7 Ogo 2014

Majlis Syura Ulamak Ada Kuasa Ke Atas Ahli Parti Lain?

Ssemua dah jadi kelam kabut apabila Majlis syura Ulamak tiba-tiba membuat pendirian sesuatu yang tiada kena mengena dengan dasar PAS.

Harakah melaporkan bahawa "Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang di Kota Bharu semalam membuat keputusan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah."
,br>

Aneh! Bukankan Majlis Syura Ulamak berfungsi untuk hal-hal mengenai "dasar" perjuangan PAS? Apa kena-mengena isu MB Selangor dengan dasar perjuangan PAS?

Jika alasan Majlis Syura Ulama membuat keputusan berkenaan "jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat", maka bukankah keputusan Majlis syura Ulamak itu telah juga melanggar persefahaman dengan parti-parti yang ada di dalam Pakatan Rakyat dimana sepatutnya ia perlukan persetujuan bersama kesemua parti yang ada di dalam PR!

Dinyatakan bahawa: "keputusan itu dibuat berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti." Sejak bila Majlis Syura Ulamak ada membuat kajian untuk menentukan majoriti rakyat menyokong Tan Sri Khalid? Dari kalangan ADUN-ADUN Selangor sendiri belum tentu Khalid berjaya mem[perolehi majoriti inikan pula seluruh rakyat! Sementelah lagi ahli partinya sendiri sudah pun menolak beliau dari dipilih menjadi Ketua Cabang dan Timbalan Presiden PKR!

Soal integriti adalah soal yang lain. Tetapi soal Khalid tidak mematuhi arahn kepimpinan partinya sendiri adalah jelas satu penderhakaan dan pengkhianatan terhadap partinya sendiri. Majlis Syura Ulamak mengajar ahlinya supaya tidak ikut arahan kepimpinan parti?

Di dalam Islam, siapa kata panglima Islam yang bernama Khalid Al-Walid tidak berintegiriti? Tetapi beliau dipecat dan digantikan olehg orang lain sekalipun seluruh masyarakat Islam ketika itu menyokong Khalid Al-Walid. Tak timbil soal integriti. Tetapi Khalid Al-Walid akur dengan keputusan kepimpinan. menagapa?

Saidina Khalid al Walid r.a merupakan seorang tokoh hebat dalam medan peperangan dan telahpun dilantik sebagai Panglima Perang sebelum zaman pemerintahan Saidina Umar al Khattab. Sememangnya kepercayaan masyarakat Islam pada waktu tersebut amat tinggi terhadap kebolehan dan kehebatan Saidina Khalid al Walid r.a.

Namun apa yang memeranjatkan, setelah takhta khalifah diwariskan kepada Saidina Umar al Khattab r.a, beliau bertindak memecat Saidina Khalid al Walid dengan menggantikan Abu Ubaidah r.a untuk jawatan tersebut. Tindakan ini amat mengecewakan kebanyakan orang ramai dan menimbulkan perasaan tidak puas hati.

Walau bagaimanapun, Saidina Khalid al Walid r.a menerima keputusan tersebut dengan tenang dan berterusan taat terhadap kepimpinan Saidina Umar al Khattab r.a.


Nampaknya Muktamar PAS akan datang perlu membincangkan semula Perlembagaan Parti khususnya berkaitan dengan peranan dan keanggotaan ahli Majlis Syura Ulamak. Ia perlukan penilaian, penelitian dan pemerkasaan semula supaya tidak lagi menjadi alat sekumpulan tertentu di dalam parti/jemaah bagi mencapai matlamat tertentu.

Jika GB dan yang-lain yang mengkritik keputusan Majlis Syura Ulama dituduh ingkar kepada arahan kepimpinan parti, maka tindakan Majlis Syura Ulamak yang membela Khalid Ibrahim yang ingkar kepada partinya itulah menjadi penyebabnya!

GB dan lain-lain bersedia untuk dipecat dari PAS lantarannya.

Kekal Khalid selagi tidak disabit langgar amanah - Majlis Syura


KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang di Kota Bharu semalam membuat keputusan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah.

Dalam kenyataan yang ditandantangani Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Dr Haron Din itu menyatakan, keputusan itu dibuat berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti.

Bagaimanapun kata kenyataan itu, jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mahkamah, maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan Khalid.

Berikut adalah kenyataan penuh.

Kenyataan Majlis Syura Ulamak

Merujuk kepada Fasal 3 Perlembagaan PAS, bahawa dasar PAS ialah Islam, dan Fasal 6(2) bahawa antara usaha PAS adalah "memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara" ,

Maka, Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu telah membuat keputusan berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti seperti berikut:

"Bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat untuk meneruskan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar di Selangor bagi penggal kedua selepas Pilihanraya Umum ke-13. Maka selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti SPRM atau Mahkamah maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan beliau.

Majlis Syura Ulamak menegaskan sekali lagi bahawa PAS akan tetap istiqamah dengan dasar dan prinsip perjuangan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaannya dan terus memberi komitmen bersama Pakatan Rakyat .

Datuk Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



106 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pas better dok diam2.... jgn sibuk hal dalaman pkr..campur tgn pas dlm isu MB Selangor buat isu yg boleh selesai dgn mudah jadi ribut....pas jd mb pun habis tunggang terbalik....tak payah le nk tunjuk pandai..dok diam2 baca kitab kat mesjid je la

Tanpa Nama berkata...

Komen ckit boleh... Oleh sbb dasar pas bertunjangkan islam... Munasabah bagi pas membuat keputusan menolak sesuatu yg dirasakan ketidakadilan atau kemungkaran... Pas berpakat atas perkara yg. Baik je.. Pas xnak bersubahat dgn perbuatan mugkar.. Xgitu ke...

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dgn pandangan GB. Lepas ni lebih ramai akan terang2 menentang kepimpinanan sebab diajar oleh Majlis Syura Ulamak sendiri membela Khalid Ibrahim yang menentang kepimpinan partinya.

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dgn pandangan GB. Lepas ni lebih ramai akan terang2 menentang kepimpinanan sebab diajar oleh Majlis Syura Ulamak sendiri membela Khalid Ibrahim yang menentang kepimpinan partinya.

Ahli Lajnah Undang-undang PAS berkata...

Majlis Syura PAS x sepatutnya campurtangan dalam hal ini. Bukan bidangkuasa Majlis Syura (ultra vires).

KEPUTUSAN Majlis Syura PAS itu juga boleh dianggap NULL & VOID.

Tanpa Nama berkata...

Hello brths pkr 14 dap 15 pas 15 - mb selangor pas brths

Sebal berkata...

ooo cepat nye majlis syura meeting...nampak gaya..semua org kena patuh pada keputusan syura PAS...eeee..ini macam kes penyimpan mohor keluar statement masa issue debat dulu..eeeee

Ini Pasal VELLFIRE VELLFIRE VELLFIRE

Tanpa Nama berkata...

