13 Dis 2013

Isu Mat Sabu Syiah: KDN Tiada Bukti, Hanya Bawa Cakap-cakap Orang


KDN: Kagumi Khomeini, satu contoh Mat Sabu berfahaman Syiah

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan 10 bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya melibatkan perjuangan pemimpin besar revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeni.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, Mohamad adalah orang yang disebut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.

"Penama yang menjadi subjek dalam kenyataan Ahmad Zahid sebelum ini adalah Mohamad. Beliau pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisan di Harakah pada Julai 2008.

"Beliau juga menyatakan kekaguman kepimpinan perjuangan Khomeini yang mana banyak mencorakkan kepimpinan beliau melalui ucapan pada Jun 2011," katanya dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini.

Ahmad Zahid berkata di Pulau Pinang hari ini, bukti-bukti untuk menyokong tuduhan Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu terlibat dalam aktiviti Syiah akan didedahkan hari ini.

Apabila ditanya jika pengumuman tersebut adalah mengenai dakwaan ke atas Mohamad, dia berkata, "Ia tentang perlibatan beliau dalam aktiviti Syiah".

Abdul Rahim berkata, Mohamad ketika mengulas perutusan sempena Hari Natal 2008 telah menggunakan pendekatan ulama Syiah iaitu Imam Khomeini sebagai terma rujukan meraih sokongan politik dan agenda perpaduan seperti mana diterbitkan Harakah pada Disember 2008.

Katanya, Timbalan Presiden Jati Datuk Aidit Ghazali dalam satu wawancara menjelaskan Mohamad merupakan ikon Syiah dan Timbalan Presiden PAS itu gagal menafikan kaitannya dengan ajaran itu.

"Mat Sabu secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau dan isterinya kerap bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat hingga lima kali.

"Berdasarkan maklumat, beliau juga didapati telah membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar, Wilayah Satun, Selatan Thailand pada 2011. Kunjungan dilakukan ke atas pemimpin Syiah dan menghadiri majlis ramah mesra di sana," katanya.

Abdul Rahim berkata lagi, Mohamad beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah pada 2011 yang dikendalikan oleh dua orang ustaz berfahaman Syiah bertugas di sekolah agama di Gunung Semanggol, Perak.

Katanya, berdasarkan temuramah bersama sahabat Mohamad selama hampir 20 tahun, C N Afghani, beliau berkata Mohamad kerap kali melawat Iran dan pernah terlibat dengan program penghantaran pelajar Malaysia ke Qom.

"Dalam satu temubual bersama Dr Abdul Aziz Hanafi pada 11 Disember lalu, beliau menjelaskan bahawa Mat Sabu pernah melafazkan selawat sebagai mana yang diamalkan penganut Syiah pada satu ceramah PAS di Arau pada 2005.

"Tuan Guru Abd Rahim dari Pendang, Kedah menjelaskan Mat Sabu seorang penganut Syiah kerana pemimpin itu beberapa kali pernah dilihat menunaikan solat menggunakan sebiji batu leper yang sinonim dengan penganut Syiah," katanya.

Mohamad Radzi berkata KDN, polis serta agensi kerajaan lain seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan agama Islam negeri akan terus bekerjasama membendung gerakan Syiah di Malaysia.

Katanya, KDN bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan negara manakala Jakim bersama jabatan agama Islam negeri akan melihat dari aspek akidah dan penguatkuasaan di peringkat negeri," katanya. -TMI


'Ya, saya kagum Khomeini, tapi bukan Syiah'


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengakui kagum dengan kepimpinan bapa revolusi Iran Ayatullah Khomeini serta pemimpin Lubnan Hassan Nasrallah.

Bagaimanapun beliau tetap menafikan mengikuti fahaman Syiah.

"Dakwaan kagum dengan Khomeini, saya ucap terima kasih.

"Saya memang kagum dengan kepimpinan Khomeini kerana dia seorang pemimpin yang boleh bawa orang Islam berdiri sendiri.

"Saya juga kagum dengan Hassan Nasrullah," kata beliau dalam kenyataan ringkas hari ini.

Mohamad yang lebih dikenali dengan nama Mat Sabu turut menyatakan akan menyerahkan isu tersebut untuk diteliti peguamnya.
-mk



Saifuddin: Saya juga kagumi Khomeini


Bukti yang didedahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung dakwaan bahawa timbalan presiden PAS Mohamad Sabu seorang pengikut Syiah tidak meyakinkan bekas anggota kabinet Datuk Saifuddin Abdullah.

