18 Apr 2014

Sisi Karpal Singh Yang Macai Singh Tidak Tahu


Pemimpin dan ahli-ahli UMNO memberikan riaaksi yang bercampur-campur di dalam isu kematian Karpal Singh.

Di saat ketika ada diantara pemimpin UMNO yang bersimpati dan mengucap takziah kepada keluarga mendiang disamping ada yang turut melahirkan kekaguman terhadap Karpal Singh, namun rata-rata para macai UMNO terus melamparkan penghinaan terhadap mendiang.

Kami paparkan beberapa kisah, sekalipun Karpal dikatakan oleh beberapa macai sebagai anti-hudud malah anti-Islam, namun kisah-kisah di bawah membuktikan disebaliknya.

Jasa Mendiang karpal Singh Membela Islam yang dizalimi Umno


Kuala Lumpur : Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Khalil Yaakob, pernah mengeluarkan arahan supaya semua wanita yang bekerja dengan kerajaan tidak memakai purdah. Sila rujuk artikel The Star bertarikh 12 Mac 1985.

Walaupun purdah ini hukumnya tidak wajib dalam Islam, namun ia tetap sebahagian dari syariat Islam.

Terdapat wanita-wanita Islam yang telah dibuang kerja dari perkhidmatan kerajaan termasuk pelajar-pelajar universiti yang dibuang universiti kerana memakai purdah.

Kes yang paling popular adalah kes Halimatusaadiah Kamaruddin. Beliau bertugas sebagai kerani umum di Pejabat Penasihat Undang-Undang Perak.

Pada 6 Ogos 1986, Halimatusaadiah dibuang dari jawatan kerani umum kerana beliau memakai purdah.

Halimatusaadiah kemudiannya menyaman Jabatan Perkhidmatan Awam. Beliau diwakili oleh peguam Karpal Singh. Ya benar, Karpal Singh pernah membela seorang mangsa kezaliman Umno kerana memakai purdah.

Yang hairannya, Umno tidak pernah mengambil tindakan terhadap pekerja-pekerja Islam yang memakai pakaian seksi dan terdedah aurat. Hanya mereka yang memakai purdah sahaja yang dizalimi oleh Umno-Barisan Nasional (BN).

Tapi, bekas diktator Tunisia juga pernah mengharamkan purdah. Akhir sekali, beliau terpaksa mencari perlindungan di negara yang mewajibkan purdah pada semua perempuan. Mungkin Umno juga bakal mengikut jejak langkah bekas diktator Tunisia itu.

Juga, ia menunjukkan sikap anti Islam Umno ini sejak zaman berzaman. Bermula dengan loteri Umno 1951, lepas tu pembukaan kilang-kilang arak dan pada tahun 80an pengharaman purdah.

Ini adalah identiti sebenar Umno. Mereka adalah puak-puak yang anti kepada Islam dan benci kepada Islam. Mereka lebih suka menyembah seorang pelakon porno dari melaksanakan hukum hudud.


,br>
KISAH KEDUA

Imam Muda Asyraf mengenang jasa mendiang Karpal Singh



Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan atau kini dikenali sebagai IM Asyraf merupakan juara pertama program pencarian imam di kalangan generasi muda iaitu Imam Muda. Dalam Tweet beliau hari ini menyatakan bahawa Mendiang Karpal Singh antara yang terawal anjur majlis khas untuk rai beliau sebulan selepas Programm Imam Muda Astro 2010.

Mendiang Karpal Singh antara yg terawal anjur majlis khas utk rai sy sebulan slps Pgrm Imam Muda Astro 2010





KISAH 3








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


8 ulasan:

Awanama berkata...

Sayangnya mendiang tidak sempat mgucap dua kalimah syahadah tetapi sy pernah dengar ceramah di radio ikim fm, ustaz tu kata kita tak sepatutnya cakap depan2 orang kafir yg mereka akan mati dan masuk neraka sebab syurga neraka tu milik Allah swt. Ada juga orang kafir yg berjasa pada agama islam. Siapa kita mahu menentukan seseorang itu masuk syurga atau neraka. Sedangkan pelacur masuk syurga disebabkan brbuat baik pada anjing. SAYA TAK HAIRAN KALAU ORANG KAFIR TOLAK HUDUD YG SAYA HAIRAN BIN PELIK KALAU ORANG ISLAM SENDIRI TOLAK HUDUD. Marilah kita sama berdakwah pada non muslim, salah satu cara dakwah ialah melalui sikap kita. Spt kata Dr MAZA tunjukn lah nilai islam.