Minta maaf menyampuk...Majlis Syura PAS mungkin ada pendapatnya sendiri, cuma tak manis bila di war-warkan kpd umum.Wlaupun saya menyokong pendapat Majlis Syura tetapi kita semua perlu tunggu keputusan yang dibuat pada Ahad ini. Kepada saudara Anwar, minta maaf kerana dgn isu ini, saya hilang kepercayaan terhadap kepimpinan saudara.Tiada lagi undi saya untuk PKR atau saudara Anwar. Mungkin undi saya bukan penentu kemenangan PKR tetapi sekurang-kurangnya saya puas hati.

Tanpa Nama berkata...

taknak hudud x salah besar...xnak MB baru salah besar...gile ker PKR?

Tanpa Nama berkata...

PAS memang hero betul. Selain Zuhdi, kini ada NA telah tunjuk muka benar PAS, iaitu "PAS FOR ALL" (buat ketawa sahaja

Tanpa Nama berkata...

Pasai ni tuan gb sanggup.dipecat.... tq.kerana menzahirkan pendirian tuan. Terang la sudah apa yg saya rasa sebelum ni

Tanpa Nama berkata...

Kalau parti islam dia takkan mungkiri janji dan khianati kawan sbb dalm islam sapa yg mungkiri janji dan khianati kawan boleh diketegorikan sebagai munafik . So utk pas buang ajelah perkataan islam kat parti tu memalukan agama islam aje. Tukar nama parti lain


in response to Komen ckit boleh... Oleh sbb dasar pas bertunjangkan islam... Munasabah bagi pas membuat keputusan menolak sesuatu yg dirasakan ketidakadilan atau kemungkaran... Pas berpakat atas perkara yg. Baik je.. Pas xnak bersubahat dgn perbuatan mugkar.. Xgitu ke..., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

pasal hadi nak kena saman dulu isu pil kuda xnak bawak mesyuarat syura ke?... sbb pas bengong camni lah org muda masuk DAP seperti sofea dayana, Syefura

Tanpa Nama berkata...

Ini bolehland ini semua orang main politik, termasuk politik rasis, politik tikam menikam, politik tipu menipu. Tapi hanya SATU-satu parti guna nama Agama.

Tanpa Nama berkata...

Sekadar soalan...

adakah saidina umar gantikan saidina khalid dengan keluarga beliau?

Itu sahaja.. sekian, terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Bila bercakap tentang kebebasan bersuara dlm negara demokrasi, perkara begini bukanlah salah. Pas pkr dan dap boleh bagi pendapat dan pandangan masing masing. Maknya parti boleh setuju atau tak setuju dengan sesuatu hal. Tak jadi masalah. Jika dap boleh sokong azizah... apa salahnya pas sokong khalid. Demokrasi.

Hazri berkata...

apa salah GB pulak.....GB sokong Umno atau kerajaan perpaduan cadangan dari setengah ahli PAS yang kepala hotak senget ker?

abuamir berkata...

Kenapa PAS nak sibuk dgn isu PKR nak tukar MB Selangor. Khalid ni bukankah ahli PKR jadi kalau PKR tak mahu dia jadi MB lagi dia kena akur. Ini tidak sanggup lawan parti sendiri dan mahu bubar DUN Selangor biar PR kalah. Inilah kerja org khianat, kalau aku tak jadi MB biarlah negeri Selangor terlepas kpd umno/bn. Inilah jenis manusia khianat dan tamak kuasa.

Org jenis ni ingat dia sentiasa betul.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya Pas tak perlu memggunakan nama Islam ini boleh merosakkan Imej Agama Islam.

Tanpa Nama berkata...

Apalah jadi dengan majlis Syura ini. Selagi tiada anggota dari golongan profesional selagi tu perkara macam ini tak habis - habis akan berlaku. Perlu diingatkan memang menjadi kewajipan kita untuk memahami semua ilmu agama untuk bekalan di akhirat tetapi ilmu dunia sama penting untuk memastikan kehidupan kita di dunia dapat berjalankan dengan sempurna.

Perlunya keseimbangan antara kedua - duanya sebab jika hanya ada ilmu agama sahaja maka naiflah kita kalau hanya ada ilmu dunia sahaja maka bodohlah kita. Fikirkanlah.

Tanpa Nama berkata...

"majlis-syura-ulamak-ada-kuasa-ke-atas parti lain?" --> GB tanya

Jawapan: Kalau nama parti boleh pakai nama agama tentu ada kuasa atas parti lain.

Kalau dah guna nama Agama di nama parti, maka orang-orang parti ini MESTI mulia dan mutu tinggi. Kerja kotok politik seperti rasis, tipu tikam guna bahasa imaginasif yang sombong, tidak akan berlaku di parti ini.

Betul tak?

Maka bagiorang parti ini ambil alih kuasa nagara, semua rakyat tak payah risau.

Betul Tak?

hamba Allah berkata...

Di sinilah peranan Majlis Syura. Mereka bertindak betul bermesyuarat lebih awal agar meeting ajk pas pusat dpt panduan mmbuat kputusan yg penting.Pas perlu mnjaga kemaslahatan ummat dan negeri slangor. ITU lbih pending dan utama.mreka bertindak atas maklumat dan hujah ug benar.

Tanpa Nama berkata...

Umno sokong TSKI....PAS sokong TSKI.....Umno ni kan syaitan yg di kenali......PAS dah jadi Bebal ka...lagi baik jaga Kelantan sabelum tumbang pd PR 14

4G berkata...

sesuatu yg sungguh malang bagi PAS dengan kwputusan yg dibuat oleh majlis Syura...ni semua berpunca dari sikap Mr President yg kes dia dgn pil kuda lansung dia tidak berani komen bila di templak oleh orng yg kene tuduh@calun PKR..dengan saman mahkamah..ana nampak all the blunders yg Mr President ni buat sudah menghilangkan rasa hormat orang kepada beliau...

Unknown berkata...

Apa pula pas duk diamnya. Ulamak pAS kini diserang oleh pemimpin PKR dalam hal ni. PR perintah Selangor. Bukan PKR Je. TU kena ingat. Ingat Majlis Syuro Ulamak adalah terdiri dari kepitusan tertinggi seperti ahlul halli wal 'aqdi. Kekucarkaciran pimpinan selangor memberi kesan juga kepada PR. Dalam PR tu ada PAS. Kerja PAS antara lainnya amar ma'ruf nahi mungkar.

Tanpa Nama berkata...

Why a religion become laughing stock? Because PEOPLE in the religion missed the name of religion to gain political benefit without looking at the reality that full with corruptions.

