29 Mei 2014

Ahmad Maslan Menonong Balik, Sanggup Lompat Parit Elak Jumpa Wartawan -UPDATED


Ahmad Maslan ‘lompat parit’, enggan jawab isu ahli DAP

Mungkin kerana malu dengan kenyataannya dalam satu majlis kempen di Teluk Intan berhubung 150 ahli DAP mahu keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan didakwa cuba mengelak diri daripada media.

Timbalan menteri kewangan dan ketua penerangan Umno itu dilaporkan melarikan diri daripada media malam tadi, dengan cara menyampaikan ucapan yang panjang dan elak menjawab soalan wartawan selepas ceramah itu.

Ahmad juga didakwa cuba menyeberang sebuah parit untuk mengelak wartawan yang menunggunya, selepas menyampaikan ceramah kepada kira-kira 50 orang di Kampung Padang Tembak Dalam, Teluk Intan.

Selepas selepas menyampaikan ucapan, wartawan terdengar Ahmad bertanya kepada pembantunya di mana pintu masuk dewan itu.

Ketika pemberita berkumpul di pintu masuk dewan itu untuk bertanya mengenai pembabitannya dalam dakwaan lompat parti malam Selasa lalu, Ahmad berjalan ke arah parit dan cuba untuk melompatnya.


Malaysiakini melaporkan pembantunya datang dengan lampu suluh untuk menunjukkan jalan keluar.

Walaupun dikejar oleh wartawan yang meminta beliau mengadakan sesi soal jawab , Ahmad hanya terus berjalan keluar tanpa menghiraukan mereka dengan dikelilingi lima pembantunya.

Pada malam Selasa, Ahmad merasmikan satu majlis di mana BN mendakwa 150 ahli DAP menolak parti mereka dan mahu menyokong parti pemerintah.

Bagaimanapun, majlis itu tidak berjalan sebagaimana yang dirancang apabila media yang ingin membuktikan dakwaan itu mendapati tidak semua 150 individu itu adalah bekas ahli DAP.

Seorang wanita yang pada awalnya bergambar dengan Ahmad samba memegang bendera BN mendakwa dia dipaksa ke majlis itu dan tidak pernah meninggalkan DAP.

Sebahagian daripada mereka pula mendakwa menjadi ahli dan penyokong BN sejak sekian lama.


Acara berakhir dengan suram apabila wartawan dilarang oleh pihak penganjur menemubual hadirin yang lain di samping diminta keluar daripada majlis itu.


BN rampas majlis perwaris

TELUK INTAN: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendakwa Barisan Nasional (BN) telah ‘merampas’ majlis amal mereka malam kelmarin dengan mendakwa membawa seramai 150 ahli DAP untuk menjadi ahli BN.

Badan NGO tersebut, Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Perwaris) berkata bahawa BN telah menggunakan kesempatan tersebut untuk kepentingan sendiri.

Wakil Perwaris tersebut Mohd Yusuf Abdul Manaf yang hadir di sidang akhbar parti DAP tengahari tadi berkata tujuan sebenar mereka mengadakan majlis tersebut adalah untuk menjemput wakil dari Gerakan, Datuk Mah Siew Keong untuk bersama sama Perwaris dalam mendengar luahan hati pemandu teksi di Teluk Intan.

“Pada asalnya kami mahu Mah untuk hadir tetapi beliau tidak hadir. Kami kecewa,”

“Kami mahu beliau mendengar luahan kami tetapi sebaliknya majlis tersebut menjadi majlis BN untuk mengumumkan ‘kemasukan’ ahli DAP kedalam parti tersebut,” kata Yusuf yang juga timbalan pengurusi persatuan teksi Teluk Intan.

Dalam sidang akhbar yang sama, bekas ahli parlimen Teluk Intan selama dua penggal M.Manogaran memberitahu pemberita bahawa tiada seorang pun wakil parti DAP yang keluar parti pada malam tersebut.

Turut hadir adalah S.Santhi wanita yang dikatakan dipaksa untuk memakai baju BN sewaktu majlis tersebut yang dirasmikan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan.

“Tiada seorang daripada DAP keluar parti malam tersebut. Mereka telah ditipu oleh BN bahawa mereka akan menerima hamper jika menghadiri majlis tersebut,”

“Sebaliknya mereka dipaksa memakai dan memegang bendera BN,” kata Manogaran. Santhi pula mendakwa bahawa beliau khuatir akan keselamatan diri beliau kerana dikelilingi oleh ramai wakil parti BN dan oleh itu beliau terpaksa menuruti perintah daripada penganjur.

“Saya takut akan di apa apakan oleh itu saya ikut sahaja apa yang disuruh,” kata Santhi yang merupakan ahli parti DAP dan sekarang pemandu teksi.
Pada malam 27 Mei, BN mendakwa seramai 150 wakil parti DAP akan menyertai BN kerana kecewa dengan parti politik tersebut.

Akan tetapi hanya tiga orang yang mendakwa diri mereka wakil DAP hadir di majlis tersebut termasuk Santhi.

Sejurus selepas majlis tamat, Santhi mendakwa telah ditipu oelh penganjur ketika ditemu bual pemberita.
-FMT



Ahli DAP terkejut diumum sokong BN...