KDN hari ini antara lainnya membangkitkan bahawa Mohamad pernah menyatakan kekaguman ke atas kepemimpinan dan perjuangan revolusi Iran 1979 Imam Ruhollah Khomeini.

Saifuddin dalam tulisan di Twitter berkata, beliau juga mengagumi Khomeini, dan juga tokoh revolusi lain seperti ikon anti-apartheid Nelson Mandela, pemimpin gerila Bolivia Che Guevara, dan pejuang kebebasan India Mahatma Gandhi.

"Saya kagum Mandela, Che Guevara, Ghandi, Mother Theresa. Adakah bermakna saya Kristian, komunis, Hindu?

"Saya juga kagumi Khomeini. Adakah saya Syiah?," tulis bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu.

Seorang lagi bekas anggota Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim juga menyatakan rasa hairan dengan alasan KDN tersebut, yang disifatkannya sebagai "karut".

"Apa dah jadi? Apa salah kalau saya kagumi Khomeini? Atau (pejuang hak sivil golongan kulit hitam) Martin Luther (King Jr) atau (tokoh falsafah Cina) Confucius.

"Bukan berti saya tukar agama atau akidah. Karut," tulisnya.

Turut hairan dengan alasan KDN itu ialah Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh yang berpendapat sumber yang digunakan untuk siasatan tersebut sepatutnya digunakan untuk membanteras jenayah.

"Tentulah lebih baik jika sumber dan masa mereka digunakan untuk memerang jenayah dan bukannya Mat Sabu," kata ADUN DAP itu di laman sosial tersebut.

KDN menyenarai bukti ke atas dakwaan berkenaan, dalam satu sidang media khas di Putrajaya petang ini.

Ketua setiausaha kementerian tersebut Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi antara lainnya menyatakan bekas tahanan ISA itu juga pernah 'berselawat' sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada 2005.

Rahim berkata maklumat itu hasil dari temuramah antara pegawai KDN Zamihan Mat Zin bersama Ahli Majlis Fatwa Kedah, Profesor Madya Dr Abdul Aziz Hanafi.

Menurutnya, Mohamad juga pernah memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan Hassan Nasrullah.

Rahim berkata Mohamad juga kerap kali berulang-alik ke Iran untuk beberapa urusan seperti program penghantaran pelajar di Qom, Iran dan sudah empat-lima kali bertemu Hassan.
-mk


ULASAN GB

Pertama-tama ternyata Zahid Hamidi penipu besar. Beliau menyatakan sebelum ini beliau tak sebut nama Mat Sabu, hanya sebut pemimpin no.2 PAS. Hari ini KSU KDN menyatakan: "Mohamad adalah orang yang disebut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini". Bukankah itu PENIPU namanya?

Kedua, GB tertunggu-tunggu apa yang disebutkan "bukti" (evidences) dari KDN terhadap tuduhan Mat Sabu seorang Syiah.

Ternyata tiada lansung bukti kukuh yang disediakan. Yang aada cuma hasil wawancara dengan beberapa orang yang memang tidak sebulu dengan Mat Sabu.

Selawat Syiah? Bagaimana bunyinya? Bila Mat Sabu melafazkannya? Ada atau tidak rakamannya? Dituduhnya juga Mat Sabu pernah dilihat menunaikan solat menggunakan sebiji batu leper. Berapa biji batu leper yang digunakan? Mana batu leper itu sebagai bahan bukti?

Pergi membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar, Wilayah Satun, Selatan Thailand pada 2011. KDN sendiri yang men yatakan itu program "majlis ramah mesra". Bukan program Mat Sabu sertai Syiah.

Dituduhnya Mat Sabu menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah pada 2011 yang dikendalikan oleh dua orang ustaz berfahaman Syiah. Kenapa tak tangkap guru-guru berkenaan jika benar mereka mengajar ajaran Syiah?

Kalau memuji Ayotollah Khomeini & Hassan Nasrullah, apakah sudah menjadi Syiah lantarannya?

Sungguh mengarut. Menjatuhkan imej dan integritinya sebagai sebuah kementerian. Tidak memenuhi syarat paling asas pun untuk membuat sebarang pertuduhan di mahkamah. Lakukan pelbagai fitnah TANPA sebarang bukti.

Ayuh Mat Sabu, heret segera Zahid Hamidi dan KDN ke mahkamah!

30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Malang apabila hal2 remeh cuba diada2kan dan dibesar2kan....senang2 tuduh orang kemudian membawa bukti yang aduhai.....buang masa.

Tanpa Nama berkata...

Apa punya manusia bodoh bernama zahid ni. Cakap org syiah, tapi black and whitenya tiada dan di designnya black and white seolah - olah mcm ori beb utk hack minda rakyat m'sia.

