29 Mei 2014

30 Lelaki Ratah Seorang Gadis 15 tahun: 12 Ditahan Setakat Ini

10 individu, termasuk seorang remaja perempuan (gambar kecil) dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, Rabu. Mereka dipercayai antara 38 yang terbabit dalam kejadian rogol beramai-ramai seorang pelajar tingkatan dua di Ketereh 20 Mei lalu.-Foto BH

Polis memberkas 12 orang termasuk seorang gadis berusia 17 tahun bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan lebih 30 suspek dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Baru, ACP Azham Othman berkata empat daripada mereka termasuk gadis berusia 17 tahun itu diberkas jam 4 pagi semalam di Ketereh dan mereka kini ditahan reman selama tujuh hari.

Katanya, perintah reman terhadap tiga lelaki berusia antara 17 dan 30 tahun serta gadis berkenaan bermula semalam.

"Polis menahan lapan lagi suspek berkaitan kes itu masing-masing pada jam 4 pagi dan 10.30 pagi semalam di sekitar Ketereh," katanya.

Beliau berkata, polis akan mendapatkan perintah reman terhadap semua lapan suspek berusia 20 hingga 30-an itu hari ini.

Katanya, semua suspek lelaki yang ditahan juga positif dadah sementara gadis itu pula dipercayai membantu suspek lain dalam kejadian tersebut.

Azham berkata, polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan saki-baki suspek dalam kes yang disiasat menurut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian. – Bernama

Dua pelajar Tingkatan Tiga dirogol beramai-ramai oleh 38 lelaki


Kota Bharu: Kes seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang mendakwa dirogol beramai-ramai oleh kira-kira 38 lelaki tidak dikenali di Ketereh, Selasa lalu mendapat perhatian Ahli Parlimennya Tan Sri Annuar Musa.

Annuar menerusi laman sosial Facebooknya memuat naik status yang melahirkan rasa terkejut dan dukacita berhubung kejadian itu jam 9 malam semalam.

Beliau yang mengetahui berita itu menerusi Buletin Utama TV3 jam 8 malam turut meminta pihak berkuasa segera menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Saya di luar negara terkejut apabila TV3 jam 8 malam memaparkan tajuk utama yang mengaitkan kejadian rogol di Ketereh.

“Masya-Allah. Sebagai Ahli Parlimen Ketereh, saya dukacita dengan berita ini. Semoga siasatan dibuat untuk mengetahui kebenarannya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi laporan polis mengenai kejadian itu yang mendapat perhatian orang ramai, namun tidak mendedahkan identiti mangsa.

Kira-kira dua jam kemudian, beliau memuat naik satu lagi status yang mempersoalkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan identiti mangsa.

Mengikut laporan, seorang pelajar tingkatan dua dari Kuala Krai mendakwa dirogol sekumpulan lelaki sekitar 38 orang dalam sebuah rumah. -HM

Ringkasan Kes

Pada 20/5/2014 jam l/kurang 1930hrs, semasa berada di Kuala Krai, pengadu telah dihubungi oleh rakan sekolahnya nama Mira yang meminta tolong pengadu ambilnya di Ketereh kerana telah seharian tidak pulang ke rumah.

Pengadu hubungi rakan nama Iwan yang tinggal di Ketereh kerana pengadu tiada kenderaan. Iwan telah jemput pengadu dari Kuala Krai dan mereka berdua jumpa rakan Mira nama Alif di Ketereh.

Alif telah bawa pengadu dan Iwan ke sebuah rumah kayu kosong dikelilingi semak samun di sebuah kampung di Ketereh di mana ada Mira dalam rumah tersebut.

Belum sempat mereka berempat hendak meninggalkan rumah itu, datang 1LM usia lingkungan 40an telah tahan Iwan dan paksa mereka duduk dalam rumah itu. Kemudian datang rakan-rakan lelaki itu seramai lebih kurang 40 orang dan mereka telah secara paksa bawa Mira dan pengadu masuk ke dalam sebuah bilik tidur.

Mira dan pengadu telah ditampar dan dirogol oleh beberapa orang lelaki sehingga pengsan.

Kemudian pengadu tersedar selepas dikejutkan oleh lelaki usia 40an tadi dan menyuruh mereka berpakaian. Pengadu berasa sangat sakit di bahagian kemaluan dan dibawa menaiki m/sikal Iwan.

Iwan memberitahu pengadu bahawa dia telah dipaksa melihat pengadu dirogol oleh lebih kurang 38 orang lelaki.

Mira naik m/sikal bersama Alif dan pergi ke arah berasingan. Pengadu hendak pulang ke rumah tetapi Iwan tidak mahu hantar kerana bimbang dimarahi keluarga pengadu.

Iwan telah hantar pengadu ke rumah rakan baiknya nama Pok Wa.

Di sana, pengadu telah dijaga oleh emak Pok Wa dan pada suatu hari, pengadu terserempak dengan 1LM yang pengadu cam sebagai salah seorang perogolnya, iaitu bapa saudara Pok Wa.

