hilang keyakinan.

Andai PAS bersama coalitions pembangkang memungkinkan mereka akan meneruskan sikap dan tindakan meretakan perhubungan dari dalam,ini telah mereka lakukan pada PR.jangan lupa sejarah.

Hingga kini PH agak rapuh dengan sikap PKR,yang ada intergriti dan setiakawan AMANAH dan DAP walau dithomah macam2. FIKIR, FIKIRKAN LAH....

Adalah baik biarkan PAS dgn Umno/BN. Coalition pembakang tumpu perkemas saf jentera yakin pada ALLAH. pihak dizalimi tidak pernah menang atas dasar ramai..

Pertolongan ALLAH swt yang dipohon....

Tanpa Nama berkata...

Hairan juga, kenapa ya DSMM dan kumpulan menubuhkan parti baru umat Melayu? mmg dh dirancang utk dipecahkan kecil2 hingga masing2 nk akan kerusi yg banyak ditandingi. Musykil... inikah dikatakan bijak org melayu kita ni? nnt buat pula parti lain serpihak mcm DSSA kat sabah tu... Pecah lagi. dah teruk tahap gaban & lebih teruk dari parti kaum India. Bangsa Cina juga kekal 3 (DAP, MCA & Gerakan). Melayu ada Umno, PKR, PAS, PAN, Besatu, Warisan, Parti Zaid, Parti Melayu Sarawak, Berjasa, dll... Lepas ni partu tupperware pulak rasanya. Sadis.

Tanpa Nama berkata...

PH kena maju ke depan tanpa PAS. Masa sudah terlalu suntuk untuk menunggu keputusan PAS sama ada ianya akan bergabung atau berkerjasama dengan PH atau tidak.

Adalah lebih balik untuk buat perancangan berasaskan sesuatu yang pasti!

Malaysiabaru berkata...

Beginilah

MATLAMAT PIS ADALAH UNTUK BERI KEMENANGAN KPD UMNO/NAJIB BIARPUN DI BAJU NAJIB TERPALIT KES BUNUH MONGOL 45B 1MDB SCORPENE FGV RINGGIT MERUDUM

BAGI PIS ITU BEMDA KECIL

JADI PRU14 INI SUDAH PASTI PENHGAPUSAN PRMBANGKANG SECARA TOTAL TIADA YG MENANG TERMASUK PAS. MATLAMAT NIK ABUDOH ADALAH UNTUK BUBARKAN PAS SETELAH HUDUD DI LAKSANAKAN OLEH UMNO NAJIB

PRU14 ADALAH PENGHAPUSAN SEMUA PEMBANGKANG JADI BIARLAH IA BERLAKU... 4PENJURU. DAN KEMENANGAN MUTLAK BN MCM PADA 2004

INSYALLAH PRU15 (2008) KEMENANGAN MUTLAK PEMBANGKANG... YANG PENTING HAPUSKAN PAS PRU14

Tanpa Nama berkata...

Pas perasan kuat..menang byk kerusi dulu pun atas PR..

Malaysiabaru berkata...

HAMPIR SEMUA 99% PAKAR ANALISA PILIHANRAYA BERSETUJU

PRU14 ADALAH PERTANDINGAN 4 PENJURU!!!

JADI PIHAK AMANAH DAN PKR DAN DAP DAH RANCANG MACAMANA NAK HADAPI 4 PENJURU???

DAP HAVE PLAN TO FACE 4CORNERED FIGHT? WHAT IS YOUR STRATEGY ? DATUK HUSAM? RAFIZI APA HANG PUNYA RABCANGAN HADAPI 4PENJURU????????

Tanpa Nama berkata...

Sebaik-baiknya jangan diajak ataupun dipujuk PAS itu menyertai Pakatan Harapan, kerana adalah amat terang lagi bersuluh PAS merupakan parti yang tidak boleh dipercayai langsung! Apa kata semasa PRU14 nanti PAS di dalam PH berjaya memenangi beberapa kerusi dan keputusan PRU itu hampir seimbang diantara BN dan PH. Saya amat yakin ketika itu, PAS akan menyertai BN untuk mendapat beberapa jawatan menteri. Ayuh!!! Muziumkan PAS adalah satu-satunya pilihan terbaik.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin semakin takbur
Hadi punya angkara
Takbuuurrr

Tanpa Nama berkata...

MELAYU MEMANG MACAM ITU....SEMUANYA NAK JADI MENTERI SENANG CURI DUIT....KEMUNDIAN TERIAK2 ISLAM....ISLAM....

Tanpa Nama berkata...

Kalaulah aku Perdana Menteri ada berbilion bilion derma saguhati

Akan aku derma dua tiga suku untuk PAS buat buah hati
Supaya jumpa saja kubu pembangkang berebutlah itu kerusi
Aku menang kamu senang lenang berhari hari
Kalah kamu aku tanggung sampai mati
Menang kamu duduk diam diam aku dah bagi

Akan aku bagi duit semua rakyat cukup umur mengundi
Supaya terbayang muka aku dikertas undi
Kaya raya dapat miskin kedinek pun diberi
Harganya adil tak berbelah bagi
Aku menang banyak lagi derma aku beri

Akan aku bagi kalau kamu ketua jabatan negara maupun negeri
Supaya buatlah kerja kamu berkhidmat kepada perdana menteri
Menang aku banyak lagi peruntukan akan aku cari
Atau aku lantik orang bawah, kau akan aku ganti

Akan aku bagi siapa siapa yang mahu menawar diri
Tak kira Asli maupun Hadi ataupun Azmin Ali
Tiga tak cukup empat penjuru lagi sejati
Asal aku menang bolehlah aku cari Cina jual banyak lagi

Note: Malaysiabaru, can you elaborate what is best solution if 4 corners fight happen?

