6 Jan 2014

Media Indonesia Bebas Kritik Presidennya, Media Kita Puji Najib PM Terbaik Dunia


Kebebasan media di Indonesia jauh meninggalkan Malaysia dengan melaporkan berita lebih telus dan jujur mengenai dasar kerajaan berbanding media tempatan negara ini yang dikongkong kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata isu ini pernah disuarakan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) kepadanya ketika beliau mengadakan lawatan bertemu Presiden negara republik itu.

“Saya duduk sekali dalam satu persidangan dengan Presiden SBY yang kebetulan hari itu muka depan media Indonesia melaporkan laporan positif tentang saya di muka depan dan di muka depan juga serang dia sebab skandal bank Century.

“Dia kata pada saya; tengok Pak Anwar medianya, aduh penat saya. Saya diserang habis-habisan tetapi Pak Anwar dipuji semua.

“Dia presiden, mengeluh media kritik dia tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa. Kita di sini pula, (laporkan) Perdana Menteri terbaik di dunia,” kata Anwar.

Beliau ketika menyampaikan ceramah dalam Kursus Merdeka Rakyat yang diadakan di Pusat Reformasi Demokrasi dan Inisiatif Sosial di sini, hari ini.

Kata Anwar, kebebasan media di Indonesia itu merupakan sebahagian dari hasil kejayaan rakyat negara itu melakukan reformasi sehingga menumbangkan kerajaan ketika dipimpin Presiden Soeharto pada 1998.

Kata beliau lagi, reformasi di Indonesia berjaya mengukuhkan institusi penting di negara itu berbanding sebelumnya yang dicemari pelbagai rasuah termasuk salah guna kuasa pemimpinnya.

“Kekuatan Indonesia adalah institusinya selepas reformasi. Menteri masuk penjara, Gabenor Bank Negara masuk penjara, Ketua Pembentarasan Korupsi dalam penjara, Ketua Mahkamah Konstitusi nombor satu juga dalam penjara sebab rasuah. Bayangkanlah kekuatan institusi mereka hari ini.

Bagaimanapun tambah Anwar lagi, perkara ini berbeza dengan keadaan institusi penting kerjaan yang cuba memanipulasi kes-kes yang melibatkan kepentingan kerajaan.

“Lain di sini, Tun Ling Liong Sik sebelum pilihan raya didakwa, tetapi selepas pilihan raya dibebaskan. Memang kita dah jangka,” katanya lagi. -selangorkini

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rakyat Malaysia takut utk berubah. Selagi BN diberi peluang memonopoli perintah negara, selama itulah rakyat diperbodoh yg antara lain BN mengongkong semua media & semua jentera pentadbiran negara “Eksekutif,Perundangan & Kehakiman”.

Tanpa Nama berkata...

Telah agak lama bukan media dan wartawan arus perdana sahaja yang terkial-kial memuji menyanjung pemerintah, walaupun tindakan pemerintah salah namun wartawan dan media semahu mungkin mencnatik dan memurnikan keaddan. Bahkan ahli politik di negara kita juga masih "FAR BELOW STANDARD OF MATURED POLITICIANS" merka masih begelumang dan berminda dalam lingkongan politik yang sempit dan terkawal. Contoh masih ramai politikus umno bersifat dan bersahsiah over sentiment kepartian. Sehingga ada yang sanggup emmbuat saranan supaya cari negeara lain, halau orang kenegara luar, jangan guna kemudahan jika tak setuju, YANG PALING TERUK ADA MB DAN PERWAKILAN YANG SECARA TERBUKA MAHUKAN KERAJAAN HANYA MEMBERI KEMUDAHAN DAN BANTUAN KEPADA AHLI umno SAHAJA.
MENTALITI POLITIK YANG LANSUNG TAK ADA KELAS DAN TAK PROFESSIONAL...... MEREKA SANGGUP MEMPERTAHANKAN DAN MEMURNIKAN SALAH LAKU PEMIMPIN DAN SPOUSE PEMIMPIN DEMI KEPENTINGAN PERIBADI.... SIFAT BODOH HANG TUAH SANGGUP MEMBUNUH SAHABAT YANG MEMBELANYA..... KERANA KETAATAN MEMBABI BUTA.

Tanpa Nama berkata...

Indonesia sebuah negara maju dan matang , dengan beban hutang negara jauh lebih rendah dari malaysia. Indonesia juga ahli kumpulan G20 yang mana malaysia tiada. Walaupun rakyat ramai 250 juta tapi mereka tak sebahalol rakyat malaysia.....

SBY mampu menerajui negara jauh lebih baik dari pemimpin bahalol yang sedia ada.

Tanpa Nama berkata...

Media malaysia melabelkan PM m'sia yang terbaik mengalahkan kepimpinan Rasullulah S.A.W beb. EXCUSE ME, there is no such things the best of the best kerana terbaik hanya datang dari Allah S.W.T dan buruk datang dari kita semua beb. We all sentiasa yg the worst one in the world. Tapi dengan izin dari Allah baru kita dapat jadi terbaik. Sebab itu kita kena be humble bukan be ego kerana ego adalah sifat Allah S.W.T.

Tapi apakan daya beb dah umat melayu ini bertuhankan UMNO sebab itulah diaorg sentiasa cakap PM M'sia terbaik sampaikan dia baling rakyat dengan tahi pun diaorg cakap terbaik.