Tapi we all punya processor sudah ada antivirus beb mana mudah blh kena lu punya virus fitnah mat sabu, sebab antivirus sudah scan lu punya cakap ada virus beb.

Come onlah we all punya virus database sudah kenal lu dari a sampai z sentiasa update 24/7. So kelentong macam mana pun lu, antivirus kami akan cakap "warning a virus have been detected" automatic sudah tahu lu mahu kelentong rakyat. Sebab itu processor kami masih ok sampai skg.

Hanya 1 umat shj akn percaya kelentong lu iaitu umat melayu yg processor sudahlah lembab, bahkan antivirus pun out to date, sampaikan umno berikan virus kpd diaorg masih lagi tiada respond.

Tanpa Nama berkata...

Sebenornye Zahid Hamidi(Ketua Berok) dan Berok berok belaan dia yg lain kerana nak mengalihkan isu kegagalan Umngok menangani Banjir dan Kenaikan Harga Barang yg skarang ni Rakyat marah sangat kat Berok berok Kera ja an

Tanpa Nama berkata...

fuyoooo....

najib ada puji itu pemimpin negara china. itu macam sudah kira komunis ka??





Tanpa Nama berkata...

Zahid hamidi otak biul keturunan lembu

Tanpa Nama berkata...

Kalau beli barangan buatan China, kita boleh dikirakan komunis atau penyokong komuniskan?... kalau ikut Zahid Si Barungan tu.

Tertanya-tanya aku Bendera BN dalam PRU13 tu dicetak di mana ya?

5sal berkata...

Assalam admin! Lepaih akan timboi lak isu WAHABI,Qordiani la pulak sapa nak jadi mangsa tak tau la.Isu sebenaq ialah nak tutup isu barang2 naik,tarif letrik,tol,gst,pulau batu putih bunuh.rompak rogol dan macam2 lagi tak larat nak taip kat sini naik biol kapla otak duk pikiaq benda ni.Jenih menteri2 mesia SYOQ sendiri ni.Saman ja la sekali ngan ksu kdn tu jangan duk bagi muka lagi,jangan duk selesai luaq mahkamah tak dak untung,kalu duk selesai luaq mahkamah esok dia duk buat hal lagi,jangan duk kesian2 ngan orang macam ni sombong,bongkak,angkoh.Wassalam!

Unknown berkata...

Assalamualaikum,Minta tuan pautkan blog saya di http://metromalaya.blogspot.com/,Blog tuan telah saya paukan,t.kasih..

Tanpa Nama berkata...

hassan nasrullah pejuang hezbollah, org yg perjuangkan palestine. Kalo kagumi dier dh consider syiah, camtu aku pun nk jd syiah dr kagumi org sunni bernama zahid hamidi

Tanpa Nama berkata...

Najib pernah bersalam dengan Pope. Najib juga pernah bersekolah di St John. Nampak macam Najib ni seorang Katolik. Tapi macam mana boleh jadi PM?

Tanpa Nama berkata...

Benar tak jika kita kata Zahid Komidi dan pegawai2 kanan Kementerian Dalam Negeri orang2 'Munafik'?
Buktinya.....video mereka sendiri dan wawancara mereka.
Mana lebih bahaya?
Orang syiah atau munafik kah?

Amuraria berkata...

kerja fahaman puak-puak dajjal masehi akhir zaman memfitnah sesiapa saja yang dipandang mengancam pergerakan untuk agama Allah SWT ! memang kerja lahanat ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Zahid bikin malu jadi pemimpin melayu. otak macam badut tak sekolah. Kalau nak kondem musuh politik pun carilah alasan yang cerdik sikit.

Tanpa Nama berkata...

Inilah seorang algi anak didik Mahdhir firaun yang suka buat fitnah sesama seagama dan sama fahaman aqidah meraka cipta fitnah untuk DSAI tak kesampaian hajat mereka sekarang Mat Sabu ikon dalam PR untuk sanggah arus Kepupusan UMNO dalam PRU14 maka agenda propaganda mula dimainkan dengan isue yang tidak boleh diterima dik akal yang waras ,dan kenapa Menteri sendiri tidak berani dedahkan apa yang sendiri cakap kenapa pula KSU kementrian yang buat pendedehan, dengan kenyataan yang bagitu mengelirukan apakah dengan menyatakan sokongan saja boleh dianggap telah menjadi syiah, bagitu bodoh sekali pegawai yang membuat siasatan untuk memberikan maklumat pada menteri yang ajuga bodoh , rakyat hari ini sudah boleh berfikir yang mana boleh diterima akal atau tidak. Fikir lah sendiri wahai rakyat yang mengaku telah merdeka.Termasuklah penasihat Agama yang dok makan gaji percuma dengan cukai yang dibayar oleh rakyat tu.