So, why a religion, become laughing stock? See what those people say and do. People that think they live in the world by themselves only. People think they are member of OLD King committee that (self) claim represent all rakyat!

Buka mata besar tengok.

Tanpa Nama berkata...

Let PAS out from PR, let DUN Selangor reelection. With no longer holding 15 seats, any PAS leaders (Ulama especially) must be very positive thinking that UMNO will give PAS free ticket for 15 seats! Even UMNO does give PAS 15 tickets on those to contest PKR, what made PAS so confidence they SURE WIN? Stupid people like feel like something very wrong here. But they are ULAMA, sure they smart people. Let the ULAMA decide they fact of rakyat. Thanks!

Tanpa Nama berkata...

Syaitan berjubah berimej islam ni dalam majlis syura. Apa nk jadi la mereka2 ni.
Harap allah balas perbuatan khianat mereka yg bertopeng islam ni

Tanpa Nama berkata...

Khalid bersekongkol dgn Umno (syaitan yg di kenali)....hati dsh buts ka


in response to Komen ckit boleh... Oleh sbb dasar pas bertunjangkan islam... Munasabah bagi pas membuat keputusan menolak sesuatu yg dirasakan ketidakadilan atau kemungkaran... Pas berpakat atas perkara yg. Baik je.. Pas xnak bersubahat dgn perbuatan mugkar.. Xgitu ke..., by Anonymous

Tanpa Nama berkata...

PublishDeleteSpam25
Sy x akan undi PAS......yakin pas akan hilang Kelantan sapertimana hilang Kedah pd BN (bangsat negara)

in response to Minta maaf menyampuk...Majlis Syura PAS mungkin ada pendapatnya sendiri, cuma tak manis bila di war-warkan kpd umum.Wlaupun saya menyokong pendapat Majlis Syura tetapi kita semua perlu tunggu keputusan yang dibuat pada Ahad ini. Kepada saudara Anwar, minta maaf kerana dgn isu ini, saya hilang kepercayaan terhadap kepimpinan saudara.Tiada lagi undi saya untuk PKR atau saudara Anwar. Mungkin undi saya bukan penentu kemenangan PKR tetapi sekurang-kurangnya saya puas hati., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Sudah dibuktikan dengan jelas ke segala tuduhan keatas Khalid atau anda semua mempercayai bulat2 apa yang disampaikan oleh pihak2 berkepentingan dalam PR...Politik ni terdapat segala macam muslihat.
Komen2 orang yang menyokong menjatuhkan Khalid seolah2 mereka benar2 tahu apa yang berlaku dan terlibat dalam siasatan atas segala tuduhan.

Bila orang bagi bukti kes Anwar boleh plak semua orang pertikaikan kesahihan maklumat (which is bagus dan Islamik) tapi bila dia plak bagi bukti senang2 je orang kata tuduhan tu betul.

Be fair la...kalau boleh x percaya dengan bukti2 kes Anwar kenapa x dibuat benda yang sama atas pertuduhan Khalid.

Masalahnya manusia ni suka ambik apa yang dia nak percaya jer... x konsisten dalam cara berpegang dengan prinsip.

Kalau x tau perkara yang sebenar adalah lebih baik diam daripada memberi sokogan kepada mana2 pihak...elakkan daripada terfitnah orang2 yg x bersalah...samaada Anwar, Khalid, pimpinan PAS atau pimpinan PR.

Baca la blog2 dan pendapat2 orang lain sebagai ilmu pengetahuan shj..bukannya untuk menilai salah betul seseorang...kita x tau pun apa yg ditulis dlm blog2 atau media2 tu sahih...nak tau tanya terus kepada individu yg terbabit...boleh buat?? kalau x leh lebih baik diam daripada berkata2.

Tanpa Nama berkata...

Kedah PRU 2013, Tggananu PRU 2004, mana pergi PAS yang cerdik mulia?

Dah lupa sejarah? Manusia memang tak pernah belajar daripada sejarah.

Cukuplar, PAS sila keluar PR, Selangor buat re-election sekarang. Kalau PAS nak tanding bersama dengan UMNO atau tanding diri sendiri. Suka hati PAS dan Ulama PAS. Jangan takut MCA, mereka tetap ikut UMNO jika PAS setuju masuk BN.

Anwar ker, Khalid ker, Zuhdi ke, Nik Aziz ker, golong ulama atau professional ker, parti mana puns ama ada guna nama agama ker tidak, jangan buat rakyat macam bodoh.

Tanpa Nama berkata...

ondastreen tulis:

Sekadar soalan... adakah saidina umar gantikan saidina khalid dengan keluarga beliau? Itu sahaja.. sekian, terima kasih on Majlis Syura Ulamak Ada Kuasa Ke Atas Ahli Parti Lain

Tak der kena mengena. Yang pengting Khalid Al-Walid akur dengan pemecatannya. Siapa pengganti bukan soalnya.

Apatah lagi Wan Azizah telah pun dipersetujui oleh rakan2 di dalam PR cuma kebetulan beliau isteri Anwar

Tanpa Nama berkata...

hello anon 4:28

ini bukan soal tuduh Khalid bengong, soalnya Khalid sudah hilang kepercayaan di kalangan ahli partinya sendiri. Kalah nak jadi ketua cabang, kalah Timbalan presiden. Kemudian khianat plak x ikut arahan kepimpinan parti. Bagus ker itu? Islamik ker tu?

Tanpa Nama berkata...

Berpakaian islam,,,,tapi tikam rakan dalam berpakatan, ungkit jasa unit amal dl pru/prk.
Kalau bubar DUN Selangor paling banyak pas menang PRN Selangor nanti cuma 6 kerusi.
Cakap isle-isle tapi kerenah .....tngk sendiri lah.
PAS tak nak undi anwar habih aku hadap sangat nak undi Hadi,

oleh > BANJARESE

Tanpa Nama berkata...

Adakah kita benar2 kenal dengan pempimpin yg kita sanjung sehingga kita yakin yg Khalid lebih betul drp Anwar atau Anwar lebih betul drp Khalid.

Penyokong seseorang pemimpin biasanya terlalu taksub sehingga mempercayai bulat2 apa pemimpin idola mereka bagitau dan menafikan sekeras-kerasnya tentang perkara negatif berkenaan pemimpin idola mereka.

Itulah sebabnya Hilter, Bashar, As-Sisi, Thaksin, Mahathir, Anwar, Khalid (sbg. contoh) dll tetap ada penyokong yg taksub kepada mereka walaupun ada diantara mereka terbukti bersikap zalim terhadap rakyat pimpinan mereka sendiri..

Persoalannya adakah kita sudah benar2 pasti yg kita bukanlah penyokong kepada pemimpin2 yg berkepentingan?



