17 Okt 2013

Polis Yang Pelawa Dulu, Tetapi Kini Enggan Beri Jaminan Keselamatan

Surendran cuba baju perisai, tapi...

Naib Presiden PKR, N Surendran hari ini mencuba mengenakan baju perisai polis sebagai persediaan untuk menyertai operasi polis. Bagaimanapun, beliau belum menandatangani perjanjian indemniti yang diperlukan oleh pihak polis.

Surendran, seorang peguam dan ahli parlimen PKR bagi Padang Serai, berkata terdapat bahagian dalam perjanjian itu yang perlu dibincangkan dengan penasihat undang-undangnya dan pemimpin parti itu.

Menurut penasihat undang-undangnya, R Sivarasa, indemniti itu, antara lain, membebaskan polis daripada tanggungjawab jika berlaku sebarang kejadian, dan Surendran tidak boleh membuat sebarang tuntutan terhadap kerajaan Malaysia, pihak polis, ketua polis negara, atau mana-mana pegawai yang terlibat dalam operasi itu.

Sivarasa berkata beliau telah menasihatkan Surendran supaya tidak menyertai operasi polis itu, manakala Surendren memberitahu media bahawa beliau masih bersedia untuk meneruskannya, tertakluk kepada perbincangannya dengan pemimpin parti dan penasihat undang-undangnya.

Katanya, beliau tidak meminta jaminan supaya tiada apa yang akan berlaku ke atas dirinya (dalam operasi itu).

Surendran berkata, ini kerana memang akan terdapat risiko apabila terlibat dalam operasi dengan suspek yang bersenjata.

Katanya, beliau tidak meminta sesuatu yang sangat tidak munasabah untuk memastikan supaya beliau tidak cedera, sambil menambah bahawa sedikit keraguan mereka ialah apabila pihak polis berkata mereka (polis) tidak boleh dipertanggungjawabkan jika apa-apa berlaku.

Itu, tegas Surendran, adalah satu cadangan yang berbeza sama sekali -mk




Mengapa saya terima jemputan ‘shoot-out’ – Surendran


Mengapa saya terima jemputan ‘shoot-out’ – Surendran Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyuarakan pandangan mereka terhadap isu jemputan KPN kepada saya untuk sertai satu operasi “shoot-out” bersama PDRM. Ramai juga yang telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap keselamatan saya jika saya menyertai operasi sebegitu.

Jemputan KPN yang dibuat kepada saya Jumaat lalu adalah disebabkan kritikan keras saya terhadap kenyataan Menteri Dalam Negeri yang telah menyebut tentang dasar “tembak dahulu” pihak PDRM, dan pembelaan kenyataan tersebut oleh pimpinan tertinggi polis.

Telah begitu lama pihak kerajaan dan juga pimpinan polis mengatakan mereka yang mengkritik tindak-tanduk PDRM tidak menghargai jasa dan pengorbanan serta cabaran yang dilalui anggota polis yang berhadapan dengan penjenayah bersenjata.

Umum tahu dan sedar bahawa respon ini tidak masuk akal.

Kami tidak pernah berkata pihak polis tidak berhadapan dengan ancaman atau bahaya dalam menjalankan tugas mereka; namun kami tidak akan meminta maaf kerana mengkritik tindakan mana-mana anggota polis sekali pun yang melanggar undang-undang terutamanya dalam cara mereka mengendali suspek polis.

Dalam memberi respon kepada kritikan saya, KPN telah mencabar saya untuk menyaksikan sendiri operasi polis. Ia respon tersentak atau “knee-jerk” kepada satu kritikan yang munasabah, tetapi saya telah menerima tawaran beliau dengan hati terbuka.

Namun jemputan KPN ini tidak menjawab kritikan saya terhadap dasar “tembak dahulu” Menteri Dalam Negeri dan peningkatan jumlah kes suspek yang mati ditembak dalam operasi polis. Umum masih menanti jawapan dan penjelasan yang munasabah tentang hal ini dari KPN dan pihak kerajaan.

Tidak mengira penyertaan saya dalam operasi ini atau apa pun yang akan berlaku nanti, Kementerian Dalam Negeri dan pimpinan PDRM mesti menghentikan kejadian tembakan suspek polis yang keterlaluan dan salah di sisi undang-undang.

Keselamatan semua rakyat Malaysia perlu diutamakan, dan hak untuk hidup seperti termaktub di dalam Perlembagaan tidak boleh dikompromi.

Dikeluarkan oleh,
N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN, KEADILAN
AHLI PARLIMEN PADANG SERAI


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalo xde kes jenayah berat, polis pn xmau tembak. U berani buat jenayah, u mesti berani face the risk to be shot. It is good for us to defend the police because they take care of keselamatan. Penjenayah walaupun pencuri, walaupun road bully, mereka tetap bahaya. Buat apa kita buang masa defend mereka. Let a bugglar enter your house at night and you cannot expect their actions.. at that moment you are too late to realise that they are dangerous.

Tanpa Nama berkata...

Anon 12.05.....
Cam ner yg kes adik aminurashid???

Dah terkulai baru sedar bukan penjenayah...

Kalu kene kat anak hang mcm maner??

Tetiba jumpa parang dlm kete...

Hanya Allah yg Maha Mengetahui....

Tanpa Nama berkata...

Anonymous 12.05,
Cakap sedap dimulut, sokong membabi-buta.Kalau kena batang hidung sendiri, anak-beranak dan adik-beradik baru tau.Manusia jenis ini Allah akan uji, InsyaAllah.