6 Jan 2014

Mujur Yang Datang Bawa Bunga Itu Marina Mahathir, Jika Nurul Izzah....


Dijangka kemarahan tetapi yang datang Muslim dengan bunga

Hampir 1,000 orang menyertai himpunan hari Ahad di Gereja Katolik Our Lady of Lourdes Klang di pagi yang dijangka bakal menghadapi beberapa kumpulan Islam yang marah dengan mereka, tetapi dengan tidak disangka sekumpulan Islam datang membawa bunga untuk mereka.

Antaranya yang datang adalah aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahthir, yang mebawa sejambak bunga dan menjadi sebahagian daripada yang datang untuk memberikan sokongan moral kepada penganut Kristian.

Namun di Padang Kelab Sultan Sulaiman, sekumpulan kumpulan konservatif Islam berhimpun bagi membantah penggunaan nama Allah oleh Kristian.

Mereka juga menyokong serbuan yang dibuat oleh Jais terhadap Persatuan Bible Malaysia di Damansara Kim yang merampas kira-kira 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban serta menahan dua pemimpinnya.

"Saya di sini atas nama peribadi..ramai di sini adalah Muslim tetapi apa yang kami mahu katakan adalah Islam agama keamanan," kata Marina di depan Gereja Katolik Our Lady of Lourdes Klang sambil memegang bunga di tangan yang dikhaskannya untuk penganut Kristian di situ.

"Kami bukan pencetus peperangan seperti sangkaan sesetengah pihak," tambahnya.

Menyifatkan protes adalah hak setiap individu namun, "tidaklah wajar berlebihan sehingga memasuki rumah ibadat pihak lain."

Beliau menyifatkan serbuan Jais sangat mencurigakan dan kesal dengan tindakan mendiamkan diri pihak kerajaan.

Marina dan rakannya Nik Elin kemudiannya pergi menemui penganut Kristian di situ dan memberikan bunga untuk mereka dengan diringi sorakan daripada orang ramai.

Suasana berbeza di Padang Kelab Sultan Sulaiman apabila sekumpulan umat Islam membantah pengarang Herald, Father Lawrence Andrew yang berkata akan menggunakan terus nama Allah dalam urusan mereka di gereja. Bantahan ini dijangka dibuat di gereja tetapi dipindahkan ke sana hari ini.

Umno Selangor semalam memutuskan tiada bantahan di gereja kerana bimbang mereka bertembung dengan Kristian dan berkata, yang mereka bantah adalah kenyataan pengarang Herald, Father Lawrence Andrew yang berkata akan terus menggunakan perkataan Allah dalam sembahyang berbahasa Malaysia mereka.

Peserta perhimpunan bertanya, apakah Kristian akan hilang kehebatan mereka jika tidak menggunakan perkataan Allah dalam sembahyang mereka.

Ustaz Mohd Kamal Husin, pengerusi bersama Persatuan Solidariti Muslim Klang menegaskan Allah adalah Allah adalah nama khas untuk Muslim dan bukan terjemahan god dalam Kristian.

"Kami terkejut dengan kamu kerana kenyataan bahawa Kristian akan terus menggunakan nama Allah dalam sembayang berbasaha Melayunya satu tindakan yang menghasut.

"Ia akan menimbulkan suasan yang tidak harmoni antara Muslim dan Kristian," katanya semasa sidang media selepas bantahan itu dibuat. -TMI

ULASAN GB

Pertama-tama GB ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Marina Mahathir yang (sekurang-kurangnya) berusaha untuk mewujudkan keharmonian rakyat Islam-Kristian yang hubungan baik kedua komuniti ini telah diporak-perandakan dengan isu kalimah Allah.

Mujur yang datang membawa bunga itu Marina, bukan mana-mana pemimpin wanita dari PKR atau PAS. Katakanlah yang datang itu Nurul Izzah atau Dr.Mariah, sudah pasti gegak gempita media massa arus perdana dan sekalian para macai UMNO memainkan isu berkenaan.... semnggu dibuatkan liputan khusus mengutuk senario berkenaan.

UMNO menjadikan isu "kalimah Allah" ini sebagai talian hayat terakhir untuk survivalnya di dalam arena politik negara sebelum ia terus pupus. Di dalam dunia ini, hanya kerajaan UMNO yang memutuskan penggunaan kalimah Allah hanya untuk umat Islam. Tiada nas atau dalil dari Al-Quran mahupun hadith yang melarang penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam. Yang ada cuma ledakan emosi dan prasangka.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Kalimah Allah bukan milik UMNO, bukan milik Melayu. Semua orang berhak menggunakannya. Kita semua milik Allah bukan seperti pendirian UMNO yang berpendirian disebaliknya, Allah milik kita.