Tanpa Nama berkata...

ini bukan soal tuduh Khalid bengong, soalnya Khalid sudah hilang kepercayaan di kalangan ahli partinya sendiri. Kalah nak jadi ketua cabang, kalah Timbalan presiden. Kemudian khianat plak x ikut arahan kepimpinan parti. Bagus ker itu? Islamik ker tu?


Adakah anda pasti tiada unsur2 khianat dan tikam-menikam dalam perkara2 yg anda sebut...kalau anda pasti atau pun anda terbabit secara langsung dengan segala isu tersebut...Tahniah... anda betul!
Anda betul ke???

Kalau Anwar (masa TPM)pun boleh dijatuhkan dgn pelbagai tuduhan apa bukti yg Khalid tidak mengalami perkara yg sama... Anda yakin anda betul?

Tanpa Nama berkata...

Pas perasan...

Tanpa Nama berkata...

..kalo x dengar mjlisurapaps..aq bukanlah ahlipas wlu ap ni presidenya keh keh!

Tanpa Nama berkata...

anon 2:12 menulis
Pasai ni tuan gb sanggup.dipecat.... tq.kerana menzahirkan pendirian tuan. Terang la sudah apa yg saya rasa sebelum ni

Setahu kami Tuan GB amat konsisten dgn pendiriannya dari dulu lagi sememangnya beliau anti-UG sama seperti Tulang Besi, Al-Husseyn dll.

Pada setiap kali pilihanraya blogger seperti GB inilah yg bersusah-payah bekerja untuk parti tanpa mengharapkan ganjaran dari sesiapa hatta dari parti sendiri.

yg di dlam PAS, kebykn yb yg menyokong Khalid Ibrahim adalah terdiri dari golongan UG, yg dulunya grup Hassan Ali.

Tanpa Nama berkata...

kalau GB dipecat dari PAS, aku kuar PAS... confirmed

Tanpa Nama berkata...

Ceh...blh blah krja pas amar maruf nahi mungkar..presidennya konon ulama tp gila kuasa..ulama pas xblh dipercayai..fitnah calon pkr masa pilihanraya dlu tp xda bukti..smpai skg xtarik blik..mnjawab ko dlm kubur

in response to Apa pula pas duk diamnya. Ulamak pAS kini diserang oleh pemimpin PKR dalam hal ni. PR perintah Selangor. Bukan PKR Je. TU kena ingat. Ingat Majlis Syuro Ulamak adalah terdiri dari kepitusan tertinggi seperti ahlul halli wal 'aqdi. Kekucarkaciran pimpinan selangor memberi kesan juga kepada PR. Dalam PR tu ada PAS. Kerja PAS antara lainnya amar ma'ruf nahi mungkar., by abd wahab.

Tanpa Nama berkata...

Hello bro...waktu Nizar jadi mb perak, berapa bilangan kerusi PAS ada waktu tu?

Tanpa Nama berkata...

ntah sampai bila pas ni nk pandai x tahu ler...

dah jelas khalid tu pengkhianat partinya.... pun masih sokong...

bodoh x sudah..

Tanpa Nama berkata...

patutlah pr tak menang pru lepas, rupe2 nya Allah nak tunjukkan betape barahnya pimpinan2 pr.cakap soal pas, dulu ingatkan apabila si hasan ali & nasya keluar, masalah dalaman pas dah setel.rupe2nya bukan stakat geng ug@umngok, geng2 pkr@anwarisme pon ade membarah dalam parti pas.silap2 geng2 dap@sekularisme pon mungkin dah bertapak lame dalam pas.

berkenaan dengan bab majlis syura, aku tak paham kenapa ade orang nak pertikaikan.apabila tuan presiden bersuara memberikan pendapat, dikatakan pendapat peribadi.apabila majlis syura yang mane bertindak sebagai penasihat kepada presiden & parti, memberikan jawapan, ditolaknya kerana memberi alasan majlis syura tiada kuasa untuk bersuara.ape yang korang sebenar mahukan dari pimpinan?menjadi pak angguk kepada anwar?bukankah keputusan ini juga memerlukan kata putus daripada pas?

btw kepade sdare greenboc & seangkatannya, kalau rase nak keluar dari pas silakan. tak perlulah tunggu surat pemecatan ahli dari parti.merugikan masa parti untuk mencari data2 personel korang, lainlah kalau sedare2 rase staraf dengan ajk pusat seperti khalid etc.akhir kate, keluarlah secara terhormat, manalah tahu pengorbanan sedare2 sekelian dapat mengembalikan pas kepada perjuangan asal iaitu keadilan untuk semua & bukan untuk anwar sekeluarga shj....

Tanpa Nama berkata...

Jahat terang2 mcm Tun Mamak kutty lagi mulia drp golongan yg mengaku pembela agama tp suka main blkg dan khianat kpd kwn2 seperjuangan...puiii..

Tanpa Nama berkata...

Tokoh ug baru yg makin terserlah skrg Nasrudin Tantawi...

Tanpa Nama berkata...

Saya pun x akan undi PAS lagi...parti kelompok geng ug yg suka main belakang dan tikam geng sendiri...jadi gunting dalam lipatan...bahaya wooii...puiii..

in response to Minta maaf menyampuk...Majlis Syura PAS mungkin ada pendapatnya sendiri, cuma tak manis bila di war-warkan kpd umum.Wlaupun saya menyokong pendapat Majlis Syura tetapi kita semua perlu tunggu keputusan yang dibuat pada Ahad ini. Kepada saudara Anwar, minta maaf kerana dgn isu ini, saya hilang kepercayaan terhadap kepimpinan saudara.Tiada lagi undi saya untuk PKR atau saudara Anwar. Mungkin undi saya bukan penentu kemenangan PKR tetapi sekurang-kurangnya saya puas hati., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Anon tu salah pikir...dia ingat khalid tu parti PAS punya orang...puuii...

in response to hello anon 4:28 ini bukan soal tuduh Khalid bengong, soalnya Khalid sudah hilang kepercayaan di kalangan ahli partinya sendiri. Kalah nak jadi ketua cabang, kalah Timbalan presiden. Kemudian khianat plak x ikut arahan kepimpinan parti. Bagus ker itu? Islamik ker tu?, by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Ya memang PAS dah jadi Bebal....x tahu ka siapa di blakang TSKI

Tanpa Nama berkata...

rileks2, x payah nak peningkan kepalo...buek ajo piliharayo baru...ug perintah, noh udang mb, khalid latih jd speaker (mungkin makan masa sbb masalah .......), din ayam naikan pangkat jd gm perbadanan menteri besar, hadi kuda kita lantik jd punai sihat RM 1 (mcm nuar dulu), tantawi boleh jd mufti, orait tak? bravo PAS for all...kalau pkr/dap sebok2, kita arahkan dr. zuhdi pi jentik. titik

Tanpa Nama berkata...

greenboc dah cabar PAS pecat keahliannya kerana beliau telah menentang keputusan majlis syura... apa lagi.. lembaga disiplin, jlnkanlah tugas..

kami tetap akan menyokong greenboc.

