3 Dis 2014

[VIDEO] Gadis Dicabul, Penumpang Lain Diam Diri


.Situasi dua orang gadis yang dikatakan diserang secara seksual berjaya dirakam oleh seorang penumpang bas di Haryana, utara India.

Dua gadis berkenaan, Arati dan Pooja Kumar membelasah sekumpulan pencabul dengan tali pinggang selepas tiada penumpang yang menolong meleraikan kejadian tersebut.

Klip rakaman amatur tersebut yang dirakam oleh seorang wanita yang sedang mengandung telah dimuat-naik ke laman popular Youtube.

Wanita berkenaan memberitahu Times of India bahawa dia juga diserang secara seksual oleh kumpulan lelaki terbabit.

Sementara itu, Arati memberitahu wartawan, kumpulan lelaki berkenaan menyentuh Pooja yang juga adik beliau dan membuat aksi cium.

"Saya beritahu dia supaya jangan kacau atau saya akan ajar dia. Kemudian dia panggil seorang lelaki lain.

"Tidak lama kemudian, seorang lagi rakan mereka menaiki bas ini," katanya.

Tiga lelaki yang terlibat dalam kejadian tersebut telah ditahan dan pemandu bas juga telah digantung kerja kerana gagal mengambil tindakan ketika kejadian berlaku.

Video tersebut menjadi sensasi internet dan disiarkan di televisyen.

Kejadian tersebut memaksa langkah keselamatan diambil untuk memastikan keselamatan wanita di India.












1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KPN kita memang pandai. Cepat dan pantas bg tindakan kpd Mek Siti garang Kuantan. Kaki buli yg ini pulak, bila agaknya Perkasa nak bagi jawatan ahli Hulubalun Terhormat. Rohtak Sisters http://ibnlive.in.com/news/rohtak-eveteasing-row-contradictory-versions-emerge-as-second-video-of-two-the-sisters-surfaces/516368-3-240.html