4 Sep 2013

Tanda Putera Gagal, Hanya Layak Ditayang Di Pawagam Kecil


Filem kontroversi Tanda Putera gagal mencapai sasaran pecah panggung pada minggu pertama tayangannya menyebabkan ia terpaksa dipindahkan ke pawagam lebih kecil.

Filem memaparkan babak yang boleh dipersoalkan berhubung rusuhan kaum 13 Mei itu mula ditayangkan Khamis lalu, tetapi hanya berjaya mengutip RM500,000 daripada penjualan tiket di 70 pawagam seluruh negara dari hari bermula tayangan hingga Isnin.

“Ini sangat memalukan dan menyedihkan,” kata Pengerusi Skim Wajib Tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Mustapha Maarof dan memberitahu kos produksi filem itu berjumlah RM4.8 juta.

Skim Wajib Tayang mewajibkan filem tempatan diberi hak tayangan di pawagam di Malaysia.

Mustapha memberitahu The Malaysian Insider, kutipan box office Tanda Putera sangat menyedihkan jika dibandingkan dengan filem KL Zombie yang mendapat kutipan RM3 juta bagi tempoh sama.

“Tanda Putera sebuah filem yang bagus namun selera penonton berbeza-beza. Disebabkan kurang sambutan yang diterima, filem berkenaan harus ditayangkan di panggung yang lebih kecil.

“Kontroversi yang melanda filem itu bukan penyebab ia kurang sambutan, tetapi genre filem berkenaan yang tidak menepati selera penonton masa kini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kerugian yang dialami kerajaan berhubung tiada sambutan terhadap tayangan filem berkenaan, Mustapha berkata, filem sejarah tidak perlu dikira untung ruginya kerana setiap negara perlu ada identiti tersendiri.

Beliau berkata, Datin Paduka Shuhaimi Baba mengarahkan filem berkenaan dengan amat baik sekali tetapi mungkin Shuhaimi sendiri tidak mengalami peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, maka elemen fiksyen lebih ditekankan dalam filem itu.

Katanya, dalam Skim Wajib Tayang, filem tempatan hanya diberi keistimewaan untuk mendapat hak tayangan di panggung perdana untuk empat hari sahaja.

“Prestasi filem itu akan dinilai pada hari keempat iaitu pada hari Ahad selepas mengambil kira pandangan penerbit, pawagam dan pengedar filem terbabit.

“Pawagam juga pastinya tidak mahu menanggung kerugian dengan menawarkan panggung yang lebih besar tetapi tiada penonton. Selepas dua minggu juga, pihak pawagam boleh menarik keluar sesuatu filem, jika sambutan kurang memberangsangkan.

“Kami sedaya-upaya memastikan filem tempatan dihargai kerana kerenah pengusaha pawagam tempatan hanya mahu menayangkan filem luar negara.

“Antara sebab pawagam menolak filem tempatan ialah kerana mutu filemnya yang rendah. Justeru, menjadi tanggungjawab FINAS membantu pengeluar filem tempatan mendapatkan tarikh yang sesuai untuk ditayangkan serta disiarkan empat kali sehari,” katanya.



Walaupun filem itu disambut dingin oleh orang ramai, sesetengah pemimpin kerajaan mengatakan filem itu adalah filem yang baik dan harus dikaji oleh universiti tempatan.

Dalam kenyataannya semalam, Shuhaimi mengatakan sambutan dingin terhadap filemnya kerana ia mula ditayangkan pada pertengahan minggu pada hari bekerja.

“Ini perkara biasa, walaupun untuk filem blockbuster Hollywood. Apa motif di sebalik laporan media negatif terhadap Tanda Putera,” katanya.

Shuhaimi berkata, di sebalik hentaman dan sindiran, termasuk daripada pemimpin politik yang didakwanya cuba memperlekeh dan menimbulkan kebencian kepada filem itu, beliau bersyukur kutipan masih baik.