Tanpa Nama berkata...

TSKI dan PAS x sedar ka Umno skrng sedang ketawa besar...dah berjaya porak perandakan PR dgn hanya guna TSKI

in response to Anon tu salah pikir...dia ingat khalid tu parti PAS punya orang...puuii... in response to hello anon 4:28 ini bukan soal tuduh Khalid bengong, soalnya Khalid sudah hilang kepercayaan di kalangan ahli partinya sendiri. Kalah nak jadi ketua cabang, kalah Timbalan presiden. Kemudian khianat plak x ikut arahan kepimpinan parti. Bagus ker itu? Islamik ker tu?, by Anonymous., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Isunya skrg kenapa PAS bertindak lebih sudu dari kuah? Khalid tu kan org PKR...kenapa PAS pulak yg bermati matian pertahankannya...betul jugak kata Isham Rais "ada Din Ayam di sebalik Hadi"....

Tanpa Nama berkata...

SAYA AMAT BERSETUJU SARANAN GB BAHAWA MAJLIS SYURA PAS PERLU DIPERKASAKAN SEMULA.. KEANGGOTAANNYA PERLU DITELITI SEMULA.

BETUL-BETUL TERUK PUNYA MAJLIS SYURA YANG PAS ADA SEKARANG

Tanpa Nama berkata...

Bayangkan jika situasi ini terbalik...MB PAS digesa letak jawatan oleh Haji Hadi tiba2 lepas wakil semua parti setuju Kak Wan dan Anwar buat kenyataan tidak setuju dan arah Majlis pimpinan pusat PKR mesyuarat utk tentukan nasib MB PAS tersebut... agak2 koranglah apa reaksi pimpinan ahli dan penyokong PAS? Cuba letakkan situasi ini pada diri anda...




in response to Isunya skrg kenapa PAS bertindak lebih sudu dari kuah? Khalid tu kan org PKR...kenapa PAS pulak yg bermati matian pertahankannya...betul jugak kata Isham Rais "ada Din Ayam di sebalik Hadi"...., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

PAS bukan tunggul...

Tanpa Nama berkata...

apa matlamat sebenar pkr ni.memang kepala umno 2x5.pkr dengan umno bermain catur , janji jangan islam naik jeee' fikir la sikit hidup akan mati . mati itu kekal selamanya , dunia hanya sementara, jangan biadap dengan orang agama .

as-salam berkata...

Terbaiklah tulisan GB kali ini. Islam tertegak dgn hujjah. Hujjah GB ada kelas dan pemimpin PAS perlu beri perhatian terutama saranan GB supaya peranan Majlis Syura Ulama dan keanggotaannya diperkasakan.

Istiqomah berkata...

Aku sokong ulamak tetapi tak sokong Hasan Ali. Adakah aku UG juga.

Tanpa Nama berkata...

GB lebih hebat ke dari TGHH & TGNA ke? Klu GB rasa dia lagi hebat dan xnak patuh kpd pimpinan parti sendiri, pertikai keputsn pimpinan parti sendiri, nk tunggu apa lagi, x perlu cabar2, jadi anak jantan la...berambus dari Pas...knp nk tnggu kena pecat...nko sape?
Pilah melutut kt presiden Pkr yg ko sanjung sgt tu...pengkhianat!

Tanpa Nama berkata...

Samada suka atau tidak, paling tidak pun pendirian Anwar dihormati atas kapasitinya sebagai Ketua Pembangkang... PAS kalau berhujah pasal wala' berdentum dentam... bukak tin....kosong...puuiii...

Tanpa Nama berkata...

Inikah yg dikatakan Parti Islam, mengkhianati kawan dan mungkir janji! Tindakan Khalid sejak akhir2 ini yg dilihat pro-umno dan membelakangi Partinya sendiri menyebabkan dia harus disingkir. Bekas Timbalan Presiden PAS, dipecat sbg Ahli Majlis Syura PAS dahulu kerana tindak-tanduknya yg dilihat pro-umno.

hazri abdullah berkata...

ok...saya nak tanya sikit..khalid tu dari parti mana? tolong jawab soalan ni dulu...

in response to Sudah dibuktikan dengan jelas ke segala tuduhan keatas Khalid atau anda semua mempercayai bulat2 apa yang disampaikan oleh pihak2 berkepentingan dalam PR...Politik ni terdapat segala macam muslihat. Komen2 orang yang menyokong menjatuhkan Khalid seolah2 mereka benar2 tahu apa yang berlaku dan terlibat dalam siasatan atas segala tuduhan. Bila orang bagi bukti kes Anwar boleh plak semua orang pertikaikan kesahihan maklumat (which is bagus dan Islamik) tapi bila dia plak bagi bukti senang2 je orang kata tuduhan tu betul. Be fair la...kalau boleh x percaya dengan bukti2 kes Anwar kenapa x dibuat benda yang sama atas pertuduhan Khalid. Masalahnya manusia ni suka ambik apa yang dia nak percaya jer... x konsisten dalam cara berpegang dengan prinsip. Kalau x tau perkara yang sebenar adalah lebih baik diam daripada memberi sokogan kepada mana2 pihak...elakkan daripada terfitnah orang2 yg x bersalah...samaada Anwar, Khalid, pimpinan PAS atau pimpinan PR. Baca la blog2 dan pendapat2 orang , by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

anon 9:47 tulis

GB lebih hebat ke dari TGHH & TGNA ke? Klu GB rasa dia lagi hebat dan xnak patuh kpd pimpinan parti sendiri, pertikai keputsn pimpinan parti sendiri, nk tunggu apa lagi, x perlu cabar2, jadi anak jantan la...berambus dari Pas...knp nk tnggu kena pecat...nko sape? Pilah melutut kt presiden Pkr yg ko sanjung sgt tu...pengkhianat!

GB keluarkan hujjah, mana hujjah kamu pula?

ko ingat PAS bapak ko punya boleh halau org sesuka hati. Pimpinan PAS Pusat sendiri hanya akan bermesyuarat pada 13 Ogos utk menentukan pendirian sebenar PAS.

yang pengkhianat ialah kumpulan pro-UMNO dalam PAS.

Tanpa Nama berkata...

golongan minoriti dlm pas iaitu puah UG cuba menunjukkan taringnya dgn memperalatkan majlis syura ulamak.

Kebenaran akan muncul. tunggu dan lihat.

