13 Dis 2013

KDN Juara "Maharaja Lawak Mega" Untuk Tutup Tirai 2013!


Bukti KDN Mat Sabu “Syiah” jadi bahan lawak media sosial

Pendedahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam mengaitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dengan fahaman Islam Syiah menjadi “bahan lawak” di kalangan rata-rata pengguna media sosial.

Kebanyakan mereka tidak dapat menerima hujah Mohamad kagum kepada pemimpin besar Revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini sebagai salah satu bukti beliau yang dikenali sebagai Mat Sabu menganut fahaman Syiah.

“KDN, adakah jika aku kagum kat John Lennon sejak di bangku sekolah sampai dah mati dia pun aku kagum, maka aku anuti fahaman John Lennon?” tulis seorang pengguna Twitter @AbdMalekHussin yang juga merupakan Ketua Staf di pejabat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Andai kagumi Khomeini jadi Syiah, aku Abdul Malek bin Hussin, KP 560814-06-5467 sejak 1979 kagumi Ayatullah Rohullah Mustafa Musawi al-Khomeini.”

KDN semalam mendedahkan 10 bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya kerana memuji perjuangan Khomeni.

Mohamad sebelum ini memberitahu The Malaysian Insider beliau tidak pasti sama ada KDN memaksudkan dirinya kerana Timbalan Presiden PAS bukan jawatan nombor dua dalam parti Islam itu.

“Di dalam PAS, jawatan tertinggi adalah Mursyidul Am yang dipegang oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Manakala jawatan kedua tertinggi adalah Tuan Guru Datuk Haron Din,” katanya.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi juga memberitahu semalam, Mohamad adalah orang yang dimaksudkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini mengatakan orang nombor dua PAS menganut fahaman Syiah semasa ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013.

“Saya kagum Mandela, Che Guevara, Ghandi, Mother Theresa. Adakah bermakna saya Kristian, Komunis, Hindu?

“Saya juga kagum Khomeini. Adakah saya Syiah?” tulis bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah melalui akaun Twitter @saifuddinabd petang semalam.

Ada juga pengguna media sosial yang beranggapan pendedahan KDN mengenai 10 bukti pengelibatan Mohamad dengan fahaman Syiah sebagai tindakan Ahmad Zahid memperkudakan penjawat awam.

“Saya tak peduli Mat Sabu nak jadi Sunni atau Syiah tapi saya kecewa dan marah bila menteri perkuda penjawat awam untuk tutup aib politik sendiri,” tulis seorang pengguna Twitter @najwanhalimi.

“KDN dijadikan kuda politik oleh Zahid Hamidi untuk tutup ‘political blunder’ yang dia buat ketika berucap dlm #PAU2013. Tak gentleman langsung!”.

Mengulas isu ahli politik menggunakan penjawat awam @AbdMalekHussin menulis: “Seperkara lagi. Jika Rahim Radzi KSU KDN nak main politik atau nak jadi macai politik Zahid Hamidi ~ letak jawatan masuk mana-mana cawangan Umno!

Selain itu, turut disebarkan oleh pengguna media sosial adalah gambar Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bersama Ayatollah Khomeini di Paris, Perancis sebelum pemimpin itu pulang ke Tehran untuk merasmikan Revolusi Islam Iran.

“Zahid kata sapa kagum dengan Khomeini jadi Syiah - ada gambar Brahim Ali dengan Khomeini- Braheng jadi Shiah - kah kah kah. http://tukartiub.blogspot.com/2013/12/ibrahim-ali-shiah.html…,” tulis Hishamuddin Rais yang menggendalikan blog Tukar Tiub di akaun Twitter @ishamrais.

“Siapa Syiah? KDN kata sapa hormat pada Ayatollah Khomeini ialah Syiah – habis semua bani Melayu jadi Syiah kah kah kah.”

Dalam reaksi awal kepada pendedahan KDN Timbalan Presiden PAS berkata, beliau sememangnya mengagumi perjuangan Ayatollah Khomeni tetapi itu tidak bermakna dirinya berfahaman Syiah.

"Tuduhan mengatakan saya amalkan Syiah, saya tetap nafikan. Dakwaan kagum dengan Khomeini, saya ucap terima kasih.

"Saya memang kagum dengan kepimpinan Khomeini kerana dia seorang pemimpin yang boleh membawa orang Islam berdiri sendiri. Saya juga kagum dengan Setiausaha Agung Hezbollah Sayyid Hassan Nasrallah," katanya dalam satu pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider semalam. -TMI

ULASAN GB

Kementerian Dalam Negeri memang layak dinobatkan Juara Maharaja lawak Mega untuk menutup tirai tahun 2013. DB sudah ulas mengenai bukti yang dibawakan oleh KDn itu di SINI.