"Kepada pembenci filem ini yang melabelkannya filem Umno, mana mungkin pawagam tidak dipenuhi ahli Umno seramai 3 juta orang itu pada 4 hari pertama filem ini ditayangkan.

"Sudah tentu pecah panggung dan mencatat pungutan box office berjuta-juta ringgit!" katanya.

Filem sejarah Shuhaimi sebelum ini “1957: Hati Malaya” juga menempa kegagalan selepas kutipan jualan tiket filem berkenaan hanya mencatatkan RM760,000 berbanding kos penerbitannya mencecah RM3.6 juta.

Filem terbitan Pesona Pictures Sdn Bhd itu meskipun ditayangkan di 38 pawagam di seluruh negara, tetapi hanya mampu bertahan kira-kira tiga minggu saja.

“1957: Hati Malaya” memberi tumpuan kepada perjuangan Datuk Onn Jaafar, Pengasas Umno yang berjaya membangkitkan semangat nasionalisme Melayu menentang Malayan Union pada 1946.

DAP dan MCA mengkritik filem berkenaan, menyuarakan kebimbangan berhubung babak dan dialog dalam filem itu yang boleh mencetus ketegangan kaum.

Penasihat DAP Lim Kit Siang kesal dengan filem Tanda Putera yang masih menayangkan babak beberapa pemuda Cina kencing di tiang bendera laman bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

padan muka, buat lah lagi banyak2 filem fitnah utk amno, tak cukup pemimpin dan pencacai buat fitnah, pembuat filem amno pun suka fitnah jugak, cepat2lah bankrup suhaimi baba oiii.

hari ni terbaca org seni dpt kad diskaun 1malaysia, dah 5,000 kad dah dikeluarkan utk dibagi pada artis2 yg suka lagha dan maksiat tu. ni hasil lobi zed zaidi amno tulah kot.

apa bagusnya artis sampai dpt kad diskaun hingga 50peratus utk barangan keperluan, hotel, buku, pakaian, pc etc etc? pelik bin ajaib negara malaysia ni... aku yg berkhidmat sumbang sbg org teknologi kena rompak dgn kerajaan sendiri, cukai sana cukai sini, naik kereta sopan santun pun kena saman.

kalau tolong org miskin atau warga emas tu logiklah, ni artis dok melalak laloq semua tu diberi keistimewaan.

Tanpa Nama berkata...

Filem Sejarah????? Are you kidding me? Dahlah gambar aircond, CCTV, Proton Iswara Aerobic serta smoke detector boleh ada dalam filem ini, fakta sudah pun tidak tepat.

Filem ini memang tak layak dijadikan filem sejarah. I mungkin buta dalam bidang filem tapi mata i tak buta dengan kehadiran benda seperti aircond, CCTV protan iswara Aerobic dan Smoke detector yang ada dalam filem Tanda Putera" semestinya sangat memalukan dalam industri perfileman negara.

Tanpa Nama berkata...

Tidak semua rakyat bodoh dan najkmembuang masa menonton sebuah produksi yg kajiannya tangkap muat, kualiti rendah dan agenda membangkitkan benci antara kaum. Sudah2lah. Habis duit rakyat bagi sykt ni..hasilnya utngkan kroni dan membodohkan penonton kalu jiwa dan minda taksub dgn fitnah..baik buat kajian sendiri dpd sumber2 yg lebih luas..jgn termakan dgn cerita2 gred B nih...buang 5 juta senang2 pungut balek 1.1 Billion lepas tu pun senang dgn naikkan harga minyak.. bodoh punya kerje..!!#@!$#@..

Tanpa Nama berkata...

Padan muka buat filem tanpa kajian sejarah yg mendalam..tuhan beri cash..kerana filem yg penuh fitnah, serta pembohongan...semakin cepat gulung tikar semakin baik....

Tanpa Nama berkata...

Sebab penyokong umno yg 3 juta tu duduk kampung, Sabah Sarawak mana ada panggung wayang.

Tanpa Nama berkata...

Siapa nama Menteri yg kata Filem ni ada kaji-selidik yg mendalam?