Tentang penggunaan Allah di dalam gereja, tiada siapa pun dapat menghalangnya kerana Al-Quran sendiri menjelaskan :

Maksudnya :“Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara dan gereja-gereja penganut kristian, rumah-rumah ibadat orang yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” -Al-Haj:40

15 ulasan:

usin berkata...

Adakah admin berpendapat kalimah Allah itu boleh bermaksud Esa, Triniti, atau juga menggantikan tok pekong-tok pekong, siva murugan atau apa sahaja tuhan yang disembah oleh manusia? Bagaimana admin menjelaskan Allah orang Islam berbanding dengan allah bagi penganut-penganut agama lain? Maknanya Allah bukanlah nama ekslusif bagi Tuhan orang Islam, tetapi nama lain bagi tuhan apa-apa sahaja agama di dunia. Mohon pencerahan berdasarkan persoalan yang saya kemukakan, tq.

Tanpa Nama berkata...

Wahai sekalian macai UMNO. Ada berani ker mau lontar komen kepada lu punyer mantan bos punyer anak?

Andre Irwan berkata...

Bila kita bertanya kepada orang Kristian, "Apakah Kristian akan hilang kehebatan mereka jika tidak menggunakan perkataan Allah dalam sembahyang mereka?." Maka mungkin dijawab dek orang Kristian, "Apakah Allah swt akan hilang KEHEBATANNYA jika kami menggunakan namaNya dalam sembahyang kami?"
Sebagai seorang insan yang rasional, Allah swt bukannya Tuhan untuk orang Islam sahaja malahan Allah swt ialah Tuhan sekalian Alam termasuk isi-isi yang terkandung di dalamnya. Kehebatan Allah swt berdiri sendiri tanpa ganggu gugat oleh manusia sama ada Islam maupun bukan Islam. Hanya manusia yang tidak cerdik menyatakan sebegini rupa.
Bukankah satu kebanggaan bagi orang Islam bahawa orang bukan Islam pun mengiktiraf Allah swt sebagai Tuhan depa? Awat orang Islam akan keliru dengan zat Allah swtkah kalau namaNya diguna oleh orang bukan Islam? Kalau begitu rasanya, sepatutnya orang Islam berpatah balik dan jumpalah ustaz untuk belajar semula agar kita tidak terkandas dan kefahaman kita tentang zat Allah swt lebih teguh.
Dengan membuat bantahan sedemikian menunjukkan bahawa betapa rapuhnya keimanan orang Islam terutamanya Melayu ni. Apakah kita harus buka pekung di dada kita untuk pengetahuan orang ramai ataupun memang kita suka berbuat sedemikian?
Minta pencerahan kalau silap penulisan saya ni.

Tanpa Nama berkata...

Orang Melayu umno, perkosa dan lain-lain cinta Allah sayang Allah dah cukup nak jadi Islam. Tolak hukum Allah takpa, tak posa takpa,semayang culang changlin tak, semayang ghaya dan Terwih wajib buat.....

Duulu kala lagi sebelum Datangnya Nabi Muhamad s.a.w penentang nabi-nabi masa tuq guna nama Allah juga tapi depa syirik.

Kita cinta Allah tapi kufur dengan perintah Allah....

Macamana ni.......

greenboc berkata...

Terima kasih kepada sdra usin yang bertanya.

Oleh kerana persoalan di atas menyangkut persoalan tauhid yang memerlukan huraian yang panjang, maka GB akan menulis satu entri khas bagi menjawabnya.

Di sini GB hanya menjawabnya serba ringkas supaya sdra usin tidak ternanti-nanti huraian tersebut.

Nabi-nabi dan para Rasul diutuskan oleh Allah s.w.t. sejak dari Nabi Adam a.s. sehinggalah kepada Nabi Muhammad saw adalah untuk menyeru dan mengajar manusia tentang keesaan Allah dan tiada sekutu bagiNya. Bukan untuk mengajar manusia yang nama Tuhan itu adalah Allah atau untuk memperjuangkan kalimah "ALLAH".

Allah adalah nama bagi Zat Yang Maha Sempurna dan Maha Agong dan Dialah yang disembah dan tempat kita bermohon pertolongan.

Seiapa juga berhak menggunakan kalimah "Allah", hanya sanya konsep dan kefahaman Allah adalah berbeza.