Tanpa Nama berkata...

aku doakan haji hadi kalah dalam mahkamah nanti di dalam kes sama 2juta, baru puak UG yg menyokongnya terkebil2 bijik mata...

hazri abdullah berkata...

bukan persoalan nak ganti dengan siapa di sini...tetapi soal kepatuhan kepada ketua dan keputusan parti yang mewakilinya....ini adalah PRINSIP yang mesti dipatuhi oleh setiap ahli parti apatah lagi dengan adanya pula laporan yang menjadi asas kepada sebab dan mengapa seorang itu perlu diganti....fikir-fikirkan lah.

in response to Sekadar soalan... adakah saidina umar gantikan saidina khalid dengan keluarga beliau? Itu sahaja.. sekian, terima kasih , by ondastreet.

Tanpa Nama berkata...

Cadangan GB untuk kanji balik komposisi anggota Majlis Syura Ulamak memang tepat.Ada ahli Majlis Syura ni yg bukan "ulamak" dalam ertikata yg sebenarnya.Tantawi Vellfire dan Din Ayam duduk dlm majlis ni,Harun Din yg jadi kepala UG Tim.Mursyidul Am dan Hadi Awang pun ahli Majlis - fikirkan kalau ada pengundian,dimana TGNA nak berpaut.Sudah pasti pandangan GB amat releven dan wajar diberi pertimbangan.

Tanpa Nama berkata...

kalaulah kata putus dari presiden dianggap sebagai peribadi, maka segala kata2 yg keluar dari mulut org2 pas samada khalid samad, hanipa maidin or even saudara greenboc & mso lebih2 lagi la bersifat peribadi.be fair la...

jelas skali situasi yg dialami oleh khalid ibrahim seiras dengan situasi anwar semasa reformasi 1998. anwar pon dituduh korup oleh mahathir & enggan melepaskan jawatan.lalu datanglah geng2 pas yg baik lagi naif membela.sama la juga dalam kes ni.pas datang membela khalid ibrahim kerana dia telah DIZALIMI (kata kunci= DIZALIMI).adakah semua sedar bahawa jawatan menteri besar bukanlah jawatan kepartian??justeru pas mempunyai hak untuk bersetuju ataupon membantah sebarang keputusan majlis pr.maka, point presiden atau majlis syura tidak boleh bersuara adalah INVALID.kalau nak suruh jadi pak angguk, len kali lantik la burung belatuk wei....

satu lagi, sekarang ramai 'guru2' dalam blog2 mengajar sifir mudah cara mengenalpasti musuh2 iaitu "jika pihak musuh memuji seseorang, maka orang itu adalah musuh kita dan sebaliknya".amboi, senang nya nak hidup dalam dunia ni.tak perlulah nak pakai spy2 lepas ni...kompem aman dunia pakai sifir ni.aku bagi contoh, kalau amerika yang diketahui musuh umat islam, memusuhi rusia, maka adakah rusia boleh dianggap sebagai kawan?bukankah rusia juga memerangi umat islam chechen khususnya?amatlah bodoh bagi sapa2 yg hafal sifir tu.

dan kepada saudara greenboc, apa kredibiliti saudara ada untuk membuatkan kami patut mempercayai kata2 saudara berbanding kata2 tuan guru haji hadi dan ulama2, tuan2 guru dalam majlis syura?please justify this saudara greenboc, sesungguhnya kami ahli pas tidak mahu berada di dalam kesesatan.

akhir kata, diulangi bahawa saya hanyalah menganggap entry2 saudara daripada mula sampailah yg mendatang sekadar pendapat peribadi saudara greenboc bersempena dengan saranan daripada khalid samad & hanipa maidin.sekian.

aman pr berkata...

salam anon 10:54

TSKI tidak dizalimi tetapi beliau menzalimi diri sendiri... beliau belum dipecat pun dari pkr, tetapi disuruh letak jawatan mb. Adalah hak pkr utk menentukan siapa yg perlu dilantik menjadi mb.

berbeza dgn kes anwar dimana beliau telah dipecat, beliau dilcuutkan jawatan sebagai tpm, beliau difitnah dgn fitnah yg jijik.

hujjah sdra adalah ciplakan dari hujjah nasruddin tantawi... sdgkan nasruddin tantawi memfitnah lge dan kini berhadapan dgn ancaman disaman kerana memfitnah. layakkan seorang pemfitnah menjadi pemimpin pas?

sama macam tghh sendiri yang memfitnah ahli pkr dengan pil kuda?

sorry to say, puak ug dalam pas dari atas sampai bawah hidup dengan fitnah sama macam umno jg. itu jelas.



Tanpa Nama berkata...

CAMKANLAH

BAHASA & PERANGAI PARA PENYOKONG TSKI YANG TERDIRI KUMPULAN UG DALAM PAS MENYAMAI BAHASA & PERANGAI MACAI-MACAI UMNO....

BIRDS OF THE SAME FEATHER FLOCK TOGETHER...

Tanpa Nama berkata...

Anon 10:21 kata

aku doakan haji hadi kalah dalam mahkamah nanti di dalam kes sama 2juta, baru puak UG yg menyokongnya terkebil2 bijik mata... on Majlis Syura Ulamak Ada Kuasa Ke Atas Ahli Parti Lain?


Aamiin Aamiin Aamiin

Tanpa Nama berkata...

Apsal aku nampak pas lagi bodo Dari umno ni. Aku baru nak antar borang join pas... Kensell....!

Tanpa Nama berkata...

'Kalau I nak jadi MB boley?'...... Terdengar dari celah reban suara kokokan Din ayam

Kau kah kah

Apsal la pas ni bodo berpolitik ni? Kes ni mudah jer.... Hu hu .. Malas nak layan

Tanpa Nama berkata...

Pakat ngan umno Kira baik la? Bodoh la nko ni, buta hati ka perut ni?

in response to Komen ckit boleh... Oleh sbb dasar pas bertunjangkan islam... Munasabah bagi pas membuat keputusan menolak sesuatu yg dirasakan ketidakadilan atau kemungkaran... Pas berpakat atas perkara yg. Baik je.. Pas xnak bersubahat dgn perbuatan mugkar.. Xgitu ke..., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Because of ULAMA of PAST (see carefully, with "t", meaning PAST atau dah leas, that very smart + high class + high moral), I found UMNO is much loveable.

Why? Because UMNO tell everybody who they are. But PAST, ULAMA PAST use a inaccurate slogan "Past FOR ALL"(!?)

So in future, UMNO VS PAST, I vote for UMNO, if PAST VS DAP/PKR, I vote for DAP/PKR, if PAST VS Bebas, I vote for Bebas.

If PAST VS NOBODY, I vote for GHOST!

Did ULAMA of PAST KNOW? They just cut off trust of Chinese of the country, forever. PAST, listen to this, WE ARE HARDWORKING TAX PAYER, kenapa nak hina kami?

Is OK if PAST think Chinese votes are small and not important, maka boleh tipu boleh tikam boleh pusing boleh bully. If you trust a religion, will you see those act (such as TIPU UNDI) as acceptable in heaven?