Tanpa Nama berkata...

Tujuan sebenarnya nak melemahkan PAS utk tawan balik Selangor.

Tanpa Nama berkata...

Nak spin kenaikan harga barang... Ada isu, kuranglah perbincangan harga barang

Tanpa Nama berkata...

Kalau macam ini lah alasan yang kdn dan pemimpin Bee end boleh bagi. Apalah gamaknya alasan yang dorang ADA waktu menangkap pemimpin pembangkang dengan menggunakan akta ISA dulu. Tu belum masuk bab serangan berdarah di Memali...Kesian orang Islam...

shidine didine rahman berkata...

Good analogy
Good view

WarFitnah berkata...

AKU KAGUM HITLER sebab dgn otak dia dapat menawan hampir separuh eropah dan membunuh yahudi laknatullah, ADAKAH AKU IKUT FAHAMAN NAZI...TIDAK

AKU KAGUM KHOMENI, NASRULLAH kerana mereka inilah negara2 barat takut dan gentar dgn strategi ketenteraan dan disiplin askarnya, ADAKAH AKU IKUT FAHAMAN SYIAH...TIDAK

AKU KAGUM MANDELA, GHANDI, sebab mereka inilah pejuang kemerdekaan yg sejati tanpa mengharapkan duit dan harta yg mencurah-curah, ADAKAH AKU IKUT DAN ANUTI FAHAMAN MEREKA...TIDAK JUGA

SO APA MASALAH NYA DGN SI ZAHID DGN KDN NIE??? KENAPA SUKA CARI PASAL DGN MEREKA-REKA CERITA YG TANPA FAKTA YG KUKUH. KORANG RASA DUIT KORANG DAH CUKUP KE NAK BAYAR SAMAN FITNAH TUU NANTI??? RAKYAT BAYAR CUKAI DAN GAJI UTK KORANG SEMUA BUAT KERJA DGN BETUL, CEKAP DAN AMANAH. BUKANNYA ENJOY SANA SINI, BUAT FITNAH, TAHAN ORG YG TAK BERSALAH, BUNUH HATI DAN JIWA RAKYAT YG TAK BERDOSA, ROSAKKAN KEPERCAYAAN RAKYAT...APA HAL KORANG NIE, DAH TAK PERCAYA DGN ALLAH KE??? TAKKAN DAH LUPA AKAN ADA HARI PEMBALASAN??? KLU KORANG INGKAR DGN AMANAH ALLAH DAN RAKYAT AKU RASA KORANG NIE LEBIH TERUK DARI GOLONGAN KAFIR LAKNATULLAH. AKU DOAKAN AGAR KORANG SEMUA DICAMPAKKAN KEDALAM API NERAKA JAHANAM DAN MENJADI KAYU API KAT SITU SAMPAI BILA2.

IBARAT KATA PEPATAH "KECIK2 TAK NAK MAMPOS, BILA BESAR MENYUSAHKAN ORANG AJE"

"ORANG NGANTUK DISORONGKAN BANTAL TP ORANG YG BODOH MCM KORANG NIE WAJIB DIHAYUNKAN KAYU BELATI TEPAT KAT UBUN2 TUU"

Tanpa Nama berkata...

Beria2 benar nampaknya nak perangkap pemimpin PAS. Kenapa isu bom C4 tak suruh KSU KDN cari bukti dan dedahkan sama ? Rakyat lebih berminat nak tau kerana itu kes nyawa yg masih menjadi tanda tanya.

Tanpa Nama berkata...

kalau kita besarkan bab syiah ni bukan org x suka tapi org akan tanya dan cari dalam blog. last2 org pun suka pada syiah. tu lebehnya kalau benda2 remeh dibesarkan. mcm Pas tu Pas ni last2 bangsa asing suka pada Pas. Bukan marah NASiHAT ' P Ramlee'

Tanpa Nama berkata...

Kerosakan jentera pentadbiran negara kerana ramai pegawai tinggi awam menjadi hamba orang politik dan membiarkan campur tangan politik yg keterlaluan. Pengasingan kuasa "Eksekutif, Perundangan & Kehakiman" dilacurkan kerana mereka berlumba2 mengejar pangkat dan habuan dunia.

Andre Irwan berkata...