Perbezaan inilah yang diterangkan di dalam Surah Al-Kafirun 1-6:

1. Katakanlah: "Hai orang-orang kafir,
2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,
3. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.
4. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
5. dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
6. Untukmu agamamu, dan untukkulah agamaku


Siapa Allah bagi umat Islam? Ia dijelaskan di dalam surah selepasnya iaitu Al-Ikhlas 1-4

1. Katakanlah "Allah itu Esa"
2. Allah tempat meminta
3. Tidak beranak dan tidak diperanakkan
4. Tiada satu pun menyerupai (zat)Nya


Kita tidak menyembah Allah kerana namanya Allah tetapi kerana Dia adalah Zat Yang Maha Sempurna yang menjadikan dan yang mentadbir sekalian alam.

Sepertimana yang pernah saya jelaskan dahulu, "ALLAH" itu ialah nama khas dan setiap nama adalah baharu. Sedangkan Zat Allah adalah qadim. Kita tidak menyembah namaNya (Alif Lam Lam Ha), tetapi kita menyembah Zat Yang Maha Agong.

Siapa yang dapat menghalang orang lain menggunakan kalimah Allah untuk nama tuhannya? Di dalam dunia ada ada berjuta-juta manusia. Bukan sekadar orang Melayu. Mungkin ada satu kaum orang asli di Amazon menyembah api dan disebut dengan perkataan ALLAH. Bolehkah kita menghalangnya? Apa kuasa dan hak kita untuk melarang?

Kedua, begitu juga orang Cina yang menyembah Toa Pe Kong, orang Kristian menyembah Jesus dan digunakan nama ALLAH. Apakah kita boleh menghalangnya? Apa hak kita untuk menghalangnya? Apa nas yang kita gunakan untuk menghalangnya?

ALLAH adalah milik semua, bukan milik umat Islam sahaja.

Sepatutnya apabila terdapat bukan Islam menggunakan nama ALlah, inilah peluang dan ruang terbaik bagi kita untuk berdakwah, menerangkan siapa Allah sebenarnya, menerangkan konsep ketuhanan yang Maha Esa kepadanya. Ini tidak, dijadikan bahan pertengkaran dan permusuhan.

Kemudian ada yang bertanya, jika demikian tergugatlah kalimah syahadah "Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah" yang telah lama saya ucapkan?

Memang tergugat jika hanya diterjemahkan "Tiada tuhan melainkan Allah", seolah-olah kalimah ALLAH itu yang disembah.

Itu sebabnya kita lihat ada kumpulan-kumpulan zikir atau tarikat yang sesat sekalipun menggunakan kalimah "Lailahailallah" sehingga ada yang mengaku dirinya tuhan. Kerana tidak tahu dan tidak faham maksud sebenar kalimah itu.

Secara ringkasnya dua kalimah syahadah itu adalah kependekan daripada
"Lailahailallah wahdahu lasyarikalah, muhammaddan 'abduhu warasuluh" (Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya dan Muhammad itu hamba serta pesuruhNya). Barulah jernih aqidah dan bebas dari sekalian syirik.

Tunggu di penghuraian di dalam entri yang khusus nanti.

Wallahu 'alam.

Tanpa Nama berkata...

macai macai hanya berani membuat demo jalanan, tapi tak berani lontar comment kpd boss sendiri... lawak...

Tanpa Nama berkata...

tq GB. jawapan yg jelas dan mantap. byk ilmu yg dpt dikutip di sini.

Tanpa Nama berkata...

Pencerahan yg agak jelas...terima kasih...takbir!

Tanpa Nama berkata...

Kalimah allah is nothing to us. Hati kena percaya adanya allah s.w.t. bukan sembah kalimahnya macam sembah berhala.

Anyway tahniah i ucapkan kpd marina at least lu buat sesuatu yg baik kerana sesuatu yg baik kalau kita puji mungkin akn mengalakkan dia utk buat sesuatu yg baik. So is nothing Wrg kita puji walaupun bapa dia memang seorg yg banyak berdosa kpd rakyat malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Seorg hambaNYA yg diangkat mnjd nabi dan rasul serta diikuti oleh PEWARIS yg bnar2 'arif' yg digelar ulamak adalah ibarat seorg BAPAK yg bnar2 dewasa lagi BIJAKSANA.

BAPAK yg 'bnyk/dahulu makan garam' ARIF dan sgt BIJAKSANA dpt melihat ummat nya sprt anak2nya SENDIRI biar bgmn ramai sekalipon,, disinilah terserlahnya peranan BAPAK utk menangani kemelut atau masalah anak2 yg ingin BELAJAR dan ingin FAHAM akan sesuatu "hal", "sebutan", "aturan2", "tindakan" dll..