Is that they way you promote your religion?

Tanpa Nama berkata...

Sekarang, Nasi Dah jadi Babur. Selamat mengundi Semua. Berhati-hati lah dengan pilihan anda. Pas + BN atau PKR + DAP........walaupun Kita bertelagah sesama sendiri, jangan lah bagi undi pada mana mana parti yang bergabung dengan BN. Tu amanat hadi dan took guru. Jadi Semua ahli PAS dan PKR perlu bagi undi pada pakatan baru iaitu PKR + DAP. Sekian.

atan berkata...

Isunya hanya sekadar menukar MB bukan memecat. Sekadar menukar ianya proses biasa dan tidak perlu kepada alasan syarie. Macam kakitangan awam juga biasa dengan pertukaran tertakluk kepada Ketua Jabatan dan kepentingan perkhidmatan. Kalau buang kerja baru kena mengadap Lembaga Tatatertib. Perkara jadi masalah besar bila ketua Jabatan lain pertikaikan pertukaran kakitangan yang bukan di bawahnya. Itu yang lebih tidak syarie saya rasa.

safie fm berkata...

Pas tak patut campur urusan pkr kerana yg dipersetujui pakatan ialah mb dr pkr.maka pkr berhak tentukan siapa mb dan berhak memecat mb khakid yg diragui ketelusannya berkaitan kes pinjaman banknya.isu kidex dan langat2

in response to Komen ckit boleh... Oleh sbb dasar pas bertunjangkan islam... Munasabah bagi pas membuat keputusan menolak sesuatu yg dirasakan ketidakadilan atau kemungkaran... Pas berpakat atas perkara yg. Baik je.. Pas xnak bersubahat dgn perbuatan mugkar.. Xgitu ke..., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

TGNA dapat maklumat salah, Khalid nak disingkir sebab Pakatan nak maju lagi kehadapan, langkah Kajang ke Putrajaya, bukan sebab rasuah dan sebagainya

Tanpa Nama berkata...

Pandang kehadapan kenapa Zaid yang masih muda jadi panglima perang sedangkan Khalid Ibn Walid lebih berpengalaman

Tanpa Nama berkata...

Kalau setakat hendak pertahankan Selangor, Khalid boleh dikekalkan, tapi kalau ingin ke Putrajaya Khalid perlu diganti

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH BERITA PAS BOLEH MASUK UTUSAN MALAYSIA MUKA DEPAN PULA TU

Tanpa Nama berkata...

NANTI PEMIMPIN PAS BOLEH JADI MENTERI BN, MCA DAN GERAKAN YANG KALAH PUN BOLEH JADI MENTERI.......

Tanpa Nama berkata...

Persetujuan utk bukan mutlak.. Setuju jika betul... Xkan setuju jika mmbuat salah... Ingat pkr pun mcm jika pas tetiba je tukar mnteri besar yg boleh merugikan pakatan... Saya sggup....

Tanpa Nama berkata...

Tahniah GB, kami sokong anda, kita sokong 10 sen pun tak dapat, habis wang poket lagi, mereka bila menang gila kuasa dan gila pangkat

Tanpa Nama berkata...

Buat UG dalam PAS atau Pejuang Konongnya Ulamak PAS. Bullshit.. apa hak korang campur tangan dalam rumah tangga orang lain.. Ulamakpun BODOH ker atau Ulamak di BODOHKAN oleh JAwatankuasa YAng GILA Dunia.Lantak pilah PKR nak ganti sesapa. Itu Rumah Tangga Dia orang .. BODOH betul tak leh fikir..

mohd shahran berkata...

Dewean Ulamak telah dikelilingi oleh Syaitan Laknatullah Yang Berselindung di dalam Jubah dan Serban

Tanpa Nama berkata...

apa cerita pun, kami pengundi cina terasa ditipu dan dihina oleh PAS dan ulama PAS yang guna slongan "PAS for ALL" yang berniat TIPU dari mulanya.

Be frank, PAS MEMBERS in this blog, do you think ULAMA of PAS truly believe "PAS FOR ALL"?!?!

Kami tidak akan undi PAS lagi. Kalau UMNO VS PAS, maka undi rosak atau undi kepada UMNO.

WHY? UMNO is more loveable than PAS, because at least they tell everybody who they are. But PAS ad ULAMA PAS, niat jahat tipu undi cina.

Kami dah tak kisah DAP/PKR kalah selangor nanti, tapi yang penting jangan bersama penipu+penikam lagi.

Tanpa Nama berkata...

Itu pasal sudah bertahun tahun asyik tak jadi jea aku nak isi borang utk jadi ahli PAS...rupanya PAS mmg bangang dlm berpolitik...Geng UG yg gila assobiyyah dilihat betul2 telah merosakkan PAS...
Eloklah rasanya PAS keluar jea dari gabungan Pakatan Rakyat...terasa menyesal undi aku utk PAS selama ni sebab aku dah undi mereka yg munafik suka main dlm gelap dgn umno dan tikam blkg kpd rakan gabungan...puiii...

hawariyyun berkata...

mohon AHLI2 pas patuh kpd keputusan Majlis Syura.ahli2 pas amat sedih bila pimpinan dan parti kami dikatakan bodoh dan bangang.Apakah kalian merasa kalian sahaja yg bijak berpolitik? sungguh kami yakin dgn kebijaksanaan politik pemimpin kami.

Tanpa Nama berkata...

Tapi tongong dlm berpolitik... perlu diingat title ulama tidak semestinya bermaksud ulama cerdik dlm semua segi...yg penting jgn jual agama demi duniawi...

in response to PAS bukan tunggul..., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan tuduhan sembarangan...whatsapp Dr Zuhdi yg kantoi adalah bukti nyata betapa Geng UG dlm PAS suka tikam belakang...apa tindakan Pas ke atas geng ug ni? Yileekk poociitt...puiii...

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak ikutkan tiada manusia yang sempurna.. begitu juga pemimpim... ingat nak tukar mb ni semudah buang sampah ke... kalau pemimpin yang bijak dia takkan buat perkara yang merugikan pakatan... perlu banyak bersbar.. macm tarik rambut dari tepung... biar lambat sikit capai matlamat asalkan perpaduan terus dieratkan serta semakin diyakini... Ini apa dah jadi... orang semakin keliru,,, apatah lagi yg atas pagar... buat keputusan gelojoh/ sendiri tanpa perbincangan dlm pakatan.. kemudian paksa orang ikut... memang musnahlah harapan dapat pemimpim macam tu... makin pecah belah nampaknya... tp apa kan daya... dah jadi bubur... Pakat2 cari pemimpin lain lah.... takde harapan dah nampaknya...

Tanpa Nama berkata...

Majlis Syura Pas dah jadi Majlis Buat Bubur Asyura Caca Merba Campur UMNO pulakah?