Kalau ikut kaedah KDN berhujah, sudah tentu Lim Guan Eng itu orang Islam. Kan LGE mengkagumi kepimpinan sahabat nabi, iaitu Omar Al-Khatab dan ingin mengambil cara pentadbirannya sebagai model kepimpinannya.
Macam mana pulak dengan UMNO Munafikun ni? Kan depa kagum dengan perlembagaan buatan orang Putih, sudah tentu depa tu dah banyak kali murtad kot.Kan depa tu mengutamakan perlembagaan buatan orang Putih melebihi Al-Quran dan hadis nabi.
Nasib baik aku tak kagum akan Ibrahim Ali. Kalau tidak, jadi kataklah aku ni. Minta simpang.
Inikah pegawai kerajaan yang berpangkat turus? Patutlah Malaysia tak boleh nak maju ke depan kerana ditadbir oleh pegawai yang bodoh-bodoh belaka. Yang pandai dah masuk sektor swasta.

Tanpa Nama berkata...

Mat sabu kan no 2 pas.. bakal jd no 1 pas... kuat dah pengaruh mat sabu ni.. banyak fitnah juga kat dia ni.. nak jatuhkan mat sab.. hakikatnya umporno takut dgn mat sabu sebenarnya... . Tu yg nak bunuh karier politik mat sabu macam diorg buat DSAI.. futnah la banyak2... makin banyak korg cakap makin orang tak percaya... yg betul pun orang tak percaya nanti...

Tanpa Nama berkata...

1. jangan jangan ini satu helah nak alih perhatian rakyat. bil eletrik akan naik..diikuti dengan barang keperluan harian...jadi rakyat dok heboh Mat Sabu Shiah akan lupa diut dalam poket kena seluk oleh penyeluk sku berlesen..
2. Kalau betul nak benteras syiah bagus tapi jngn kita lupa orang yang berfahaman Sekular...Agama Tiada sangkut paut dengan politik)

BaDiN berkata...

Dalam usaha untuk mengkambinghitamkan KSU KDN,kenapa Menteri KDN tidak bercakap sendiri sedangkan dialah uang beria2 sangat tuduh kpd Org no 2 PAS.Takut berdepan dgn beliau dalam mahkamah umpama Puyuh Menyembunyikan Diri,Baling Batu Sembunyi Tangan,Tepuk Air Didulang Terpercik Kemuka Sendiri.KAMI cabar Menteri Samseng KDN buat sidang akhbar sendiri jangan suruh org lain buat.
Perkara ini adalah usaha untuk memenjarakan Mad Sabu semula dan cuba melemahkan PAS dgn pelbagai cara.Pokok pangkalnya untuk cari jalan menjadi TPU(Timb Pres Umno)secara jahat.
Nescaya usaha beliau itu akan memakan dirinya sendiri DAN PAS terus majujaya setelah tembelang Zahid terlondeh.
Ayuh!! apa lagi kau mahu wahai Zahid lontarkan lagi peluru mu,KAMI tak gentar dan takkan undur walau setapak.

Tanpa Nama berkata...

Kalau kebencianku bertambah2 kepada pemimpin2 dan org2 umno yg baghal, janganlah aku disalahkan sbb otak mereka sudah sangat tepu kerana lama sangat memerintah hanya tau fitnah, spin....juga alasan bongok demi keselamatan negara konon. Tujuannya dah boleh dihidu nak mengenakan org supaya boleh guna akta ISA dia....memang hampesss...

Dimana Allah mereka letak dlm kehidupan mereka, kalau Allah didahulukan, benda2 mcm ni pasti tak terjadi....mesti ada rasa takut gerun dgn azab Allah...insaf2lah cukup2lah tu, hidup bukan menongkat langitpun, yg confirm yg hidup mesti mati cuma saat dan ketika jer kita tak tau bila masa kita dijemput Allah

gengster melayu alaf baru. berkata...

Saya juga memuji nelson mandela.apakah saya pnganut mandelaisme??
Saya pemuja hugo chaves..adakah saya pnganut chavesismme??
Betul lah kata mahathir yg tingal dlm umno pmimpin yg bodoh sombong.
Zahidi hamidi mnusia pling bodoh dan sombong abad ini.

Tanpa Nama berkata...

Saya kenal yang baju kuning tu, dulu kritikal dengan kerajaan kena tukar ke Keningau Sabah, buat rayuan dan akhirnya dapat title Dr kangkong... Dan skearang calun ganti jamil khair.

Otak karat biru tak boleh pakai punya......

Tanpa Nama berkata...

Bila Mahathir kagum Jepun, buat Dasar Pandang Ke Timur, Mahathir jadi. Jepun yang kejam masa jajah Tanah Melayu?