Umat Islam yg bnar2 MEWARISI nabi SAW sewajarnya dpt mnjd BAPAK yg 'ideal' serta mampu melihat ummat yg berbagai bangsa dan AGAMA serta berbeza TAHAP pemikiran mrk sbg anak2 yg dahagakan PENCERAHAN yg wajib dilayan dgn SEMANGAT keDEWASAan, penoh keterbukaan serta bermatlamatkan CINTA kaseh dan sayang,,yakni 'RAHMAN' dan 'RAHIM' dari TUHAN..

Sbb itu nabi SAW sentiasa bersifat INCLUSIVE dan bukan ESKCLUSIVE dimana nabi akan BERMULA dgn dialog serta DEBAT secara OPEN dan matang yg mnggambarkan ciri2 BAPAK yg sgt BIJAKSANA serta penoh keDEWASAan yg berhujjah dgn "WARAS" berpaksikan MIRACLE wahyu yg sgt fakta INDAH lg menakjubkan!

BAPAK yg bnar2 "WARAS" sbg seorg BAPAK kpd anak2nya tidak sesekali akan tunduk/kalah kpd EMOSI dirinya sendiri apatah lagi EMOSI anak2nya yg masih hingusan,,sebaliknya dia akan terus TERSENYUM melihat aksi gelagat anak2nya yg kelihatan belum diSENTUH oleh pencerahan akan hakikat sbnr2 KBNARAN itu..dan dia terus dgn penoh iltizam LAPANG dada serta tetap gumbira dgn MISInya itu dgn penuh keSABARan..

Apb isu sebutan ALLAH yg 'simple' lagi mudah..krn WAJIB diingat bhw ALLAH sgt murka kpd yg hanya pandai 'SEBUT' ttp TAK nak 'BUAT',,dan DIA juga TIDAK memandang segala mainan BIBIR krn DIA lebih "meNILAI" niat ketulusan keikhlasan & keINSAFAN yg bersarang ddlm HATI!

Islam yg nabi SAW sampaikan mengajar kita erti DEWASA dan penuh "KEWARASAN" serta mnjd kan kita sbnr2 BAPAK yg bnar2 dpt memahami 'realiti' ummat atau anak2 yg masih lg hijau hingusan..

Dan jgn kita biarkan 'anak2' atau ummat yg masih hingusan berkelahi dan berebut2 hanya sekadar pd SEBUTAN yg tidak mmbawa sebarang MAKNA apa-apa jk tidak bnar2 difahami akan HAKIKATnya melalui fahaman pengertian dan keINSAFAN dr seorg BAPAK yg bnar2 DEWASA..

indahya ISLAM berkata...

berpencak hebat kalimah ALLAH tapi
pada masa sama ragu2 dgn hukumNYA
menentang hudud..hukum islam perlu
kaji semula...tidak sesuai kerana masyarakat majmuk..boleh pilih2 jk
sesuai dgn citarasa..sokong BULAT bila Najibngok minta berarak syrik
pada Thaipusam...xde pun bontot2 lembu umno jati perkasam mubarak dn lainnya MELAWAN SECARA BERANI.
ingatlah ALLAH milik sekalian alam
nabi Muhammad membawa rahmat utk
sekalian alam dn ISLAM bukan KHAS
utk ARAB/MELAYU saja.iblis masih bersumpah DEMI ALLAH utk sesatkan manusia..golongan kristian gunakan
juga amin semasa berdoa.hanya ALLAH jua yg layak memberi HIDAYAH pd siapa yg dikehendaki,bgmana berdakwah jika nama ALLAH TIDAK dijinakkan bukan ISLAM kenalnya...hanya bangga dgn gua punya tuhan ALLAH bila bicara dgn mereka.

Tanpa Nama berkata...

Usin bertanya, GB menjawab, alhamdulillah. Semuga usin & termasuk kita semua bertambah ilmu, seterusnya mengambil peluang mengajak manusia2 di luar sana yg belum sampai ajaran Islam yg betol (sebab confuse thd contoh yg ditunjukkan UMNO), & seterusnya mengamalkan & menyebarkan.

Mattamam berkata...

Kalu smua dpt memahami apa yg dtulis oleh GB ini tmasuk setengah pimpinan PAS yg turut sama terkeliru dgn isu ini,alangkah baiknya..Jelas dan terang..moga Allah memberkati n merahmati GB dlm memperjuangkan yg haq..

Tanpa Nama berkata...

Betul tu....umngok terus tuduh anwar sekeluarga dibiaya oleh pertubuhan kristian nanti.


http://bit.ly/1hRf37d

Tanpa Nama berkata...

Orang UMNO yg dengki akan kata Anwar dibiayai Kristian.
Dia org mana kenal hartawan2 Islam yg di luar negara yg pro perjuangan Islam yg menaja pejuang2 Islam, kan?

Jangan layan UMNO ni, buat habis boreh aje.