Awanama berkata...

Yuppp..betul..jgn besok disana..kita yg dipersalahkan oleh non muslim sebab xpernah berdakwah kepada mereka..ape kita nak jawab disana nanti..

Amuraria berkata...

Sekitar tahun 60an kes gerombolan umno dikepalai Yusuf Latif,sekongkol dengan MAIPP, MPPP juga pejabat tanah termasuk sekali PDRM(yang pemimpin umno perlembukan) dengan penyangak bergelar Syed iaitu pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang masa tu Syed Abas Al Habishee rancang menyauk/rembat tanah wakaf Tn Hj Kasim Kg Makam di Jalan Datuk Keramat Pulau Pinang,untuk jutaan fulus 'masyuk' mereka mahu tukar status tanah dari tanah wakaf untuk orang Islam tinggal atau bina sekolah agama kepada tanah komersial agar poket boleh untung berjuta ,tapi berkat ketabahan Allahyarham Pak Salim Hashim & rakan2 menentang mati-matian juga ada sokongan & jasa mendiang Karpal Singh projek pengkhianat umno-bn terhadap tanah wakaf itu tergendala & selamat,tapi setakat ini ada juga terdengar ura2 gerombolan tidak putus asa mahu mencuba juga keatas tanah yang menjadi 'lubuk emas' di tengah George Town itu, disebabkan BN-umnporno terjun@kaput di Pulau Pinang terbantut lagi niat haram gerombolan penyangak2 itu ,moga Allah S.W.T. selamatkan tanah wakaf Tn Hj Kasim Kg Makam amiin amiin...

mansor berkata...

kalau nak harap peguam UMNO atau pemimpim UMNO maaf lah...melainkan ada projek dan masuk duit dalam poket..memang UMNO anti Islam sejak berzaman...nasib baik Melayu ramai yang bodoh kerana tu UMNo boleh terus membodoh dan menguasai kerajaan...

Awanama berkata...

jgn marahkan macai kerana mrk jenis sepecis otak burung unta..kena kesian kat mrk

Awanama berkata...

Betul TGNA, Karpal bercakap isu hudud dari sudut perlembagaan negara yang diterajui UMNO sebagai pemerintah, jadi siapa anti hudud sebenarnya?

critique berkata...

Assallammuallaikum, patut lah Arwah Bapa ana benci betul dgn Yusoff Latiff dan Syed Abbas ni. Ketrununan dia kalu ana tak silap ada menjadi ketua Bahagian UMNO do Wilayah Persekutuan. I may be wrong.For info, Arwah Tok ana adalah seangkatan dgn Dato' Onn Jaafar di Pulau Pinang.

Awanama berkata...

Assalamualaikum wbt...saya cuma ingin menegur..jika ada sekali pn kesalahan seseorang...jgn lah pula keturunan dikaitkan...

Berkenaan tanah-tanah wakaf di Pulau Pinang... adakah tanah-tanah wakaf yg ada itu sekarang masih memainkan peranan asal tujuan akad si pewakaf itu? Persoalannya rata-rata tanah wakaf di pulau mutiara ini sudah lama terbiar dari pemantauan pihak berwajib...tanah wakaf utk org Islam yg fakir untuk membina rumah, yang ada sekarang kebanyakannya telah senang,,,kadang-kadang dah ada Mercs depan rumah...Ada pula yang ada rumah atas tanah wakaf just untuk disewakan...just because your ancestor punya rumah dulu-dulu..tapi hakikatnya sekarang korang dah senang dengan izin Allah swt...bukankah patut membantu kepada yang lebih memerlukan? Apa-apa pun tanah yg diwakafkan perlu kembali mengikut akad sipewakaf itu sendir..yang setahu saya bermacam-macam jenis..disebabkan ianya satu amanah..Pernah tak saudara lihat rumah dibina diatas tanah perkuburan orang Islam...pergi saja tgk kat tanah wakaf Jalan Langkawi i.e Kebun Lama Pulau Pinang....sampai kehari ni MAIpp tk mampu buat apa2...sebab penentangan puak2 yang berkepentingan.. Sama la jugak dengan tanah wakaf Tuan Hj Hashim....so bagi saya jgn setakat nk buat tuduhan konon kita pejuang menegak keadilan jika motif sebenar kita sembunyikan...Jika sesuatu itu dilakukan utk kebaikan umat Islam pulau pinang secara keseluruhan...tk patutkah kita beri sokongan?