TELUK INTAN Satu majlis bekas 'anggota' DAP menyertai BN malam tadi tidak berjalan seperti dirancang apabila seorang peserta sebaliknya mengaku masih setia menyokong DAP dan tidak diberitahu terlebih dahulu tentang tujuan majlis berkenaan dianjurkan.

Shantini a/p Subramaniam, 46, seorang pemandu teksi berkata beliau setia menyokong DAP sejak berumur 21 tahun dan terkejut apabila diumumkan sebagai seorang daripada 150 orang bekas anggota DAP yang akan menyokong BN pada majlis lewat petang semalam.

"Saya ini Barisan tadak punya, sampai sekarang saya DAP punya orang.


"Saya bawa teksi punya orang, saya datang sini tangkap gambar punya.

"Saya (sejak umur) 21 tahun sampai sekarang umur saya 46 tahun, saya punya keluarga semua (sokong) DAP.

"Saya masih ahli (DAP), dia orang suruh datang, saya datang," katanya sewaktu ditemubual pemberita selepas gimik majlis itu selesai.

Shantini kemudian diminta penganjur, seorang individu dikenali sebagai 'ayahanda' Arjami Ali yang mengaku dari NGO Pewaris Malaysia untuk terus meninggalkan majlis.


Shantini sebelum itu bersama dua orang lagi menerima baju-T BN daripada Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Majlis yang berlangsung di padang perumahan Taman Desa Bakti, Teluk Intan itu kemudiannya menyaksikan seorang daripada mereka menerima bendera DAP dari penganjur dan meletakkannya ke atas tanah sebagai simbolik meninggalkan DAP.

Ketua Wanita MIC, Mohana Muniandy sewaktu diminta menjelaskan kekeliruan tersebut berkata Shantini mungkin tidak faham dengan soalan wartawan.

Menjelaskan tindakan Shantini yang diminta meninggalkan majlis lebih awal, Mohana berkata beliau pulang untuk mengambil kad keanggotaan DAP miliknya.

"Awak tanya dalam bahasa apa kepada dia?

"Kadang-kala ada kekangan bahasa juga," kata Mohana apabila mengetahui wartawan bertanya dalam bahasa Melayu kepada Shantini.

'Kejutan' kedua adalah apabila petugas media pada awalnya menerima maklumat majlis itu diadakan untuk menerima anggota DAP yang akan 'melompat parti' kepada BN.

Namun akhirnya, petugas media dimaklumkan bahawa bekas 'anggota' DAP yang hadir semalam tidak akan menyertai mana-mana parti komponen BN.

Sebaliknya, majlis diadakan untuk mengalu-alukan sokongan mereka yang kini bersama BN, seperti disahkan ADUN Cangkat Jong, Mohd Azhar Jamaluddin pada sidang media ringkas, selepas majlis itu.


Seorang petugas media turut menggesa peserta agar melakukan gimik memotong kad keahlian DAP mereka sebagai simbolik meninggalkan DAP.

Namun, Ahmad Maslan menolak permintaan itu atas alasan ia bukan budaya BN.

Sebahagian peserta yang duduk selama hampir dua jam dalam keadaan gelap di luar khemah yang tidak berlampu, dengan memakai baju-T dan topi BN pada majlis itu kemudian diberikan sebuah kotak berlogo 1Malaysia setiap seorang oleh penganjur, selepas majlis berakhir.

Petugas media cuba menemubual peserta untuk mengetahui isi kotak itu namun dihalang oleh Arjami Ali yang berkata "media suka jaga tepi kain orang".

Sebelum beredar, petugas media turut meminta seorang lagi penganjur, Yusof Abd Manaf untuk mencari seorang peserta yang sanggup diwawancara.

Yusof kemudian membawa seorang perempuan berusia 60 tahun ke bawah khemah untuk diwawancara media.

Namun, wawancara itu terhenti sebelum bermula dengan sempurna apabila Arjami bertindak membawa perempuan itu pergi dan menutup lampu khemah.

Yusof kemudian meluahkan kekecewaannya apabila media lebih menyerlahkan 'orang KL' yang datang pada malam itu berbanding NGO tempatan yang bekerja keras selama dua minggu untuk majlis itu.

"Kami dah pujuk orang-orang ini (peserta) selama lebih dua minggu tapi awak malam ini datang dan tanya 'orang KL' yang cuma datang sekejap dan tak tanya kami tentang majlis ini terlebih awal," katanya dipercayai merujuk kepada Ahmad Maslan dan Mohana.
-mk









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





4 ulasan:

Awanama berkata...

kah.kah.kah.kah.kah..hi.hi.hi.hi.hi.ho.ho.ho.ho.ho kelakar gelihati mendengarkan perkhabaran ini....kena buat parody niiiii

Awanama berkata...

Dapat ijazah MENTERI LONGKANG pulak dah..kih..kih..

Amuraria berkata...

siakap senohong ikan duri, cakap bohong lama2 jadi menteri :) kah kah kah ! menteri kangkung yang suka bohong & kelentong ! ingat semua orang spesis belaan nfc ka ? ABU !

Awanama berkata...

Mat, kau nak lompat PARIT gasak kaulah. Tapi jgn temberang konon ahli DAP lompat PARTI.