7 Ogo 2014

Kes Khalid Ibrahim: Isu Mudah Yang Menjadi Rumit - Sakmongkol

Isu Tan Sri Khalid ialah satu kes yang mudah- iaitu kes Khalid Ibrahim tidak akur kepada cakap boss dan tidak akur kepada keputusan parti. Boss ialah Anwar Ibrahim dan parti ialah PKR- bukan oang lain dan bukan parti selain PKR. Perkara ini kenalah difahami oleh bos dan parti lain.

Itu sahaja. Nak sibuk kaitkan parti PAS, sibuk dengan hujjah2 lain – undang2 lah, perlembagaan negeri lah. It’s a simple case of Khalid Ibrahim tidak tunduk kepada cakap boss dan tidak akur kepada parti.

Maka jalan penyelesaian nya ialah- singkir dan pecat Khalid. Atau jika Khalid merasakan teraniaya sangat - keluar PKR. Jika mana mana berlaku, kita tidak fikir berkurangan kepada Khalid. ( we think not less of Khalid Ibahim). Kita hormat keputusan yang diambil. Tidak timbul dia khianat, atau belot atau apa. PKR tidak miskin dengan pengeluaran Khalid, dan Khalid pun tidak kaya dengan keluar dari PKR.

Ianya akan menyelamatkan kedua dua dari mendapat aib dan malu yang lebih besar.

Hanya soalan nya ialah Anwar Ibrahim , boss PKR sudah kah berbuat demikian? Yakni beri Khalid Ibrahim the marching orders? Jika belum, tidak guna kita berhujjah disini, bertekak dan bertegang leher. Tunjukkan kepimpinan.

Jika sudah, Khalid jangan fikir jawatan MB milik peribadi dia- atau dikalangan orang Pahang, mereka akan kata- jangan fikir jawatan ini bapaok awok punye.

Jika Khalid tidak mahu beri PKR kepuasan memecatnya, dia keluar parti terlebih dahulu.

Dia sudah pun berkelahi secara terbuka dengan pimpinan parti- mencemuh keputusan parti.

Yang dia belum lakukan ialah secara terbuka mencemuh dan membantai Anwar Ibrahim. Bab itu dia tidak perlu lakukan sebab kerja kotor tersebut sudah pun dilakukan oleh UMNO, media dan akhbar milik UMNO. Dan oleh golongan yang mesra UMNO.

Ini bukan kes tidak menghargai khidmat Khalid. Atau sebab tidak faham undang2, proses perlantikan MB atau lain2. Bukan sebab undang2 seperti yang hendak dihujjahkan oleh Faekah. Ia nya terbit sebab- daripada Faekah, penyokong Khalid Ibrahim dan membawa kepada Khalid Ibrahim sendiri - semua mereka ingat bahawa jawatan MB ialah jawatan yang dipilih secara lansung oleh pengundi. Ini perkara asas yang tidak dihahami dan enggan difahami. Campur pula dengan kesemulajadian karakter Khalid Ibrahim. Dia ingat dia seorang sahaja yang betul dalam dunia ini.

Fakta ini juga mesti difahami oleh PAS. Mengapa mahu ambil risiko berpecah hanya kerana mempertahankan Khalid Ibrahim?

Itulah sebab nya saya menyebut perlakuan Khalid sebagai pelacur politik yang menjaja kesana sini cerita hiba dan pilu nya dianiayai dan dizalimi oleh parti dan boss nya. saya tidak kata Khalid seorang pelacur – itu olahan media mesra UMNO. Saya kata pelacur-politik – suatu term of art. Hendak buat macam mana- sememang nya cara saya tulis ialah intense.

Beberapa minggu yang lalu saya menulis sebuah artikel mengenai isu ini dan merupakan antara orang yang awal mengatakan, satu kemungkinan ialah mencadangkan ADUN Ijok, Dr Idris untuk jadi MB. Sama ada dia jadi MB atau tidak, itu suatu ketentuan yang akan kita lihat; tapi yang menarik ialah kenyataan nya terbaru ini. Yakni dia akan akur apa ketua dan parti kata.

