4 Dis 2014

PAS Mahu Tahu Siapa Blogger Yang Bangang Itu & Berapa UMNO Upah Mereka?


PAS: Siapa 'blogger' bangang itu, Najib?

PAS hari ini mahu tahu jika tokoh wartawan negara, Abdul Kadir Jasin dimaksudkan perdana menteri sebagai penulis blog “bangang” yang menyerang Najib?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar mengajukan persoalan itu sewaktu mengulas teguran Datuk Seri Najib Razak terhadap penulis-penulis blog pro-Umno yang mengkritik Umno.

Najib berkata tiada istilah “tembakan mesra” dan penulis blog yang digajikan Umno seharusnya sedar siapa majikan mereka dan jangan terus bersikap “bangang”.

Mahfuz secara sinis mahu tahu jika Najib yang turut memiliki blognya sendiri termasuk dalam kategori penulis blog itu.

"Adakah perdana menteri (sendiri) dan Kadir Jasin juga dianggap sebagai blogger yang 'bangang'?" kata Mahfuz pada sidang media hari ini.

Kadir Jasin merupakan bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times dan kini menulis di blognya tentang politik dalaman Umno.

Tulisannya mengandungi pandangannya tentang pentadbiran negara dan ada ketikanya turut mengandungi beberapa kritikan dan teguran terhadap pentadbiran.

Menurut Mahfuz, Najib kini perlu mendedahkan jumlah penulis blog yang diupah oleh Umno.

"Jadi saya minta Umno jelaskan berapa ramai blogger Umno yang cari makan dengan Umno?

"Berapa pembayaran yang telah dibuat oleh Umno dan berapa jumlah blogger Umno yang cari makan? Dan berapa blogger Umno yang dianggap 'bangang'?
-mk


Mohd Najib Kecam Blogger Upahan Umno

PRESIDEN Umno, Mohd Najib Abdul Razak, semalam secara terbuka mendedahkan yang Umno mengupah blogger.

Inilah kali pertama seorang pemimpin atasan Umno dan kerajaan membuat pengakuan seperti itu.

Mohd Najib berkata, mereka ini makan gaji dengan Umno tetapi menyerang balik parti itu.

Kerana itu, beliau menyifatkan mereka sebagai bangang.

Merujuk kepada Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, Mohd Najib berkata: “Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly."

Tambah Mohd Najib lagi: “Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang.” Beliau berucap dalam sesi penggulungan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Pendedahan dan herdikan Mohd Najib itu akan melemahkan lagi perang saraf Umno di alam siber. Tanpa pendedahan dan kecaman itu pun keberkesanan blogger Umno sudah dipersoalkan.

Seperkara lagi, kalau benar blogger-blogger upahan Umno itu berperang sesama sendiri dan menyerang pemimpin parti, ia adalah cerminan perpecahan dan ketidaktentuan dalam Umno sendiri.

Namun Mohd Najib bukan orang pertama mencemuh dan melabelkan blogger.

Zainuddin Maidin (kini seorang blogger) ketika menjadi Menteri Penerangan melabelkan blogger “goblok”, Khairy Jamaluddin menanggil mereka “beruk” dan Shaziman Abu Mansor, waktu menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Air, menyifatkan sesetengah blogger dan pengulas blog sebagai penembak curi.

Maaf cakaplah kalau saya katakan istilah “bangang” yang Mohd Najib gunakan itu adalah keterlaluan, kesat, kasar dan tidak membayangkan hemah dan ketokohan seorang pemimpin.

Pusat Rujukan Bahasa Melayu DBP mentakrifkan bangang sebagai bodoh, dungu, tongong dan bahlul. Teruk sungguh.

Kesian juga saya kalau selepas ini ada blogger Umno yang tertiarap periuk nasinya akibat herdikan Mohd Najib itu.

Wallahuaklam.
-akadirjasin



ULASAN GB

Tun Dr Mahathir juga kini seorang blogger dan mutakhir ini beliau juga banyak menyerang kepimpinan dan pentadbiran Najib. Salah satu serangannya ialah BR1M yang dianggapnya sebagai satu rasuah terang-terangan untuk membeli undi. Apakah Najib ingin memberi implikasi bahawa TDM juga seorang yang bangang kerana menyerang kepimpinannya?









7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tun tak makan gaji dengan UMNO Tak tahu lah kalau diberi kemudahan dan memberi pertolongan di anggap sebagai upah

Cara Kadir Jasin mengulas kenyataan Najib menunjukkan Kadir bukan salah sworang bloger upahan

Jadi senang cerita mana mana bloger yang sokong UMNO dan membuta tuli mempertahankan Najib samada diupah atau tidak ada lah bangang Ini termasuk lah Tun M Selagi Najib tak dedahkan bloger mana yang di maksudkan bangang

Najib terpaksa beritahu berapa ramaikah bloger pro UMNO yang cari makan dengan UMNO kalau tidak orang akan takut menyokong UMNO dan Najib kerana tidak mahu diberi gelaran bangang

gurustress berkata...

Lantak diorglh.. nk bangang membangang.. janji kita jgn ikut perangai diorg sdh..

Tanpa Nama berkata...

Blogger BENGANG....PM BENGANG....MENTERI BENGANG.....YG sedih ni org2 melayu yg menyokong si BENGANG2 ni semua

Tanpa Nama berkata...

Biarlah blogger UMNO yg bengang jgn biarkan diri kita pula yg bengang dgn mainan politik tak kira dari UMNO mahupun PR.

DO RESEARCH MAKLUMAT DARI 2 PIHAK SAMA ADA DARI UMNO ATAU PR. THEN BARULAH JUDGE. JANGAN TERLAMPAU TAKSUB.

Tanpa Nama berkata...

JGN TAKSUB PD ORG2 YG BENGANG YG MEMIMPIN NEGARA........JGN JADI BENGANG SAMPAI KA LUBANG KUBUR

Tanpa Nama berkata...

makan gaji dgn umno, tapi serang umno dikatakan bangang, Bagaimana pula dgn manusia yg tinggal dibumi Allah, rezki kurniaan Allah, tapi tentang hukum Allah (puak-puak umno), cari lah bumi lain.

sebenarnya memang sesuai mereka serang umno, kerana pemimpin tertinggi umno juga bangang tak tahu mentadbir cuma pandai banyakkan hutang negara saja.

Tanpa Nama berkata...

Dah 57 tahun org2 ME LAYU jadi bengang sebab di pimpin oleh ORG2 BENGANG