Tanpa Nama berkata...

Majlis syura ulamak, anggotanya kena kuasai ilmu lain selain dari ilmu agama.. kalau tak orang nampak macam bodoh sombong je

Pak Man berkata...

Kalau TGNA yang tarafnya Mursyidul Am, (faham tak mursyid tu apa) dan TGHA yang berjawatan Presiden, TG Haron Din Timb Mursyidul Am.

Ketiga-tiganya ulama-ulama dalam ulung dalam PAS. Orang lama dalam PAS dan perjuangan Islam. Ketiga-tiganya ulama yang faqih dan faham syariat.

Walaubagaimanapun taraf mereka, semua ni menganggap diri mereka tertakluk kepada majlis syura PAS.

Dah tuuu... Siapa kita ni kalau setakat ahli biasa, ilmu tak semana, nak kata majlis syura bodoh sombong, tak ada ilmu, tak bijak dan sebagainya.

Adakah ketiga-tiga sample ahli PAS utama di atas yang tak betul atau diri kita yang tak betul. Ketiga2 di atas yang salah jalan perjuangan mereka dan kita ahli PAS biasa ni saja yang betul. Itu pun berhujah atas hujah Anwar Ibrahim dengan Lim Guan Eng.

Sedar2lah diri.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya pemimpin Pas tidak ikhlas dalam Pakatan, masih teringat janda lama yang curang,rasuah,putar alam tapi pandai bergaya dan lakonan menjadi

Tanpa Nama berkata...

Sebenar golongan ulama pas join pakatan sebab gelombang massa anwar jadi mereka ikut lah walaupun dalam hati tak setuju anwar jadi pm tiba tiba sokong kuli jadi pm golongan selindung nama islam dan ulama

Tanpa Nama berkata...

Ulama pas menang orang cerdik mulia. Hehehe mereka akan urus segala masalah rakyat. Mereka Tak akan buat kesilapan hehehe

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin terbaik ialah ulama macam TGNA, tapi bukan semua ulama boleh memimpin, negara bukan majlis tahlil

Tanpa Nama berkata...

Mereka takkan pakai VELLFIRE sebab ulamak2 PAS ni sangat zuhud orangnya. Tak gitu DIN VELLFIRE

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang tulis artikel bodoh ni?

Majlis Syura PAS adalah badan tertinggi PAS yang menetapkan dasar PAS, dan ia menetapkan yang PAS tidak sepatutnya menukar MB Selangor yang belum dibuktikan pengkhianatannya terhadap mandat rakyat Selangor.

Keputusan mengenai jawatan MB Selangor lebih kena mengena untuk PAS daripada PKR kerana PAS mempunyai lebih kerusi dalam ADUN Selangor.

Apa hak PKR mendakwa MB Selangor milik PKR sedangkan PKR hanya punyai 13 kerusi(selepas TSKI dipecat) sedangkan PAS/DAP masing-masing mempunyai 15 kerusi? PAS/DAP lebih berhak berkenaan MB Selangor daripada PKR.

Tindakan PKR dalam isu ini adalah bodoh dan mementingkan diri sendiri. Kalau betul TSKI perlu diganti, mengapa tiada seorang pun ADUN PR di Selangor layak jadi MB Selangor?

Ini kerana PKR tidak mahu wakil PAS/DAP memegang jawatan MB, kerana PKR tidak ada calon yang layak yang boleh dipersetujui oleh PAS @ DAP.

Implikasi meletakkan WA sebagai MB Selangor akan memberi kesan buruk kepada PR. Rakyat akan rasa tertipu, malu kerana negeri yang sebesar dan sehebat Selangor terpaksa mengimpot calon MB dari Pulau Pinang.

Adakah dengan mudah Sultan Selangor akan bersetuju dengan perlantikan ini? Ini akan menjerumus ketengangan antara PR dan Sultan, sedangkan hal ini tak sepatutnya berlaku.

PKRlah yang merupakan liabiliti kepada PR Selangor, bukannya PAS mahupun TSKI.

Tanpa Nama berkata...

Siapa tulis kommentar bodoh di atas?

DAP sudah pun bersetuju dengan pilihan PKR.

Tahukah anda kedudukan sekarang DAP 15 PAS 15 dan PKR 13

Jika DAP campur PKR sudah 28. PAS cuma 15. Kalau PAS tak tahu malu mahu campur dengan BN yang ada 12 kerusi pun masih kalah iaitu 27 (15+12)

DAP juga sudah bersetuju dengan pemilihan Wan Azizah sebagai MB Selangor.

Apasal PAS yang terlebih bisingnya sekarang?

in response to Siapa yang tulis artikel bodoh ni?

Majlis Syura PAS adalah badan tertinggi PAS yang menetapkan dasar PAS, dan ia menetapkan yang PAS tidak sepatutnya menukar MB Selangor yang belum dibuktikan pengkhianatannya terhadap mandat rakyat Selangor.

Keputusan mengenai jawatan MB Selangor lebih kena mengena untuk PAS daripada PKR kerana PAS mempunyai lebih kerusi dalam ADUN Selangor.

Apa hak PKR mendakwa MB Selangor milik PKR sedangkan PKR hanya punyai 13 kerusi(selepas TSKI dipecat) sedangkan PAS/DAP masing-masing mempunyai 15 kerusi? PAS/DAP lebih berhak berkenaan MB Selangor daripada PKR.

Tindakan PKR dalam isu ini adalah bodoh dan mementingkan diri sendiri. Kalau betul TSKI perlu diganti, mengapa tiada seorang pun ADUN PR di Selangor layak jadi MB Selangor?

Ini kerana PKR tidak mahu wakil PAS/DAP memegang jawatan MB, kerana PKR tidak ada calon yang layak yang boleh dipersetujui oleh PAS @ DAP.

Implikasi meletakkan WA sebagai MB Selangor akan memberi kesan buruk kepada PR. Rakyat akan rasa tertipu, malu kerana negeri yang sebesar dan sehebat Selangor terpaksa mengimpot calon MB dari Pulau Pinang.

Adakah dengan mudah Sultan Selangor akan bersetuju dengan perlantikan ini? Ini akan menjerumus ketengangan antara PR dan Sultan, sedangkan hal ini tak sepatutnya berlaku.

PKRlah yang merupakan liabiliti kepada PR Selangor, bukannya PAS mahupun TSKI. by Anonymous

Tanpa Nama berkata...

Sorang sorang komen nampak sangat taik Umno, taik yahudi. Agama suku, politik suku. Dlm isu Kalimah ALLAH knpa semua tuggu putusan dari Syura Ulamak????
Skrg knpa semua komponen PR sanggup tuggu msyuarat PAS 17/8/14..???
Kalu tak stuju dgn pandangan PAS, korang hentam sajalah dgn kptusan korang....