Ertinya- dia orang parti dan kenyataan tersebut mengesahkan apa sebenarnya masaalah Khalid Ibrahim. Khalid tidak ikut cakap bos( bos senentiasa betul) dan Khalid tidak ikut keputusan parti. It’s a simple case of babir dan degil. -sakmongkol









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



7 ulasan:

Awanama berkata...

Sudah lab PKR adik beradik umnooo aja.tamak.....

Awanama berkata...

Sudah lah PKR adik beradik umnooo aja.tamak.....

Awanama berkata...

Slm; mengapa perlu menggunakan istilah-istilah kasar dan keras kepada rakan seperjuangan; perselisihan pendapat adalah biasa; dalam krisis TKSI - saya cadangkan semua ADUN Pakatan Rakyat membuat undi keputusan pilihan; kekal atau singkir; TKSI dilantik oleh majority ADUN, bukan parti-parti bernaung PR; buktikan ADUN PR Selangor menolak TKSI secara undi; jika keputusan majority menolak sekurangnya melepasi had undi tidak percaya DUN Selangor 29 undi, TKSI sila letak jawatan; jika kurang..minta maaf PKR-DAP; TKSI kekal MB Selangor; PR ada berani ka...

Awanama berkata...

K.setuju

in response to Slm; mengapa perlu menggunakan istilah-istilah kasar dan keras kepada rakan seperjuangan; perselisihan pendapat adalah biasa; dalam krisis TKSI - saya cadangkan semua ADUN Pakatan Rakyat membuat undi keputusan pilihan; kekal atau singkir; TKSI dilantik oleh majority ADUN, bukan parti-parti bernaung PR; buktikan ADUN PR Selangor menolak TKSI secara undi; jika keputusan majority menolak sekurangnya melepasi had undi tidak percaya DUN Selangor 29 undi, TKSI sila letak jawatan; jika kurang..minta maaf PKR-DAP; TKSI kekal MB Selangor; PR ada berani ka..., by Anonymous.

Awanama berkata...

So ada boss lagi besar dari jawatan Presiden PKR ?

Awanama berkata...

Jawatan MB lantikan sultan dengan sokongan ahli dewan, jadi kalau nak pecat MB mesti melalui sultan dan Adun. Adun majoriti PAS. Jadi PKR kena bagi faham PAS kenapa nak pecat TKSI. Orang PAS kut-kut mana pun akan ikut cakap pimpinan parti 100% tapi orang PKR belum tentu.Sejarah melompat hanya ada pada orang PKR. Mesti ada sebab TKSI tak nak ikut cakap bos PKR ...orang gagap dan kurang cakap biasanya bijak menghidu peluang dan perangkap. Jangan tuduh menuduh yang tidak baik nanti TKSI pasti bubar dewan jika dia rasa kurang sokongan dalam dewan. SPR dan BN boleh dah siap-siap.

kekuda berkata...

Istilah pelac** politik tu xde seninya pun. Bukan saja intense malah over. Rilekslah sakmongkol greenboc.
Kesian gak den nengok khalid tu, mungkin bercelaru hotak dia dek kono tokan ngan kes bimb. PKR x support dio ko dulu. Nengok umno, pandai masuk jarum, settle hutang tanah kasi jual kat econworld. Khalid pun lain kali konolah bawak bincang ngan parti atas apo masalah pun juo, jgn dogil ajo. Camno pun utk rakyat khalid dah buek ok, cumo klu kidex jadi rakyat kono bayar tol lah n klu sg langat 2 siap tarriff air naiklah. MB baru kono ubah agreement air langat ngan gomen by hook or crook, batalkan kidex n kandang babi bersepadu x yah buek lah dah bnyk bonar kandang eh kek malaysia ni, kurang2 kanlah mkn bondo tu x elok utk kesihatan. Mano coghodik eh akal org cino, kan dah proven by science yg cacing pito dlm daging babi tu boto2 memudaratkan badan. Rileks2 lah sumo...bnyk2 kan zikrullah. Salam.