Pok Wa telah menyuruh pengadu buat laporan polis tetapi selepas pengadu menghubungi bapanya yang berada di Kuala Krai, bapa pengadu tidak ambil sebarang tindakan. Pengadu hanya tinggal di rumah Pok Wa sehingga 24/05/2014.

Pada 24/05/2014, pengadu telah dihantar pulang ke rumah oleh sepupunya dan mengadu kepada ibu dan bapa bahawa perutnya sakit dan kemaluannya berdarah, tetapi hanya dimarahi kerana keluar rumah tanpa kebenaran.

Ibu dan bapa pengadu hanya beri minum 2 tin air Coca Cola dan makan 2 biji Panadol untuk cuci perut pengadu. Pengadu hanya tidur dan pada pagi 25/5/14, pengadu masih sakit perut dan masih keluar darah di bahagian kemaluan. Bapanya telah bawa pengadu ke Hospital Kuala Krai untuk pemeriksaan. Kemudian pengadu telah buat laporan polis. Sumber gambar hiasan

[BH] Kuala Lumpur: Dua pelajar Tingkatan Tiga dirogol beramai-ramai oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh, Kelantan sehingga kemaluan mangsa cedera.

Dalam kejadian pada 20 Mei lalu, seorang rakan lelaki mereka dipaksa menyaksikan perbuatan kejam itu oleh lelaki berusia 20 hingga 40-an terbabit.

Bagaimanapun, dua daripada suspek berjaya ditahan kelmarin dan polis sedang menjalankan gerakan besar-besaran memburu 36 lagi suspek. 28/5/14








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





16 ulasan:

Amuraria berkata...

apasal di mesia gambar suspect akan di blurr kan ? takut kena saman ka ? negara luar tarak blurr punya ! biar satu malaya tengok muka walau belum dibicara atau sudah dibicarakan ,patut tukar cara bergambar ni ! ABU !

Awanama berkata...

perempuan dirogol...LELAKI BERZINA

Awanama berkata...

Masanya untuk hudud dilaksanakan!

Awanama berkata...

sempat juga budak tu bilang dengan tepat 38 orang yang merogolnya... bukan 37 atau 39.

Awanama berkata...

Klu hukum hudud dilaksanakan mungkin kurang sikit dari 38 kepada 8 saja yang betul2 xde akal untuk fikir akibat dari perbuatan tu.

Dr Saparudin berkata...

Tunggu anak PM kena macam tu baru nak ikut hukum hudud kot.

Bosan berkata...

Kenapa benda yg pelik macam nie selalu berlaku kat kelantan. Masyarakat di sana terlalu berpolitik menyebabkan runtuhnya adab dan tatasusila bermasyarakat.

Awanama berkata...

hello bosan kat atas

kat kawasan mana berlaku kejadian tersebut? kat ketereh.. siapa ahli parlimennya? annuar musa... dia dari parti apa? umno bn.

ada nampak?

Bosan berkata...

Anon 7.13.. Typical jenis baling batu sembunyi tangan.. Takut tonjol diri.. Cube cer sikit berapa banyak kes haruan makan anak..kat kelate..masalah masyarakat kat sana kritikal..

Awanama berkata...

aq sokong . tu semua anak2 buah annuar musa la tu . umno bn je yang ajar anak muda jadi rosak .

Awanama berkata...

ABU

Bosan berkata...

Bila kena batang hidung sendiri zoom masalah sampai micro level..sapa MP sapa adun sapa jkkk.. Tak nak mengaku sapa kerajaan negeri yg mengawal perjalanan pentadbiran. Sedangkan kita tahu limitasi tugas MP dan kerajaan negeri. Sedangkan dalam komen aku langsung tak menyatakan atau menyalahkan kerajaan negeri. Aku cakap masyarakat kelantan terlalu berpolitik sahaja. Memang sukar untuk terima kenyataan. Typikal penyokong dia sahaja suci bersih orang semua kotor dan menjijikkan.

Awanama berkata...

Dua remaja perempuan ni mungkin BOHSIA.

Awanama berkata...

Tak perlulah kaitkan dgn politik....keruntuhan akhlak bangsa Melayu berlaku di semua negeri berpunca dari amalan yg melanggar syariat dan hukum Islam...Jika hidup berpandukan Al-Quran dan Hadis pasti masalah ini tidak berlaku....

Awanama berkata...

bawa tilam, cadar, bantal, kain tuala, sepender perogol, colo, bulu kemaluan yg jumpa kat situ, air mani yg terlekat kat kemaluan mangsa....cek DNA semua tu....ke mahkamah..
rakam pula filem hitam putih....mesti boleh tau siapa pelakunya..

Awanama berkata...

Haha..yg buruk2..teruk2..jahat2 tu semo dr klntn. Hatta media massa (tv1 plg hebat) pn duk tayang bnda yg sama..semo dr kltn is worst. Lps ni ngeri p.pinang & slgr lak. Welcome to the club..tp mungkin ini slh satu utk mempromosi ngri2 trsbt.