14 Jan 2014

MIC: Pemuda UMNO Biadab Tumbuk Timbalan Menteri


MIC hari ini menggesa tindakan diambil ke atas ahli Umno yang menumbuk Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan dalam satu mesyuarat di Hulu Selangor pada Ahad lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pemuda MIC Selangor Shanker Raj Ayanger meluahkan kekesalan yang amat sangat terhadap tindakan biadap ahli Pemuda Umno Hulu Selangor dan menggesa polis campurtangan untuk mengambil tindakan.

“Lelaki ini telah mengundang malu kepada seluruh sayap pemuda Barisan Nasional (BN) dengan apa yang telah dilakukannya. Kepimpinan Umno mesti campurtangan dan mengambil tindakan terhadap ahli tersebut.

“Dia juga mesti diarahkan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Kamalanathan,” katanya.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku dalam satu mesyuarat cawangan Umno di Hulu Selangor pada Ahad yang mana Kamalanathan selaku Ahli Parlimen Hulu Selangor turut menghadiri mesyuarat itu.

Timbalan menteri itu dilaporkan dikasari selepas lelaki berkenaan berang kerana Kamalanathan tidak mengendahkan permintaan pertukaran anaknya yang juga merupakan seorang guru dari Johor ke Hulu Selangor.

Ketua Polis Hulu Selangor Supritendan Shukri Yaacob berkata Kamalanathan membuat laporan polis selepas kejadian itu dan polis masih menyiasat. -TMI

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

8 ulasan:

puspawangi berkata...

ingat tukar2 sekolah ni senang gitu je..boleh mintak2 macam mintak2 mcm mintak gula-gula ke....tak dapat tumbuk orang..nasb Johor je , kalau ke Sabah serawak mahu lebih ganas lagi.. lain lah kalau guru sokong PR..tak payah minta pun dapat..

jagapondok berkata...

Saya setuju bahawa pertukaran guru bukan perkara senang kerana KPM, JPN, PPD akan melihat faktor kekurangan guru di sesebuah sekolah. Namun apa yang boleh dilakukan oleh pihak berkenaan ialah tidak meletakkan guru yang ada kepentingan ( suami-isteri, keperluan menjaga ahli keluarga terdekat, yg sakit dll ) BERJAUHAN.

Tanpa Nama berkata...

I rest my case my lord... hahaha

Tanpa Nama berkata...

Jika benar
seperti yang didengar,
Lalu aku kesiahan kat guru-guru di semenanjung nih. Mereka tiada Elaun Kawasan seperti yang dinikmati guru-guru di Sabah dan Sarawak.

Orang Perlis dihantar ke Johor dan sebaliknya yillek.
Orang Pahang ke melaka dan sebaliknya juga yillek.

Sedangkan orang Tawau ngajor di bandar Tawau dapat Elaun Kawasan beb. Rumah ngan bandar boleh jalan kaki je..

Zaman 'kecemerlangan ekonomi' kerajaan BN nih eloklah macai-macai mintak posting kat Sabah atau Sarawak bro.. Ape ko nak harap lagi. Kejayaan BN hanya dapat turunkan harga kangkong je. Tahniah kerajaan BN.

Namun aku sangat suka jika BN dapat naikkan harga getah. Lebih tinggi lebih baik.

Sebab?

Sebab aku masih motong getah. Kena hujan getah pun yillek jugak. Susu getah yillek duit pun yillek la. Akhirnya nak beli kangkun yang murah itu pun tak mampu.

Pungut pucuk paku atau pucuk ubilah jaqwabnya bro.

Kah.. kah... kah...
Kangkong di Tawau berapa sekilo bro..

Tanpa Nama berkata...

Ini cerita dah panas lama. Ini bukan benda baru terjadi.
Mungkin dia dah berkali2 mintan KPM benarkan anaknya pindah ke Ulu Selangor. tapi x dapat. Tim Menteri ni buat silap besar sebab tak bagi perhatian kepada kawasan sendiri.
Cikgu tua ni pun tentu dah ilang sabar ni sampai sanggup tunbuk menteri sendiri.
Silap hari bulan dia kena pindah Johor dan anaknay pindah ke Ulu Selangor!!!
Confirm, dia tak akan bertanding Ulu Selangor PRU14 nanti.
Geng Cikgu ni dalam UMNO Ulu Selangor akan pastikan dia kalah KALAU dia berani bertanding di Ulu Selangor lagi.

Cikgu 1 Malaysia berkata...

Bila dah biasa dengan proses "pintu belakang", jadi bila orang tak lulus, maka amuk le dia. Depa ingat Malaysia ni depa yang punya. Bagi tau kat bapa tu, kalau tak suka atau puas hati, keluar dari perguruan. Kan boss depa selalu dan suka berucap sedemikian. Tak suka, boleh berambus dari pendidikan. Rezeki bukan hanya dengan menjadi guru. Kerja sendiri dan jadi boss, mana pun boleh pi sebab boleh lulus sendiri.
Nasib baik yang menumbuk tu bukan orang PAS atau DAP atau PKR atau .... Kalau tidak, media perdana akan berkumandang cerita sebegini dan bukan sehari tapi berhari-hari.
Apa kata Pemimpin UMNO? Pi nasihat orang bawah hangpa la. Suruh berhenti saja dari jadi cikgu. Kalau boleh, terus keluar dari Malaysia dan jadi cikgu kat Malawie.

bukan lembu berkata...

nak kecoh apa...inilah adegan gembala lembu umNO dan lembu2nya sebab kepala besar najibngok dan sekutunya sama dengan KANGKONG yg
hidup tepi LONGKANG jadi selepas beri mandat TEGAR pada B angkai N
egara JANGAN PULA MENGELUH dan MEROYAN....ambikkau PADANNN MUKALLAH.SOKONG pemBANGKANG PASTI ditukarkan oleh LEMBU LEMBU ini serta merta.

BaDiN berkata...

PEDOMAN UTK PENCACAI UMNOO.
Bahawa pemimpin UMNO bela penyokongnya macam bela hantu raya .. setiap hari diberi makan telur ayam kampong dua biji .. apabila dah tidak mampu nak beli telur maka sudah pasti penyokongnya akan patah balik dan gigit telur tuannya sendiri.
PADAN MUKA.