Yang ini lagi jelas mengkagumi Syiah. Apakah KDN dan JAKIM diam saja?


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cuma saya nak ingatkan...sesiapa buat fitnah..saham akhirat korang dah bergerak pantas untuk ambik habuannya di akhirat nanti.

Cuba kita kaji, apa jenis kerja yang yg malaikat Rokeb/Ngated tak catat.

BaDiN berkata...

KSU KDN ditekan supaya membuat sidang akhbar untuk memburukkan Md Sabu khususnya untuk memporak perandakan PAS.Tidak pernah dlm sejarah ada 2 body guard di belakang semasa buat sidang akhbar,ini memang sah beliau dipaksa membaca skrip yg disediakan oleh Zahid sbb Zahid takut bersuara kpd Mad Sabu secara live.Ramai yg dah jadi kuda termasuk polis di bawah menteri Zahid di KDN.

5sal berkata...

Assalam admin! Ketua syiah mesia orang perak dan ketua syiah kedah duk kat pendang dekat gak ngan kampung aku tak mau nak p tangkap had dah terang lagi bersuluh siap masuk lam rtm tv1.Bagi aku kagum selain Nabi Muhammad saw dan pada orang yang betui2 memperjuang dan mempertabatkan Islam kerana Allah swt itu aku kagum.Cian kat ksu kdn tu.Isu tak kan berpanjangan, akan timboi isu lain seandai isu syiah ni gagal.Gali lobang tutup lobang macam tu umnuuuuuuuuuuuuu.

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa sedih sbb politik msia dah jadi terlalu kotor,sehingga ada org sanggup fitnah sesama islam. Aku juga heran mengapa pihak disana suka tabur cerita rekaan serta cerca pihak sini,padahal mereka menghulur tangan perpaduan konon nak ajak berdamai. Tak malu ke? Rakyat sudah tahu menilai pihak mana yg jadi syaitan...tolong fikirkan lah....aku tabik TGNA yg sangat konsisten tidak akan berbaik2 dengan pihak sana. Semakin mereka tabur fitnah semakin jauh rakyat drpd mereka.

Tanpa Nama berkata...

Budaya bermusim UMNO....Orang sebut syiah maka UMNO lah yang muncul bagai wira bercakap hal syiah....timbul murtad maka UMNO lah yang bagai hero melaung hal murtad...timbul isu kafir UMNO lah jaguh isu kafir...timbul isu Melayu UMNo lah jaguh segala Melayu...semuanya UMNO lebih baik di awal atau pun bila isu sudah basi....Apa yang UMNO boleh buat? Melainkan hanya berdegar2 riuh sana sini, sedangkan apa pun tiada hasil...Yang perlu UMNO perjuangkan ialah SEGERAKAN maktubkan undang2 murtad dan laksanakan hudud...Insya-Allah selesailah segala gejala dan isu yang membelenggu umat Islam Malaysia....PAS pasti akan sokong, MP Islam pasti akan sokong...

Tanpa Nama berkata...

Bodoh dan kelakar betul puak-puak dalam KDN, BOSS SAMSENG anak buah lembu cucuk hidung

Tanpa Nama berkata...

Yg peleknya "permainan" UMNO ni diterima dan turut digunakan oleh segelintir puak dlm PAS sendiri menjelang PRU yg lalu sehingga Mat Sabu kalah diKedah.Ulamak-ulamak muda dlm PAS yg baru berpolitik setahun jagong pun beria-ia sangat konon menentang Syiah dlm PAS.Sekarang terbukti isu Syiah ni adalah permainan UMNO, yg terlibat dengan permainan ini dalam PAS wajar lebih hati-hati dimasa depan tidak senang terperangkap dengan jerat UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Patut KDN suka ISA, senang tangkap orang tak bersalah...

Tanpa Nama berkata...

Even zizan raja lawak jealous dengan lu sebab blh buat lawak yg zizan pun tak sanggup nak buat but lu sanggup buat.

Sbb kalau dia buat juga, honour dia of course akan drop sehabis - habisnya dan confirm akn bahan gosip paparanzi. Zizan pun manusia juga ada maruah.

So kpd menteri kdn lu jangan naik minyak sebab kena komen habis - habisan oleh blogger,facebook dll. Lu sendiri yg kasih jatuh maruah lu maka lu kena terima akibatnya.

(Nama zizan hanya sebagai contoh)