Tanpa Nama berkata...

Sudahlah PH. Sudahlah PPBM. PAS tak mau bekerjasama, terima sajalah. Inilah masanya untuk memperkuatkan barisan pembangkang tanpa PAS/Gagasan Rakyat. Kalau setiap hari ada saja dok cakap pasal PAS...maknanya memang hang semua ni dok tak percaya utk menang tanpa PAS. Kalau awai2 dah dok ada pikiran mcm ni, mcm mana hang nak meyakinkan rakyat banyak yang hang buleh perintah negara tanpa PAS?

Pundek betul.

Tanpa Nama berkata...

PH jgn lah membuang masa melayan pas.Pas sudah jadi sahabat umno.perangai merembat balak spt umno.kata2 lisan juga sebijik copyright umno.apa lagi yg berbeza.cuma pas pakaian Islam konon nk tarik undi melayu islam.Dlm pru akan dtg pas xkan join umno tp pas akan bertanding 3 penjuru utk memberi kemenangan mudah kpd Umno.Secara tak langsung pas juga merupakan musuh ph.Adakah kepimpinan PH terlalu lemah atau bahasa kasarnya terlalu Bodoh utk Faham semua ni?nasihat aku, jangan jadi org bodoh.Rakyat dah jemu, diulangi semula,Rakyat Dah Jemu dgn drama telenovela ph Dan Pas main tarik papan sorong papan.Rakyat mau perjuangan jelas menentang pemimpin Zalim.Pimpinan PH sila fikirkan,jika tidak,tidak mustahil Rakyat secara total akan protes PH next pru.Bukan kerana suka Umno tp kerana Rakyat Benci Drama pembangkang...

Tanpa Nama berkata...

Tujahan politik mukhriz masih belum matang aku rasa...pas tidak akan sesekali istihar akan bergabung dgn umno...dan pas juga tidak akan join pakatan harapan...pas akan hanya bertindak sbg pemecah undi kpd pakatan harapan utk seterusnya memenangkan umngok be end...ada paham ke en mukhriz?...aku secara peribadi lebih sanggup lihat ph kalah secara bermaruah drp menang tapi ditikam blkg oleh parti pak lebai yg kluk klek dan kuat u turn ni...apa kata admin??? Ok baii...

Tanpa Nama berkata...

Itu kena tanya azmin anak ali...dia masih menagih kasih pak lebai yg masih belum kunjung tiba...tangguh punya tangguh nanti dia dgn lebai2 sekali akan hanyut di bawa arus...

Tanpa Nama berkata...

Masih ingatkan semua, pada pru lalu kita semua telah humbankan para politikus yg berpaling tadah dan tak berprinsip spt berahim anok ali, zul anok nordin, gobala anok krishnan, 3 ekor barua yg jatuhkan kjaan pr perak dan ada lagi bbrapa yg sewaktu dgnnya...
Maka, pada pru akan dtg ini in shaa Allah rakyat akan humbankan pulak para politikus yg telah mengkhianati amanah rakyat terutamanya mereka2 yg dari kalangan parti lebai walaunta...sama2 kita saksikan nanti...

Tanpa Nama berkata...

Dulu kuat sebab adanya aura yg hebat drp tuan guru nik aziz, skrg sebut pas anak muda duk cebih jea mulut...kecuali yg totok tak membaca dan jenis walaun buta kayu jea yg masih sokong...

Malaysiabaru berkata...

Very simple..

The voters has 2 choice. Vote for bn friendly party or vote for hardcore opposition

Who is bn friebdly?
Who is hardcore opositiion

This the failure of AZMIN ALI to confront courageously...

Azmin must tell all voters pas is bn friendly and he wish not to associate with bn friendly

Aznin should show proif pas has deviated from the true path of islam like al arqam. Pas is rasict agaunst dap. Pas menkafir its foes like amanah

Byk proof azmin boleh bawak kpd voters untuk buktikan pas dah jauh menyimpang !!! Obly this way voters willndecide ... Bn friendly or jardcore oposition

Tanpa Nama berkata...

Pas dok tengok pakatan tak ada kekuatan.
dia lebih yakin pd bn lagi.
tak mustahil dia akan jadi
TALI BARUT BILA NAK UNDI NANTI.
KALU BOLIH USAHAKAN
KELUARKAN ANUAR.
BARU PAS MELUTUT.
PAS PENUH EGO.
PAS PENUH BONGKAK.
PAS PRRLUKAN DUIT.
AHLI TAK AKAN DERMA LAGI DAH.
LUPAKAN HADI .
CARI PAKATAN YG BARU.
KELUARKAN ANUAR.
BERSERILAH NANTI.
PERCAYALAH.
ANUAR ADALAH KUNCI PEMBANGKANG.

Tanpa Nama berkata...

AKAN DATANG
HADI SENTIASA DUDUK SEMEJA DGN PM.
TAPI ADA UBI ADA BATAS.
FAHAM TAK .
JANJI POKEK BERISI
KAH KAH KAH..
POLITIK MATANG...
POLITIK MENATANG..

Tanpa Nama berkata...

Geng teranung kabo baser menatang brekkmokk...hihihii

Pemuda segamat johor berkata...

Assalamualaikum semua, jika kita bersatu bersama tanpa pas, saya yakin kita pasti menang... Isu bertanding 4penjuru tiada masalah, selagi teguh bersama dlm PH, InsyaAllah berjaya...