14 Jan 2014

P.Kamalanathan Terlentang Di Hospital Ditumbuk Setiausaha Pemuda UMNO Bhgn Hulu Selangor


Timbalan Menteri Pendidikan II merangkap Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan terlentang di hospital kerana ditumbuk oleh Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor ketika beliau menghadiri sebuah program di Pusat Khidmat di Hulu Selangor hari ini.

Menurut saksi, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2 petang ketika Ahli Parlimen Hulu Selangor itu tiba di Pusat Khidmat Parlimen beliau untuk berjumpa dengan sekumpulan anggota Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor yang dipercayai mengadakan mesyuarat bahagian.

Penyerang itu dikatakan seorang yang mempunyai jawatan penting dalam Pemuda Bahagian Hulu Selangor dipercayai telah menumbuk muka Kamalanathan ketika Ahli Parlimen itu sedang berjabat tangan dengan sebilangan anggota pergerakan itu sejurus tiba di pusat khidmat sebelum program bermula.

Difahamkan punca suspek menumbuk Kamalanathan ada kaitan dengan isu permohonan pertukaran tempat kerja dari Johor ke Hulu Selangor melibatkan salah seorang saudara dalam keluarganya yang dipercayai bekerja sebagai guru di Johor.

Ekoran insiden mengejut itu, program yang sepatutnya berlangsung terpaksa dibatalkan dan Kamalanathan telah membuat laporan mengenai kejadian berkenaan di Balai Polis Bukit Sentosa, Rawang.

Menurut sumber, difahamkan suspek yang menyerang Kamalanathan telah ditahan polis dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Isu ini turut "mendedahkan" hal-hal lain berkaitan dengan "hubungan asam" UMNO-MIC sehingga ada yang tergamak memanggil timbalan menteri berkenaan dengan panggilan yang menghinakan - "kicap". (UMNO memang suka menggelar, kaum Cina dipanggil sepet. Begitulah rasisnya UMNO!). Bacalah:







7 ulasan:

Mohd Shubhi berkata...

Bila Menteri BN tak ikut kehendak ahli Umno, memang depa akan tumbuk...hehehe

Kenakencingdenganumnoapco berkata...

Kah kah kah .. Hancur lagi UMngok Selangor. Puncanya Noh Udang lanie Kamal Natang ..nanti sapa lagi? Kah kah kah ...Hancur hancur hancur UMNO APCO YAHUDI LAHANAT.

dinpalabotak berkata...

bila soal kaum dibawak bercakap dgn emosi berulang2 kali......ni padahnya.

apa2 pun amno dah terlalu tua dan rosak sptmana cakap tun m.

buat apa nak tunggu lama2 dgn pati tu?

hijrah lah.

Tanpa Nama berkata...

hok aloh.. kalo guru biasa yg xde kabel2 ni senang je nk tkar..hadir je ke progrm,cramah pakatn rkyt terus je kena tukr..kalo untung dpt la ke ulu slangor tu,kalo lg untung terus ke lahad datu..ni tajuk utama dlm utusn ke??maaf la,ak x bc utusn,haram bg ak

misnona berkata...

MEDIA KATA GURU PANAS BARAN YANG TUMBUK. TAK SEBUT PUN SOAL JAWATAN LAIN. NAK TUTUP MALU AGAKNYA. TAPI PAPARAN MAYA TAK BOLEH SELINDUNG LAGI.

Tanpa Nama berkata...

Jgn disebut nama umno, nanti rosak susu sebelanga. Kalau fitnah PR boleh ulang siar/tayang berbulan2. Sorry nak pi beli kangkong sat, dengaq habaq harga dah turun. Tq sir.... hidup kangkong.

Tanpa Nama berkata...

Kepada setia-usaha Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor (UMNO) Ketua Parti gerakan Mah Siew Keong, Ketua MIC Datuk Seri G. Palanivel, Ketua PPP Datuk T. Murugiah dan peminpin-peminpin komponen.

Kami YIP KUM FOOK Ketua MCA Gombak, YIP JIUN HANN pemuda MCA Gombak dan Jayanthi Devi Balaguru ketua Gerakan Segambut (CHIA OOI SUN & CO.) Advocates & Solicitors 48-1 1st Floor, Jalan Brunei Utara Off Changkat Thambi Dollah, Pudu 55100 Kuala lumpur, dengan hormatnya disini harap semua parti komponen BN menyokong seruan bekas menteri penerangan Zain Nuddin menjemput bekas Perdana menteri DR. Mahathir bin Mohamad ke Putera Jaya menolong Kerajaan mentadbir Negara.

Kerana berbanding dari segi ekonomi, keselamatan, pembangunan dan lain-lain dengan jelasnya bekas perdana menteri Dr. Mahathir bin Mohamad lebih berkaliber dan berpengalaman mentadbir Malaysia dengan sepurna.

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih

YIP KUM FOOK & ASSOCIATES
NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR
JALAN 53, DESA JAYA KEPONG
52100 KUALA LUMPUR