4 Sep 2013

"Pemerintah Sementara Mesir Telah Melakukan Jenayah Terburuk Dalam Sejarah Manusia"


Gabungan Kebangsaan Bagi Menyokong Kesahtarafan ( Legitimasi) Mesir, iaitu sebuah perikatan Islam yang menyokong Presiden Mohamed Morsi, berkata pada Selasa bahawa Mesir telah kini mengalami pelbagai bentuk kerugian politik dan ekonomi sejak bekas presiden yang dipilih digulingkan pada 3 Julai lalu.

Sebagai tanda memperingati 60 hari penggulingan Morsi oleh pihak tentera, dan dikuti dengan ledakan bantahan dari massa, pihak gabungan telah mengeluarkan kenyataan menyenaraikan kerugian yang Mesir hadapi semenjak berada di bawah "pihak berkuasa rampasan kuasa," termasuklah penutupan beberapa kilang-kilang, penanggungan hutang yang meningkat, dan keadaan darurat yang diperbaharui yang dijangka berakhir dalam tempoh kurang daripada dua minggu.

"Enam puluh hari telah berlalu semenjak rampasan kuasa pada 3 Julai 2013 ke atas presiden pertama yang dipilih secara demokrasi di Mesir," kata kenyataan. "Rakyat Mesir kini telah tertakluk kepada pemalsuan sejarah yang mungkin paling buruk dalam di dalam sejarah manusia."

"Pihak berkuasa yang melakukan rampasan kuasa itu telah melakukan jenayah terburuk terhadap kemanusiaan ; Mereka membunuh, membakar, dan menyiksa mereka yang berjiwa Islam dan patriotik, memutarkan fakta... dan ekonomi Mesir telah mengalami pukulan dasyat sejak saat pertama (rampasan kuasa)."


Golongan Islam pro- Morsi telah mengadakan demo pada semalam (Selasa) bagi memperingati 2 bulan penggulingan Morsi, dengan kehadiran para demonstrasi dianggarkan dalam ribuan orang.

Pihak berkuasa sementara telah mengusir secara paksa mereka yang pro- Morsi daripada berada di Rabaa Al- Adawiya dan dataran Al- Nahda (di Kaherah dan Giza) pada 14 Ogos, menyebabkan beratus-ratus orang mati, kebanyakannya dari kem Islam. Ini diikuti oleh aliran penangkapan pbeberapa pemimpin Ikhwanul Muslimin yang terkenal, yang telah dihadapkan dengan pelbagai tuduhan jenayah.

Dua hari selepas pertempuran maut, pada Jumaat 16 Ogos menyaksikan perhimpunan besar yang dihadiri oleh menyokong Morsi, dari Ikhwan Muslimin, telah ditandai dengan satu pertukaran diantara kehidupan bersama bahang tembakan dengan berpuluh-puluh kematian.

Demontrasi semalam berlaku pada pada hari yang sama dengan keputusan mahkamah yang menutup satelit Saluran TV Al Jazeera Mubasher Misr, sebuah saluran television tempatan bersama rangkaian Al-Jazeera Qatar. Saluran ini telah memberikan liputan demonstrasi pro-Morsi, tidak seperti saluran-saluran swasta dan kerajaan lain yang berpihak kepada kerajaan sementara Mesir.

Dalam ketetapan yang sama juga, Mahkamah Pentadbiran juga menutup saluran Islam-sekutu Al-Yarmouk, Al-Quds dan Ahrar 25.

Sementara itu, mahkamah tentera di Mesir telah menjatuhkan hukuman penjara kepada penyokong Presidennya, Mohamed Mursi selepas mendapati mereka bersalah menyerang tentera.

Seorang dipenjara seumur hidup, tiga yang lain dipenjara 15 tahun dan 45 lagi lima tahun penjara, kata kenyataan yang dikeluarkan tentera.

Defendan dituduh memulakan tembakan kepada tentera ketika rusuhan yang berlaku di bandar pelabuhan Suez, bulan lalu.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jgn ingat penyokong morsi akan berundur!jika IM dibatalkan perang lebih besar akan berlaku dan kali ini pasti perang dgn mengangkat senjata berlaku...asalkan demo aman pun ramai yg mati tapi masih tak berganjak inikan pula jika IM dibubarkan! Ingat mati syahid dn jihad(berperang) impian muslim sejati.ALLAHUAKBAR!! hidup Morsi hidup PAS hidup agama ALLAH!!!

Tanpa Nama berkata...

BRO...!! GUA SOKONG SAMA LU...!!! LAWAN SAMPAI MATI....!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Apakah pihak KUDETA boleh dirujuk ke Tribunal Jenayah Antarabangsa, Jika boleh, satu usaha perlu dibuat untuk mengheret puak-puak celaka ini.

Tanpa Nama berkata...

Ingat rakyat M'sia semua, perjuangan kita d'M'sia pun berkemungkinan ke arah tuu suatu hari nanti, oleh itu mesti bersedia.